Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, September 04, 2022

Perjalanan kecil pusing Pahang - Menunaikan hajat yang tertunda akibat banjir hujung tahun lalu

Salam  pagi Ahad 7 Safar 1444 Hijriah. Adapun malam semalam saya baru sahaja kembali daripada perjalanan dua hari di Pahang. Sedangkan minggu lalu baru sahaja selesai membuat satu lagi perjalanan di Perak lalu cerita-cerita tentangnya cepat menyusul. Lihat Misi keluarga Laksamana part IV. Tengah hari ini, cadangnya sebelum Zohor pula mahu bertolak ke selatan. Oleh itu biar cerita perjalanan Pahang itu dilepaskan secepat mungkin.



Pagi Jumaat 2 September 2022 iaitu pada dua hari lalu sekali lagi saya keluar untuk satu perjalanan yang boleh tahan jauh. Kali ini membawa isteri dan anak sekali.




Singgah dahulu di perpustakaanSelayang untuk bermesyuarat dengan kaum kerabat daripada Laksamana Raja Mahkota Perak.



Memang dalam tempoh 2-3 bulan kebelakangan ini kami selalu membincangkan banyak perkara tentang keluarga. Hal kami inilah yang membawa kepada perjalanan-perjalanan dalam tempoh waktu tersebut seperti diceritakan dalam artikel-artikel kompilasi berikut :-









Hal inilah yang juga membuat saya sanggup bersengkang mata juga tidur beberapa kali di  masjid seorang diri supaya dapat membuat kajian berterusan di pusat-pusat sumber seperti Perpustakaan Negara. Sehingga pernah meneliti helaian demi helaian Perak Government Gazette atau warta kerajaan negeri Perak di bawah pemerintahan British tahun 1895 hingga 1909 yang mana dalam tempoh masa bersamaan 3 hari bekerja (perpustakaan cuma dibuka jam 10 pagi sehingga 5 petang) lebih 11,000 muka surat dokumen asli telah dilalui, ada secara imbas laju ataupun scanning, ada secara teliti perkataan demi perkataan yang ada. Lihat artikel-artikel berikut :-







Apapun perjalanan kali ini sebenarnya dibuat dengan tujuan mahu mengambil anak yang belajar di tahfiz di Janda Baik keluar bercuti. Mesyuarat di Selayang kebetulan diumumkan pada sehari dua sebelum berlaku pada tarikh sama hendak ke Janda Baik itu. Maka dibuatlah sekali lalu dalam perjalanan ke tahfiz itu.




Kami sengaja mengambil jalan lama ke Bentong kerana isteri mahu mengambil sedikit barangan dari kawan yang rumah terletak di tepi jalan lama dekat pusat Orang Asli Gombak. Disebabkan mesyuarat berlangsung agak lama kerana banyak perkara penting dibincangkan jam 11.57 baru sampai di gerbang utama masuk ke Janda Baik.




Jam 12.11 baru sampai ke tahfiz. Kalau tidak kerana mesyuarat jam 9 pagi lagi dah ambil anak.




Maka bergeraklah meninggalkan Janda Baik selepas itu. Anak cuma dapat bercuti Jumaat dan Sabtu pada awal setiap bulan. Masa pun dimanfaatkan untuk membuat satu perjalanan kecil pusing negeri Pahang.




Singgah ke pusat perlindungan gajah di Kuala Gandah. Kali terakhir membawa anak-anak pada tahun 2016 yang di tahfiz itu baru berumur 7 tahun, adiknya berumur 4 tahun lalu banyak yang mereka tak ingat. Kali ini harus lebih bermakna buat mereka. Lihat artikel Latest visit to the elephant sanctuary at Kuala Gandah di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Selepas itu pergi ke Temerloh. Singgah di masjid barunya sebelum pekena ikan patin di Kampung Bangau kemudian melepak di tepian sungai. Siap merendamkan kaki di kuala Sungai Semantan yang airnya mengalir masuk ke Sungai Pahang. Lihat artikel Masjid baru (New mosque of) Temerloh di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) diikuti artikel-artikel berikut :-








Perjalanan ke Temerloh ini sebenarnya adalah bagi melaksanakan hajat dan rancangan yang tertunda akibat banjir besar melanda banyak tempat terutama di bahagian tengah negeri Pahang pada penghujung tahun lalu. Baru kini dapat menunaikannya. Lihat artikel-artikel berikut :-







Termasuk hajat dan rancangan adalah mencari rumah arwah ayah kepada guru dan penyelia tesis saya di ISTAC (Institut Antarabangs Pemikiran dan Tamadun Islam), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar di Kampung Bukit Lada. Saya pernah memberitahu mahu berbuat begitu ketika memulakan perjalanan lalu. Tetapi ternyata tak boleh pergi kerana seluruh kawasan persekitaran termasuk Lanchang ke barat Temerloh membawa ke Bukit Lada di timur banjir teruk lalu tidak boleh dilepasi kenderaan darat.



Kali ini saya cuba mencari tanpa memberitahu Osman. Saya tak mahu beriya-iya memberitahu hendak mencari tetapi akhirnya  tak dapat pergi seperti berlaku pada tahun lalu. Singgah sebentar di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Bukit Lada, Chenor. Ketika itu masih mendapati masalah bagaimana hendak mencarinya. Entah-entah dah tersalah kampung?

Saya cari berdasarkan ingatan apa yang diceritakan dahulu kerana rekod perhubungan kami melalui WhatsApp telah hilang apabila saya bertukar ke telefon pintar baru awal tahun 2022. Keluar dari masjid berpatah balik ke arah jalan besar tergerak untuk bertanya orang di satu-satunya rumah dekat jambatan berbumbung hijau (ada dalam gambar atas tadi). 



Alhamdulillah ingatan daripada perhubungan WhatsApp penghujung tahun 2021 adalah benar. Ia memang rumah adik kepada Osman. Cuma ia sekarang diduduki oleh penyewa. Daripada penyewa baru tahu harus masuk lebih ke dalam jalan selepas masjid. Walaupun agak keliru dengan panduan yang diberikan sekurang-kurangnya sampai satu tahap dapat bertemu sejumlah orang muda kampung yang memberikan kepastian bahawa memang jalan yang diambil itu betul. Cuma perlu pergi hingga ke penghujung jalan.

Menariknya, mereka memberitahu iya, kami tahu siapa itu Profesor Osman Bakar. Kami panggil sebagai Pak Long Man. Cuma beliau sudah lama tidak kembali ke kampung. Dengan petunjuk mereka akhirnya sampai ke rumah yang nampaknya sudah lama tidak diduduki ini.




Gambar-gambar serupa tetapi  diambil melalui telefon pintar pun disampaikan kepada Osman melalui WhatsApp. Malam selepas Maghrib beliau menelefon untuk memberitahu bahawa betul itulah rumah arwah ayahnya. Dan dia menghargai usaha saya untuk mencarinya. Di sinilah beliau lahir (tahun 1946) dan membesar sebelum menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Guru saya ini adalah antara pelajar paling cemerlang di Maktab Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali sebagai MCKK) sebelum pergi lebih jauh di luar negara.

Alhamdulillah terkabul hajat saya untuk menyampaikan suatu macam hadiah kepada guru, hadiah daripada seorang anak murid yang tidak berduit kepada seorang pemikir besar Melayu yang diakui di peringkat dunia terutama dalam memperjuangkan pemikiran Islamik tinggi. Ia sebagai menghargai segala macam ilmu yang telah dikongsikan beliau sejak sekian lama. Hadiah ini asalnya mahu diberikan pada penghujung tahun lalu, kalau tak salah kerana pada waktu itu dekat-dekat tarikh lahir beliau. Akhirnya tertunailah hajat yang tertunda akibat banjir hujung tahun lalu.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah….satu hadiah yang amat unik kpd seorang guru.
Syabas & tahniah tuan MS misi dgn hanya maklumat terdahulu. Namun berhasil dgn jaya. Ų§Ł„Ų­Ł…ŲÆ Ł„Ł„Ł‡

Radzi Sapiee berkata...

Alhamdulillah... :]