Aduh! Saya sebenarnya kebelakangan ini begitu malas hendak menulis. Tetapi saya harus meneruskan juga cuba menamatkan penceritaan jika mahu bergerak ke hadapan masuk ke fasa kehidupan seterusnya. Maka itu nak tak nak, malas tak malas semalam dan hari ini saya telah membuat sejumlah 8 artikel baru di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH... agar dapat menyokong penceritaan di artikel ini, artikel penutup untuk perjalanan ke utara dalam rangka-kerja projek buku keretapi...
OK. Dalam artikel lepas Projek buku keretapi : Ipoh ke Hatyai... telah diceritakan bagaimana kami sampai ke Hatyai kemudian berjalan-jalan sebelum singgah ke masjid terdekat iaitu Masjid Pakistan. Petang itu juga kami kembali ke stesyen keretapi Hatyai. Disebabkan masa terhad dan komitmen kerja lain kami harus kembali ke Malaysia menaiki keretapi sama yang digunakan untuk sampai... setelah berada di Hatyai cuma sekitar 5 jam sahaja, mungkin kurang!
Perjalanan pun diteruskan hingga ke Padang Besar...
Selepas selesai proses pemeriksaan immigresyen kami melepasi Perlis lalu ke Kedah...
Dari satu segi perjalanan kembali ini ada persamaan dengan perjalanan pergi. Jika dari Ipoh ke Hatyai kami sampai di sekitar Gunung Jerai ketika hari mula siang, kali ini pula kami lalu ketika malam mula mencengkam...
Kami turun di Bukit Mertajam...
Kemudian mengambil bas ke Butterworth untuk bermalam di sana.
Ini adalah gambar keesokan pagi diambil daripada bilik hotel murah kami yang terletak tidak jauh daripada stesyen keretapi Butterworth.
Kenapa kami harus menaiki keretapi dari sini, kenapa tidak terus sahaja ke Kuala Lumpur dari Hatyai? Ini kerana kami mahu mendapatkan gambar siang hari tempat-tempat antara Butterworth ke Ipoh yang tidak dapat diambil hari sebelumnya. Ingat, kami pergi ke Hatyai dengan berlepas dari Ipoh selepas tengah malam. Lihat
Butterworth train station.
Pemandangan waktu siang ternyata indah dengan cuaca cantik terang-benderang. Ketika ini kami masih berada di dalam wilayah Butterworth atau Seberang Perai yang merupakan sebahagian daripada negeri Pulau Pinang.
Oh. Dari Butterworth harus lalu di Bukit Mertajam...
Dapatlah melihat jambatan unik yang ada dengan terang... setelah sampai di stesyen keretapi sini 2 kali dalam kegelapan. Lihat
The station of Bukit Mertajam.
Ini kalau tak salah ingatan adalah berdekatan stesyen Bagan Serai.
Seterusnya kami berhenti di Parit Buntar. Terperanjat saya melihat gambar ini kerana terasa macam
alien atau makhluk asing pula tangan yang kelihatan. Rupa-rupanya saya terambil gambar tangan orang sekali. Lihat artikel bertajuk
Parit Buntar station.
Sawah padi mula memenuhi pemandangan apabila kami kembali berjalan. Tetapi tidaklah seluas apa yang terdapat di Kedah saujana mata memandang...
Keretapi mula menyeberangi Tasik Merah salah satu tempat dengan pemandangan paling menarik dalam perjalanan ini. Lihat
The lake called Tasik Merah.
5 ulasan:
nak berkongsi dengan semua. semalam saya visit blog themalaypress (agak lama tak jengok sejak ada cerita sejarah srikandi kat mistisfiles) =) penulis tu promosikan majalah realiti edisi 4 yang diorang keluarkan. dalam artikel tu, penulis blog tu sendiri mengaku yang dua buah pulau di segenting kra, iaitu Ko Panyee & Ko Similan, asalnya dalam bahasa Melayu, iaitu Pulau Panji & Pulau Sembilan, tapi telah di'Siam'kan ikut sebutan orang Thai.
so, saya pun tergeraklah untuk bagi komen (nak bertanya sebenarnya), kalau begitu, blog sejarahnagarakedah selama ni menipu pembaca lah. sebab diorg cakap, nama2 tempat kita semuanya berasal dari nama Siam, bukannya Melayu. ikut kebiasaan, kalau nama ko Panyee mesti ada maksud ikut Pan-Yee dalam Bahasa Siam, kalau Similan mesti ada maksud ikut Si-Mi-Lan dalam bahasa Siam. ni alih2, mengaku pulak asal nama tempat dalam Bahasa Melayu ialah Panji & Sembilan.
tau apa jadik? setengah jam lepas tu, saya tengok isi kandungan artikel tu terus bertukar. komen saya pun tak keluar, hilang entah ke mana.
geram betul saya dengan diorg ni. tulis artikel macam yeye jek, tapi bila ajak diskusi (berbincang, bukannya nak berdebat pun) penakut macam pondan. dengan orang yg tak berapa mahir sejarah cam saya pun takut. entah apa-apa. promosi majalah dah macam tahap pakar yg tahu everything.. =(
saya harap semua blog sejarah, perbanyakkan & terus bongkar penipuan puak siam yang mengaku melayu tu. tu la 1st & last saya akan comment kat blog themalaypress...
Salam,
1) Jalan-jalan cari Bukit Raja hari Ahad
2) Mimpi tentang Kuala Selangor dan keluar nama Tengku Idrus dan Tengku To Bugis semalam.
3) Apa kaitan Bugis dengan Ratu Balqis
Wassalam. Terimakasih Sayang kerana ingatkan. Insyaallah esok Abang buat ketiga-tiga cerita.
Untuk Anon 8:10 AM. Saya dah tak terkata apa lagi dah. Dahulu saya selalu juga rasa marah2 bila melihat posting2 mereka. Baru2 ni saya terbaca satu cerita baru dalam salah satu blogspot kaum kerabat mereka. Ia ada menyebut bab Jordan yang kononnya turut berasal daripada perkataan Siam sambil cuba mengaitkan keluarga Ahlul Bait Bani Hashim Raja Jordan juga Sharif Mekah dengan Sharif khayalan mereka. Kali ini saya tak terasa marah tapi kesian. Malah perangai puak ini yang terus-menerus nak mewar-warkan versi sejarah bohong mereka mengingatkan saya pada satu watak terkenal bernama Malcom X di Amerika.
Malcom X asalnya seorang penjenayah tetapi menemui seseorang yang memperkenalkannya kepada Islam. Cuma Islam yang dibawa ini lebih kurang Islam Ayah Pin agaknya kerana banyak yang lari daripada amalan Ahlus Sunnah Waljamaah. Namun kerana ia bergerak ingin membela nasib kaum kulit hitam atau Negro yang tertindas di Amerika, ia berjaya meraih ramai pengikut yang percaya bulat2 kepada segala bentuk ajaran mereka.
Malcom X sendiri berubah mendadak daripada penjenayah jalanan yang kelihatan tidak mempunyai masa hadapan menjadi seorang pemimpin kulit hitam yang berkaliber dapat membela nasib kaumnya. Akhirnya Malcom X masuk Islam sebenar sehingga menunaikan Haji di Mekah. Namun dia kemudian dibunuh, kemungkinan besar oleh puak ala-ala Ayah Pin yang bengang dia keluar dari kumpulan mereka.
Satu perkara menarik yang diwar-warkan kumpulan ini sehingga Malcom X pun terikut ialah ajaran mereka bahawa semua manusia asalnya konon berkulit hitam. Cerita dongeng ini menambah, namun sekumpulan saintis mereka telah tersilap membuat eksperimen sehingga terciptalah manusia berkulit putih atau apa yang kita panggil Mat Saleh. Mat Saleh inilah yang mula membuat kerosakan sehingga berjaya menakluki kaum hitam lalu menjadikan mereka hamba. Maka kumpulan ini kononnya mahu memperjuangkan 'hak' orang berkulit hitam sebagai penduduk bumi yang 'asli'.
Cara fikiran mereka tidak ubah seperti puak "Sayyam puasa" yang sibuk mewar-warkan sejarah khayalan versi sendiri, kononnya itulah realiti lagi mutlak. Sebenarnya ini adalah perangai kaum yang ada inferiority complex, perasaan rendah diri yang amat sangat akibat kelompok mereka terasa terpinggir di kalangan masyarakat umum lalu mereka mengarang sejarah sendiri agar dapat kembali berdiri tegak.
Saya boleh faham jika puak kaum hitam atau Negro di Amerika berbuat begitu. Memang mereka dahulu teruk ditindas di mana2sehingga wujud apa yang dipanggil sistem Apartheid. Tetapi di Malaysia ini, bila masa kita orang Melayu ada menindas orang "Sayyam puasa"? Perbuatan mereka cuba menipu sejarah sehingga cuba memperkecilkan makna Melayu juga keberadaan kerajaan Melayu Melaka ibarat diberi susu dibalas tuba.
Mereka telah menumpang hidup di Tanah Melayu setelah teruk ditindas bangsa Thai, kemudian berani pula lupa daratan hendak membohongi sejarah mengatakan kita pula yang berada di bawah tapak kaki mereka. Perbuatan mereka ini sama sahaja seperti kaum India, Cina dan sebagainya yang mula menuntut yang bukan2 akibat kelemahan zaman Pak Lah menjadi PM.
Berbalik pada kes Malcom X... bila beliau menemui Islam sebenar iaitu selepas keluar dari kumpulan ala Ayah Pin yang pernah diikutinya, beliau tidak lagi berpegang dengan kepercayaan karut bahawa manusia asal bumi kononnya berkulit hitam dan bangsa kulit putih pula adalah hasil eksperimen saintis mereka yang tersasar. Kita doakan puak "Sayyam puasa" ini juga akan sedar. Sekarang ini banyak helah mereka telah terbongkar... yang tinggal menyokong mereka cuma kaum-kerabat sendiri dan mereka yang buta sejarah lagi senang terpedaya, masing2 hidup dalam inferiority complex yang entah bila akan pulih agaknya...
terima kasih reply tuan. macam nilah orang yang berani berbincang demi kebenaran =)
ye, saya tau blog lagi satu tu. blog tu lagi sesat. bak kata tuan lah, keluarga Rasulullah pun nak dimainkannya. harap jek bawak title Ustaz ke hulu ke hilir, cakap anta ana, bangga dok mengaji kat negara Arab. tapi kalau part mengeji mengalahkan mat rempit! tak mau saya terlibat dengan blog yg lagi satu tu.
pada saya yg dah lama ikut blog benua siam kedah sebelum ni, yang sepatutnya diorg benci ialah raja thai sekarang lah. rama adulyadet ke apa nama dia. sebab nenek moyang dialah yang dok rampas takhta nenek moyang diorg tu. ape ke hal pulak keturunan Raja2 Melayu pulak yang nak dibuat musuh? kenapa pulak sejarah Malaysia yang nak ditukar? bukan ke sepatutnya sejarah Thailand yang patut ditukar? berkokok kat Malaysia berani lah dia, pasal dia tau orang Melayu ni terkenal budi pekerti bertolak ansur. kalau dah berani sangat, pergi berkokok kat Thailand nu.. mau kena pancung terus diorg gamaknya ngan kaum derang sendiri, cuma lain agama jek.
by the way, seronok baca cerita perjalanan tuan. teruskanlah ye.. =) dah pergi Siam nanti, jgn terbawak2 pulak cerita benua siam kedah kat org2 Melayu kat sana...
Boleh bagi link sayyam puasa?
Teruja pulak nak tengok temberang mereka, kelebihan dan kekurangan, sampaikan anon 8:47 dan tuan punya blog pun masih ikuti perkembangan terkini blog, walaupun marah kerana tau cerita sayyam rekaan belaka.
Catat Ulasan