Allahu Allah, Allahu Allah, Allahu Allah. Sempena hari ni sudah masuk 1 Rejab, bulan Islam yang dikatakan bulan Allah timbul satu rasa untuk membuat sedikit perkongsian fikiran. Biar dimulakan dengan satu cerita...
Dua orang pengembara luar daripada dua negara berlainan bertemu di Seremban. Kedua-duanya sebenarnya mahu ke Kuala Lumpur tetapi entah bagaimana boleh sampai ke sana. Mungkin akibat ditipu pemandu teksi sapu yang ditemui di LCCT. Kedua-duanya tidak membawa peta, sekadar mengharapkan ingatan dari sedikit cerita yang didengar tentang Malaysia daripada kawan-kawan di negara sendiri.
Bila dah kena tipu sampai boleh terdampar di Seremban mereka jadi sangsi untuk bertanya kepada warga tempatan. Kata pengembara satu : "Mari kita naik bas ke utara, di sanalah terletaknya Kuala Lumpur." Pengembara kedua pula ada ego sendiri. "Tidak, " katanya. "Kuala Lumpur terletak ke selatan. Mari kita dapatkan kenderaan ke sana."
Setelah beberapa lama bertekak tentang hal ini mereka pun membuat keputusan. "Mari kita ambil jalan tengah. Kita sama-sama menuju ke timur nak?". Kata seorang lagi : "Boleh juga. Timur terletak antara utara dan selatan. Dengan cara itu kita sama-sama puas. Baru betul-betul adil kan?"
Mereka pun mencapai kata sepakat lalu mendapatkan sebuah bas ke timur. Setelah berjalan dalam sejam dua gitu sampaiah ke tujuan. Sampailah ke Kuala. Tapi Kuala Pilah le, bukan Kuala Lumpur...
Tuan-tuan dan puan-puan. Cerita di atas memang sah cerita bohong. Kalau kita pergi stesyen bas, yang terpampang pada bas bukan arah ke utara, timur atau selatan tetapi nama tempat-tempat. Kalau mahu ke Kuala Lumpur, insyaallah boleh jumpa bas bertulis Kuala Lumpur. Tetapi kalau mahu ke Ipoh belum tentu lagi. Mungkin kena tahu terlebih dahulu bahawa bas ke Ipoh boleh didapati kalau kita pergi ke Kuala Lumpur kemudian carilah stesyen yang ada bas ke Ipoh.
Saya menulis ini kerana melihat banyak hujah-hujah dilontarkan di Internet semata-mata untuk memenangkan diri sendiri atau menyedapkan hati. Bila ada pihak menyatakan begini kemudian ditentang pihak lain yang menentang begitu, kadang kala timbul kata-kata : "Kita mungkin dua-dua benar, mungkin dua-dua tak benar." Kata-kata ini boleh diterima dalam keadaan tertentu. Tapi janganlah digunakan dalam semua keadaan semata-mata untuk mencapai 'keadilan' dalam berhujah. Kalau seorang kata Allah itu satu, tidak ada banyak, seorang lagi kata Allah ada tiga, boleh ke kita mencapai kata sepakat dengan mengatakan Allah itu ada dua iaitu antara satu dan tiga?
Sesungguhnya teknik mencapai 'kesimbangan' ini adalah salah satu teknik yang digunakan oleh puak Zionis untuk menipu kita semua. Untuk merosakkan kebenaran misalnya apabila ada pihak membawa ajaran Islam yang sebenar musuh boleh menghantar 2-3 kumpulan yang mengaku Islam tetapi membawa ajaran yang salah lagi saling bersalahan menggunakan hujah-hujah daripada Al-Quran dan Hadis yang telah disalah-aplikasikan iaitu tidak menurut konteks asal seperti boleh dikaji dalam cabang ilmu yang dipanggil Asbabun Nuzul, peristiwa di sebalik keadaan dan sebab musabab turunnnya sesuatu ayat. Dengan itu, demi mencapai kata 'sepakat' yang boleh diberi nama Islam cantik seperti syura, musuh boleh memaksa kumpulan yang membawa ajaran sebenar supaya mengalah atas nama perpaduan dan suara majoriti orang ramai. Ia ibarat berhala Lata (bukan Lata Kinjang mahupun Lata Iskandar) dan Uza yang pernah disembah kaum Arab jahiliyah diletakkan sebelah menyebelah dengan Allah. Ini dilakukan demi memuaskan hati puak kafir Quraish agar memberi jalan untuk orang Islam berdakwah.
Teknik jahat puak Zionis ini secara ilmiahnya menggunakan apa yang dipanggil thesis (menerbitkan satu hujah dengan segala sokongan yang patut) melawan antithesis (hujah yang berlawanan dengan sokongannya yang patut) untuk menerbitkan synthesis - gabungan antara dua hujah bercanggah demi mencapai jalan kesimbangan. Sesungguhnya kebaikan dan kejahatan itu tidak boleh dicampur-aduk untuk menerbitkan gaya hidup yang dikira patut. Kebenaran dan kejahilan tidak boleh digaul-gaulkan untuk mencapai jalan tengah demi menyedapkan hati semua pihak.
Dengan ini biar diletakkan sedikit tulisan berkenaan yang pernah dibuat 7 tahun lalu kemudian menjadi isi buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh : Membela syiar yang asal" (terbit Mei 2007)... daripada bab bertajuk "Demokrasi vs Raja-raja : Satu sisipan tambahan". Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 989 di blogspot ini.
Untuk menakluki dunia, Yahudi Zionis juga telah
mencipta pelbagai sistem yang kelihatan berlawanan tetapi natijah sebenarnya sama sahaja iaitu untuk
melemahkan umat manusia supaya senang dijajah dan diperkudakan. Contohnya,
sistem kapitalisma seperti disanjung dan diamalkan di Barat nampak bertentangan
dengan ideologi komunis tetapi pada hakikatnya kedua-duanya berasal daripada
sumber yang sama iaitu para pemikir Yahudi yang mencipta segala macam sistem
atau isma-isma untuk memecah-belahkan masyarakat dunia kepada beberapa golongan
yang berbalah supaya senang ditundukkan melalui prinsip penaklukan pecah dan
perintah.
Kedua-dua sistem dicipta abad ke 19 sebagai reaksi
terhadap revolusi perusahaan atau industrial revolution (abad ke 18 dan
19) di Eropah yang menyaksikan permulaan barang-barangan keperluan serta
dagangan dihasilkan secara besar-besaran dengan menggunakan jentera kilang...
Alasan intelektual ini memang masuk akal lalu menjadi anutan ramai.
Kajilah dengan teliti... Kapitalisma dicipta oleh Adam
Smith, komunisma oleh Karl Marx. Kedua-duanya berbangsa Yahudi… Percayalah,
kedua-dua ideologi dicipta mengikut grand design menyeluruh dan
terperinci untuk menakluki dunia. Maka ia sengaja diciptakan berlawanan
mengikut prinsip thesis dan antithesis sepertimana sistem
demokrasi berParlimen juga sistem mahkamah melibatkan pertembungan di antara
dua pihak yang berlawanan. Penyokong dengan pembangkang, peguambela dengan
peguamcara, kononnya supaya dapat mewujudkan satu persefahaman atau jalan
tengah yang dipanggil synthesis, hasil paduan thesis dan antithesis.
Hakikatnya, sistem dan segala macam isma yang dipelopori cendekiawan Yahudi ini
lebih banyak menerbitkan perbalahan dan perpecahan di kalangan umat...
Dunia pernah terbahagi dua, bipolar world, satu
mengikut kapitalisma diterajui Amerika Syarikat, satu lagi komunisme di bawah Soviet Union. Dalam apapun
keadaan, Yahudi yang untung bersorak riang. Orang lain sibuk berlawan, mereka
pula mengambil keuntungan menjual
senjata kepada kedua belah pihak. Negara-negara ini terus dilagakan lagi dan
lagi supaya lebih banyak senjata boleh dijual, lebih banyak untung dibuat.
Bila perang selesai, yang kalah jadi
abu, yang menang jadi arang... Akhirnya semua harta rampasan menjadi milik
Yahudi sedangkan pihak yang bertelagah menjadi hamba abdi. Dalam aman pula,
kita dimomokkan dengan kemungkinan perang atau digugat negara lain. Wujudlah
perlumbaan mengumpul senjata seperti mesingan, kereta kebal, helikopter, jet
pejuang, kapal perang dan kapal selam terbaru yang tetap menguntungkan peniaga
senjata Yahudi.
Perhatikan sejarah dunia beberapa dekad kebelakangan
sejak tercipta negara haram Yahudi 1948 hasil Perjanjian Balfour 1917, diikuti
kemenangan pihak bersekutu – Amerika, Inggeris, Peranchis dan Russia dalam Perang
Dunia Kedua selepas 1945. Perhatikan juga sebelum itu, ketika kuasa-kuasa besar
lain seperti Belanda dan Sepanyol juga
sibuk menjajah dunia. Kecuali Perang Dunia Kedua di mana kaum Yahudi di Eropah
ditindas pihak Nazi Jerman, itupun diperbesar-besarkan sebagai holocaust
atau kiamat melebihi kenyataan sebenar oleh penerbit filem Hollywood tajaan
Yahudi, kaum Bani Israel tidak pernah kalah malah sentiasa menang! Kerana semua
pihak yang bertelagah telah ditunggang dek Yahudi laknat yang merancang
segalanya di balik tabir, ibarat watak gelap dalam siri televisyen popular The
X-Files. Natijahnya, apa yang direbut pihak bertelagah pula dikebas
Yahudi kerana mereka sudah terlalu
lemah untuk melawan atau sudah ditipu bulat-bulat.
