Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, April 22, 2015

Bermalam di Kampung Tauhid - Berkhemah bersama isteri dan anak-anak

Salam sejahtera wahai para pembaca yang dimuliakan. Pada artikel Gotong royong di tadika, qeqah di Bukit Damansara dan air terjun pembentangan di Gombak yang dibuat 10 hari lalu ada disebut tentang air terjun yang baru ditemui di hutan belakang Sri Gombak juga satu penempatan berkaitan yang baru dibuka dalam hutan. Beberapa hari selepas itu timbul rasa untuk bermalam di sana. Ini ceritanya...


Petang Sabtu 18 April 2015 kami masuk lagi ke penempatan yang baru dibuka.


Nampaknya penempatan yang diberi nama Kampung Tauhid ini sudah memiliki kolam renang yang boleh dipakai orang. Ketika kami pertama kali sampai seminggu sebelumnya kolam renang sudah ada tetapi belum diisi air.


Sebetulnya ia belum siap 100 peratus, belum diletak tile ataupun jubin. Kolam renang baru diisi air Sabtu itu untuk menguji jika ada kebocoran di mana-mana, setakat yang nampak hari itu tiada apa-apa masalah. Apapun saya dan keluarga ingin mandi di air terjun, Isteri dan anak-anak sempat berendam dalam kolam sebelum berjalan lebih jauh ke dalam hutan.


Ditemani beberapa ahli penempatan baru atau kita boleh sebut sebagai orang Kampung Tauhid kami naik sampai air terjun tingkat ke-3 kalau tak salah. Selepas itu saya terus naik seorang diri sampai ke tingkat ke-7, tingkat tertinggi malah lebih jauh ke atas di mana tidak kelihatan lagi air terjun, cuma sungai dan jeram. Saya masuk lebih jauh berbanding lawatan kali pertama Sabtu sebelumnya. Sampai satu bahagian di mana sungai seperti dipagar oleh rimbunan pokok dan daun daripada kiri kanan tebing sehingga menutup laluan baru saya berhenti sejenak kemudian berpatah balik. Daripada bau jering yang kuat 'berkumandang' di udara walaupun tidak kelihatan pokok jering selain rimbunan yang 'mempagari' jalan fahamlah kita itu kawasan 'orang kampung sebelah'. Ketika itu pun sudah jam 6 lebih petang. Kalau tak mahu tersesat masuk ke dalam alam lain lebih jangan diteruskan perjalanan. Lainlah kalau tidak ada anak dan isteri menunggu di bawah. Dan saya pun ada rancangan susulan, kalau nak masuk 'kampung ' ni tak boleh janji bila nak keluar...


Suasana di penempatan baru waktu hampir Maghrib. Sebetulnya kami masuk ke dalam hutan menuju ke air terjun dalam keadaan hujan yang agak lebat. Tetapi kami teruskan juga kerana tak mahu menunggu lama sebelum masuk hutan, kalau menunggu nanti takut tinggal sedikit sahaja masa untuk mandi-manda dan menikmati keadaan. Kelihatan pemandangan berkabus apabila sampai kembali ke penempatan. Oh, anak dan isteri rupa-rupanya sudah turun setengah jam lebih awal. Takkan nak tunggu lama saya yang sedang sedang leka meneroka di atas?


Khemah-khemah sedang didirikan untuk kami bermalam. Saya pun tak ingat bila kali terakhir berkhemah. Yang ingat kali pertama merasa betul-betul tidur dalam khemah adalah semasa Darjah 3 iaitu berumur 9 tahun mengikut program Pengakap di kawasan sekolah. Sebelum tu setakat pernah tidur dalam khemah tapi di halaman rumah. Apabila masuk Tingkatan 1 iaitu di sekolah menengah baru merasa tidur berkhemah dalam hutan iaitu di kaki Gunung Lambak, Kluang, esoknya panjat gunung sampai ke puncak. Selepas itu saya sudah banyak kali berkhemah mengikuti berbagai program. Cuma apabila sudah dewasa iaitu berumur 20an tak ingat jika pernah berkhemah. Yang saya tahu kalau tidur bersepah dalam sleeping bag tepi jalan waima dalam hutan tu dah banyak kali sangat, tidur surau, masjid dan pondok jangan ceritalah, Sampai sekarang, umur dah nak masuk 45 ni pun masih buat, selalu juga bersama isteri dan anak-anak.


Anak-anak seronok bermain-main di batu hampar hadapan sebuah pondok penempatan.


Saya pun ikut join, ada masa berbaring sedap atas batu.


Malam itu saya diminta bercakap tentang kaitan Alam Melayu dengan kerajaan legenda Atlantis.


Kebetulan saya ada membawa laptop. Saya pun menggunakan slaid yang pernah dikongsikan dalam beberapa majlis bermula pada acara ke-11 HIKMAH di Pagoh 8 November tahun lepas. Rujuk artikel-artikel berikut :-






Malam itu juga kami bermuzakarah tentang beberapa hal melibatkan ilmu Tasawuf dan keTuhanan. Di celah-celah itu, sekitar jam 2 pagi kalau tak salah saya sempat mengikut seorang pemuda yang cukup berpengetahuan tentang selok hutan masuk berdua melihat binaan lama yang dipercayai adalah bunker, tempat pertahanan perang Inggeris ketika melawan Jepun tahun 1940an.



Awal pagi Ahad, anak-anak masih nyenyak tidur. Kelihatan anak tiri yang sedang belajar dalam Tingkatan Satu paling atas, di tengah adalah anak pertama saya dengan isteri sekarang diikuti anak kedua kami merangkap paling bongsu keseluruhan di bawah abangnya. Beruntung sebenarnya mereka ini. Saya pertama kali merasakan berkhemah dalam hutan pun masa Tingkatan Satu. Anak kat tengah tu umur tak sampai 6 tahun dah merasa, adiknya lagilah pula, umur baru 3 tahun lebih...


Ya. Anak-anak ini memang beruntung kerana sudah mendapat pengalaman tidak ternilai sejak umur begitu muda. Saya semasa kecil pernah dibawa ibu bapa jalan merata jugak tetapi tidak seperti mereka. Saya mula merasa tidur lasak ketika berumur 15 tahun, semasa lari keluar daripada sekolah asrama. Anak saya dah merasa seawal umur 2 bulan setengah. Lihat artikel lama Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Bermalam di stesyen kereta api Jakarta dan makam sultan terakhir Aceh diikuti Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Solo, Kediri, pendopo kerajaan Majapahit dan makam Sheikh Jamaluddin Kubro di Mojokerto. Malah mereka sudah merasa tidur di surau dan masjid ketika bayi lagi. Saya cuma letak dua artikel di atas sebagai contoh kerana itu yang terbetik dalam fikiran ketika menulis ayat sebelumnya. Sebetulnya terdapat begitu banyak pengalaman bagaimana mereka telah merasa tidur lasak seawal umur 40 hari, banyak sangat lalu tak dapatlah saya menunjukkan contoh satu demi satu. Kalau nak lihat sila cari sendiri pada artikel-artikel lama perjalanan melalui links yang banyak terkumpul pada bahagian bawah blogspot ini.


Di penempatan ini juga saya mengambil peluang untuk menyambung lagi pembacaan buku yang kelihatan. Lihat Buku "Sejarah Melayu" dari Batam - Membuka langkah menelaahnya.



Buku setebal 600 muka surat ini telah dihadiahkan kepada saya selepas satu majlis berkenaan lebih 6 minggu lalu. Lihat Pelancaran buku "Sejarah Melayu" dari Batam di DBP - Mengingatkan Raja Isa Nongsa. Tetapi 2 minggu selepas itu baru dimulakan pembacaan, itu pun dilakukan apabila timbul kelapangan antara pelbagai aktiviti dan komitmen lain. Alhamdulillah di penempatan bernama Kampung Tauhid ini saya menyambung daripada muka surat 463. Menariknya, pada muka surat itu tertera lukisan wajah Sultan Mahmud Badaruddin II yang memerintah Palembang 200 tahun lalu. Apakah ada suatu kaitan mahu diberitahu melibatkan pengalaman bermalam di Kampung Tauhid ini?


Selepas beberapa lama saya naik ke air terjun seorang diri untuk bermandi-manda.



Sebelum tengah hari kena kami harus keluar kerana anak tiri perlu dihantar ke rumah bapa kandungnya. Saya pula harus bersedia untuk komitmen lain di Pahang. Ini adalah gambar penempatan yang katanya mahu dibina sejumlah rumah diambil daripada satu bahagian sedikit tinggi di belakang. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1,313 di blogspot ini.



Tiada ulasan: