Dalam perjalanan menghampiri bandar Seremban daripada Kuala Klawang, kami ternampak batu-batu penanda ini...
Terasa mahu melihat apa yang ada di dalam. Kami pun berhenti meletakkan kereta di tepi...
Melihat kata-kata ini, rasa pelik pun ada, takjub pun ada!
Apa pula ini? Hasil kerja seni jenis apakah yang sebenarnya mahu dipaparkan di tempat ini?
Dari satu segi, tempat ini ada juga rupa seperti sebuah funfair...
Tapi apabila melihat pada papan-tanda ini pula, ternyata ia bukan sekadar tempat main-mainan... Kalau tidak, takkanlah ia boleh dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Negeri Sembilan ya tak?
Tengok tu... Kalau orang lemah semangat melihatnya, silap-silap boleh jatuh pengsan... Tetapi pada mereka yang sentiasa sedar akan hakikat alam ini yang sementara sifatnya, pemandangan sebegini boleh menimbulkan keinsafan!
Tu dia... Tiada misi terlalu sukar katanya... Mungkin satu hari nanti saya boleh menempah sepasang batu nesan Aceh di sini? Sedangkan setahu saya, tukang seni untuk membuat batu nesan Aceh yang agak rumit pertukangannya dengan ayat-ayat Quran dalam bentuk seni khat indah biasanya terpapar pada batunya kini tidak wujud lagi? Tapi siapa tahu ya tak... Sekian! :]
7 ulasan:
salamssss .. .. selamat datang warga sukma .. .. memang menarik .. .. genre tempat yg jarang jarang sekali untuk diketemukan .. .. ;-) .. ..
Jiwa
Wassalam. Wah... Suka Jiwa ya melihat tempat ini... Hehe... Taman keindahan abadi agaknya! :]
p/s: Urrggg... Tetiba teringat steady girl lama... Lebih 6 tahun stead woo... Nama dia Mas Sukmawati... Sebab ada sukma tu...
Hmm... Teringat juga sekarang ni tengah sukan Sukma di Terengganu. Ada makna ke semua ni?
salamssss .. .. sukma tu kan dekat sgt dgn jiwa .. .. sebab tu sy suka, suatu tarikan semulajadi dalam diri .. .. taman keindahan abadi pula sesuatu yg nyata .. .. sukma sukma sukma sukma .. .. banyak juga ingatan abg tu .. .. sy pula segera teringat pada Raja Suqma .. .. ahah .. ..
ermp .. .. makna .. .. mungkin juga .. .. pada sesuatu yang tersirat menggamit hati atau sesuatu yang tersurat mendepani diri .. .. ;-) .. ..
/Jiwa
Salam...
Menarik. Suka betul si Jiwa tu. hehe
Adapun saya setuju dengan Abg MS, mungkin boleh tempah Batu Aceh di situ suatu hari nanti...
Teringat buku-buku kajian Batu Aceh oleh Dr. Othman Yatim... Kajian terperinci dan menarik sekali... Namun, misteri... senimannya tidak pernah diketahui...
Al-Fatihah untuk al-marhum para seniman yang telah melakar seni alam abadi ini...
p/s: Gaya hisan bersayap pada Batu Aceh juga dapat dilihat pada hiasan manuskrip al-Qur'an dan kitab2 lama dari Aceh.
Ada manuskrip Aceh di sini..
http://www.flickr.com/photos/naashna/59218468/
Oh ya, baru teringat... di sini ada artikel tentang keindahan hiasan manuskrip 'Gaya Aceh' tulisan Annabel Gallop (Brtish Library)...
http://mcp.anu.edu.au/papers/GallopPenangStyle.html
Wassalam. Terimakasih Zam. Wah, Zam pun excited dengan semua ini ya...
Alhamdulillah. Bagus ingat mati ni kerana dengan mengingat mati le kita akan tahu nilai sebenarnya kehidupan. Dan mati itu bukan penamat, cuma barzakh atau perantaraan sahaja untuk masuk ke alam kehidupan yang baru dan lebih bermakna nanti.
Dalam falsafah Bushido iaitu kod Samurai Jepun pun tahu appreciate mati... Tahu betapa mati itulah yang menentukan nilai hidup. Lalu ada falsafah pahlawan, takut mati akan mati tapi tak takut mati akan terus hidup.
Hidup camana tu? Itu le yang kita sebenarnya nak belajar dalam Tasawuf... Bukan setakat kembali pada Allah tapi siapkan satu pusingan kembali bali8k dari Allah ke makhluk untuk memahami makna sebenar kehidupan... Kehidupan yang sebenarnya penuh kelazatan... Atau Baqa' selepas Fana' gitu. Wassalam! :]
Catat Ulasan