Dari majlis perkahwinan di Selekoh, saya, isteri, ayah, ibu dan beberapa ahli keluarga pergi ke Bagan Datoh untuk melihat kuala Sungai Perak. Sila lihat artikel The Perak river mouth at Bagan Datoh di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Kemudian kami terus pergi ke Teluk Intan untuk melihat tempat lama keluarga. Singgah bersolat di masjid lama Batak Rabit yang didirikan semasa zaman pemerintahan Sultan ke 23 Perak, Sultan Ja'afar Muazzam Syah (memerintah 1857-1865), ayahanda kepada Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles kerana terlibat dalam pembunuhan J.W.W. Birch.
Sebenarnya di sebelah masjid ini terdapat tapak sebuah masjid yang lebih lama. Lebih penting lagi bagi kami, di sebelah inilah terdapat tanah perkuburan nenek-moyang dan ahli keluarga kami, keluarga Laksamana Raja Mahkota.
Selain bersolat, kami juga menziarahi makam datuk iaitu ayah kepada ayah saya...
Sementara menunggu semua ahli keluarga kami selesai bersolat, saya pun berjalan-jalan di sekitar masjid lalu terlihat ini...
Ikan talapia, beratus-ratus, mungkin beribu-ribu berebut-rebut menghampiri!
Rupa-rupanya sudah didirikan beberapa sangkar membela ikan di tepian masjid masuk ke Sungai Perak...
Oh... satu pemandangan masjid dari belah belakang.
Inilah kawasan sangkar ikan...
Seronok juga berjalan-jalan melihat ikan, berjalan-jalan di atas Sungai Perak. Teringat pula satu cerita tentang seorang moyang kami dahulukala yang dikenali sebagai Keramat Kuala Bidor. Diceritakan, pada satu malam beliau pernah berjalan-jalan di atas Sungai Perak yang tiba-tiba menjadi keras semata-mata untuk mengambil air yang boleh dibuat wudhuk. Rupa-rupanya air menjadi keras kerana malam itu malam
lailatul qadar!
Satu lagi gambar ikan-ikan. Seronok saya melihat begitu banyak ikan berebut-rebut menggeliat-menggeliat naik sampai naik atas badan satu sama lain semata-mata untuk mendekati... mungkin kerana menyangkakan saya ada membawa makanan. Sekian...
2 ulasan:
Salam MS,
Bulan 11 tahun lepas dapat sampai ke masjid batak rabit ni semasa menghadiri majlis berkhatan sepupu di perumahan berdekatan.
Bila kita sampai ditempat baru, dan mengetahui ada cerita sejarah yang menarik tentang tempat itu, terasa begitu mesra alam sekelilingnya ... hehe.
Rasa macam baru je kesana.
Kecur air liur tengok ikan talapia
merah tu, terbayang ikan panggang dengan air asam.
Wassalam. Lain kali bawak BBQ set sekali. Terus tunggang naik sangkar terus on api. Boleh panggang ikan fresh wooo!!! :]
p/s: Ikut sukati aku je nak cakap. Ikan sapa pun aku tak tahu. Ikan itu bukan aku yang punya. Ikan itu mungkin Ahmad Al-bab yang punya!!!
Catat Ulasan