Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, April 12, 2008

Semalam di Dungung, makang ikang atas pinggang, heh!

OK... Kita lupakan segala sengketa dan silap-faham... Kita sambung kembali cerita perjalanan bergambar. Mari! :]




Posting bertajuk Menyertai persidangan para wali di Terengganu? Hehe! :] yang dibuat 2 hari lepas dibuat sekadar untuk menandakan saya telah sampai di Kemaman selain menyatakan sesuatu yang menarik perhatian tentang tempat saya bermalam di sana. Keesokannya, setelah puas berjalan sedikit di bandar, saya pun mengambil bas henti-henti untuk ke destinasi seterusnya iaitu Dungun...

Dalam perjalanan itu, bas telah melalui kilang besi Perwaja yang saya lihat saling tak tumpah seperti set filem dalam cerita The Terminator. Fikir saya, beginilah agaknya rupa tempat di mana robot Terminator lakonan Arnold Schwazenager ke hape (ish, sori le kalau tak betul ejaan, Arnord susah nak eja betul!) dibuat dan dicipta...

Sebaik sahaja sedar betapa "menariknya" tempat itu, saya cuba mengambil gambar daripada dalam bas yang sedang bergerak laju. Malangnya yang saya dapat cuma gambar-gambar blur akibat kamera digital murah tidak dapat menangkap dengan baik apabila berlaku apa-apa gegaran seperti yang biasa terdapat dalam bas buruk dengan shock absorber yang sudah keras...

Di atas pula adalah gambar yang dapat diambil apabila melalui kawasan loji-loji penapisan/pemprosesan minyak dan gas di sekitar Paka menghampiri bandar Dungun. Lihat bagaimana kamera digital murah saya befungsi...
Dari dalam bas yang sedang bergerak laju, seringkali gambar yang dapat ditangkap (jika tidak blur atau tiba-tiba dikepung tiang lampu, pokok dan sebagainya yang muncul dalam fokus) akan jadi senget begini... Tetapi kata kawan saya gambar ini menarik kerana ada "special effects"! Pulak...


Nasib baik dapat juga sebuah gambar yang agak elok di sekitar Paka... Kira nampak juga le ciri-ciri tempat kelahiran Terminator di sini, tak pun tempat Terminator bergaduh... Tapi tak boleh lawan "kebrutalan" rupa bangunan Perwaja yang lebih dekat ke Kemaman tadi...


Tidak lama kemudian, saya tertidur dalam bas... Sedar-sedar sahaja sudah sampai ke stesyen bas ini. Tetapi di sekelilingnya tidak kelihatan apa-apa pun rupa bentuk bandar. Ah... Di manakah saya sebenarnya ini?


Rupa-rupanya saya sudah terlepas bahagian bandar utama Dungun yang terletak sekitar 3km sebelum sampai ke stesyen bas tadi. Stesyen bas ini lebih dekat dengan bahagian lama bandar Dungun yang rata-rata sudah mati kecuali bahagian yang kelihatan dalam gambar ini, sekitar 300 meter daripada stesyen...


Beginilah keadaan bandar lama Dungun...

Ada le tempat landing ikan di kuala Sungai Dungun...


Walaupun keadaannya begitu menyerupai pekan cowboy yang tidak ada aktiviti apa-apa sangat, ada masanya saya lebih sukakan keadaan sebegini. Cuma ketika itu ada rasa yang mahu diluahkan di Internet sedangkan tidak kelihatan apa-apa Cyber Cafe di sekitar ini...


Lalu saya pun berjalan ke ke bahagian yang lebih moden iaitu bandar baru Dungun...


Kelihatan pula jalan ke pantai... Tergerak pula untuk masuk ke sana...

Pemandangan menghala ke Kuala Dungun di utara...



Pemandangan menghala sedikit ke selatan... Lalu saya susuri jalan ini untuk ke bandar baru...


Setelah beberapa ketika, sampailah ke bandar baru...



Peta bandar Dungun... Di bandar ini dapatlah saya menggunakan Internet lalu dapat membuat beberapa posting terutama sebuah artikel bertajuk Salam daripada Dungun! Singgah sebentar sebelum ke Kuala Terengganu? lebih 2 minggu lalu.
Hmm... Baru teringat. Sebenarnya beberapa buah posting telah dibuat terlebih dahulu di Kemaman tetapi tidak dapat disiapkan akibat komputer di Cyber-Cafe yang digunakan seringkali bertindak perlahan lalu mengganggu proses penceritaan. Kemudian Cyber-Cafe itu tutup jam 12 malam sedangkan kerja saya belum pun siap... Di Dungun, barulah proses penceritaan itu dapat diselesaikan... Kalau tidak kerana ini, kemungkinan besar saya akan bermalam di bahagian lama bandar Dungun yang kelihatan seperti pekan cowboy tadi!


Malam itu, saya tidur di sebuah surau dengan bangunan besar serupa sebuah masjid... Lupa pula namanya. Kedudukannya berhampiran sebuah stesyen minyak, kalau tak salah ingatan Shell!
Keesokannya pagi selepas Subuh dan selesai mandi bersiap-siap, saya terus menuju ke pantai. Dapat juga melihat keadaan langit sejurus sebelum matahari muncul...


Saya berjalan kembali ke kawasan bandar. Kelihatan sebuah kawasan yang saya pasti bekas litar perlumbaan go-kart tetapi tidak aktif lagi lalu digunakan penduduk setempat sebagai tempat
jogging dan riadah pagi pula!





Setelah makan pagi, saya pun menunggu bas di satu sudut bandar. Jika hari sebelumnya saya ada memikirkan mahu ke Kuala Berang daripada Dungun, di bandar ini baru saya tahu tidak ada apa-apa perkhidmatan bas menghala ke sana... Perlu juga naik utara ke Kuala Terengganu kemudian baru boleh dapatkan bas menghala barat-daya ke Kuala Berang.
Kalau mahu, boleh ambil teksi tetapi mahal. Cara lain ialah dengan hitchike tetapi ketika itu saya rasa perlu berdikit menjaga dan menyimpan tenaga dalam perjalanan kerana pengembaraan di Pantai Timur ini masih jauh... Belum sampai masanya untuk berhempas-pulas berjalan secara hitchike yang belum tentu boleh dapat kenderaan untuk ditumpang...
Selalu saya perlu menunggu lama dan di celah-celah itu pula perlu berjalan kaki berbatu-batu sebelum dapat apa-apa kenderaan. Lalu saya pun ambil jalan mudah... Rasanya elok ke Kuala Terengganu dahulu.
Nanti kita sambung cerita ya. Insyaallah akan saya buat malam ini juga di mana koleksi gambar-gambar yang diambil di Kuala Terengganu akan saya agihkan sebaik mungkin di kalangan blogspot-blogspot saya.
Oh... Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa artikel ini diberi tajuk "Semalam di Dungung, makang ikang atas pinggang, heh!". Jawabannya adalah sahaja, suka-suka ajuk slang Terengganu. Tak kan tak boleh kot? Sekian! :]




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sura Hujung cantik menawan
Bukit Mayat terbaring hijau
Telok Lipat tempat bercanda
Terubat rindu hati nan rawan
Tempat tuntut ilmu meranjau
Sufi kembara sayangkan bonda


;)
Mahadher

PS: Jika tidak keberatan. Kalo jumpa Ujang kat booth Creative Entprse:
"Tun Mahadher, kirim salam"
eheh...

Nizam Gtz berkata...

Assalamualaikum...

Saya kira bolehlar kiranya saya memberikan komen di sini... (jangan ribut2 sih...)

Sesungguhnya bisikan iblis dan syaitan itu terlalu halus... Mungkin ianya terdetik di hati, mungkin ianya terbit dari jiwa, mungkin ianya terbit dari suara manusia lain,
Mungkin ianya terbit dari suara musuh-musuh kita,
Yang bencikan kedamaian dan bencikan orang yang bersungguh-sungguh mencari erti sebuah kehidupan,

Sesungguhnya kepada ALLAH aku datang, dan kepada ALLAH jua aku kembali...

Walau kecil diri, namun perjalanan dalam perjuangan mencari ilmu dan mengenal diri... diperkecil-kecilkan. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh orang lama, "janganlah kamu mengheboh-hebohkan perbuatan baikmu, nescaya kelak akan menjadi kejahatan jualah di pandangan orang."

Tetapi, hebahan bertujuan menyampaikan kepada yang hak itu tuntutan... walaupun tuntutannya semestinya disertai dengan kesabaran. Maaf sekiranya saya berkata luahan tulisan tuan dalam posting sebelum ini lebih kepada protes kepada komen manusia yang macam pandai tu...

