Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, November 22, 2008

Projek buku masjid - Satu pandangan segar terhadap Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu

OK. Mereka yang sudah lama mengikuti penulisan di blogspot ini dan juga ada membaca siri buku "Berpetualang ke Aceh" tulisan saya dengan jujur dan hati yang terbuka tentu sedar betapa saya sering menulis menurut gerak hati tanpa berselindung tentang sesuatu perkara atau apa yang saya rasai. Walaupun ada ketika ini akan menyebabkan saya mendedahkan pekung di dada, saya menganggap semuanya sebagai perlu dalam proses untuk memperbaiki diri. Sekurang-kurangnya saya tidak menulis secara control handsome iaitu dengan mengatur kata-kata agar kelihatan muluk sentiasa. Maka di sini juga insyaallah para pembaca dapat mengekori perubahan rasa dan keadaan jiwa saya dari semasa ke semasa yang juga menggambarkan perjalanan hidup saya sebagai manusia biasa yang tetap ada turun naiknya...

Misalnya, ingat tak dahulu betapa saya pernah menulis tentang satu kumpulan tertentu di Terengganu yang dikatakan sesat, betapa saya menulis dalam keadaan nada melepaskan geram dan marah atas apa yang pernah berlaku? Lihat sahaja buku kedua "Berpetualang ke Aceh" yang mempunyai sub-title "Membela Syiar yang Asal" di mana saya seolah-olah ingin berperang dengan kumpulan tersebut. Tetapi sebaik sahaja selesai menyajikan ketiga-tiga buku dalam siri itu, saya terasa lebih tenang kerana telah meluahkan banyak perkara yang terbuku keluar dari dada. Hasilnya, saya lebih terbuka dalam melihat keadaan yang sama, lebih sudi menerima kehadiran kumpulan yang dahulu saya begitu marah ini dan anda boleh melihat perbezaannya dengan membaca artikel Masuk ke markas sebuah kumpulan "perjuangan akhir zaman"... Apa yang ingin dibuat di sana? yang dibuat April 2008.

Pada ketika tempoh masa sekitar itu, saya juga sempat melawat Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu di mana terdapatnya Masjid Kristal yang sering dibangga-banggakan pihak tertentu. Hmm... biar cerita disambung di bawah gambar ini ya... :]

Adapun saya kali pertama melawat Masjid Kristal ini adalah dalam siri perjalanan seluruh Semenanjung yang dibuat selepas menyajikan ketiga-tiga buku dalam siri trilogi "Berpetualang ke Aceh". Ketika itu, walaupun hati saya sudah lembut melihat keadaan kumpulan "perjuangan akhir zaman" di sekitar Hulu Terengganu, tetapi ia dalam keadaan panas apabila mengetahui cerita-cerita di sebalik pembangunan pesat Kuala Terengganu beberapa tahun kebelakangan.

Mungkin ada yang akan menempelak saya sebagai sekadar mendapat cerita dari khabar-khabar angin. Ya, mungkin juga ada cerita yang diperbesar-besarkan. Tetapi percayalah, saya ada sumber-sumber berita yang kukuh. Sebagai seorang bekas wartawan di akhbar The New Straits Times, saya bukannya begitu bodoh sekadar mendengar cerita khabar angin. Lagipun ada antara orang-orang yang terlibat dengan dunia perniagaan dan politik peringkat tinggi negara adalah kenalan lama saya semasa belajar di United Kingdom, ada pula yang saya kenal kemudian yang sangat rapat dengan pemerintahan tinggi sekarang dan saya tahu perangai sebenar mereka di balik tabir yang sangat terang mempermain-mainkan agama, bangsa dan negara tetapi cukup pandai berlakun sebagai jaguh perjuangan bangsa, malah pandai berdoa dan bercakap dalam bahasa Arab pun ada!

Apapun, apa yang hendak saya luahkan adalah keadaan saya ketika itu melihat pembangunan di Terengganu yang pada saya berniat tidak jujur... pembangunan dibuat untuk menggunakan wang royalti hasil minyak Terengganu selagi dapat untuk memperkayakan dan menguatkan kedudukan orang-orang tertentu tetapi projek itu disalurkan dan dibentuk sebegitu muluk agar kelihatan seperti benar-benar mahu memperjuangkan Islam yang syumul. Lalu rasa meluat ini saya luahkan dalam artikel Kembali ke Kuala Terengganu... Daripada makam keluarga Tokku Paloh ke "warisan Zionis" di Pulau Wan Man? yang di sini juga di blogspot BERPETUALANG KE ACEH (melalui artikel Masjid Kristal (The Crystal Mosque)... Built for genuine worship or just to impress?) , dua-dua pada bulan Mei 2008.

Tetapi perjalanan terbaru ke Pantai Timur ini menimbulkan satu perspektif lain dalam melihat keadaan. Jika dahulu saya terasa begitu benci dan meluat melihat masjid ini dan sekitar, percaya atau tidak, dalam lawatan terbaru ini saya melihat segalanya dengan penuh kasih-sayang! Maka dengan itu juga dapat saya membuat artikel Masjid Kristal di (Crystal mosque in) Kuala Terengganu di Masjid Kristal di (Crystal mosque in) Kuala Terengganu . Kalau tidak, jangan haraplah saya mahu mengabadikan gambar-gambar masjid itu di sana...

Pintu masuk ke Taman Monumen, sebahagian daripada kompleks pembangunan besar di atas Pulau Wan Man di tengah Sungai Terengganu yang diberi nama Taman Tamadun Islam. Untuk pengetahuan, Taman Monumen yang mengandungi sejumlah replika monumen-monumen menarik Islam seluruh dunia ini terletak sekitar 300 meter dari masjid kristal.

Adapun saya lebih lembut hati melihat keadaan di sini berbanding dahulu adalah kerana beberapa perubahan keadaan. Satu, saya kini dalam proses untuk kembali menghampiri keadaan kehidupan manusia biasa setelah bertahun hidup dalam keadaan sentiasa kembara. Insyaallah, saya akan mendirikan rumahtangga baru tidak lama lagi lalu saya dapat melihat semua ini dalam konteks kekeluargaan... konteks orang ramai dapat ke Taman Tamadun itu semata-mata untuk melihat apa yang ada tanpa memikirkan daripada mana ia datang.

Ya, jika melihat daripada sudut kacamata saya seorang diri yang lebih teliti melihat pucuk pangkal persoalan, tentu saya marah apabila mendapat tahu monumen-monumen indah yang ada dibina oleh para penipu bangsa menggunakan hasil duit campuran rasuah untuk memenangkan golongan sendiri dalam arena politik tertinggi negara seraya bermain dengan sentimen agama untuk menggula-gulakan rakyat biasa. Tetapi kanak-kanak yang datang bersantai bersama keluarga tidak dapat ini melihat ini... yang mereka nampak hanya bangunan-bangunan menarik yang membuat mereka teruja, itu sahaja.

Saya mendapat suntikan rasa ini apabila melihat anak-anak Shamsul, seorang berumur 8 tahun, seorang 6 tahun begitu teruja melihat berbagai bentuk monumen yang kelihatan dari luar. Projek membuat buku masjid yang sedang berjalan kini turut menolong saya melihat segala sesuatu dari perspektif yang lebih segar. Dalam mengkaji sejarah senibina masjidlah baru saya dapat tahu bahawa binaan masjid yang asal termasuk pada zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat cuma berbentuk kotak, tidak memiliki kubah mahupun menara azan. Baik kubah mahupun menara azan seperti yang turut terdapat di Masjidil Haram, Mekah juga Masjid Nabawi di Madinah kini adalah tambahan kemudian yang dibuat pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah... berdasarkan binaan bangunan-bangunan besar Kristian Byzantium yang ditakluki.



Penaklukan kerajaan Islam terhadap wilayah-wilayah yang dahulu dikuasai empayar Kristian Byzantium menyaksikan banyak bangunan yang asalnya mengandungi berhala diubah-suai menjadi masjid. Moral daripada cerita ini... bangunan yang asalnya dibina atas asas kekufuran boleh sahaja diubah-suai menjadi bangunan yang dibina atas asas takwa jika kena caranya.

Maka di sini saya dapat menerima kembali pembinaan Masjid Kristal juga Taman Monumen dengan lebih tenang. Ya, mungkin sahaja dahulu ia didirikan untuk 'mengkapurkan' segala macam hasil mahsyul negeri Terengganu sambil mengaburkan mata rakyat dengan pembawaan luaran yang kelihatan lebih Islamik. Padahal segalanya dibuat atas nama politik belaka... segala slogan muluk dilaung-laungkan untuk menawan negeri ini daripada satu pihak lain yang turut menggunakan slogan Islam.




Apapun, segala bangunan inipun terbina, tak kiralah atas sebab apa. Mungkin ini hikmah dari perbuataan Allah belaka...

Sepertimana kita sering melihat orang-orang kaya yang gilakan publisiti menunjukkan gaya di majlis-majlis gemilang memegang mock cheque sebesar almari agar semua dapat melihat jumlah wang yang didermakan dengan 'ikhlas'. Ya... mungkin sahaja segala itu sandiwara belaka untuk meraih populariti dan sokongan ramai belaka tetapi sekurang-kurangnya ada juga pihak kurang bernasib baik yang mendapat tempias wang hasil dari sandiwara orang-orang seperti ini ya tak?

Dahulu, saya begitu marah melihat beberapa jenis permainan diletakkan di sekitar monumen-monumen yang ada di Taman Monumen di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu ini. Apa makna semua ini? Dah... nak jual agama dengan cara begini pula, masjid-masjid mahu dicampur-adukkan dengan funfair... jerit hati saya.

Kini saya lebih tenang menerimanya. Biarlah budak-budak yang datang bermain-main dahulu. Biarlah jika pihak lain setakat mempergunakan agama dalam menerbitkan ini semua. Harapan saya, mungkin dalam keadaan bersuka-ria menikmati segala macam permainan ini, anak-anak ini turut akan terbuka hati untuk mengenali segala macam replika masjid yang ada lalu turut terpanggil untuk mengkaji dan mengenali segala yang tersurat dan tersirat di sebaliknya.

Dengan ini, biar ditamatkan luahan rasa ini. Untuk melihat dan membaca cerita-cerita tentang monumen-monumen yang ada, sila klik pada link-link di bawah yang membawa ke blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ya.

Oh... baru teringat.

Lagi satu perkara yang membuat saya teruja di Taman Monumen itu adalah 'paspot' yang diberikan setelah selesai membuat kunjungan. Allah! Macam budak-budak pula saya rasa apabila melihat paspot itu dicop seperti paspot biasa.

Setelah keluar, baru saya tersedar, saya sebenarnya terlupa hendak melihat dan mengambil gambar replika Masjid Negara di Kuala Lumpur yang turut ada di situ. Kemudian baru saya teringat, beberapa hari sebelum itu, saya ada tergerak membuat posting bertajuk Masjid Negara (the national mosque) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Sekian! :]

p/s: Untuk makluman, blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) juga telah masuk jumlah 191 postings, satu nombor yang ada makna tertentu buat saya. Lihat artikel 911, 119 dan 191 (Hmm... Apa pula ini?) ....

Jumlah hits di blogspot ini pula sudah melepasi angka 131,000. Ada makna tu... saya kan suka nombor 131, hehe!


Dari Russia ke Pakistan (from Russia to Pakistan) : Replika di (Replicas at) Taman Tamadun Islam



Asia Barat ke Afrika (West Asia to Africa) : Replika di (Replicas at) Taman Tamadun Islam




Ke Mekah dan Madinah (To Mecca and Madinah) : Replika di (replicas at) Taman Tamadun Islam





> Turki dan Tunisia (Turkey and Tunisia) : Replika di (Replicas at) Taman Tamadun Islam

Alhambra dan seterusnya (Alhambra and so on) : Replika di (Replicas at) Taman Tamadun Islam

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam bro..

maaf bro...boleh bro drop bro nyer personal mail to mail saya azimclanz@yahoo.com ada something to be discuss.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Lihat di dalam http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html

Mohd Shahrizal berkata...

Alhamdulillah... harap pangdangan segar itu boleh membawa sedikit kelainan dalam penulisan seterusnya