OK. Beberapa perkembangan melibatkan buku ke-15 saya "Adam (a.s.) and the Origin of Man" dan ISTAC, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku.
Merujuk pada artikel Berkat 10 Muharram dan menimba ilmu di ISTAC yang dipersembahkan pada hari Selasa 16 Julai iaitu tepat 3 minggu lalu. Ada diberitahu bahawa ketika itu saya telah mendapatkan persetujuan agar buku terbaru saya itu diwacanakan dalam siri diskusi buku di ISTAC dalam tempoh sebulan selepas itu. Siri tersebut pernah diadakan pada tahun 2019. Tetapi baru dihidupkan kembali 16 Julai 2024. Ia ada diterangkan panjang lebar dalam artikel Tentang siri diskusi bulanan buku di ISTAC.
Sebetulnya buku saya sudah dicadangkan oleh seorang tokoh agar diwacanakan di ISTAC sejak 2 bulan lalu, sebelum dipersetujui hampir sebulan setengah lalu oleh beberapa pihak termasuk dekan. Lihat Dari majlis Takrim/Alumni Homecoming ISTAC ke Books Kinokuniya. Cuma belum ditetapkan atas nama atau format apa, jika dalam siri (ISTAC ada banyak siri wacana ilmu) siri yang mana. Dahulu pernah dinyatakan oleh pihak akademik mesti dibuat dalam bulan Julai. Kemudian mahu ditangguhkan ke Ogos, kemudian tak tahu cerita. Selepas mendapat persetujuan untuk diwacanakan dalam siri diskusi buku ISTAC yang baru iaitu bagi edisi kedua pada bulan Ogos orang-orang berkenaan pula disibukkan dengan pelbagai hal terutama majlis ilmu.
Paling utama nampaknya adalah majlis anjuran ISTAC tetapi diadakan di kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak pada 24 Julai. Lihat artikel Persidangan dan deklarasi tentang kesucian and nilai nyawa manusia yang dipersembahkan 30 Julai. Memandangkan pihak berkenaan harus penat selepas menjayakan acara selain harus mengambil masa untuk mengembangkan perkara di media massa pagi Isnin 5 Ogos iaitu hampir 2 minggu selepas acara baru terasa patut untuk bertanya apakah sudah mendapat tarikh untuk mengadakan diskusi buku. Saya pun diminta mencadangkan tarikh lalu memilih 16 Ogos, tepat sebulan selepas edisi pertama. Didapati ia jatuh cantik pada hari Jumaat dan ini dipersetujui.
Memang sejak awal saya ingin agar diskusi buku diadakan pada petang Jumaat. Ini kerana sejak beberapa bulan kebelakangan agak selalu hadir ke majlis ilmu ISTAC yang berlangsung petang Jumaat lalu turut menunaikan solat Jumaat di masjid ISTAC. Lihat artikel-artikel berikut :-
2. Bermusafir mengikuti pelbagai majlis dan aktiviti selama 2 hari
3.Antara Janda Baik dan ISTAC - Dua tempat kesukaan5. Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL
6. Kenapa ciptaan adalah wahyu : Mengimbau teori dua kitabSaya mudah ke ISTAC yang terletak lebih 40 km dari rumah pada hari Jumaat kerana pada hari itulah isteri dibenarkan bekerja di rumah lalu boleh menguruskan anak pergi balik sekolah pagi dan petang. Kalau tidak, saya yang perlu melakukannya.
Berbalik pada hal setelah mendapat persetujuan untuk diskusi buku diadakan pada 16 Ogos. Didapati semua pihak yang perlu bagi menjayakannya juga berkelapangan untuk bersama pada tarikh dan waktu. Maka pada 5 Ogos iaitu selepas menerima persetujuan itu juga dipanjangkan bahan-bahan yang perlu agar dapat dibuat poster. Cuma kemudian didapati lalu dinyatakan oleh kakitangan ISTAC yang bertanggungjawab membuat poster bahawa masa dan tarikh berselisih dengan satu acara lain anjuran seorang tenaga pengajar.
Walaupun acara itu mahu diadakan sepenuhnya secara on-line iaitu di atas talian sahaja ia mengharapkan penyertaan pelajar dan kakitangan ISTAC. Maka selisih masa itu dilihat bermasalah. Dengan itu perkara jadi seperti tergantung. Sehinggalah saya menghantar WhatsApp kepada dekan ISTAC pagi tadi 6 Ogos bagi memberikan penerangan dan latar belakang agak panjang lebar tentang kenapa mahu mengadakan majlis pada petang 16 Ogos walaupun berselisih dengan acara. Selepas Maghrib baru beliau menjawab lalu memberikan kebenaran dan galakan bagi meneruskan seperti yang dirancang.
Hal ini pun dipanjangkan kepada kakitangan tersebut. Namun beliau memberikan cadangan agar ditangguhkan ke petang Jumaat 30 Ogos pula iaitu 2 minggu kemudian. Saya masih mengharapkan 16 Ogos lalu berkongsi kepada beliau penerangan panjang lebar yang telah diberikan kepada dekan. Beliau belum menjawab lalu timbul rasa untuk berkongsi apa yang berlaku sebagai 'pelepas'.
Di sini biar dikumpulkan artikel-artikel melibatkan rentetan peristiwa yang membawa kepada penerbitan buku juga hal-hal berkaitan sehingga yang terkini.
1. Kira-kira masa sebenar berdasarkan maklumat orang 'lama'
2. Memperhalusi kira-kira masa sebenar berdasarkan beberapa maklumat baru
3. Nabi Adam AS dan orang Melayu 60,000 tahun lalu - Bagaimanakah hubungan sebenarnya?
6. Syarahan "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh, Muar
7. Pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu di kedai buku Khazanah Fathaniyah
8. Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL 2018
9. Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia
10. Kira-kira Penyelarasan Masa Antara Sains dengan Kitab dan Perjalanan Darah Keturunan
11. Resensi buku berkembar "Nabi Adam" dan "Benua Tua Melayu" di Kota Buku
12. Sedikit perkongsian setelah sebulan setengah menyambung pengajian di ISTAC
13. Majlis ta'aruf pelajar baru dan lama - Membuka semester baru di ISTAC
14. Memasuki fasa baru - Sampai masanya untuk kembali pada penulisan tesis
15. Aku, ISTAC, pandemik Covid-19 dan Jumaat yang berkat
16. Dari nasi beringin ke ISTAC ke impromptu reunion A Level
17. Berjaya mempertahankan cadangan tesis di ISTAC
18. Jumaat 27 Ramadhan di ISTAC dan harapanku bagi hari raya
19. Misi kedaulatan Singgora - Satu pengenalan
20. Apabila perjuangan dihargai
21. Maklum balas pembaca tentang buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad
22. Ringkasan aktiviti dan perjalanan Jun-Julai 2023
23. Misi hartanah dan wacana Laksamana - Panggilan tak dirancang ke Tanjung Rambutan
24. Antara dunia Melayu dan pemikiran ketamadunan Islam sejagat
25. Menerima ijazah Sarjana ISTAC pada hari lahir ke-53
26. Buku ke-15 dalam pembikinan untuk terbitan lepas raya...
27. Buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" - Mengejar PBAKL 24 Mei
28. Dari tanah perkuburan ke ISTAC ke PBAKL 2024
29. Coming - Diskusi buku "Adam(a.s) and the Origin on Man" di 2 tempat petang Sabtu 1 Jun di PBAKL 2024
30. Flyer promosi buku"Adam (a.s.) and the Origin of Man"
31. Cara mendapatkan buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man"
32. Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL
33. Musafir ilmu dan buku - Dari diskusi buku ke majlis persilatan ke walimatul urus
34. Salah ke kajian saya diakui seorang pemikir tersohor Melayu?
35. Dari majlis Takrim/Alumni Homecoming ISTAC ke Books Kinokuniya
36. Berkat 10 Muharram dan menimba ilmu di ISTAC
37. Tentang siri diskusi bulanan buku di ISTAC
Nampak. Ada 37 buah artikel yang saling terkait, diatur menurut kronologi dipersembahkan. Campur yang anda sedang baca ini jadi 38. Yang pertama ditulis tahun 2013 diikuti seterusnya tahun 2015. Kedua-duanya menunjukkan konsep kira-kira matematik yang kemudian dipakai dalam buku ke-11 dan diaplikasikan dalam buku ke-12 saya yang diterbitkan secara berkembar awal 2018. Asbab diminta berkongsi konsep melalui syarahan di ISTAC April 2018 saya kemudian menyambung pengajian di sana. Ini bagi mengangkat konsep yang diketengahkan dengan cara yang lebih kemas dan akademik lalu ia menjadi kerangka konseptual tesis.
Sejumlah artikel iaitu daripada hampir penghujung tahun 2018 hingga 2023 melibatkan perkembangan dalam penulisan tesis, walau tajuknya kelihatan tidak ada kena mengena. Tesis diperbaiki untuk dijadikan buku lalu artikel-artikel tahun 2024 melibatkan penerbitan diikuti usaha-usaha bagi mempromosikan buku. Sesungguhnya ada rentetan peristiwa demi peristiwa sejak 11 tahun lalu yang menyebabkan saya mahu sangat agar diskusi buku tetap dapat diadakan pada petang Jumaat 16 Ogos, Namun saya sedia akur jika harus ditangguhkan ke 30 Ogos. Asalkan jadi, tidak ditangguh lagi. Dan semua pihak yang diperlukan untuk menjayakan berkelapangan untuk hadir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan