Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Ogos 20, 2024

Dari majlis ilmu ke hal bapa saudara meninggal ke balik kampung hujung minggu

OK. Merujuk lagi pada artikel  Kepentingan sumber dalam pengkajian sejarah - Apa kata Arkib Negara? yang dipersembahkan pada pagi Jumaat 16 Ogos. Ada disebut bahawa pagi itu jam 8.30 hingga 10 pagi (sebelum mempersembahkan artikel jam 11.04) saya telah mengikuti satu majlis ilmu secara atas talian. Petang itu jam 3 mahu mengikut satu lagi majlis atas talian. Lalu kedua-dua dicadangkan mahu ditulis cerita tentangnya, selewatnya sebelum hari Isnin. Sekarang biar dikongsikan cerita berkenaan.



Ini adalah poster bagi majlis waktu pagi. Ia adalah berupa wawancara secara langsung bersama tokoh ilmuwan Barat, William Chittick yang sudah menulis banyak buku tentang Sufi (Tasawuf) dan falsafah Islam.



Ternyata ramai yang berminat untuk mengikuti.



Gambar menunjukkan William Chittick sedang menjawab soalan ini diambil jam 8.49 pagi. Sejam kemudian, ketika majlis masih lagi berlangsung dapat pesanan WhatsApp dari adik di Melaka bahawa seorang bapa saudara di sana, adik kepada bapa, baru sahaja meninggal dunia jam 9.35. Jenazah dirancang mahu dikebumikan selepas solat Jumaat. Kebetulan saya dan isteri sudah merancang untuk kembali ke rumah ibu bapa saya di Muar lewat petang atau malam. Bolehlah singgah ke rumah almarhum dalam perjalanan.



Ini pula adalah poster bagi majlis ilmu atas talian yang dicadangkan mahu diikut sebelah petang. Ia adalah anjuran ISTAC (Institut Antarabanga Pemikiran dan Tamadun Islam). Disebabkan majlis mahu diadakan petang Jumaat bermula jam 3 maka diskusi buku saya dipercepatkan tarikh ke petang Khamis 15 Ogos. Lihat Diskusi buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" di ISTAC 16 Ogos? diikuti Diskusi buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" di ISTAC dimuktamadkan 15 Ogos. Ternyata ada hikmahnya.




Gambar ini diambil jam 3.47 petang dari dalam kereta. Selepas mengikuti majlis melalui Youtube ISTAC TV dalam televisyen pintar (Smart V) sehingga jam 3.30 saya membawa isteri dan anak menuju ke rumah almarhum bapa saudara di Melaka lalu menyambung tonton melalui sistem video kereta. Apabila mendapat tahu ada makcik dari Kuantan mula bergerak dari Kuantan tengah hari itu saya merasa tidak mahu menunggu lewat untuk ke Melaka. Saya pun memberitahu isteri lalu beliau mengambil cuti setengah hari. Anak pula dipontengkan dari sekolah petang.  Selepas menyelesaikan beberapa urusan termasuk menunaikan solat Jumaat di surau berdekatan rumah bergeraklah kami ke sana.




Gambar ini pula diambil jam 6.13 ketika berhenti makan di Alor Gajah. Kalau majlis diskusi buku  diadakan petang Jumaat harus selepas jam 5 baru dapat meninggalkan ISTAC. Selalunya trafik aliran lalulintas sangat sesak petang Jumaat. Kalau jam 6.13 mungkin baru setakat melepasi Sungai Besi ataupun Cheras.

Ketika sudah menerima makanan itulah dapat tahu bahawa pengkebumian jenazah dilewatkan ke sekitar jam 5.45. Kalau tahu lebih awal tentu tak berhenti makan kerana sebelum memesan makanan masih ada cukup masa untuk sampai ke tanah perkuburan sekitar 30 minit lagi perjalanan. Tapi tu le, kami tak terfikir pun nak kejar pengkebumian kerana awalnya diberitahu ia mahu dilakukan selepas solat Jumaat. Bila dapat tahu pertukaraan masa sudah terlambat. Tidak ada gunanya lagi terkejar-kejar.
 


Majlis tahlil di rumah almarhum selepas Isyak. Almarhum sudah lama sakit teruk kencing manis, sehingga dipotong kedua-dua kaki paras lutut. Beliau juga sudah beberapa kali masuk hospital dalam keadaan kritikal. Lalu tidak hairan sudah sampai masa untuk pergi. Alhamdulillah dapat bertemu ramai saudara mara belah bapa, daripada satu cabang utama keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin.  Ada yang sudah beberapa tahun tidak ditemui.




Malam itu saya, isteri dan anak juga ibu bapa menginap di rumah adik. Hampir tengah hari Sabtu 17 Ogos baru keluar lalu terus menuju ke tempat peranginan Tanjung Emas berdekatan kuala Sungai Muar untuk makan.




Ketika itulah seorang lagi adik, yang menetap di Muar, menghantar WhatsApp bertanya jika saya hadir ke majlis perkahwinan anak seorang kawan lama kami zaman kanak-kanak, jiran sebelah rumah lama keluarga. Ah. Memang asalnya bercadang untuk hadir tapi tak ingat. Apabila melihat tempat majlis tak sampai satu kilometer dari Tanjung Emas bergegas lah kami ke sana.







Pagi Ahad 18 Ogos makan nasi beringin di sebelah stesyen bas dan Sungai Muar.



Selepas Asar mengorak langkah untuk kembali ke rumah sendiri di Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor.



Singgah di Pantai Siring, Melaka pekena asam pedas ikan mayong. Kami memilih warung berdekatan menara-menara eletrik ke Pulau Besar. Lihat artikel The electric cable towers from Pantai Siring to Pulau Besar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Lalu jalan ke barat bandar raya Melaka.




Menjamakkan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Taboh Naning. Di perkarangan luar terdapat makam pejuang Melayu terkenal Dol Said.



Sampai rumah hampir tengah malam didapati kami sudah berjalan sejauh 517 km.


Tiada ulasan: