Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Disember 30, 2016

Mengimbau nostalgia lama kehidupan di Janda Baik

Kembali pada hal yang terjadi pada masa yang lebih dekat. Bersambung penceritaan daripada artikel Sekitar acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi, Bentong, 17 Disember 2016 yang telah dipersembahkan tengah malam tadi.


Adapun selepas acara di Bukit Tinggi tamat petang Sabtu saya dan sejumlah/hadirin terus menginap dan berehat di Dusun Nora. Esoknya Ahad tengah hari 18 Disember baru kami keluar untuk meninggalkan Bukit Tinggi. Dah alang-alang dalam perjalanan menghala ke Lembah Klang kami masuk singgah ke kampung Janda Baik.


Terus menuju ke rumah rehat ayahanda angkat saya, penulis buku politik terkenal, Pak Habib @ S.H.Alattas.



Tengok-tengok ada orang menanam sayur di bahagian belakang rumah tengah. Untuk makluman terdapat beberapa buah rumah dalam kawasan luas taman (8 ekar kalau tak salah) milik Pak Habib.


Rasanya dah setengah tahun juga saya tidak menjenguk masuk ke sini. Rupa-rupanya anak Pak Habib yang dikenali ramai sebagai Uncleseekers tapi kami panggil Beb Lah yang buat.



Kawan-kawan lain yang bersama HIKMAH di Bukit Tinggi telah lebih awal sampai lalu sibuk berbual dengan Beb Lah.


Saya yang dah biasa dengan pelbagai perangai penghuni sini membuat hal sendiri meninjau keadaan sekeliling. Sudah disebut beberapa kali di blogspot ini bahawa saya pernah mendiami rumah ini tahun 2003 hingga 2005...

















Sekitar jam 2.20 saya dan keluarga meninggalkan rumah Pak Habib sementara yang lain masih sibuk dan seronok bersembang pelbagai perkara.


Kami menuju ke sebuah rumah lama yang juga pernah menjadi tempat saya sering rehat dan bertandang di Janda Baik.





Rumah milik kerabat istana Perak ini memiliki perhiasan pertukangan kayu yang sangat cantik dan unik.


Lihat sahaja pemandangan indah daripada dalam. Kalau tidak kerana isteri dan anak-anak menunggu di luar mahu sahaja saya berbaring menikmati pemandangan sampai lelap.



Mengharapkan terungkai lebih banyak perkara tersurat dan tersirat daripada perjalanan 3 kali ke Pantai Timur dalam tempoh dua bulan

Salam petang Jumaat. Adapun sejak siang semalam saya sangat disibukkan dengan usaha bagi menyiapkan sejumlah artikel di blogspots saya (3 blogspot untuk berkongsi pelbagai perkara tentang kehidupan terutama pengembaraan dan pencarian sejarah, 1 untuk aktiviti-aktiviti NGO). Sampai sekarang saya belum tidur akibat hal ini. Ia adalah untuk memastikan menjelang masuk tahun baru 2017 tidak sampai 48 jam lagi daripada sekarang apa-apa yang tersangkut dengan tahun 2016 dapat dilepaskan atau diluahkan dengan baik lalu saya boleh menutup kalendar lama dengan senang, kemas dan tenang. Untuk mencapai hasrat  ini saya juga perlu mengemaskinikan beberapa perkara tentang blogspots.

Antaranya adalah meletakkan kompilasi pautan artikel-artikel bagi perjalanan atau pengembaraan yang cukup panjang dan bermakna untuk dipaparkan secara kekal di sisi atau bahagian bawah blogspot. Atas tujuan inilah saya membuat satu gabungan kompilasi pautan artikel-artikel tentang 3 perjalanan ke Pantai Timur, lebih khusus ke Kelantan yang berlaku dalam tempoh 2 bulan iaitu dari 30 Ogos sehingga 1 November lalu. Dalam memastikan bagaimana 3 perjalanan itu saling berkaitan dengan jelas terkeluarlah dengan spontan dan deras beberapa luahan hal berkenaan yang mengganggu fikiran. Lalu saya rasa elok juga ia dikongsikan sebagai artikel baru di sini demi pencerahan diri. Beginilah ceritanya...



Beruzlah ke Pantai Timur - Memantapkan Tauhid dan Syahadah?



Satu perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat 30 Ogos hingga 5 September tahun 2016 dengan dua tujuan utama, satu adalah untuk menadah sedikit ilmu agama juga ilmu-ilmu lama tentang Melayu daripada seorang Sheikh muda di sebuah sekolah pondok di Tumpat. Satu lagi adalah untuk menghadiri majlis hol almarhum Tokku Paloh di Kuala Terengganu, wali besar abad ke-19 Terengganu. Dengan tak diduga terkeluar hal ilmu Syahadah Tokku Paloh. Sedangkan ia adalah ilmu sulit yang tidak disampaikan kepada semua orang...



























Beruzlah ke Pantai Timur lagi - 10 Muharram, ilmu keris dan perjuangan kedaulatan Melayu Islam



Perjalanan ke Pantai Timur dibuat lagi apabila saya ke sekolah pondok sama di Kelantan bersama beberapa orang rakan seperjuangan. Namun saya sampai paling awal apabila bertolak ke Kota Bahru dengan menaiki pesawat siang Isnin 10 Oktober. Asalnya saya bercadang untuk memandu kereta sahaja ke sana, Tanpa disangka dan dipinta wang belanja untuk pergi balik dengan penerbangan dihadiahkan oleh seorang wanita tertentu yang sudah 20 tahun sering keluar masuk dalam hidup saya.

Menariknya ini berlaku setelah lebih kurang sebulan isteri saya berusaha untuk menerima dan berbaik dengannya. Hal itu pula terbit apabila berlaku suatu perkara lain dalam perjalanan ke Pantai Timur sebelum itu. Selepas majlis hol Tokku Tuan Besar yang diadakan malam hari selepas hol Tokku Paloh siang Sabtu 3 September saya terpaksa mengaku kepada isteri tidak dapat melupakan wanita tersebut sejak sekian lama.

Malam sampai ke Kelantan masuk hari Asyura 10 Muharram yang penuh keberkatan, Kawan-kawan lain sampai lewat sehari dua kerana menyangkakan tarikh istimewa itu jatuh pada hari seterusnya! Kami sambung lagi mengaji pelbagai hal terutama dalam ilmu besi dan keris Saya berada di sana sehingga Khamis 13 Oktober.


















Melengkapkan gerak tentang mengaji sekolah pondok di Kelantan - 3 kali ke Pantai Timur dalam tempoh 2 bulan



Dalam perjalanan kedua ke sekolah pondok di Kelantan saya telah diminta oleh Sheikh yang memimpin pondok agar meninggalkan keris kesayangan saya bersama beliau di pondok. Katanya beliau mahu melakukan pemulihan berserta tabal adat keris dan saya pun menerima permintaan lebih-lebih lagi ia dibuat sekitar tarikh istimewa 10 Muharram. Pesan Sheikh ambillah keris setelah segala yang patut untuk menaikkan semangat besinya dan seri selesai dibuat, dalam tempoh seminggu dua. Sambil itu saya dipinjamkan satu keris kesayangan Sheikh yang katanya pernah dimiliki wali Allah besar Tanah Bugis/Makassar abad ke-17 Masihi iaitu Sheikh Yusuf Tajul Khalwati, juga dikenali sebagai Sheikh Yusuf Makassar.

Sekembalinya ke Lembah Klang saya disibukkan dengan usaha-usaha penganjuran acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara 22 Oktober 2016. Keris milik Sheikh menjadi pakaian peribadi saya sepanjang waktu itu termasuk pada hari majlis, menggantikan keris milik sendiri yang ditinggalkan di sekolah pondok. Muncul sahaja kelapangan saya pun ke sana lagi untuk mengambil kembali keris seraya memulangkan yang milik Sheikh. Kali ini saya memandu sambil membawa isteri dan anak-anak berjalan sekali ke Pantai Timur.

Perjalanan dimulakan 29 Oktober. Setelah 3 malam menginap di tempat-tempat berlainan dalam negeri Kelantan kami kembali melalui laluan Grik-Kuala Kangsar di negeri Perak pada 1 November. Peliknya ini berlaku dalam keadaan saya putus hubungan lagi dengan wanita yang pernah menaja penerbangan saya ke Kelantan pada perjalanan sebelumnya. Atas sebab-sebab tertentu saya bergaduh besar dengannya sekitar seminggu sebelum menjayakan acara di muzium. Isteri tidak terkata apa kerana sudah bersedia untuk menerima wanita tersebut secara sah dalam hidup kami. Asalkan dia betul-betul bersedia untuk bersama dalam perjuangan hidup kami tanpa mengharapkan laba harta benda, sedia juga untuk berkorban apa yang perlu termasuk meninggalkan kesenangan dan kemewahan yang sudah biasa dikecapi sejak sekian lama.

Perjalanan ke Kelantan kali ini mencukupkan 3 kali perjalanan ke Pantai Timur dalam tempoh 2 bulan. Atas asbab mahu mengambil ilmu di sekolah pondok berlaku bermacam-macam perkara selain perlu mengembara pergi balik sekitar 1,000 km atau lebih setiap kali pergi. Dan setiap kali keluar itu saya harus meluangkan masa sekurang-kurangnya 3 malam di negeri orang..









Sekitar acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi, Bentong, 17 Disember 2016

Salam malam Jumaat. Adapun artikel sebelum ini, Faktor Hang Tuah dan keluarga laksamana yang memanggil untuk ke Ekspo Buku Malaysia 2016 di PWTC dipersembahkan petang Jumaat 2 minggu lepas pada jam 3.31 petang. Selesai itu saya terus mengorak langkah untuk membawa anak-anak dan isteri ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang di mana acara ke-19 HIKMAH mahu diadakan keesokan harinya, Sabtu 17 Disember di sebuah pusat peranginan persendirian yang dipanggil sebagai Dusun Nora. Kini acara sudah berapa lama selamat dijayakan dengan cerita-cerita tentang perjalanan acara sudah dapat dikongsikan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Malam ini biar dikongsikan ringkasan cerita sekitar acara di blogspot ini pula...


Sampai sahaja ke lokasi sebelum jam 6 saya dan beberapa orang peserta acara yang sampai awal membuat beberapa persiapan akhir untuk majlis.







Satu majlis tahlil diadakan malam itu untuk mengingati arwah seorang sahabat setia HIKMAH yang kembali ke rahmatullah sejurus selepas tamat bulan Syawal sekitar 4 setengah bulan sebelum itu. Untuk pengetahuan sahabat tersebut adalah adinda kepada pemilik lokais. Ini ada diceritakan melalui artikel HIKMAH Bukit Tinggi - Beberapa persediaan akhir dan tahlil.


Esoknya pagi Sabtu saya bersedia untuk menerima tetamu dalam keadaan semalaman tidak dapat melelapkan mata, entah pasal apa.



Acara dijadualkan bermula jam 9. Tetapi ia ditangguhkan hampir sejam setengah kerana menunggu kumpulan yang membuat persembahan Maulud sampai. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Menunggu pembukaan yang terlajak masa....



Nasib baik penantian itu berbaloi kerana kumpulan yang bernama Haqqani Maulud Ensemble itu dapat memberikan persembahan yang hebat.



Hadirin dibawa 'mengembara' dalam kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW melalui alunan hadrah dan qasidah yang begitu penuh semangat. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Sambutan Maulidur Rasul yang haq.





Sesi pembukaan atau lebih tepat, perasmian yang menyaksikan penulis buku politik terkenal, ayahanda angkat saya Pak Habib @ S.H.Alattas berkongsi sebak rasa kerinduan terhadap Allah dan Rasul menyusul selepas persembahan.


Ini diikuti sesi pembentangan ilmu pagi/tengah hari yang dimulakan lewat sejam berbanding jadual asal. Sebagai makluman untuk acara ke-19 HIKMAH ini kami mahu mengulangi atau lebih tepat, mengulangkaji seberapa banyak topik yang dapat daripada acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 Nov 2012. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Antara ilmu keTuhanan, perlembagaan negara dan wasiat raja.


Rehat makan tengah hari/solat Zuhur pula dimulakan 20 minit lewat iaitu pada jam 1.20. Ini berlaku dalam keadaan 2 sahaja topik pembentangan dapat dipersembahkan sebelum itu. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Sekitar waktu rehat tengah hari.


Satu topik yang asalnya dijadualkan membuka sesi pagi/tengah hari dianjak masuk sebagai permulaaan sesi petang jam 2.30. 


Topik asal yang sepatutnya membuka sesi tersebut pula dimulakan selepas itu. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Antara dinar dirham dan peranan umat Melayu akhir zaman.


Satu topik yang sebelum sampai hari acara belum dapat dipastikan hendak diletak di mana menyusul sekitar jam 4.15 petang.


Sesi malah keseluruhan acara ditutup selepas jam 5.40 dengan satu topik pembentangan dalam jadual asal tidak sempat dipersembahkan. Menariknya, perubahan aturan yang berlaku di luar kawalan saya, cuma dapat diselaraskan sebaik mungkin seperti menimbulkan sesuatu yang tersurat dan tersirat melalui Qada' dan Qadar Allah SWT. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Raja Haji, pedang Zulfikar dan faktor Bentan.


Selepas itu peserta/hadirin yang masih ada berkumpul santai untuk bergambar beramai-ramai.



Ini diikuti minum petang sambil menikmati kedamaian suasana petang pergunungan Banjaran Titiwangsa. Dengan itu selesailah acara ke-19 HIKMAH yang merupakan acara penutup kami buat tahun 2016. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Santai petang yang nyaman. Menariknya acara ke-16 kami yang merupakan acara pembuka buat tahun 2016 juga dibuat beberapa hari selepas hari rasmi sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiualwal.

Untuk pengetahuan tahun 2016 ini kita menyambut hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW sebanyak 2 kali. Mengikut kira-kira dan anggaran saya ini cuma boleh berlaku setiap 32-33 tahun Gregorian atau kiraan menurut kalendar Barat.