Ada banyak lagi perkara boleh diceritakan tentang
sistem-sistem ciptaan Yahudi yang kelihatan elok tetapi sebenarnya menindas
umat sejagat... Salah satunya sistem ekonomi yang menjadi pegangan dunia
sekarang, terutamanya prinsip makroekonomi. Para cerdik pandai Yahudi yang
menguasai kurikulum pelajaran di universiti ternama seluruh dunia telah lama
mewar-warkan konsep supply and demand, penghasilan dan permintaan
yang tidak dapat lari dari perubahan harga, seterusnya menerbitkan teori-teori
berkenaan inflasi sebagai suatu kenyataan hidup. Ramai tidak sedar konsep ini
dibentuk sebegitu rupa dengan hujah ekonomi yang masuk akal dan ‘saintifik’
tetapi sebenarnya berniat buruk, yang akhirnya menghalalkan riba’ sebagai
sesuatu yang tidak dapat dielakkan di dalam realiti dunia perniagaan dan
apa-apa perkara yang melibatkan wang dan perbelanjaan.
Masalahnya, ramai ‘intelektual’ termasuk orang Melayu
juga terlalu berbangga dengan pendidikan tinggi Barat lalu terpesona dengan
konsep market forces atau kuasa pasaran ciptaan Yahudi... Kononnya ia
alat terbaik untuk mengukur kehendak masyarakat dan arah-tuju ekonomi. Maka itu
mereka percaya bahawa interest rate, satu nama muluk ‘berbunyi
saintifik’ untuk riba’ adalah natijah semulajadi prinsip makroekonomi atau
ekonomi skala besar. Lalu riba’ dijadikan kemestian yang tidak dapat dielakkan
untuk menentukan arah tuju ekonomi sesebuah negara, melalui konsep Base
Lending Rate (BLR) atau kadar riba’ asas yang ditentukan oleh bank-bank
pusat... Kalau di Britain, Bank of England, di Amerika, Federal
Reserve, di Malaysia, Bank Negara. Kadar ini mesti diekori setiap bank dan
institusi kewangan sesebuah negara termasuklah bank yang kononnya Islam.
Kita diajar, BLR boleh dinaikkan untuk menggalakkan
rakyat menyimpan duit di bank, atau direndahkan supaya mereka lebih banyak
meminjam. Ini mempunyai kesan langsung terhadap bursa saham, satu lagi cara
perniagaan atas angin ciptaan Yahudi, juga pasaran matawang dan bermacam
instrumen ekonomi yang dipelopori mereka. Semuanya tidak dapat lari dari riba’
yang sebenarnya diharamkan semua agama kerana kesan buruknya yang dasyat
terhadap perkembangan kerohanian manusia. Tetapi apakah boleh dibuat? Riba’
sudah dianggap fenomena semulajadi yang pasti sehingga tidak ada satu pun
kerajaan moden dapat melarikan diri. Maka itu, kita yang hidup zaman ini tidak
ada pilihan kecuali ikut terlibat di dalam sistem yang selain mengaut untuk
berlebihan, sebenarnya dicipta untuk mengotori darah daging insan dengan zat
makanan yang mengandungi unsur-unsur haram.
Kita lupa betapa halal-haram makan-minum boleh
menyebabkan doa seseorang itu tertolak. Maka ibadat kita tinggal setakat
tunggang-tunggek di dalam masjid megah dan cantik yang dibina menggunakan wang
bercampur riba’ oleh manusia tamak dan jahat yang pergi umrah dan haji beberapa
kali dengan hasil pendapatan yang syubhah. Hasilnya kita tidak dapat merasakan
kelazatan iman sejati seperti yang diharapkan Nabi untuk umatnya.
Untuk bacaan lanjut silalah beli buku-buku saya. Lihat caranya di sini...
Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD... . Kalau tak mampu boleh lihat isi buku yang sudah dikongsikan panjang lebar di tengah
sidebar kiri
blogspot, di bawah tajuk "Jangan biarkan diri anda terus tertipu dengan propaganda tipu-daya Yahudi laknatullah!" . Atau masuk sahaja
links di bawah. Allahu Allah, Allahu Allah, Allahu Allah.
2 ulasan:
Assalammu'alaikum..wrt,
Ya saya setuju dengan pendapat dan tulisan Tuan. Syabas, semoga diberkati, dibantu dan dirahmati oleh Allah s.w.t.
Lama tak tulis ulasan kat blog Tuan sbb selalu baca dan terpesona dengan kisah pengembaraan Tuan.
Sekian wassalam.
Wassalam. :]
Catat Ulasan