Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, July 19, 2013

Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Akhirnya, sampai ke Wajo, kerajaan leluhurku belah Bugis

Salam hari Jumaat. Hari ini banyak dihabiskan untuk memastikan sejumlah video rakaman acara ke-5 HIKMAH yang berlangsung di Kuala Terengganu 5-8 Jun dapat dimuatnaik ke Youtube lalu boleh ditonton ramai. Setelah itu baru saya dapat memberikan penumpuan pada sambungan siri. Setelah membuat sejumlah artikel sokongan, bolehlah disambung cerita dari artikel Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Keluar dari Makassar selepas 3 hari berehat.


Pagi Jumaat 10 Mei 2013, setelah bermalam di rumah sepupu Ibu Nur di Barru, sekitar 110 km ke utara kota Makassar kami menghala kembali ke selatan.


Beberapa kilometer berjalan, sampailah ke satu pekan lalu kami membelok masuk ke jalan desa menghala ke laut.


Sepanjang perjalanan rumah-rumah tradisional Bugis menarik perhatian.




Seberang sebuah jambatan pemandangan laut ke barat pula terserlah.


Ke timur kelihatan satu banjaran gunung yang akan kami daki kemudian. Kami mahu singgah dahulu ke sebuah makam. 


Pada mulanya saya menyangkakan di sekitar sini terdapat makam seorang pemerintah bernama La Madussalat, satu nama yang sering disebut-sebut sebagai datuk kepada Lima Daeng Bersaudara yang sangat terkenal dalam sejarah kerajaan-kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi.


Tapi ternyata yang ada ialah makam tokoh-tokoh tempatan yang tidak saya tahu siapa dan apa ceritanya. Lihat artikel Makam (Tomb of) Datu We Tenri Olle dan Makam (Tomb) of Datu Pancai Tana di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)..


Selepas itu baru kami menghala ke gunung.


Perjalanan membawa kami mendaki hampir ke puncak melepasi kecamatan (Bahasa Indonesia untuk mukim) Tanete yang dahulu merupakan sebuah kerajaan kecil yang pernah diperintah La Madussalat Karaeng di Tanete. Kami mahu ke kota Sengkang, dalam kabupaten (daerah) Wajo'. Lihat artikel The road from Tanete to Wajo di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Seperti Tanete, Sengkang dan persekitarannya merupakan sebuah kerajaan kecil yang diperintah raja sendiri. Ia dan beberapa kerajaan kecil membentuk persekutuan kerajaan yang lebih besar, kerajaan yang dipanggil Wajo, diperintah oleh seorang raja tertinggi ibarat Yang di-Pertuan Agong di Malaysia. Setelah berjalan lebih kurang 3 jam menaiki kawasan pergunungan dan turun melalui daerah lain yang dipanggil Soppeng, juga asalnya sebuah kerajaan Bugis yang pernah memiliki raja, sampailah kami ke Wajo'. Satu ciri khas yang dapat saya lihat pada rumah tradisional Wajo adalah layar berukiran seperti awan larat yang terdapat pada setiap hujung atap.


Allah! Ada semacam perasaan halus menusuk ke kalbu sebaik sahaja menyedari saya sudah masuk ke dalam kawasan kerajaan Wajo'. Perasaan ini semakin nyata apabila kami menghampiri kota Sengkang yang menjadi ibu daerah Wajo'.


Ketika menyeberangi sebuah sungai yang terletak berhampiran kota saya dapat melihat satu lapangan air yang seperti melaut. Ah! Itu harus Danau Tempe. tasik di pendalaman Sulawesi Selatan yang sangat luas. Sebelum ini saya cuma pernah melihatnya dalam peta dan gambar-gambar di Internet. Sekarang sudah sampai ke Sengkang, juga Wajo' ya Allah!


Sebuah jet pejuang lama dijadikan tugu peringatan, kalau tak salah kerana seorang juruterbang jet pejuang terawal di Indonesia adalah orang sini. Jet pejuang serupa pernah saya lihat menghiasi sebuah tugu di Montasik, beberapa kilometer ke selatan Banda Aceh atas sebab yang sama - seorang anak tempatan pernah menjadi antara juruterbang terawal. Lihat bahagian bawah artikel Dari Syiah Kuala keluar Banda Aceh... singgah di 'Anjung' juga di 'Kandang'... yang dibuat 4 tahun lalu.


OK. Kenapa saya terasa begitu teruja sampai ke Wajo dan Sengkang? Kerana saya memiliki moyang-moyang utama yang berasal dari Wajo', seorang daripada mereka dikatakan pernah menjadi raja Sengkang seterusnya raja tertinggi Wajo yang dipanggil Arung Matoa Wajo'. Mengikut kajian peribadi saya, darah yang ada dalam diri datang dari 3 jaluran keturunan Wajo'. Satu adalah jaluran yang datang ke Aceh abad ke 16 Masihi untuk menimbulkan apa yang dipanggil Raja-raja Aceh Dinasti Bugis. Lihat artikel Apa cerita bangsawan Bugis pula boleh menjadi raja Aceh? yang turut dibuat 4 tahun lalu. Cuma artikel yang mengandungi sedutan berkaitan daripada buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006) ada tersilap menyebut Maharajalela Abdul Rahman sebagai rantaian dalam jalur Dinasti Bugis ini. Yang sebenarnya nama beliau atau lebih tepat, baginda adalah Maharajalela ABDUL RAHIM.


Jaluran yang membentuk Dinasti Bugis di Aceh itu dimulakan oleh seorang bangsawan yang dikenali sebagai Daeng Mansur. Baginda dikatakan seorang kerabat diraja Bugis yang datang dari Wajo' untuk berdakwah ke Aceh. Namun kajian lebih terperinci menunjukkan ayahanda baginda bernama Abangta Abdul Jalil berasal dari Aceh. Malah Abangta adalah anakanda kepada Sultan Alauddin Riayat Syah al-Qahar yang memerintah Aceh 1539-1571. 

Lihat artikel Jejak "Berpetualang ke Aceh" : 3 x 11 dan jejak warisan Bugis Aceh yang merujuk pada ziarah saya dan keluarga ke makam Daeng Mansur, juga dikenali sebagai Tuanku Bugis pada 11.11.11 (11 November 2011). Saya tak pasti 100 peratus bagaimana cucu Sultan Aceh ini boleh dikenali sebagai pendakwah merangkap bangsawan/anak raja Bugis. Kalau tak salah ini disebabkan ayahanda baginda, Abangta itu pernah berdakwah di Tanah Bugis lalu mengahwini seorang puteri tempatan. Daeng Mansur adalah hasil perkahwinan ini dan mengikut tradisi Bugis, seorang anak yang memiliki sekurang-kurangnya seorang ibu bapa berbangsa Bugis dikira sebagai orang Bugis, kalau ibu atau bapanya bergelar Daeng, anaknya juga boleh digelar itu. 

Hal ini berbeza dengan sesetengah nasab, misalnya para Sayyid keturunan Nabi Muhammad SAW. Anak lelaki seorang Sayyid tetap dipanggil Sayyid ataupun Syed, yang perempuan dipanggil Sharifah tak kiralah ibunya berdarah apa. Tetapi jika seorang Sharifah berkahwin orang bukan dari kalangan Sayyid, maka anaknya tidak boleh lagi memakai gelaran Sayyid mahupun Sharifah. Begitu juga kalau seorang lelaki bergelar Raja, anaknya baik laki-laki mahupun perempuan boleh memakai nama Raja tanpa mengira siapakah ibunya. Tetapi kalau seorang perempuan bergelar Raja mengahwini laki-laki dari golongan kebanyakan, anak mereka tidak lagi layak memakai gelaran raja.

Di atas adalah gambar rumah rehat tempat kami menginap di Sengkang. Sebaik sahaja sampai kami terus membawa beg pakaian ke dalam.


Selepas berehat dalam setengah jam baru kami keluar untuk makan tengah hari. Lalu di hadapan masjid besar Sengkang di mana saya dan pemandu mahu bersolat Jumaat tapi tak sempat. Ketika kami sampai orang hampir memulakan solat sedangkan ketika itu susah hendak mendapatkan tempat untuk meletakkan kereta. Memikirkan kami adalah musafir yang tidak wajib bersolat Jumaat kami pun meneruskan perjalanan ke rumah rehat.


Kami juga lalu di hadapan makam La Maddukelleng, seorang raja Sengkang yang pernah menjadi Arung Matoa Wajo atau raja tertinggi pertengahan abad ke-18. Adapun dalam salasilah keluarga sebelah bapa saya yang berasal dari Perak, ada disebut satu watak pahlawan gagah berani tetapi agak misteri yang dikenali sebagai Nakhoda Hitam, juga dipanggil Tok Kuala Bidor. Beliau (baginda juga sebenarnya) yang hidup abad ke 18 dikatakan pernah mengganas sebagai ketua lanun di Pulau Sembilan berdekatan kuala Sungai Perak. Namun beliau kemudian dilantik Sultan Perak menjadi ketua angkatan perang dan raja di laut, memakai gelaran Laksamana Raja Mahkota. Gelaran itu dipakai turun-temurun dalam keluarga besar saya sebelah bapa. Rujuk artikel-artikel lama berikut :-


Laksamana kembali ke Perak (ditulis 7 tahun lalu)




Dua artikel di atas ditulis November 2007 dengan mengambil sedutan dari buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang?" yang terbit waktu itu. Ketika itu dan buat beberapa lama saya beranggapan bahawa Nakhoda Hitam ini adalah seorang anakanda kepada Sultan Alauddin Ahmad Syah Berdaulat (memerintah Aceh 1727-1735, dicatatkan sebagai raja Aceh pertama dari Dinasti Bugis yang berketurunan Daeng Mansur). Kajian lama saya menjurus pada kesimpulan bahawa Nakhoda Hitam adalah seorang anak gahara yang membawa diri apabila adik-beradiknya dari ibu lain merebut takhta. Saya juga beranggapan baginda dan Daeng Selili, orang pertama memegang jawatan Maharajalela Pancung Tak Bertanya di Perak adalah adik-beradik sama ibu, ibu yang dikenali sebagai Ratu Sedinding ibni Pajung Luwuk. 

Pajung Luwuk ini dikatakan kekanda kepada seorang bangsawan Bugis yang dikenali sebagai Opu Tanderi Buring. Bapa mereka adalah La Madusallat yang disebut pada permulaan artikel ini. Dari Opu Tanderi Buring, muncul 5 Daeng Bersaudara yang juga sudah disebut tadi, Ini menjadikan Nakhoda Hitam dan Daeng Selili saudara dekat malah ada salasilah dari Perak yang pernah saya lihat turut tersimpan dalam tangan seorang bekas wakil rakyat berketurunan Bugis di Selangor mendakwa Nakhoda Hitam dan Daeng Selili adalah adik-beradik berlainan ibu!

Namun kemudian ada orang dari Sabah membawa salasilah besar Bugis yang apabila dibentangkan adalah seluas permaidani 5 x 10 kaki gitu. Kelihatannya ia mengandungi nama setiap raja dan bangsawan Bugis yang ada kena-mengena dari abad ke 7-8 Masihi, dipercayai zaman berlakunya cerita awal dalam epik La Galigo (rujuk La Galigo dan makna Daeng buat orang Bugis). Beliau memberitahu 5 Daeng Bersaudara yang sangat terkenal dalam sejarah Tanah Melayu itu bukanlah betul-betul adik beradik tetapi saudara-mara beripai-duai... dan di Tanah Bugis mereka bertaraf bangsawan menengah sahaja, bukanlah yang paling tinggi seperti disangka ramai di Malaysia selama ini. 

Selain itu orang dari Sabah itu mendakwa Daeng Selili adalah orang yang sama La Maddukelleng, raja tertinggi Wajo' yang bahagian luar makamnya ditunjukkan pada gambar atas. Nakhoda Hitam pula dikatakan anakanda Daeng Selili yang memiliki nama sebenar Petta To Rawe. Cuma kata orang Sabah itu, Petta To Rawe pernah dititipkan ke Aceh atas sebab tertentu, mungkin untuk mengelak buruan musuh mereka Belanda semasa zaman kanak-kanaknya.


Buat beberapa lama saya tidak mahu menerima langsung kata-kata orang Sabah itu kerana terus beranggapan Nakhoda Hitam adalah anakanda kepada Sultan Alaiddin Ahmad dari Aceh. Setelah setahun dua baru saya mendapat alamat baru bahawa hubungan terus keluarga belah bapa ke Aceh adalah melalui menantu Nakhoda Hitam yang dikenali sebagai Laksamana Toh Jambu, bukan melalui Nakhoda Hitam itu sendiri. Lihat artikel Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota! yang dibuat tahun 2008 diikuti artikel Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Satu makam Sultan di Teluk Intan dan satu makam yang menjadi punca segalanya buat saya yang dibuat tahun 2010. Setelah mendapat alamat menunjukkan seorang anak Sultan Alaiddin Ahmad telah membawa diri ke Patani di  mana muncul zuriat yang dikenali sebagai Toh Jambu, saya pun menerima dakwaan bahawa Nakhoda Hitam adalah anakanda kepada Daeng Selili. Saya juga menerima Daeng Selili adalah La Maddukelleng yang pernah menjadi raja tertinggi Wajo'.

Namun sekitar setahun selepas itu, ada saudara mara dari keluarga Laksamana Raja Mahkota telah pergi ke Tanah Bugis terutama ke Wajo' lalu menemui fakta yang berlawanan. Pada mereka Daeng Selili bukanlah La Maddukelleng sebaliknya Nakhoda Hitam adalah nama samaran bagi raja besar Wajo itu. Daeng Selili pula dikatakan orang kanan La Maddukelleng @ Nakhoda Hitam. Dan bila saya buat kajian susulan, memang Nakhoda Hitam lebih menepati ciri-ciri watak dan kepahlawanan La Maddukelleng yang sangat ditakuti Belanda. 

Saya dapati kemungkinan besar Daeng Selili adalah seorang kerabat diraja, tak pun bangsawan Wajo' yang lebih tua namun dari segi hirarki tradisi kepimpinan harus tunduk ke bawah La Maddukelleng. Kemungkinan besar Daeng Selili adalah La Mohang Daeng Mangkona, orang yang telah meninggalkan Tanah Bugis lebih awal  ke Kalimantan (La Maddukelleng juga berhijrah ke sana tetapi semasa zaman remaja awal 1700an) lalu membuka penempatan orang Bugis yang dikenali sebagai Samarinda (ya, tempat kain yang terkenal itu). Untuk pengetahuan memang Samarinda dibayangi sebuah gunung yang dipanggil Gunung Selili...

Di atas adalah gambar kami makan tengah hari di sebuah kedai di pinggir kota. Selepas makan timbul juga rasa untuk menziarahi makam La Maddukelleng. Tetapi kami mendapati pintu makam berkunci. Saya pun meminta pemandu untuk membawa kami melihat satu objek semulajadi yang menjadi semacam identiti Wajo' juga Sengkang.


Objek yang dimaksudkan adalah sebuah tasik luas yang dipanggil Danau Tempe (bukan tempat asal-usul tempe ya, cuma nama saja serupa). Pemandu membawa kami menaiki sebuah bukit yang memberikan pemandangan meluas persekitaran. Lihat artikel The lake called Danau Tempe.

Berbalik pada salasilah dan hal jaluran darah yang sampai ke Wajo'. Jaluran keturunan saya sebelah bapa atas bapa iaitu garis laki-laki memang tertulis dalam salasilah rasmi sampai pada Toh Jambu. Melalui penemuan dan alamat yang disebut tadi saya mendapati Toh Jambu adalah anakanda seorang putera yang tidak diketahui nama ibni Sultan Alauddin Ahmad Syah Johan Berdaulat Aceh. Sultan ini pula diketahui anakanda kepada Maharajela Abdul Rahim ibni Laksamana Zainal Abidin ibni Daeng Mansur yang dikatakan datang dari Wajo' abad ke 16. Salasilah besar keluarga menyebut Toh Jambu sebagai menantu kepada Nakhoda Hitam yang menjadi Laksamana Raja Mahkota pertama Perak. Nakhoda Hitam pula dikatakan adalah La Maddukelleng, Arung Matoa Wajo. Maka 2 jaluran sampai ke Wajo' sudah disebut melalui nasab bapa.

Dari sebelah ibu pula nasab saya dikatakan sampai kepada Daeng Parani, orang yang dinyatakan sebagai kekanda tertua Daeng 5 Bersaudara. Lihat artikel Kaitan Daeng Parani dengan keluarga sebelah ibu yang dibuat 2 tahun lalu. Mereka disebut secara rasmi sebagai berasal dari kerajaan Luwuk, kerajaan terawal paling terkenal dalam sejarah Bugis. Namun kerajaan yang masih dianggap satu lambang berprestij kebanggaan nasab Bugis ini sebenarnya telah hilang gah apabila kalah perang dengan kerajaan Bone abad ke 16. Sebelum itu Luwu pernah meminta pertolongan Wajo' untuk mengalahkan kerajaan Sidenreng yang terletak di seberang Danau Tempe. Atas kejayaan usahasama tersebut, Wajo' dapat mengembangkan pengaruh dan kekuasaanya ke atas sejumlah lagi wilayah termasuk kerajaan Belawa. Dan Luwu juga dikatakan telah menyerahkan sebahagian wilayahnya kepada Wajo'.

Difahamkan, selepas kekalahan Luwu kepada Bone, sebahagian wilayah Luwu jatuh ke tangan Bone dan sebahagian lagi jatuh ke tangan Wajo'. Entah kenapa saya merasakan bahawa Daeng Parani sebenarnya berasal dari Wajo'. Mungkin benar baginda juga berasal dari Luwu tetapi dari wilayah Luwu yang pada zamannya telah masuk ke dalam Wajo'. Maka cukuplah 3 jaluran keturunan saya berasal dari Wajo' menyebabkan diri ini begitu teruja apabila akhirnya dapat menjejakkan kaki di sana.


Adapun rumah rehat kami terletak betul-betul seberang jalan sebelah istana raja Sengkang yang telah dijadikan muzium. Walaupun ia binaan awal abad ke 20, bukannya binaan ketika La Maddukelleng menjadi Arung (raja) Sengkang mahupun Arung Matoa Wajo pertengahan abad ke 18, saya tetap teruja untuk masuk ke dalamnya. Selepas berehat hingga lewat petang menunggu seorang kenalan Ibu Nur dari sekitar Sengkang datang kami pun masuk ke muzium. Terasa jejak kami diberkati para leluhur, sampai ke Wajo' tengah hari Jumaat dan kini mahu ke bekas istana pada petangnya.


Pada bucu atap bangunan terdapat ukiran awan larat yang menjadi identiti unik Wajo'. Lalu saya teringat zaman kanak-kanak sering menconteng kertas dan buku pelajaran dengan corak-corak serupa. Ini sering dibuat sampai saya masuk ke sekolah menengah. Apakah kerana ada memori berkenaan Wajo' yang menjalar dalam darah daging ini? 


Adapun bekas istana masih diduduki sebuah keluarga yang berketurunan raja Sengkang. Namun mereka tetap menerima kedatangan orang ramai yang mahu melihat pameran dan isi istana. Lihat Tempat bernama (The place called) Saoraja Mallangga. Menariknya tidak lama selepas kami sampai datang satu keluarga dari satu kawasan lain, kalau tak salah ingatan samada dari Sidenreng atau Belawa... ke dari Sidrap yang terletak di barat Sidenreng? Keluarga yang baru pertama kali masuk ke istana merangkap muzium ini menyatakan mereka baru mendapat mimpi agar bertandang berjumpa saudara-mara. 

Sementara mereka berkenal-kenalan saya pula sibuk menelaah maklumat tentang struktur pemerintahan Wajo'. Biar dicopy paste sedikit maklumat tentang kerajaan/daerah ini dari Wikipedia...


-----------------


Kabupaten Wajo adalah salah satu Daerah Tingkat II di provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia. Ibu kota kabupaten ini terletak di Sengkang. Kabupaten ini memiliki luas wilayah 2.056,19 km² dan berpenduduk sebanyak kurang lebih 400.000 jiwa. Bupati Wajo saat ini adalah Drs. Andi Burhanuddin Unru, MM.

Sejarah

Pembentukan Kerajaan Wajo

Wajo berarti bayangan atau bayang-bayang (wajo-wajo). Kata Wajo dipergunakan sebagai identitas masyarakat sekitar 605 tahun yang lalu yang menunjukkan kawasan merdeka dan berdaulat dari kerajaan-kerajaan besar pada saat itu.

Di bawah bayang-bayang (wajo-wajo, bahasa Bugis, artinya pohon bajo) diadakan kontrak sosial antara rakyat dan pemimpin adat dan bersepakat membentuk Kerajaan Wajo. Perjanjian itu diadakan di sebuah tempat yang bernama Tosora yang kemudian menjadi ibu kota kerajaan Wajo.
Ada versi lain tentang terbentuknya Wajo, yaitu kisah We Tadampali, seorang putri dari Kerajaan Luwu yang diasingkan karena menderita penyakit kusta. Beliau dihanyutkan hingga masuk daerah Tosora. Kawasan itu kemudian disebut Majauleng, berasal dari kata maja (jelek/sakit) oli' (kulit). Konon kabarnya beliau dijilati kerbau belang di tempat yang kemudian dikenal sebagai Sakkoli (sakke'=pulih; oli=kulit) sehingga beliau sembuh.

Saat beliau sembuh, beserta pengikutnya yang setia ia membangun masyarakat baru, hingga suatu saat datang seorang pangeran dari Bone (ada juga yang mengatakan Soppeng) yang beristirahat di dekat perkampungan We Tadampali. Singkat kata mereka kemudian menikah dan menurunkan raja-raja Wajo. Wajo adalah sebuah kerajaan yang tidak mengenal sistem to manurung sebagaimana kerajaan-kerajaan di Sulawesi Selatan pada umumnya. Tipe Kerajaan Wajo bukanlah feodal murni, tetapi kerajaan elektif atau demokrasi terbatas.

Perkembangan Kerajaan Wajo

Dalam sejarah perkembangan Kerajaan Wajo, kawasan ini mengalami masa keemasan pada zaman La Tadampare Puang Ri Maggalatung Arung Matowa, yaitu raja Wajo ke-6 pada abad ke-15. Islam diterima sebagai agama resmi pada tahun 1610 saat Arung Matowa Lasangkuru Patau Mula Jaji Sultan Abdurrahman memerintah. Hal itu terjadi setelah Gowa, Luwu dan Soppeng terlebih dahulu memeluk agama Islam.

Pada abad ke-16 dan 17 terjadi persaingan antara Kerajaan Makassar (Gowa Tallo) dengan Kerajaan Bugis (Bone, Wajo dan Soppeng) yang membentuk aliansi tellumpoccoe untuk membendung ekspansi Gowa. Aliansi ini kemudian pecah saat Wajo berpihak ke Gowa dengan alasan Bone dan Soppeng berpihak ke Belanda. Saat Gowa dikalahkan oleh armada gabungan Bone, Soppeng, VOC dan Buton, Arung Matowa Wajo pada saat itu, La Tenri Lai To Sengngeng tidak ingin menandatangani Perjanjian Bungayya.

Akibatnya pertempuran dilanjutkan dengan drama pengepungan Wajo, tepatnya Benteng Tosora selama 3 bulan oleh armada gabungan Bone, dibawah pimpinan Arung Palakka.
Setelah Wajo ditaklukkan, tibalah Wajo pada titik nadirnya. Banyak orang Wajo yang merantau meninggalkan tanah kelahirannya karena tidak sudi dijajah.

Hingga saat datangnya La Maddukkelleng Arung Matowa Wajo, Arung Peneki, Arung Sengkang, Sultan Pasir, beliaulah yang memerdekakan Wajo sehingga mendapat gelar Petta Pamaradekangngi Wajo (Tuan yang memerdekakan Wajo).


Hampir senja, rakan Ibu Nur membawa kami minum dan makan ringan di sebuah warung di luar kota. Dia membelanja kami air tapai istimewa tempatan...


Selepas Maghrib beliau membawa kami ke sebuah pusat kain sutera. Untuk pengetahuan Sengkang diiktiraf sebagai pusat utama perusahaan sutera bagi seluruh Indonesia. Di satu bahagian kota terdapat banyak kedai dan kilang sutera. Pada artikel seterusnya saya akan menunjukkan makam pendakwah besar abad ke-14, Sayyid Hussein Jamaluddin Kubra yang terdapat di desa Tosora, Wajo'. Beliau adalah leluhur kepada para Wali Songo yang sangat terkenal di Pulau Jawa selain menurunkan raja-raja Islam yang pernah memerintah Champa, Patani dan Kelantan.


1 comment:

Radzi Sapiee said...

Dapatan dari Internet :-

Siti Aisyah We Tenriolle adalah Datu (Ratu) dari Tanette Sulawesi Selatan. Belum diketahui secara pasti kapan tanggal lahirnya. Yang tercatat dalam sejarah adalah masa kepemimpinannya di Kerajaan Tanette dari tahun 1855-1910. Dia menjabat sebagai Ratu selama limapuluh lima tahun, masa jabatan yang cukup lama. Ayahnya bernama La Tunampareq alias To Apatorang dengan gelar Arung Ujung. Sedangkan ibunya bernama Colliq Poedjie yang bergelar Arung Pancana. Kedua orang tua Aisyah adalah bangsawan, ini bisa diketahui dari pemakaian gelar arung di depan nama.

Aisyah adalah anak kedua dari tiga bersaudara. Kakak laki-lakinya bernama La Makkawaru. Sedangkan adik bungsunya bernama I Gading. Tak berapa lama kemudian ayahnya, La Tunampareq meninggal dunia. Akhirnya sang ibu, Colliq Poedjie memutuskan untuk kembali ke kampung halamannya di Tanette. Aisyah dan keluarganya hidup menumpang bersama kakeknya yang bernama La Rumpang di Tanette. Pada waktu itu sedang terjadi perselisihan antara Belanda dan Raja Tanette, La Patau. Akhirnya Belanda menurunkan tahta La Patau di tahun 1840. La Patau diasingkan keluar dari Sulawesi Selatan. Sebagai gantinya, Belanda mengangkat La Rumpang Megga Matinro Eri Moetiara, kakek Aisyah sebagai Raja Tanette.

Kecerdasan Aisyah terlihat sedari kecil. Dia sangat menyukai buku-buku sastra. Bersama ibundanya Colliq Poedjie, Aisyah menyelami sastra-sastra Bugis kuno, terutama I La Galigo. Colliq Poedjie adalah seorang intelek, dialah yang mengurusi pengarsipan dokumen-dokumen kerajaan. Colliq sering diminta oleh Raja yang merupakan ayahnya sendiri untuk menulis surat-surat kerajaan.

Kerajaan Tanette merupakan kerajaan Islam. Pengaruh Islam melekat sangat kuat sebagaimana di kerajaan lainnya seperti kerajaan Goa,Tallo dan Bone. Meski demikian, semasa La Rumpang menjabat menjadi Raja, beliau tidak menutup diri dari kebudayaan lain yang masuk. Dimasa pemerintahannya, La Rumpang menjalin persahabatan yang cukup baik dengan B.F. Matthes dan Ida Pfeiffer.