Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Disember 02, 2024

Sejenak di Pesta Buku Selangor 2024

OK. Masih lagi melibatkan majlis ilmu tetapi lebih pada hal buku.



Semalam petang Ahad 1 Disember 2023 saya pergi ke Pesta Buku Selangor 2024 atau nama rasminya Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia Alam.







Seingat saya itulah kali pertama ke Setia Alam yang terletak sedikit ke utara antara bandar raya Shah Alam dengan bandar raya Klang.







Itulah kali pertama Pesta Buku Selangor diadakan di situ. Pesta tahunan yang kali ini diadakan 27 November hingga 3 Disember (esok) ini sudah berlangsung sejak lebih dua dekad.







Tahun lalu ia diadakan di Pusat Konvensyen MBSA (Majlis Bandar raya Shah Alam) ke timur bandar raya. Begitu juga pada 2022. Lihat artikel Celoteh tentang aktiviti 9 hari kebelakangan dan signifikan nombor 13 diikuti  Membawa aspirasi Laksamana ke Pesta Buku Selangor 2023.







Dalam tempoh beberapa tahun sebelum itu ia diadakan di Pusat Konvesyen Shah Alam di tengah bandar raya. Lihat artikel-artikel berikut :-








Saya telah menghadiri Pesta Buku Selangor selewatnya pada tahun 2010. Ketika itu ia masih diadakan di Kompleks PKNS, sebelum berdirinya Pusat Konvensyen Shah Alam di sebelahnya.







Didapati begitu banyak perkembangan pesat telah berlaku sejak dialihkan ke pusat konvensyen bermula tahun 2015 itu. Ketika itulah mula direkodkan di CATATAN SI MERAH SILU.







Dalam artikel Membawa aspirasi Laksamana ke Pesta Buku Selangor 2023 ada dinyatakan bahawa kelihatan ia sudah hampir menyaingi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang biasa diadakan di PWTC (Putra World Trade Centre), sekarang dikenali sebagai World Trade Centre. Tentang kepesatan Pesta Buku KL yang sudah lebih empat dekad diadakan itu sedia diakui ramai. Memang ia adalah pesta buku berskala besar pertama di Malaysia dan diakui tersohor sejak awal. Lihat artikel-artikel berikut :-








Pesta Buku Selangor pula kelihatan agak 'kekampungan' semasa di Kompleks PKNS dahulu. Hmm. Bila difikirkan rasa macam pernah hadir seawal tahun 90an. Cuma tidak begitu memorable ketika itu. Apapun, bila dialih ke Pusat Konvesyen Shah Alam tahun 2015 baru kelihatan profesyional. Bila di Pusat Konvensyen MBSA tahun 2022 yang mana kalau tak salah ia mula mendapat nama rasmi Pesta Buku Antarabangsa Selangor kelihatan sudah melangkah jauh lebih maju. Kini saya menyatakan, ia kelihatan sudah menyaingi Pesta Buku KL. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,588 di CATATAN SI MERAH SILU.

Tiada ulasan: