Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Ogos 31, 2022

Degup denyut anak Malaysia - Kenapa perlu menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos?

Salam pagi Rabu 31 Ogos 2022. Salam hari kemerdekaan Malaysia yang ke-65, bukan sekadar hari kebangsaan ya. Untuk hari yang begitu istimewa bagi rakyat negara tercinta ini biar dipersembahkan satu artikel berkenaan.


Merujuk pada artikel Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British part III yang dipersembahkan lebih 3 minggu lalu. Di dalamnya ada diceritakan bahawa ketika membuat kajian di Perpustakaan Negara bagi hari Sabtu 6 Ogos saya ada menyemak jumlah muka surat  bagi Perak Government Gazette atau warta kerajaan Perak  yang telah diteliti di sana sejak hampir 3 minggu sebelum itu iaitu bagi tahun 1895 hingga 1908. Tidak diceritakan, tiba-tiba datang seorang kakitangan perpustakaan menegur bertanyakan tentang apa yang saya buat itu. 

Beliau kemudian menyatakan mahu mengundang ke satu majlis akan datang. Saya pun diminta menulis nama, nombor telefon dan alamat e-mail. Apabila didapati pada alamat e-mail ada tertera nama "Merah Silu" beliau pun bertanya : "Tuankah Merah Silu yang selalu menulis dalam blog itu?". Saya jawab iya. Lalu dia bertanya lagi : "Tuan juga ada NGO sendiri kan?". Saya jawab iya. Beliau pun memberitahu sedikit tentang acara. 

Apabila mendapat tahu tarikh yang mana saya belum menetapkan apa-apa komitmen saya pun menyatakan insyaallah akan hadir. Kemudian apabila mendapat undangan rasmi melalui e-mail berserta poster seperti di atas lagi kuat azam untuk hadir kerana pembicaranya adalah Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria yang sangat dihormati dalam dunia kajian sejarah tanah air.



Saya telah mengenali Abdullah Zakaria sejak 10 tahun lalu, mungkin lebih awal kerana selalu mengikut majlis-majlis ilmu anjuran badan-badan seperti Universiti Malaya juga Persatuan Sejarah Malaysia. Selepas mendiang Profesor Khoo Kay Kim beliau boleh dikatakan pakar sejarah Malaysia dan dunia Melayu yang paling terkemuka di negara kita. Beliau malah pernah merasmikan buku ke-11 dan ke-12 saya lebih 3 tahun lalu. Lihat Pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu di kedai buku Khazanah Fathaniyah. Kemudian berlaku PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak Covid-19 lalu lama tidak bertemu sehinggalah saya diundang oleh Muzium Diraja untuk menghadiri satu majlis baru di tengah ibu kota penghujung bulan lalu. Lihat Prospek masa hadapan institusi beraja di Malaysia.




Sebelum itu, dalam tempoh lebih dua tahun tidak bertemu saya ada berhubung dengan beliau sekali sahaja, kalau tak salah ingatan ketika kembali bercuti raya Aida Adha tahun hijriah lalu. Saya mahu meminta nasihat daripada beliau bagaimana untuk mencari jejak datuk kepada datuk saya Orang Kaya Arshad bin Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin selepas bapa beliau meninggal dunia tahun 1904. Beliau menyarankan agar cuba mencari cerita dalam surat-suratkhabar lama cetakan British di Singapura. Saranan daripada beliau inilah yang kemudian membawa kepada usaha-usaha berkenaan seperti diceritakan dalam artikel-artikel berikut :-






Apapun disebabkan kehadiran beliau juga kerana telah memberikan komitmen kepada pihak perpustakaanlah saya hadir ke majlis pada petang semalam 30 Ogos 2022. Kalau tidak kerana itu kemungkinan besar tak dapat datang kerana sejak hari sebelumnya kurang sihat. Rasa demam tak kebah dan lemah-lemah badan selain sakit-sakit kepala. Hinggakan selepas Subuh  kemudian menghantar anak ke sekolah jam 7.15 pagi saya terbaring di atas katil sahaja kelemahan sehinggalah jam 12.30 tengah hari baru mengumpul sedikit kekuatan untuk bersiap ke majlis.




Lagipun saya pun sebenarnya tidak faham apa yang ingin dibicarakan. Tajuk majlis iaitu "Degup Denyut Anak Malaysia" terasa kurang jelas. Isteri pun tertanya-tanya tentang apakah itu. Kalau berdasarkan itu sahaja tentu terasa tak begitu perlu untuk hadir. Tetapi isteri pula mengingatkan beliau telah menggosok dan menyiapkan sepersalinan busana tradisional Melayu untuk dipakai. Kiranya antara hal yang membangkitkan semangat untuk pergi.




Abdullah Zakaria sendiri ada memberitahu dia pun tak pasti apa yang dikehendaki oleh majlis atas tajuk itu. Pun begitu harus ada pengisian yang bermakna jika datang daripada seorang pakar seperti beliau.




Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku.




Ketika itupun saya masih tertanya-tanya apakah yang akan dibicarakan sebenarnya. Cuma bayangan yang dapat harus tentang tarikh keramat 31 Ogos memandangkan ia diadakan sejurus sebelum itu apa lagi pembicara adalah seorang pakar sejarah terkenal tanah air.



Ketua pengarah Perpustakaan Negara Puan Salasiah binti Abdul Wahab memberikan ucapan alu-aluan.







Selepas dibuat tayangan montaj tentang acara baru dipanggil Abdullah Zakaria juga seorang lagi iaitu Profesor Madya Dr Zulkarnain Abdul Rahman daripada Universiti Malaya. Fikir saya mereka akan mengambil giliran untuk berbicara tentang tajuk yang saya masih lagi tak jelas apakah liputannya.




Rupa-rupanya Zulkarnain bertindak sebagai pemudah bicara. Cuma Abdullah Zakaria yang akan betul-betul berbicara. Zulkarnian pun membuka dengan bertanya kenapa perlu menyambut tarikh 31 Ogos? Apakah kepentingannya? Hal inilah yang dipanjangkan sebagai degup (jantung) dan denyut (nadi) anak Malaysia itu.



Abdullah Zakaria yang lahir tahun 1951 membuka dengan berkongsi pengalaman sebenar beliau sebagai anak kelahiran Besut, Terengganu yang pertama kali datang ke Kuala Lumpur pada tahun 1968. Diceritakan bagaimana ketika menjelang sambutan hari kemerdekaan ketika itu beliau dapat melihat bagaimana ia disambut begitu meriah. Hendak bergerak dari tempatnya belajar di Universiti Malaya di Bangsar membawa ke Dataran Merdeka (dahulu nama lain, lupa apa) pun perlu melalui banyak pintu gerbang yang mengangkat tinggi tema kemerdekaan negara. Setiap satu didirikan oleh agensi kerajaan (antara yang disebut adalah LLN iaitu Lembaga Letrik Negara, sekarang sudah jadi TNB iaitu singkatan bagi Tenaga Nasional Berhad) yang ada pejabat atau ibu pejabat di laluan berkenaan.

Kata Abdullah semangat orang sekarang menyambut tarikh tersebut tidaklah semeriah seperti ketika itu. Antara sebabnya adalah kerana kini 31 Ogos dipanggil sebagai hari kebangsaan. Sepatutnya dikekalkan terma hari kemerdekaan yang membawa lebih tinggi semangat itu. Beliau pun menyebut tentang kajian sejumlah pihak yang menyatakan bahawa Malaysia atau sebelumnya Persekutuan Tanah Melayu tidak pernah dijajah tetapi cuma menjadi negeri-negeri naungan di bawah British. Walaupun hal ini benar daripada segi penggunaan kata-kata atau wording dalam perjanjian-perjanjian berkenaan tetapi hakikat perbuatan dan tindakan yang berlaku (seperti British boleh menurunkan Sultan atau membuang anak raja yang ia tidak berkenan) adalah memang kita pernah dijajah. 

Apabila dilakukan rundingan dengan British bagi mendapatkan pelepasan daripada pemerintahan atau pentadbiran British pada tarikh yang ditetapkan iaitu 31 Ogos 1957 pula memang terma atau perjanjian pelepasan itu menggambarkan kita mendapat kemerdekaan daripada pemerintahan British. Sebab itu apabila Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kepada umum terutama di Stadium Merdeka perkataan yang dilaungkan adalah "Merdeka!". Oleh itu beliau menegaskan harus diangkat kembali bahawa 31 Ogos itu adalah hari kemerdekaan Malaysia (walaupun ada menegaskan Malaysia cuma terbentuk apabila Sabah dan Sarawak masuk pada 16 September 1963), bukan hari kebangsaan. Ini perlu dibuat untuk mengangkat kembali rasa dan semangat kemerdekaan kerana ia melibatkan banyak proses termasuk pertumpahan darah selain penat lelah peluh air mata bagi mencapai kemerdekaan tersebut.

Abdullah turut ditanya tentang pemilihan tarikh 31 Ogos 1957, memandangkan ada mengatakan ia adalah tarikh yang dipilih oleh ulamak bernama Sheikh Abdullah Fahim (datuk kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi). Seterusnya tentang rundingan bagi kemerdekaan. Kenapa Tunku Abdul Rahman pada tahun 1956 memilih untuk naik kapal laut ke London bersama rombongan sehingga memakan masa 2 minggu untuk sampai? Sedangkan dua orang lagi, seorang daripadanya adalah Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab (ketika itu Menteri Besar Perak),  naik terus kapal terbang 

Dalam menjawab semua itu Abdullah sangat menekankan peranan raja-raja bagi menjayakan rundingan juga pengorbanan mereka sehingga ramai kini dapat menikmati kemakmuran negara (termasuk ramai pendatang dari luar yang asalnya adalah stateless atau status sebenarnya tidak memiliki negara sebelum kemerdekaan 31 Ogos 1957 itu). Ditekankan bagaimana dahulu ramai pejuang sanggup bersusah payah dalam merangka kemerdekaan sehingga nama-nama besar seperti Pak Sako pun setakat bertemu berbincang perkara dalam hotel murah di Chow Kit. Tidak seperti pada zaman sekarang di mana rata-rata bertemu dalam hotel mewah. Ikuti sendiri bicara melalui Facebook berkenaan di sini. Untuk makluman artikel ini ditulis sambil mengikut siaran langsuran sambutan 31 Ogos di Dataran Merdeka. 



Oh. Saya ada menyebut tentang bagaimana isteri telah menyiapkan sepersalinan busana tradisional Melayu untuk dipakai lalu ia adalah antara hal yang membangkitkan semangat untuk pergi ke majlis walaupun sebenarnya kurang sihat dan lemah-lemah badan. Sekadar berkongsi. Inilah pakaian saya ketika itu. Tengok-tengok ada kawan ambil gambar ketika bertandang ke rumahnya di Sri Hartamas  selepas majlis.

Ketika ini saya sedang cuba menghabiskan 5 muka surat terakhir Juzuk ke-3 bagi proses pengkhataman Al-Quran untuk bulan Safar. Saya ni dah rabun dekat, perlu pakai cermin mata apabila membaca. Tetapi tetap berusaha untuk membaca tanpa cermin mata apabila cahaya siang cukup terang. Sebab itu kelihatan membaca di luar, dengan muka seperti meneran itu. Ini disebabkan mata mahu mendapatkan fokus selain berusaha untuk mendapatkan makhraj bagi setiap huruf mengikut ilmu tajwid  seperti diketahui dan setakat mampu sebaik mungkin. Sekian wassalam.



Tiada ulasan: