Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Jumaat, Disember 06, 2024
Tentang hubungan empayar Uthmaniyah dengan Asia Tenggara
Salam petang Jumaat pertama bagi bulan Jamadil Akhir tahun 1446 Hijriah. Satu cerita melibatkan majlis ilmu juga buku. Dan diadakan di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Nampaknya berturut beberapa hari kebelakangan tentang ilmu iaitu selepas dikongsikan artikel-artikel berikut sejak 2 minggu lalu :-
Petang Rabu 4 Disember 2024 iaitu pada 2 hari lalu telah diadakan majlis pelancaran buku "Studies on the Relations Between the Ottoman Empire and South East Asia" (Pengajian tentang hubungan antara empayar Uthmaniyah dengan Asia Tenggara) di ISTAC.
Alhamdulillah dapat hadir secara fizikal kerana isteri boleh bekerja di cawangan pejabatnya di Sungai Buaya, Rawang lalu dapat menguruskan anak pergi balik sekolah.
Buku diterbitkan oleh satu badan bernama YTB di Ankara, Turki awal tahun ini. Ia adalah singkatan nama bagi badan rasmi yang bertanggungjawab memantau rakyat Turki dan komuniti-komuniti berkenaan di luar negara (ada beberapa negara lain yang majoriti rakyatnya berbangsa Turki). Kelihatan timbalan presiden YTB, Murat Kazancı memberikan kata-kata aluan. Nampak macam ada iras presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Turut hadir memberikan kata-kata aluan adalah duta Turki ke Malaysia, Emir Salim Yuksel. Kedatangan duta negara luar ke majlis ilmu adalah satu perkara biasa di ISTAC.
Setelah itu baru dilancarkan buku. Dekan ISTAC, Profesor Datuk Dr. Abdelaziz Berghout (paling kanan) turut bersama melancarkan. Oh. Sebelum ucapan oleh timbalan presiden YTB beliau telah terlebih dahulu memberikan ucapan selamat datang.
Ini diikuti sesi yang menjadi sebab utama saya hadir, forum ulasan buku. Panelis pertama Profesor. Dr. İsmail Hakkı Kadi daripada Istanbul Medeniyet University di Istanbul memperincikan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada penerbitan buku. Antaranya adalah bagaimana Tan Sri Rais Yatim yang sedang memegang jawatan presiden UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) mencadangkan agar diadakan satu pusat kajian hubungan Uthmaniyah dengan Dunia Melayu sekitar tahun 2015.
Panelis kedua Profesor Dr. Ismail Hakkı Goksoy daripada Suleyman Demirel University pula berkongsi isi buku. Ada 6 bab selain pengenalan. Ini boleh diringkaskan begini:-
Pengenalan oleh Ismail Hakki Kadi. Beliau dan Goksoy adalah pengarang buku.
Bab 1 - Tentang seorang Sheikhul Islam dari Turki yang dihantar bertugas di selatan Filipina. Ini ditulis oleh Goksoy.
Bab 2 - Tentang penerbitan (makalah dan kitab) Melayu yang dicetak dalam wilayah Uthmaniyah dan rumah percetakan Mekah.
Bab 3 - Lawatan Sultan Abu Bakar (Johor) ke Istanbul. Ini ditulis oleh Ismail Hakki Kadi.
Bab 4 - Arab Hadrami sebagai rakyat Utmaniyah di Singapura dan Batavia (Jakarta).
Bab 5 - Rogayah Hanim : Satu legasi Uthmaniyah untuk Malaysia.
Bab 6 - Malaysia dan Indonesia dalam album foto Yildiz (istana Sultan Uthmaniyah).
Panelis ketiga Profesor Dr. Filiz Digiroglu daripada Marmara University adalah penulis bab ketiga. Beliau pun berkongsi penyelidikan yang membawa pada penemuan berkenaan. Lalu disebut nama beberapa orang tokoh ulamak Melayu Patani terutama Sheikh Ahmad al Fatani sebagai penggerak utama penerbitan kitab dan makalah berbahasa Melayu (tulisan Jawi) di Mekah.
Panelis keempat. Profesor Dato Dr. Ahmad Murad Merican daripada ISTAC bertindak sebagai pengulas. Namun beliau mengaku baru mendapat senaskah buku lalu belum sempat mengkaji isi. Sebaliknya diberikan perkongsian tentang bagaimana orang Melayu melihat kerajaan Turki Utmaniyah yang disebut sebagai Rum (memang pun Turki terbentuk di atas wilayah Rum, ibu kota Turki iaitu Istanbul asalnya bernama Constantinople, ibu kota empayar Rom Timur) berdasarkan hikayat dan sebagainya sebelum masuk pada fasa-fasa kemudian hubungan yang lebih jelas tercatat dan ada dokumentasi untuk layak diakui sebagai sejarah rasmi.
Ahmad Murad membahagikan perhubungan ini kepada lima fasa. Fasa kelima yang disebut bermula tahun 1876 melibatkan penerbitan surat khabar dan makalah di Tanah Melayu yang mana perkembangan peristiwa di Turki termasuk sekitar Perang Dunia Pertama 1914-1918 sangat diberi perhatian oleh orang Melayu. Sebahagian yang dikongsikan ada dalam pembentangan beliau pada satu majlis di ISTAC hampir setahun lalu. Lihat Rum(i), Uthmaniyah dan Turki dalam Kesedaran Budaya dan Kewartawanan Orang Melayu.
Oh, masuk perkongsian panelis kelima dan terakhir, Profesor Dr. Hafiz Zakariya daripada UIAM terlupa hendak mengambil gambar. Beliau menyatakan bagaimana ramai telah membuat kajian tentang kerajaan Uthmaniyah namun sejak sekian lama sedikit sahaja tentang dunia Melayu, bagaimana Uthmaniyah menanggapi rantau sebelah sini, dapat ditemukan dalam bidang kajian itu. Di atas adalah gambar yang dihantar oleh seorang pelajar ISTAC menunjukkan saya sedang bersoal jawab apabila masuk sesi berkenaan. Ketika itulah dikongsikan pemerhatian bahawa sebahagian isi buku nampaknya adalah penambaikan daripada isi pembentangan terpilih daripada satu persidangan 2 hari di ISTAC pada Ogos tahun lalu.
Untuk makluman kedua-dua profesor dari Turki yang bernama Ismail Hakki itu membentang pada persidangan. Lihat artikel-artikel berikut :-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan