Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, April 14, 2008

Perjumpaan di Pesta Buku Antarangsa Kuala lumpur di PWTC 2008

Assalamualaikum semua. Dalam artikel bertajuk Semalam di Dungung, makang ikang atas pinggang, heh! yang dibuat Sabtu malam Ahad, saya ada menyebut malam itu juga, Insyaallah saya akan cuba sebaik mungkin mengagihkan koleksi gambar sekitar Kuala Terengganu yang diambil pada 27-28 Mac untuk dijadikan cerita-cerita di blogspot-blogspot saya.
Malangnya malam itu ada masalah untuk upload gambar ke blogspot. Dipendekkan cerita sampai sekitar jam 1 pagi, saya setakat berjaya membuat satu sahaja artikel bergambar iaitu cerita Up on Bukit Puteri in Kuala Terengganu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Kerja tidak dapat disambung lagi kerana saya sudah begitu kepenatan bercampur rasa mengantuk yang amat sangat... Lagipun saya bercadang mahu pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2008 di PWTC siang nanti... Dan ada pula pembaca blogspot ini yang teringin sangat mahu bertemu dengan saya di sana.
Tengahari itu, saya sempat membuat sebuah lagi cerita berdasarkan koleksi gambar Kuala Terengganu di BERPETUALANG KE ACEH . Tajuknya ialah Walking along the Terengganu river to Kampung Cina... . Kemudian harus bergegas ke PWTC kerana saya ada menyebut di chatbox ini bahawa saya akan berada di sana selepas Zuhur.
Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan beberapa orang pembaca walaupun saya muncul agak lambat iaitu sekitar jam 2.30 petang. Maklumlah, malam itu saya tidur di rumah seorang kawan lama iaitu Zaidi @ PerpatihTulus di sebuah kawasan perumahan baru (lupa namanya, Bukit Mahkota ke hapa...) yang terletak hampir ke Nilai, Negeri Sembilan.
Selepas siap membuat posting Walking along the Terengganu river to Kampung Cina... iaitu sekitar jam 12.30, Zaidi menghantar saya ke stesyen komuter Serdang... Sampai di sana rasanya sekitar jam 1 petang. Kalau diikutkan, daripada Serdang itu saya boleh sampai ke dewan utama pesta buku sejurus selepas waktu Zuhur... Sekurang-kurangnya sebelum jam 2... Tetapi keretapi komuter pula sering henti-henti lama sehingga saya mula rasa gelisah... Kerana saya adalah orang yang memegang janji. Saya mahu muncul di PWTC sejurus selepas waktu Zuhur.
Apa boleh buat, saya sampai ke stesyen PWTC sekitar jam 2.15. Kemudian saya perlu menunaikan solat Zuhur terlebih dahulu dan ini saya lakukan di surau hentian bas Putra. Maka itu saya memohon maaf jika ada yang mencari saya di PWTC sejurus selepas masuk Zuhur tetapi tidak menemui lalu harus berlalu pergi. Percayalah, sebaik sahaja sampai di sana terutama di gerai buku yang berkaitan, saya menunggu dan terus menunggu sehingga ada pembaca yang datang... Walaupun kedatangan saya di sana adalah sebagai mana-mana pengunjung biasa, bukan sebagai seorang penulis kerana saya tidak ada membuat apa-apa janji untuk mempromosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" hasil tulisan dan penerbitan saya.
OK... Hari ini hari Isnin, setelah selesai makan tengahari lambat sekitar jam 2 petang tadi, saya merancang mahu menyiapkan terus proses penceritaan berdasarkan koleksi gambar-gambar di Kuala Terengganu. Tetapi proses ini harus memakan masa kerana ia melibatkan pemilihan kemudian pengagihan gambar-gambar diikuti penceritaan yang sesuai di blogspot-blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) sebelum sebuah cerita yang merangkumi kesemuanya dapat dibuat di sini. Maka itu saya rasa elok dibuat sebuah cerita mengenai apa yang berlaku di pesta buku... Sekurang-kurangnya ada juga cerita baru sebelum siap cerita Kuala Terengganu, itupun kalau dapat disiapkan hari ini... Sila! :]

Ini adalah gambar pertama yang saya diambil di pesta buku... Setelah dapat berkenalan dengan beberapa orang pembaca (antaranya adalah warga-warga chatbox yang memakai nama Hazratji, Dong, Mded dan RadenCilik) dan berbual-bual seketika, saya rasa elok juga kami bergambar sebelum membuat hal masing-masing.

Lebih sebulan lalu telah ada kenalan dan pembaca yang bertanya apakah saya akan membuat apa-apa promosi untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 yang akan diadakan di PWTC pada 4-13 April ini. Saya jawab tidak... Siapalah saya untuk membuat promosi di sebuah majlis sebesar ini? Saya cuma seorang penulis jalanan yang membuat penerbitan sendiri dengan sumber yang amat terhad sedangkan rata-rata penulis yang ada membuat promosi di sana adalah nama-nama besar yang disokong jentera syarikat penerbitan yang established, lagi mempunyai sokongan dana dan mekanisma jualan dan Public Relations yang teratur.

Lagipun saya perlu menyelesaikan perjalanan ke Pantai Timur yang sudah lebih sebulan tertunda, perjalanan yang mesti dibuat untuk menutup siri-siri pengembaraan yang pada saya wajib dilalui setelah berjaya menyajikan kesemua trilogi buku di dalam siri "Berpetualang ke Aceh". Jika penghujung tahun 2007 membawa ke awal 2008, saya telah berpusing mengelilingi semua daerah utama Johor, 3 minggu kemudian saya dapat menyelesaikan apa yang patut dengan menziarahi serta mengembara ke tempat-tempat terpilih di Kedah dan Perak.

Setiap sessi pengembaraan ini memakan masa 2 minggu sekali keluar. Lalu sampailah masa untuk ke Pantai Timur pula, satu pengembaraan yang patut dibuat pertengahan Februari lalu. Sebaliknya beberapa keadaan yang muncul telah menyebabkan perjalanan itu tertunda kemudian dapat pula jemputan daripada KekkWa (Kementerian Kesenian, Warisan dan apa lagi ya.. Lupa pulak) untuk menghadiri majlis pelancaran Akademi Buku Malaysia dan Tabung Buku di Dewan Bahasa Pustaka 29 Februari 2008. Alhamdulillah, ada hikmahnya... Di sanalah saya dapat berkenalan dengan beberapa pemilik nama-nama besar sastera tanahair termasuk Sasterawan Negara Pak Samad @ A. Samad Said dan S. Othman Kelantan. Dan pada Pak Samad, sempat saya perkenalkan siri buku "Berpetualang ke Aceh"...

Apabila perjalanan sudah tertunda sampai ke tarikh itu, seorang teman pula mencadangkan, alang-alang belum memulakan perjalanan, elok juga saya hadir ke majlis pernikahan seorang kenalan dan pembaca iaitu Azmi @ Sunan Al-Azmi di Kuala Selangor... Pada 8 Mac, tarikh membuang undi. Di sanalah saya dapat mengambil gambar-gambar baru lalu dijadikan cerita-cerita berikut... Berjalan di Kuala Selangor... Ketika seluruh Malaysia sedang sibuk mengundi! di blogspot ini, The hills at Tanjung Keramat, Kuala Selangor... dan The Selangor royal tomb at Bukit Melawati... And my fetish for numbers! di BERPETUALANG KE ACEH serta Senjata Melayu lama di Bukit Melawati (Old Malay weapons at Bukit Melawati) di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)...

Akhirnya perjalanan saya makin jadi tertunda akibat hal-hal lain yang muncul. Pada 20 Mac barulah saya dapat memulakan langkah ke Pantai Timur, melalui Jalan Penarikan di Negeri Sembilan sedangkan pesta buku akan bermula 4 April... Kalau ada ruang pun (dan memang boleh diaturkan jika perlu) bagaimana saya mahu memikirkan mahu membuat promosi di pesta buku? Setiap pengembaraan jauh yang saya buat harus memakan masa 2 minggu atau lebih... Kalau saya beriya-iya mahu ke pesta buku, tentu perjalanan saya akan terkejar-kejar lalu tidak dapatlah saya mencapai matlamat sebenar membuat pengembaraan itu!


Berbalik sebentar ke perjumpaan di pesta buku semalam, petang Ahad. Setelah saya dapat menentukan sudut yang sesuai daripada kamera digital murah (kamera yang takda optical zoom mahupun wide angle sehingga terpaksa masuk ke kawasan booth orang untuk mendapatkan sudut luas), baru saya sendiri masuk untuk turut diambil gambar...

Sebenarnya saya pun tak pasti jika dapat menghadiri pesta buku antarabangsa kali ini... Dalam pengembaraan, saya tidak boleh berjanji akan sampai ke sesuatu tempat pada sekian-sekian waktu... Inilah adab pengembaraan cara lama yang dibuat menurut gerak rasa... Segala-galanya ditentukan Takdir serta Qada' dan Qadar Allah jua...

Dalam keadaan ini, kurang beradab kita menyebut bahawa kita akan sampai ke sesuatu tempat pada waktu tertentu... Ya, kita boleh menyebut Insyaallah sahaja dan cuba merancang... Lebih daripada itu, hakikatnya kita akan jadi kurang ajar kerana membuat sesuatu dakwaan yang melangkaui Takdir... Lebih-lebih apabila dalam perjalanan itu, ada masanya kita akan "diarahkan" untuk pergi ke tempat-tempat tertentu dan berbuat sesuatu perkara yang langsung tidak ada dan tidak terfikir dalam rancangan sebelumnya... Kerana apabila kita melangkah dengan Tawakal 100 peratus, kita akan masuk dalam satu keadaan yang boleh digambarkan seperti berikut...

Kadangkala kamu rasa sesuatu perkara itu baik buat kamu tetapi hakikatnya bukan... Kadangkala kamu rasa sesuatu itu buruk sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya...

Jadi bagaimana kita mahu tahu apa yang harus dibuat? Inilah salah satu keadaan yang akan kita alami dan lihat sendiri lalu tahu apakah tindakan yang harus dibuat seterusnya... Tetapi kita harus mengambil risiko penat lelah sakit jerih-payah malah risiko kehilangan nyawa ketika keluar berkelana terlebih dahulu, baru kita dapat melihat sendiri akan proses Qada dan Qadar serta Takdir itu, bukan setakat membuat andaian semata-mata...

Ahad tengahari 6 April, selepas mandi air terjun di Gunung Stong berdekatan Dabong di kawasan Hulu Kelantan, baru saya mendapat isyarat boleh menamatkan perjalanan kali ini. Lalu saya pun pergi menaiki keretapi ke Kuala Lipis, bermalam di sana satu malam... Sempat menziarahi makam Tok Linggi @ Raja Ahmad seperti yang diharapkan oleh seorang pembaca di sini iaitu saudari Puteri...

Sememangnya saya harus singgah di Kuala Lipis pun. Kerana daripada situ baru saya boleh mendapatkan bas untuk ke Raub dan berehat sebentar di rumah peninggalan almarhum Nenek. Memang dahulu lagi saya telah berjanji, akan menutup segala siri perjalanan selepas siap menyajikan trilogi BKA ini dengan membuat beberapa perkara di Raub, antaranya adalah memotong rambut jadi pendek sebagai tanda permulaan episod baru kehidupan... Maka apapun yang berlaku, sudah tentu saya perlu singgah di Raub sekurang-kurangnya satu malam...

Biasanya apabila keluar mengembara jauh dan sampai ke Raub, saya akan singgah ke Kampung Janda Baik dalam perjalanan kembali ke Kuala Lumpur dan berehat di sana beberapa hari. Tetapi isyarat yang saya dapat di Raub setelah 2 hari bermalam di sana, pergilah kamu terus ke KL dan hadirilah pesta buku...

Pada petang Rabu sampailah saya ke KL, lewat malam saya kembali pula ke Kajang. Esoknya saya telah dihubungi seorang teman yang mengajak pergi ke pesta buku... Katanya saudara Sayed Munawar, host rancangan ulasan buku Resensi dan Selamat Pagi Malaysia di RTM ada di PWTC dan sedang membuat liputan...

Kalau mahukan publisiti yang dapat dipancarkan ke kaca-kaca TV seluruh Malaysia, tentu sahaja saya boleh ke sana. Sayed Munawar pernah menemu-ramah saya untuk siri buku "Berpetualang ke Aceh" dan kami pun telah saling-mengenali walaupun bukanlah rapat sangat.

Tetapi saya rasa masih begitu penat akibat pengembaraan yang memakan masa 3 minggu serta jarak perjalanan lebih 1,000km... Termasuk tidak kurang 50 km berjalan kaki membawa beg berat, apabila dicampur jarak perjalanan dengan kaki dalam tempoh waktu itu! Dan saya rasa niat saya akan lari jika saya pergi ke sana dengan memikirkan mahu mendapatkan publisiti...


Setelah mengambil gambar-gambar di atas, ternyata sudut yang diambil agak "silau" akibat lampu-lampu kuning di latar-belakang. Lalu gambar diambil lagi di bahagian lain gerai buku...

Oleh kerana pesta buku ini akan tamat hari Ahad 13 April, saya merancang untuk ke sana samada Sabtu atau Ahad. Petang Jumaat, rakan lama saya Zaidi @ Perpatih Tulus menalifon ajak berjumpa... Kali terakhir kami bertemu adalah sekitar bulan 10 tahun lepas lalu tergerak untuk mengajaknya ke pesta buku hari Sabtu.

Tengahari Sabtu, ada pula seorang pembaca BKA bernama Asrul menalifon memberitahu siri buku BKA ada terdapat di pesta buku. Dia telah lama habis membaca ketiga-tiga buku ini dan baru sahaja membeli sebuah set baru untuk rakan lain. Seminggu sebelum itu, seorang kenalan daripada forum Harmonisers bernama Iskandar @ Ketualanun telah membuat posting untuk memberitahu di thread perbincangan Berpetualang ke Aceh (boleh klik Forum Rawatan Alternatif... Soal-jawab Berpetualang ke Aceh... untuk masuk ke sana...), memang ketiga-tiga siri buku BKA terdapat di sana... Saya sahaja yang belum mahu mengambil tahu tentang perkembangan buku sendiri!

Apapun dipendekkan cerita, saudara Asrul daripada Serdang sudah lama ingin bertemu dengan saya lalu dapatlah kami bertemu hari itu... Jumpa di surau hentian Putra kerana ketika Asrul menghubungi saya sekali lagi setelah mendapat tahu kami akan ke PWTC, saya dan Zaidi baru sahaja hendak menunaikan solat Zuhur. Kemudian kami semua (termasuk isteri Asrul) pergi minum di medan makan The Mall... Setelah itu baru Zaidi dan saya pergi ke PWTC.

Sampai sana pula kami mendapati arah "traffic" pengunjung mengharuskan kami pergi ke sebuah dewan lain yang terletak di seberang sungai luar bangunan PWTC terlebih dahulu... Di situlah saya bertemu lagi dengan Pak Samad yang sedang duduk bersama keluarga mengendalikan gerai buku Wira Bukit.

Allah! Segala-galanya telah ditetapkan dan dirancang Dia jua... Sebelum ke PWTC, saya telah tergerak untuk membawa 3 set buku BKA... Semasa pertama kali berkenalan dengan Pak Samad di Dewan Bahasa dan Pustaka lebih sebulan lalu, saya ada memberitahu akan memberikan satu set buku BKA... Kerana semasa itu saya tidak membawa naskah lebih, yang ada cuma naskah peribadi saya yang sudah sedikit comot serta terlipat sana-sini...

Zaidi pula sangat teruja dapat berjumpa seorang penulis bertaraf Sasterawan Negara seperti Pak Samad lalu meminta saya mengambil gambar mereka berdua. Saya setakat senang hati bahawa seorang Sasterawan Negara yang sangat terkenal dan diakui ketinggian pencapaian penulisannya sanggup menyatakan minat terhadap siri buku seorang penulis jalanan seperti saya...

Seterusnya baru kami pergi ke dewan utama di mana menurut kata orang, buku-buku saya turut ada. Tetapi kami pula boleh berpusing-pusing ke merata tempat sehingga tak berjumpa... Lama kemudian baru terjumpa, itupun setelah menalifon Asrul dan bertanyakan kedudukannya... Rupa-rupanya di sebelah gerai Alaf 21... Dan sudah tentunya di gerai buku Fajar Pakeer, syarikat yang ada mengedarkan buku-buku saya...

Tentang gambar ini... Sekali lagi, setelah mendapat sudut yang sesuai, baru saya sendiri masuk gambar dan meminta orang mengambilnya... Pesan saya, kamera digital saya ini sangat sensitif pada gegaran, maklumlah kamera murah... Bila memetik gambar, pastikan kedudukan tangan tidak bergoyang untuk sekurang-kurangnya 1-2 saat, kalau tidak gambar boleh jadi senget ataupun blur... Seorang pembaca (Dong ke Hazratji, lupa pula) yang melihat betapa "kokak"nya kamera ini menjadi sedikit hairan... Inikah kamera yang selama ini saya gunakan untuk mengambil gambar-gambar yang diletakkan di dalam blogspot-blogspot saya?

Malam itu saya tidur di rumah Zaidi hampir ke bandar Nilai, dapat juga menggunakan Internet di sana. Ketika melihat isi terbaru chatbox, saya mendapati ada yang bertanya jika saya mahu ke pesta buku keesokannya... Itu yang membuat saya ingin pergi lagi ke PWTC hari Ahad, selepas Zuhur.

Adapun saya pergi ke pesta buku hari Ahad dengan pakaian yang sama ketika ke sana hari Sabtu... Maklumlah, saya pergi ke rumah Zaidi sehelai sepinggang, nasib baik sempat membasuh baju dan seluar malam itu dan sempat kering keesokannya. Sampai di sana jam 2.30 petang, saya terus meluru ke gerai Fajar Pakeer... Terus berlegar-legar di situ dengan gaya seperti seorang pengunjung biasa.

Setelah hampir setengah jam berlegar-legar di sekitar tanpa ada pembaca pun yang datang, saya pun membuat keputusan untuk melakukan sesuatu. Adapun sejak hari Sabtu, di dalam beg yang mengandungi 3 set siri buku "Berpetualang ke Aceh" (hari Ahad tinggal 2 set kerana sudah bagi 1 set kepada Pak Samad), juga terdapat sekitar 30-40 keping poster promosi siri buku BKA. Dengan selambanya saya mula membawa keluar poster-poster ini dan mula memberinya kepada mana-mana pengunjung pesta buku yang lalu di situ, yang saya rasakan mungkin berminat... Bukan main bagi pada semua orang sebab jumlah poster terhad...

Ketika itulah, baru pekerja-pekerja buku di gerai Fajar Pakeer sedar saya adalah seorang penulis buku dan buku saya ada di gerai mereka! Maklumlah, selalunya mana ada penulis buku buat kerja seperti ini, dengan tiba-tiba keluar mempromosi buku sendiri secara jalanan memberikan sendiri poster-poster promosi kepada orang yang lalu-lalang? Niat saya, dengan cara ini, selain dapat membuat promosi, mana-mana pembaca yang berhasrat untuk bertemu-muka dengan saya dapatlah berbuat begitu. Kalau tidak, bagaimana mereka mahu tahu saya ada di situ sedangkan kehadiran saya tidak dirancang dan tanpa pengumuman, setakat menurut keadaan lalu mengambil peluang menumpang di gerai orang?

Selalunya penulis buku yang sudah ada beberapa buku yang diterbitkan setakat akan duduk di kerusi meja yang disediakan oleh pihak penerbit untuk menandatangani autograph... Pihak pengedar buku seperti syarikat Fajar Pakeer tidak terlibat dalam kerja-kerja promosi sebegini... Lagipun mereka ada lagi banyak buku yang mahu ditonjolkan... Lalu ternyata sungguh betapa kehadiran buku-buku saya kelihatan janggal dikelilingi oleh novel-novel lain yang rata-rata adalah novel-novel cinta yang sering digemari golongan remaja! Untuk itu, saya ucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada pemilik syarikat pengedar ini iaitu Haji Pakeer kerana sudi mengedarkan buku-buku saya yang tidak menurut kelaziman citarasa novel biasa sehingga menongkah arus zaman...

Dalam dunia penulisan, selalunya seseorang penulis itu boleh goyang-kaki menunggu peminatnya datang... Tahulah dia menonjolkan diri sebagai seorang public figure dengan gaya serta penampilan yang sesuai, maka seharusnya tidak patut ia membuat kerja-kerja kuli yang tidak setimpal dengan taraf sebagai seorang penulis. Biar pihak lain bertungkus-lumur membuat promosi dan menarik perhatian... Dalam keadaan itulah muncul saudara Mded. Kami pun berkenalan dan Mded pun turut tolong memberikan poster-poster...

Selesai semua poster diberi, kami pun beredar mahu meninggalkan PWTC. Seketika itu juga ada kenalan menghubungi Mded juga saya untuk memberitahu mahu datang ke ke sana sekitar jam 5 petang... Ketika itu jam 3.45. Memandangkan ada yang ingin berjumpa dan hari itu hari terakhir pesta buku, terus timbul rasa untuk kembali ke rumah ibu saudara di Ampang untuk mengambil poster besar @ bunting promosi siri buku BKA.

Mded sempat mengikut saya berkejar ke Ampang menaiki LRT kemudian kembali ke PWTC. Sampai sahaja balik ke gerai Fajar Pakeer, kami pun terus mencari sudut yang sesuai untuk menggantung 2 buah bunting yang saya miliki tanpa mengganggu barangan orang lain... Kelihatan stand atau tiang bunting gerai syarikat Karnadya betul-betul di sebelah gerai Fajar. Lalu saya meminta kebenaran untuk menggantungkan bunting saya di tiang itu, memandangkan bahagian belakang yang menghadap ke gerai Fajar itu kosong... Dan satu lagi bunting saya letak berhampiran tempat juruwang gerai Fajar. Dapatlah jadi gambar-gambar di atas...

Sekitar jam 7.20 petang begitu, saya membuat keputusan untuk mencabut bunting-bunting ini... Rasanya cukuplah saya menumpang gerai Fajar... Kalau lama sangat, takut mereka pula tidak senang... Walaupun kehadiran bunting-bunting ini serta saya dan para pembaca sebenarnya berjaya menghidupkan sedikit suasana di gerai itu yang agak hambar akibat tidak ada apa-apa gimmick seperti persembahan, kehadiran menulis malah tidak ada penggunaan PA system atau apa-apa cara untuk memanggil pengunjung kecuali mengharapkan aturan buku di gerai semata-mata untuk menarik perhatian mereka yang lalu-lalang.

Selesai itu terus saya ke gerai KarnaDya untuk bertemu pemilik syarikat dan penulis Aina Emir yang sedang duduk selesa di satu sudut, di atas sebuah bangku berchusion seperti selayaknya seorang penulis yang sudah ada nama... Kerana mahu menyatakan terimakasih membenarkan saya menggunakan tiang atau stand nya untuk menggantungkan bunting saya sendiri...

Puan Aina bertanyakan tentang buku saya, apakah yang ditulis di dalamnya... Lalu saya pun menyebut ringkasannya terutama tentang peranan Ahlul Bait dahulukala menyebarkan Islam ke bumi Nusantara ini... Terus Puan Aina menyatakan yang dia juga ada darah Ahlul Bait... Saya pula tergerak untuk menghadiahkan 1 set buku kepadanya tetapi beliau menolak... Sebaliknya Puan Aina ingin membelinya!

Alhamdulillah, petang itu dapat juga saya sedikit duit poket selain kemungkinan membuat kerjasama penulisan baru nanti. Saya juga dapat kenal-kenalan baru serta orang-orang lain yang mula mengenali siri buku saya dan diri ini sebagai seorang penulis... Walaupun pada awalnya, saya pun tidak pasti jika dapat menghadiri pesta buku ini...

Hmm... Rasanya cukuplah saya meluahkan rasa sekitar perjumpaan di pesta buku ini. Terimakasih saya ucapkan kepada para pembaca yang sudi bertandang. Semoga anda dapat melihat akan keadaan serta peribadi diri saya yang sebenar... Semoga hilang apa-apa bentuk pun buruk sangka dan silap penilaian diri jika ada. Sekian! :]

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
ahad 13 april 2008 hari yg agak manis..
- berjumpa bro MS yg dah lama aku cari nak jumpa (kalo dpt sembang lagi best)
- berkenalan dgn mded yg steady (heheh bro)
- jumpa dong yg pendiam
- jumpa raden yg tinggi lampai
- kak anggun yg anggun dan anak2nya yg comel2
kalaulah yg lain ada sama...

hazratji

PerpatihTulus berkata...

kamera kau tu sebenarnya lagi glamour dari engkau lah radzi hahahah. aku pun terpaksa guna alasan yang sama semasa bercerita. takpelah, nanti aku bagi sumbangan sikit, untuk beli yang baru. InsyaAllah. smslah aku no akaun bank. wassalam.

AbnormalSuam berkata...

aku masih ada hutang ngan kau... dan kau macam tahu jer rancangan aku... sebelum aku menjalani pembedahan 28 April nanti, aku serahkan apa yang aku dah belikan ni untuk kau... tu bukan tolak hutang haaa... itu hadiah dari saudara kau...

Anyway, terima kasih sebab jadi kawan aku dan ampun serta maaflah sebab selama kau berkawan ngan aku, kau disusah-susahkan oleh aku...
hahahahaha...

apa2pun, seronok aku baca pengalaman kau di PWTC. Aku ke sana selepas maghrib dan pulang ketika orang pakat bungkus gerai memasing... sekadar nak jumpa beberapa orang kawan... takder rezeki nak jumpa kau.

Tanpa Nama berkata...

salam semua..

Buat abg Ab,terima kasih atas sokongan kepada sahabat mu itu Radzi. Ingat lagi,melalui Forum CVT kita berkenalan dan bersahabat. Dlm byk2 ahli CVT,hanya 4 org saya saya kenal Kak Tora, MOM, Abg Ab dan MS Sbbnya mmg saya sendiri limitkan atas sebab2 tertentu.

Buat sahabat Radzi, Zaidi..terima kasih juga menjadi sahabat yang begitu banyak membantu beliau. Kerana selama ini (semenjak beliau menjadi penulis) berapa keratlah sangat kawan2 beliau.

Buat Raden,Hazratji,Mded n Dong salam perkenalan dari saya. Semoga ukhuwah ini pemangkin untuk terus bersahabat.

PerpatihTulus berkata...

kepada kak anggun, terbalik lah kak, bukan saya tolong radzi, radzi yang banyak tolong saya. lagipun tolong menolong kan ajaran islam.. tak gitu.. (Zaidi)

Radzi Sapiee berkata...

Salam semua... Cam ni lah seronok, kita berinteraksi secara harmoni belaka... Sesungguhnya semua umat Islam itu bersaudara. Bila kita ingat yang kita itu bersaudara maka kita jaga adab tutur-kata kita dalam berkata-kata lalu jadi harmoni dan seronoklah perhubungan kita.
Untuk Ab, selamat menjalani pembedahan. Aku tak tahu lagi bila boleh jumpa engkau... Biasa le, aku ni ada masanya macam kura-kura nyorok dalam cengkerang suka menyendiri. Kalau kebetulan aku keluar jalan atau tergerak lalu terjumpa orang, baru le aku beramah-mesra, kalau tak aku lebih suka layan kepala hotak aku sorang-sorang tak pun layan titon le, hehe! Padahal kalau ikutkan kawan-kawan aku ramai sangat, geng zaman sekolah rendah, sekolah menengah (aku sekolah 3 tempat woo...), zaman kolej, zaman universiti, zaman kerja, zaman merantau... Senang cerita merata tempat ada...
Diaorang ni semua masih mengenali aku, Insyaallah tapi aku aje yang suka bawak diri... Dah tu memang perangai aku cam tu. Tak tahu le kalau esok lusa aku berubah timbul mood balik untuk bersosial? Sejak masuk umur 20 tahun memang aku withdraw, kurangkan pergaulan lalu mula jadi kera sumbang sebab aku nak cuba hilangkan beberapa perangai buruk aku yang sukakan perhatian, salah satunya jadi kaki perempuan dan sentiasa hendak menang dan jadi centre of attention di hadapan orang ramai. Masa kt NST pulak, sebenarnya aku masih lagi kera sumbang yang suka menyendiri tetapi kerja aku memerlukan aku sentiasa bertemu dengan orang... Jadi aku campur le orang sebab aku boleh flexible... Tetapi hakikatnya, lepas tu aku tetap layan balik kepala aku sorang-sorang...
Tentang engkau Ab dan kawan-kawan forumer, nanti le... Aku pun teringan nak jumpa balik dengan bebudak sembang2 sambil minum kopi/ tek tarik berpuluh-puluh gelas. Apapun terimakasih for being my friend n kirim salam kt member-member lain semua terutama Archer, CoD3, Belagak, Selamat dan geng2 Nik apa tu yang pakai avatar macam orang frust,lupa pulak nickname dia hapa.
Hmm... Berbalik pada perjumpaan di PWTC. Hazratji dah bagi komen... Mded, Dong ngan RadenCilik bila lagi? Meh le meriahkan juga suasana di sini... Kat c-box tu perbualan selalu berjalan laju, kadang-kadang cepat sangat lepas tu hilang tanpa kesan... Kat komen ni letak aje apa-apa terus lekat selagi blogspot ini masa ada. Meh le! :]

Tanpa Nama berkata...

salam..

hehehe..jeles dgr ko org berkenal-kenalan...bila le dpt turut serta, tk tau le lagi..belum dpt gerak lagi..gut feelings..hehehe.

apa-apapun, seronok borak dgn member2 kat sini..

buat MS,
ana ni dok tunggu gbr makam raja AHMAD..tak sabar rasanya nk tgk..

PUTERI

Tanpa Nama berkata...

salam..

tak menjangka bole bertemu dengan ramai kawan2 kat pwtc. penuh dengan orang kat situ..kalau pc fair x buat hari tu, mesti lagi penuh....

sebelum tu, raden sms sy, tanya datang ke tak? sy cakaplah dah ada kat pwtc, datang ngan seorang member. nak cari raden pun jenuh pusing2. bukan nye selalu datang pwtc.

lepas tu, raden dan kak anggun kata nak jumpa abg MS pulak. jumpe kat depan surau PWTC sama bro Mded. berkenalan jap..

terus ke fajar pakeer, dah sampai nak sembang ape pun x tau..biasa la pendiam..hahahaha
mungkin ada masa di lain hari..

sempat la tangkap gambar sama2..
tq abg ms dan semua kerna sudi berkenalan...

dong

PerpatihTulus berkata...

masyaallah, muka baik-baik semua yang bergambar tu..

kagum sungguh patik.