Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Ogos 12, 2024

Legasi Malcom X : Satu perjalanan pemerkasaan dan kesamarataan

Merujuk pada artikel "Salam Kasih" oleh Prof Kamal Hassan yang dipersembahkan jam 1.05 pagi Sabtu 10 Ogos 2024. Ada dinyatakan pada pembukaan artikel bahawa kemudian nanti pagi itu  mahu ke Lembah Klang untuk mengikuti satu majlis ilmu berdekatan kampus utama Universiti Malaya. Kemudian ke majlis melibatkan busana tradisional Melayu dan silat di Bukit Damansara sehingga petang. Seterusnya ke majlis zikir tertutup sebelah malam.



Selepas jam 10 pagi baru meninggalkan rumah untuk ke majlis berdekatan Universiti Malaya itu.


Tempatnya adalah di bangunan IAIS (International Institute of Advanced Islamic Studies - Institut Antarabangsa Pengajian Lanjutan Islam) Malaysia di Jalan Elmu.




Saya sudah lama mendengar tentang badan pemikir atau think tank ini. Ada orang-orang daripada badan pernah menyertai majlis-majlis ilmu yang saya ikuti dan/atau hadiri.




Tapi baru kini sampai ke tempat mereka.




Poster majlis. Saya tertarik untuk hadir kerana tajuk yang boleh diterjemahkan sebagai "Legasi Malcom X : Satu Perjalanan Pemerkasaan dan Kesamarataan" itu. Ia dinyatakan bermula jam 10. Tetapi saya keluar dari rumah 50 km perjalanan selepas waktu itu kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.




Ketika masuk ke dewan jam 10.53 pengerusi IAIS Prof. Dr. Maszlee bin Malik, mantan Menteri Pendidikan, sedang memberikan ucaptama. Disebutlah tentang sejarah perjuangan Malcom X, seorang pemuda kulit hitam di Amerika Syarikat yang pernah masuk penjara kerana suatu jenayah, kemudian menyertai satu organisasi orang kulit hitam yang bersifat militan tetapi memakai nama Islam. Asbab daripada penyertaan beliau muncul menjadi tokoh besar perjuangan bagi memperkasakan dan memberi kesamarataan untuk orang kulit hitam tahun 1960an. 

Ketika itu perkauman sangat kuat di Amerika. Orang kulit hitam selalu ditindas oleh orang kulit putih dalam pelbagai aspek. Ini kerana sejarah asal usul orang kulit hitam ditangkap dan dibawa dari Afrika untuk dijadikan hamba abdi bagi mengerjakan pelbagai perusahaan terutama perladangan di Amerika abad ke-18. Sebagai tindak balas muncul organisasi yang merekrut Malcom, bernama Nation of Islam membawa naratif berlawanan yang secara melampau mendakwa orang kulit hitam itu yang asalnya bertaraf tinggi, orang kulit putih pula bawahan tetapi berjaya menterbalikkan. Selepas pergi haji di Mekah baru beliau betul-betul mengenali Islam yang sebenar yang mana semua orang tidak kira warna kulit dipandang sama sahaja dan dianggap sebagai keluarga. 




Saya sudah sedia tahu banyak yang diperkatakan kerana pernah menonton filem "Malcom X" lakonan Denzel Washington tahun 1992. Itulah yang membuat tertarik untuk hadir ke majlis. Selepas itu panelis pertama Profesor Dr Syed Farid al-Attas daripada National University of Singapore pun bercakap. Beliau membandingkan perjuangan Malcom X membela nasib orang kulit hitam di Amerika dengan perjuangan orang Melayu di rantau sebelah sini berjuang bukan sahaja untuk melawat penjajahan Barat. Sejumlah kemudian berjuang untuk mendapatkan kembali keyakinan diri bangsa selepas lama direndahkan taraf. Antara contoh yang diberikan adalah perjuangan Jose Rizal, tokoh rakyat Filipina yang sentiasa bangga menyatakan diri sebagai orang Melayu walaupun rakyat sana sudah lama diKristiankan akibat pemaksaan daripada Sepanyol.




Panelis kedua Profesor Dr Ridhwan Fontaine, orang Perancis yang kini mengajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia pula memulakan dengan menceritakan pengalaman hidup membesar dalam keadaan selalu diajar Islam itu agama yang memaksa orang menganutnya secara paksaan dengan jalan perang. Setelah dewasa baru mengetahui hal sebenar lalu belajar dan memeluk Islam. Barulah dibandingkan dengan perjalanan hidup Malcom X yang mula mendengar tentang Islam dalam penjara  melalui organisasi Nation of Islam walaupun ia bukan mengikut cara Islam yang sebenar. Namun ia tetap menjadi pembuka sehingga mendapat jalan yang sebenar ketika hendak menunaikan haji.



Menutup majlis adalah pengerusi IKIM (Institut Kefahaman Islam), Professor Dato' Muhammad Nur Manuty. Entah kenapa ketika hendak menulis ini tak ingat langsung apa yang diperkatakan. Berbalik pada hal Malcom X, beliau akhirnya mati dibunuh oleh orang dari Nation of Islam. Ini kerana tidak mahu lagi mengikut acuan perjuangan mereka yang terlalu mengangkat orang kulit hitam sehingga melebihi kenyataan, sehingga tidak lagi berpegang pada konsep kesaksamaan semua manusia tanpa mengira warna kulit. Dan selain itu mereka memang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, cuma memakai nama bagi mendapatkan sokongan.

Merujuk pada kenyataan saya pada awal artikel iaitu mahu menghadiri majlis ilmu berdekatan kampus utama Universiti Malaya pagi Sabtu kemudian ke majlis melibatkan busana tradisional Melayu dan silat di Bukit Damansara sehingga petang, seterusnya ke majlis zikir tertutup sebelah malam. Tentang majlis busana itu sudah diletakkan cerita dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Lihat artikel Perasmian Hari Tanjak di Pavilion Damansara Heights diikuti Sekitar program Hari Tanjak. Tentang majlis zikir, itu rahsia. Sekian. :]


Tiada ulasan: