Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, April 05, 2017

Misi HIKMAH Aceh 2017 - Memulakan perjalanan jauh ke luar Banda Aceh

OK. Masuk cerita hari ke-5 perjalanan di Aceh 16-23 Mac.. Bersambung daripada artikel Misi HIKMAH Aceh 2017 - Berlangsunglah acara yang memberi nama....


Dengan selesainya acara ke-20 HIKMAH di Rumah Cut Nyat Dhien hari Ahad 19 Mac 2017 barulah saya cukup lapang untuk membuat perjalanan jauh ke luar Banda Aceh. Ini dimulakan pagi Isnin 20 Mac apabila saya, isteri dan anak-anak jugaseorang kawan menaiki sebuah kereta sewa yang baru didapatkan pagi itu juga. Ketika itu kawan-kawan lain yang menyertai rombongan Malaysia ke acara HIKMAH sedang dalam penerbangan kembali ke tanah air Tinggallah kami berlima meneruskan penjelajahan di rantau orang...


Pemandu kami adalah seorang pengendali agensi pelancongan yang dikira antara paling senior di Aceh. Ini merujuk pada tempoh sejak industri tersebut mula hidup  di bumi Serambi Mekah setelah 4 tahun proses pemulihan Aceh daripada kebinasaan yang tercetus akibat serangan ombak ganas Tsunami, serangan yang merosakkan banyak infrastruktur di Aceh selain meragut lebih 200,000 jiwa 26 Disember 2004. Pemandu tersebut katanya tidak lagi membuat pemanduan untuk orang ke luar Banda Aceh. Dia cuma menguruskan perkara lalu memberikan kerja sebegitu untuk orang-orang bawahan. Tetapi disebabkan beliau sudah kenal lama dengan saya dan isteri, pernah menjadi pemandu kami pusing Aceh tahun 2009 ketika beliau sendiri baru bermula dalam kerja itu, beliau tanpa banyak kata menerima apabila diminta untuk menjadi pemandu kami.


Saya meminta beliau membawa ke Masjid Baiturrahman di tengah Banda Aceh terlebih dahulu.


Ada satu naskah kitab suci Al-Quran mahu diserahkan sebagai wakaf pada masjid atas permintaan seorang kawan lama di Malaysia. Pagi sebelum bertolak saya telah menyerahkan satu naskah serupa di masjid besar berdekatan hotel tempat kami menginap di Jalan Teuku Omar.


Selepas itu kami menuju ke satu kawasan bernama Darussalam di bahagian timur kota...


Ada barangan perjalanan yang perlu diambil pemandu di rumahnya di kawasan yang terkenal dengan dua buah universiti utama di Aceh itu, Universitas Islam Ar-Raniri dan Universitas Syiah Kuala. Terlihat pula bas-bas besar yang baru sebulan dua diperkenalkan ke dalam sistem pengangkutan awam Banda Aceh. Sebelum itu kota ini cuma ada van, sejenis trak kecil dipanggil sebagai labi-labi juga beca bermotor sebagai pengangkutan awam. Kalau hendak lebih selesa  harus menyewa kereta (mereka sebut mobil, kalau kereta itu merujuk pada motosikal) seperti Avanza dan Innova dengan harga yang lebih tinggi.


Hampir jam 12 baru kami keluar daripada lingkungan Banda Aceh lalu masuk ke wilayah pendalaman yang dikenali sebagai Aceh Besar.


Kami menuju ke arah tenggara mengambil jalan utama yang dikenali sebagai jalan Banda Aceh-Medan.


Sambil itu saya meninjau-ninjau pemandangan Gunung Seulawah yang merupakan gunung ikonik di sekitar ini, dapat dilihat dari jarak 50-60 km daripada semua arah.


Tidak lama kemudian sampailah ke Indrapuri dan masjid lama. Letaknya sekitar 26 km dari Banda Aceh. Setiap kali sampai ke Aceh saya akan berusaha untuk singgah, kali ini dengan memberikan lebih tumpuan pada aliran Sungai Aceh di sebelahnya. Lihat artikel Indrapuri old mosque and the Aceh river besides  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selepas Indrapuri laluan mula mendaki kawasan lereng Gunung Seulawah.


Seperti biasa apabila mengambil laluan ini kami berhenti di pekan Saree yang terletak di bahagian paling tinggi laluan.


Kedudukan dan ketinggiannya ibarat Genting Sempang di Lebuh Raya Karak.


Kami berhenti untuk makan tengah hari kemudian bersolat. Ketika gambar ini diambil sudah jam 1.21.


Masuk jam 3.42 kami berhenti di masjid kayu berusia hampir 400 tahun ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Teungku di Pucok Krueng di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Ia terletak dalam Kabupaten atau daerah yang dipanggil Pidie Jaya, sekitar 170 km dari Banda Aceh. Daerah tersebut dilanda gempa bumi yang agak teruk hujung tahun lepas. Bangunan kayu masjid lama langsung tidak terjejas, namun ada bahagian batu yang retak. Lihat artikel Bahagian batu Masjid Teungku di Pucok Kreung (Brick section of Teungku di Pucok Kreung mosque).



Jam 4 baru kami meninggalkan masjid. Sekitar 35 minit kemudian kami berhenti lagi untuk menziarahi kawasan pemakaman yang dikenali sebagai Makam Syahid Lapan.


Ini merujuk kepada 8 orang pemimpin pejuang Aceh yang mati diserang hendap Belanda 100 tahun lalu. Cerita tentangnya ada dikongsikan dalam artikel lama Ke makam Sultan Malikus Salih - kenapa pula deja vu lama di Makam Lapan? yang dibuat berdasarkan perjalanan tahun 2009.



Sampai jambatan menyeberangi Sungai Peusangan, salah satu sungai utama di Aceh kira-kira 230 km dari Banda Aceh ada lencongan akibat jambatan rosak.


Ketika itu sudah hampir jam 6 petang, lagi setengah jam masuk waktu Maghrib. Kami disuruh masuk jalan kampung untuk sampai ke jambatan lain menyeberangi sungai sebelum kembali ke jalan besar. Lihat Peusangan river at a rural part close to the coast,


Lokasi tujuan kami hari itu sebenarnya adalah Perlak lagi 170 km perjalanan.


Hampir jam 7 baru kami berhenti untuk bersolat. Kalau tak salah ketika itu kami sudah sampai di pinggir kota Lhokseumawe, sekitar 270 km dari Banda Aceh. Baru teringat, satu Quran wakaf telah ditinggalkan di masjid lama Indrapuri, satu lagi di masjid lama dalam daerah Pidie Jaya. Tinggal satu lagi Quran perlu diwakafkan untuk mencukupkan lima. Saya bercadang untuk berbuat begitu apabila sampai di Perlak...


No comments: