Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Sabtu, September 14, 2019
Seluruh alam yang boleh terbayang dalam diri manusia dan hati tempat 'bertakhtanya' Tuhan
Khamis, September 12, 2019
Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Penerbangan yang dilewatkan, keindahan Lhok Seudu dan 'panggilan' Ja Tirom
Jumaat, September 06, 2019
Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Satu pengenalan ringkas selepas tamat pengembaraan
Harus ada persinggahan ke makam Tun Sri Lanang di Semerlanga dan makam Daeng Mansur selepas Sigli di Pidie (Pedir). Boleh jadi bermalam di Banda Aceh, boleh jadi di satu lokasi sebelum itu.
Masa akan ditetapkan selewatnya waktu malam. Acara HIKMAH kali ini dikira berlangsung daripada 1 hingga 3 September, dari makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Banda Aceh (284 km). Bermalam di Banda Aceh.
Isnin, Ogos 26, 2019
Bersedia untuk acara ke-21 HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh 1 September 2019
Salam semua wahai para pembaca yang dimuliakan. Pada 10 Mac iaitu lima bulan setengah lalu saya ada membuat artikel bertajuk Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441 lalu memberitahu tentang rancangan mahu menghidupkan kembali HIKMAH dengan mengadakan acara ke-21 kami di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh pada hari Ahad 1 September 2019 bersamaan Muharram 1441 Hijriah. Sejak itu saya tidak memberikan apa-apa maklumat baru tentang majlis di mana-mana. Saya lebih banyak menyebut tentang perjalanan pusing Sumatera yang mana acara HIKMAH terkandung dalam rancangan besar perjalanan.
Sekarang biar dikongsikan maklumat terkini dalam satu artikel. Sebelum itu biar dikongsikan perkembangan berkenaan yang telah diceritakan di Facebook...
Salam pagi Jumaat 23 Zulkaedah. Sudah lama saya tidak memberikan perhatian pada perkara atas kerana kesibukan dengan hal-hal lain terutama penerbitan buku terbaru saya "KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995". Sekarang sudah sampai masanya perkara mula dimuktamadkan. Ini kerana perjalanan yang dimaksudkan akan dilaksanakan sebulan sahaja lagi daripada sekarang.
Merujuk pada artikel berkenaan yang dipersembahkan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU lebih 4 bulan lalu. Adapun selepas ia diwar-warkan di Facebook saya telah menerima sejumlah maklum balas daripada mereka yang berminat untuk pergi. Namun setakat ini yang saya tahu cuma 5 orang dewasa sahaja telah memberikan komitmen dengan membeli sendiri tiket penerbangan ke Banda Aceh bagi tarikh 28 Ogos dan kembali 4 Sept. Ini supaya dapat bersama saya, isteri dan 2 orang anak kecil mengembara.
Untuk makluman logistik perjalanan akan dibuat secara ad hoc berdasarkan jumlah penyertaan untuk menjimatkan belanja, bukan berdasarkan kebiasaan harga yang ditetapkan oleh travel agent. Saya akan meminta kerjasama kawan-kawan di Aceh untuk itu. Jumlah penyertaan akan menentukan jenis dan jumlah kenderaan mahu digunakan selain hal-hal lain seperti penginapan dan makan minum. Dianggarkan tidak lebih daripada RM2,000 satu kepala (tak campur tiket penerbangan) insyaallah bagi keseluruhan tempoh 8 hari 7 malam...
Cadangan saya kalau boleh biarlah dapat menumpang bermalam di sekolah-sekolah pondok, masjid dan sebagainya. Ini kerana selain mahu menjimatkan belanja kami dijangka sampai ke tempat-tempat rehat pada waktu malam, esoknya awal pagi terus bergerak untuk menyambung perjalanan kecuali pada 2 atau 3 hari terakhir di Banda Aceh.
Dengan itu saya menyeru. Sesiapa lagi yang berhajat mahu menyertai kembara sila beli sendiri tiket pergi balik kapal terbang ke Banda Aceh yang dapat meliputi tarikh perjalanan 28 Ogos hingga 4 Sept. Selepas itu beritahu saya melalui WhatsApp 013-3082131 supaya dapat bersama mengatur perkara.
Saya akan membuka ruang penyertaan ini selama 2 minggu. Pada Jumaat 2 minggu akan datang iaitu pada 9 Ogos 2019 bersamaan 8 Zulkaedah 1440 Hijriah ia akan ditutup supaya logistik perjalanan dapat dimuktamadkan. Sebagai mengakhiri pengumuman biar disenaraikan tujuan-tujuan utama pengembaraan dibuat...
1) Ziarah ke Barus di mana dikatakan terdapat makam pendakwah Islam dengan tarikh meninggal dunia 43 Hijriah bersamaan 664 Masihi (Kerajaan Srivijaya diketahui mula berkuasa di Sumatera pada tahun 683 M iaitu dekat 20 tahun kemudian). Dikatakan Barus telah dikenali dunia sejak zaman Mesir purba kerana terdapat bekalan kapur (dipanggil kapur barus) terbaik untuk pelbagai kegunaan terutama menguruskan mayat.
2) Ziarah ke tempat-tempat bersejarah terutama melibatkan kedatangan Islam sepanjang pantai barat utara Pulau Sumatera menghala ke Barus di selatan membawa ke pantai timur menghala ke Banda Aceh di utara. Banyak persinggahan akan dilakukan. Maka perjalanan agak lasak dan kurang rehat tapi harus amat memuaskan.
3) Iktikaf di kompleks makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah di Perlak pada malam 1 Muharram 1441 Hijriah (siangnya Sabtu 31 Ogos). Dikatakan Kesultanan Islam Perlak diasaskan dengan naiknya sultan berketurunan Rasulullah SAW ini pada 1 Muharram 225 Hijriah iaitu 1216 tahun Qamariah yang lampau (berdasarkan bulan menurut kalender Islam)! Ini diperkirakan bersamaan tahun 840 Masihi iaitu 1159 tahun Syamsiah lalu (menurut matahari seperti digunakan kalendar Barat) .
4) Mengadakan satu acara berupa wacana ilmu atas nama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) di kompleks makam Sultan Malikus Salleh iaitu pengasas kerajaan Samudera-Pasai pada pagi 1 Muharram 1441 bersamaan Ahad 1 Sept 2019. Acara dikira terus berjalan membawa ke Banda Aceh di mana kawan-kawan di sana sedia menyambut dengan majlis yang lebih teratur.
Nota : Tiket ke Banda Aceh sebenarnya dibeli untuk penerbangan pagi jam 10. Tetapi baru beberapa hari lalu AirAsia memaklumkan penerbangan pagi dibatalkan lalu penumpang dialih masuk ke penerbangan jam 2 petang. Harap maklum.
Lima hari kemudian dikongsikan rancangan terbaru perjalanan dari hari ke hari :-
Harus ada persinggahan ke makam Tun Sri Lanang di Semerlanga dan makam Daeng Mansur selepas Sigli di Pidie (Pedir). Boleh jadi bermalam di Banda Aceh, boleh jadi di satu lokasi sebelum itu.
Masa akan ditetapkan selewatnya waktu malam. Acara HIKMAH kali ini dikira berlangsung daripada 1 hingga 3 September, dari makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Banda Aceh (284 km). Bermalam di Banda Aceh.
Pada 10 Ogos satu update ringkas dibuat di FB seperti berikut :-
Sehari sebelum hari raya Aidil Adha saya menulis lagi tentang perjalanan dan acara :-
Raja Samudera bernama Merah Silu ditabalkan menurut cara Islam menggunakan alatan dari Mekah lalu memakai nama baru Sultan Malikus Saleh. Hikayat menyebut sebelum itu Nabi Muhammad SAW ada bersabda :-
Tak pun terus ke Banda Aceh untuk bahagian majlis yang dipanjangkan hingga 3 September. Lokasi tepat akan diumumkan nanti. Saya percaya walaupun ia diadakan secara ad hoc acara ke-21 HIKMAH yang juga merupakan kali ke-3 HIKMAH diadakan di Aceh (rujuk Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014 diikuti Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017) tetap akan berjaya mencapai matlamatnya. Ia berkaitan satu ramalan yang katanya pernah disampaikan seorang ulamak besar bertaraf wali. Wassalam.



