Oleh itu, eloklah kiranya kita bersama-sama beristighfar dan berdoa kepada ALLAH agar diperbetulkan niat dan dimurnikan hati ini dalam mencari dan mengenal erti diri dan rahsia kehebatan ciptaanNYA... Amin...

(kita jua insan biasa, walau apapun dan siapapun kita, pasti tidak lari dari kesilapan. Jika benar komen anda dengan ikhlas ingin menegur kesilapan saudara kita ini, teruskanlah. Jika komen tersebut hanyalah untuk mengeruhkan susu sebelanga, eloklah ditinggalkan. Untuk saudara MS, teruskan perjuangan tanpa menoleh kebelakang. Insya ALLAH ta'ala, akan berolehlah apa yang dihajati.)

TARABAS berkata...

as'kum MS,

kalo mari kuala terengganu singgahlah kat tempat ambo, ambo belanjo mu makang kepok lekor, Insya-Allah.

PerpatihTulus berkata...

Assalamualaikum, Radzi.
Aku dah buka semula blogspot aku. Boleh lah tengok posting aku yang latest, tentang pertemuan dengan sasterawan negara. Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Membaca tulisan zamspotte membuat sofi ingin berkata-kata sesuatu yg selama ini sofi diamkan saje...Amat payah utk sofi katakan kerana tiada bukti yang nyata...


Apa yg ingin dihintkan(bukan semua, tapi di satu part saje) ada didalam excerpt yg sofi jumpa dalam sebuah blogspot. Khas untuk mereka yg mahu berfikir :-


"Orang yang banyak bercakap adalah mereka yang banyak cakap perkara sia-sia"
Ni adalah ungkapan emas yang saya terbaca di akhbar Kosmo minggu lalu. Saya cuba menghayati maknanya tersurat n tersirat ungkapan tersebut. Bila difikirkan berkali2 memang ada benarnya ungkapan tersebut. Dari pangalaman hidup saya memang ada insan yang begini. Cakap je banyak tapi takde hasil n takde makna langsung. Selain itu, mereka ni bukan sahaja cakap perkara yang sia-sia malah memburuk-burukkan orang lain demi kepentingan sendiri. Dalam Firman Allah swt :

"Barang siapa yang menutup kejelikan(keburukan) seseorang maka Allah akan menutup kejelikannya dihari Akhirat"

Saya tak tau kenapa manusia sekarang ini. Suka memecah belahkan silaturrahim sesama umat. Sedangkan ada kawan sendiri yang akan berbuat demikian. Musuh dalam selimut lebih berbahaya. Ada kalanya saya tidak mahu mendekati insan seperti ini tetapi apakan daya, mereka ini yang bertopengkan kebaikan telah mangkaburi kita semua. Berhati-hatilah dalam memilih kawan. Jangan ada kawan yang makan kawan atau kawan tikam kawan. Sesungguhnya menjalinkan suatu hubungan persahabatan yang sejati adalah suatu yang mulia.
Fikirkan dan lihatlah sekeliling anda apa yang berlaku...


From Sofi utk semua yg mengenali :

"Sometimes it is better to lose and do the right thing than to win and do the wrong thing"

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam n terimakasih atas komen semua. Semoga kita semua semakin matang dan berimbangrasa dalam berinteraksi.
Sesungguhnya kita boleh mengaku diri sendiri sebagai matang dalam beragama atau tinggi ilmu Sufi tetapi itu cuma pengakuan kita sendiri sedangkan pihak lain mungkin melihat kita ini sebenarnya tidak faham pun apa-apa... Hakikat kebenaran sebenarnya cuma Allah sahaja yang tahu. Tetapi daripada cara kita berinteraksi, orang ramai boleh menilai sendiri samada kita benar-benar mahu memperbaiki keadaan atau setakat mahu memenangkan diri sendiri. Maka kalau boleh biarlah kita jaga adab-adab berinteraksi itu supaya sumbangan dan kata-kata kita dapat menyenangkan semua pihak, bukan setakat menyenangkan diri sendiri sahaja...
Sekian! :]

Tanpa Nama berkata...

I have said wutever i believe is true.. interpretation is yours...

Hope your interpretation is correct. :)

May Allah Bless you guys.

Salam Terakhir
With luv to all of you.

Desahan Medusa berkata...

i think that bitch whether she's a real woman or a faggot or a man in disguise is damn sick such a mess!