Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mac 22, 2012

Dari Tok Bentayan ke Sultan Alauddin ke Tuanku Tambusai - Latihan awal Johan untuk pengembaraan akan datang

Adapun artikel Kembara Johor-Riau - Dari Mersing ke Endau-Rompin yang dibuat 8 hari lepas menjadi penutup siri "Kembara Johor-Riau" yang telah berlangsung sejak penghujung tahun lepas. Artikel Tentang orang besar Pahang yang dipanggil Tok Jebek dan perang saudara 1857-1863, dibuat siang semalam pula ingin dijadikan penanda aras' untuk satu kumpulan artikel menyentuh seminar-seminar atau forum sejarah yang pernah saya hadiri sejak timbul minat untuk menghayati acara sebegitu 2009. Seharusnya sudah sampai masa untuk menamatkan siri "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'" yang penceritaannya tinggal berbaki satu hari lagi, setelah siri dimulakan pertengahan bulan November. Namun sebelum itu biar dilepaskan cerita satu perjalanan kecil yang dibuat hujung minggu baru ini.

Dalam artikel Jejak "Berpetualang ke Aceh" : 3 x 11 dan jejak warisan Bugis Aceh yang dibuat selepas tengah malam, Jumaat 17 Februari saya ada menceritakan bagaimana ketika membuat artikel hampir ke penghujungnya saya mendapat panggilan telefon agar dapat datang ke hospital melihat anak baru saya lahir. Apabila penulisan artikel disambung selepas 11 pagi, saya menyebut anak lelaki bernama Muhammad Alauddin Johan itu selamat dilahirkan jam 5.24 pagi. Sebenarnya dia lahir jam 5.21. Sejak itu saya belum pernah membuat apa-apa artikel pun tentangnya lalu ini boleh dianggap satu permulaan.


Sabtu malam Ahad 17 Mac 2012, selepas meninggalkan rumah lalu singgah sebentar di Kuala Lumpur kami mengambil jalan belakang melalui Ampang ke Hulu Langat keluar ke Semenyih lalu masuk ke jalan lama melepasi Seremban kemudian singgah di Kampung Morten, Melaka. Bila melihat tarikh ini baru saya teringat anak kecil kami sudah berumur sebulan. Tapi satu bulan yang bersamaan cuma 29 hari, bukan 30 atau 31 seperti biasa. Ini kerana cukup sebulan itu adalah selepas habis Februari, itupun jadi 29, bukan 28 disebabkan 2012 tahun lompat.


Perjalanan dibuat untuk kembali ke rumah ibu bapa saya di Muar. Maka itu walaupun belum habis tempoh isteri dan anak kecil berpantang apalah salahnya berjalan sekadar untuk balik kampung? Apalagi ibu bapa memang ada mengajak saya membawa isteri berpantang di kampung. Cuma kami tidak mahu menyusahkan mereka, maka itu saya sendiri menjaga isteri di rumah kami.



Ibu bapa ada datang ke rumah ketika bayi baru berumur beberapa hari. Selepas hampir sebulan tidak bertemu dan selepas memilih untuk berpantang sendiri, apalah salahnya kami kembali ke kampung walaupun belum tamat tempoh berpantang 40 atau 44 hari ? Cuma seperti biasa saya suka singgah-singgah. Tu yang masuk bandar raya Melaka apalagi pemandangan malam minggu memang cantik dengan lampu berwarna-warni.


Sampai di rumah saya tergerak untuk menggeledah koleksi buku-buku lama. Tak sangka boleh terjumpa senaskah buku Hikayat Hang Tuah, senaskah Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu versi Shellabear juga dua naskah dari siri HHT (yang memecahkan kitab besarnya kepada beberapa bahagian) yang tulisannya adalah Jawi.


Walhal seminggu dua itu teruk juga saya mencari kitab HHT untuk kajian satu projek tertentu. Bayangkan, di Dewan Bahasa Pustaka pun saya tak jumpa apalagi di kedai-kedai buku biasa. Katanya dah habis naskah. Nasib baik setelah beberapa lama mencari saya terjumpa di Perpustaakan Negara Khamis lepas. Tengok-tengok rupanya kat rumah ibu bapa ada naskah lama terbitan DBP yang dicetak 1966! Bayangkan. Edisi baru terbitan DBP tahun 1980an kalau tak salah ingatan berharga RM42 setiap satu, edisi 1966 itu cuma $4.50. Ketika itu mata wang kita masih dipanggil Ringgit sahaja, lambangnya sama dengan Dollar...


Esoknya pagi Ahad kami anak beranak keluar makan di kawasan stesyen bas lama Muar. Nampak anak kecil kami? Perjalanan kembali ke Muar ini adalah kali pertama dia dibawa berjalan jauh keluar jauh dari lingkungan rumah kami di Bandar Tasik Puteri. Ahad sebelumnya saya ada membawa isteri, anak kecil kami juga anak lebih besar, Muhammad Al-Aminul Rasyid (dalam gambar) berjalan-jalan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Cukuplah sekadar menghilangkan kebosanan dan menghidup udara segar setelah beberapa lama asyik terperap di rumah...


Seterusnya kami ke kawasan tanjung yang terletak berhampiran kuala Sungai Muar.


Di bahagian lebih dekat ke kuala saya membawa Rasyid keluar kereta melihat kera dan beruk, isteri dan bayi duduk dalam kereta.


Dari tanjung kami ke pusat bandar lalu menuju satu tanah perkuburan yang terletak di tepian Sungai Bentayan. Terus menuju ke makam ini, setelah mendapat kepastian kira-kira seminggu sebelumnya bahawa inilah makam seorang tokoh yang dikenali sebagai Tok Bentayan. Sebelum ini kami pernah 2-3 kali datang ke sini. Lihat artikel lama Pertemuan waris Temenggung Muar di Kluang, nostalgia zaman sekolah dan Tok Bentayan dan Dari Muar ke Negeri Sembilan : Menyusur laluan Sungai Muar?. Tetapi ketika itu kami masih meneka-neka yang manakah makam Tok Bentayan. Bila dah tahu baru boleh dibuat satu cerita tentangnya. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Bentayan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Esoknya Isnin kami menghala ke timur Muar. Saya mengambil simpang ke Jorak untuk memastikan kembali arah ke satu bekas tinggalan lama sebelum zaman kesultanan Melaka yang dipanggil Kota Buruk.


Bukan apa. Awal bulan lepas saya ada membuat artikel bertajuk Meh tengok Kota Buruk. Artikel dibuat untuk menunjukkan kepada seorang kenalan bagaimana untuk sampai ke Kota Buruk. Tetapi ada bahagian perjalanan yang saya ingat-ingat lupa. Maka itu saya menyemak kembali laluan. Ternyata arah yang ditunjukkan pada artikel itu, arah ingat-ingat lupa itu tepat. Cuma masalah timbul apabila tiada papan tanda menunjukkan kita harus mengambil simpang ini ke kiri untuk sampai ke papan tanda yang ditunjukkan dalam gambar tadi.



Adapun kami ke timur Muar itu adalah untuk ke Kampung Raja di Pagoh, untuk menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah yang memerintah Melaka 1477-1488 Masihi menurut perkiraan lama, 1449-1481 mengikut perkiraan terbaru yang diakui kerajaan Melaka kini, sejak tarikh pengasasan Melaka dirombak dari 1400 menjadi 1262.




Isteri saya merasakan alang-alang dah balik ke Muar ni elok juga menziarahi makam yang terletak kira-kira 20 km sahaja dari rumah ibu bapa. Elok juga kerana nama anak kami itu ada meminjam perkataan Alauddin yang turut dipakai raja ini. Kalau ikutkan Muhammad Alauddin Johan masih terlalu kecil untuk menziarahi makam. Dahulu abangnya Rasyid pertama kali dibawa menziarahi makam pun selepas habis tempoh berpantang. Lihat artikel lama Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Pusara si Bongkok, Tanjung Puteri....



Tetapi di Johor Bahru, Rasyid setakat duduk dalam kereta, saya sahaja yang keluar. Esoknya di Singapura baru dia dibawa masuk ke makam. Lihat artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Singa yang pura-pura, Makam Habib Nuh dan kisah Radin Mas... . Rasyid mula menjejakkan kaki ke tanah apabila dibawa ke Aceh, setelah melepasi umur 3 bulan. Lihat Petualangan Al-Rasyid ke Aceh : Menjejak kegemilangan Samudera-Pasai. Maka itu untuk adiknya Johan pula saya bercadang untuk menjejakkan kakinya buat pertama kali ke bumi di satu lokasi lain di luar negara. Namun semasa membaca surah Ya Sin saya mendapat semacam isyarat supaya kakinya dijejakkan di sini terlebih dahulu. Maka Muhammad Alauddin Johan pun berjejak di makam Sultan Alauddin Riayat Syah Melaka pada umur baru 31 hari.



Dari makam kami berpatah balik ke bandar Muar, singgah di kedai 1Malaysia di Bukit Pasir, kali pertama kami singgah di sebuah kedai rangkaian ini.



Sampai ke bandar kami makan mee bandung yang sangat terkenal di sebuah kedai.



Esoknya Selasa kami keluar makan nasi beringin bersama ibu bapa di kedai tepian stesyen bas lama.


Dalam perjalanan balik ke rumah saya turun dari kereta sebentar untuk melihat monumen kubu Bentayan, tempat angkatan Melaka kali terakhir bertahan selepas kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis 1511.


Ketika kembali ke Muar penghujung tahun lepas saya ada melihat kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di sekitar ini. Ingatkan nak naik taraf monumen, rupanya buat garaj teksi...


Selepas Zohor kami meninggalkan rumah ibu bapa untuk kembali ke rumah sendiri. Singgah sebentar di tanah perkuburan Kampung Bukit Treh untuk melihat makam moyang-moyang saya sebelah ibu. Penghujung tahun lepas saya dapati kepoknya sedang dipecahkan. Rupa-rupanya ia mahu diperbaiki. Di sinilah terdapat makam datuk kepada ibu yang dipanggil Tok Yakin, orang berketurunan Jawa yang diceritakan dalam buku terbaru saya (terbit penghujung 2011), "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah". Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia dan Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" .


Saya juga turut menziarahi makam datuk saudara saya yang dipanggil Tok Musa. Selama beberapa tahun beliau merupakan satu-satunya anak Tok Yakin yang masih hidup selain menjadi orang tertua di Kampung Bukit Treh dan sekitarnya. Hal ini ada dinyatakan dalam buku "Jejak keluarga Yakin". Namun beliau meninggal dunia 20 hari setelah menatap buku itu! Lihat Tribute untuk Tok Musa.


Perjalanan diteruskan dengan mengambil Lebuhraya Utara-Selatan dari Ayer Keroh, Melaka. Keluar di Seremban terlihat pemandangan Sungai Linggi di satu tempat lalu tergerak untuk mengambil gambar. Lihat artikel Sungai Linggi meets Sungai Temiang in Seremban di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tujuan kami singgah di Seremban adalah untuk menziarahi sebuah makam yang terletak di Rasah. Ternampak pula masjid ini. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Dato' Bandar Haji Ahmad, Rasah, Seremban.


Daripada orang yang ditemui di sebelah masjid baru saya dapat tahu makam terletak di atas bukit berdekatan. Daripada orang yang ditemui di taman perumahan berdekatan kami diberi tahu jalan masuk sangat curam, ditakuti kereta kecil kami yang ketika itu membawa banyak barang tidak dapat naik sampai ke atas.


Ternyata jalan memang curam malah ada bahagian yang telah pecah berlubang. Namun saya gagahkan juga membawa kereta sampai ke atas.


Alhamdulillah, sampai juga kami ke makam seorang pejuang besar asal Rokan, Sumatera berdekatan kawasan Minangkabau tetapi membawa diri ke Seremban akibat diburu penjajah Belanda. Lihat Makam (Tomb of) Tuanku Tambusai.


Dengan ini tamatlah artikel kali ini. Allah! Punyalah susah nak buat dengan komputer laptop saya kini mengalami masalah besar, menunggu masa sahaja untuk ditukar baru tapi belum ada budget. Bayangkan komputer asyik hang, tersangkut sampai perlu direboot atau dimatikan lalu dihidupkan kembali tidak kurang 20 kali. Rasanya lebih 30 kali pun ada semata-mata untuk menyiapkan artikel ini! Dugaan... bila dah lepas baru terasa lega... alhamdulillah. :]



4 ulasan:

Unknown berkata...

di masjid rasah tak melawat makam mufti pertama n9 sheikh hj ahmad bin hj mohd said al linggi

Eazzad berkata...

Boleh saya tahu.. tuan keturunan majapahit dan perak ke? Buku jejak yakin tu.. adakah kisah anak majapahit yang merajuk kerana dia dilahirkan bulan safar.. dan bondanya rindu dan mahukan anakandanya pulang..?

Eazzad berkata...

Boleh email saya eazzad81@gmail.com atau ke fb saya nurbidadari kamarul

Radzi Sapiee berkata...

Unknown : Baru saya tahu tentang makam di masjid Rasah. Tak singgah lagi rasanya.

Eazzad : Saya ada ada darah Aceh, Bugis dan Jawa. Tapi Jejak Yakin tu kisah lain. Moyang belah Jawa dari Pekalongan, dipercayai ada kaitan dengan Sunan Gunung Jati...