Baru tersedar. Tidak satu pun gambar di sini mahupun gambar-gambar dalam artikel-artikel yang dipautkan menunjukkan wajah atau kelibat saya semasa majlis. Maklumlah gambar-gambar yang digunakan semuanya saya ambil sendiri. Saya bukan kaki selfie atau kini dipanggil swafoto dalam Bahasa Melayu, Saya cuma suka merekodkan keadaan tanpa perlu mengenengahkan diri sendiri. 

Pun begitu, ada kalanya timbul rasa harus terdapat sekurang-kurangnya satu gambar menunjukkan penglibatan saya disuakan dalam cerita. Ya lah, takkan saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH yang penat-penat mengatur acara juga ada memberikan kata-kata aluan langsung tidak kelihatan dalam cerita atau rekod mengenai majlis. Nasib baik ada orang lain mengambil gambar atau merakamkan lalu berkongsi di Whatsapp dan Facebook. Saya belanja satu. Mai kopi secawan... :]



.

Jumaat, Disember 16, 2016

Faktor Hang Tuah dan keluarga laksamana yang memanggil untuk ke Ekspo Buku Malaysia 2016 di PWTC

Salam petang Jumaat.  Biar dilepaskan satu gerak penceritaan.


\
Beberapa hari lalu saya mendapat tahu bahawa Ekspo Buku Malaysia di PWTC untuk tahun 2016 dijadualkan bermula pada hari Rabu 14 Disember. Ia akan berlangsung sehingga Ahad 18 Disember, Kalau tak salah ekspo ini diadakan setahun sekali sejak tahun 2012.


Ia dimulakan sebagai Ekspo Buku 1 Malaysia. Walaupun tidak sebesar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sudah bermula sekitar 2 dekad lebih awal, ia tetap memiliki tarikannya yang tersendiri. Lihat sahaja apa yang saya dapat ketika pergi ke ekspo ini buat pertama kali lebih 4 tahun lalu. Sila baca artikel-artikel berikut :-


La Galigo dan makna Daeng buat orang Bugis

Rekod Dinasti Ming tidak boleh menafikan kewujudan Hang Tuah



Tahun 2013 saya pergi lagi. Lihat artikel Sekitar Ekspo Buku 1 Malaysia di PWTC. Ketika itu ia juga menjadi tempat saya berjumpa sejumlah kawan seperjuangan dari seberang Selat Melaka. Lihat Faktor Aceh di majlis guru seni bela diri Malaysia - Mat Kilau adalah orang sana!. Tahun 2014 saya tak pasti jika ada pergi kerana tidak dapat menemui cerita berkenaan dalam rekod artikel-artikel lama saya. Tahun lepas iaitu 2015 memang saya pergi kerana ada faktor melibatkan pahlawan tersohor Melayu yang kebetulan saya pernah sentuh selepas lawatan pertama kali awal tahun 2012. Lihat artikel Hang Tuah dan Ekspo Buku di PWTC.


Tahun ini faktor serupa menarik untuk saya pergi lagi. Cuma hujung minggu ini saya akan disibukkan dengan penganjuran acara terbaru HIKMAH. Lihat artikel Bersedia untuk acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi 17 Disember yang baru dipersembahkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) tengah hari tadi. Selain itu angin saya kurang baik. Kalau ikutkan mahu sahaja saya duduk bersendirian di mana-mana, tidak mahu bertemu atau berselisih orang ramai. Tetapi apabila memikirkan faktor berkenaan melibatkan seorang sahabat seperjuangan menulis sebuah buku baru tentang Hang Tuah, saya pun mula berkira-kira bilakah masa sesuai untuk pergi.


Timbul rasa spontan untuk pergi ke PWTC lewat petang Rabu 14 Disember, hari pertama ekspo.


Selepas mengambil isteri di tempat kerjanya sekitar jam 5.40 kami bersama anak-anak pun pergi  ke lokasi. Sampailah di sana sekitar jam 6.30. 


Selepas meninjau-ninjau sedikit gerai-gerai buku lain kami pun menuju ke bilik yang menempatkan pameran serta buku sahabat.


Untuk pengetahuan ini adalah orang yang sama mempamerkan barangan-barangan lama berkaitan Hang Tuah ketika kami datang ke ekspo tahun lepas. Lihat balik artikel Hang Tuah dan Ekspo Buku di PWTC. Kali ini beliau turut mempamerkan buku berkenaan yang ditulis olehnya dan seorang anak. Baru siap dicetak, kalau tak salah dalam seminggu dua lalu...



Namun saya terlupa hendak mengambil gambar buku. Nasib baik ada gambar yang dikongsikan oleh kawan-kawan di Facebook. Gambar ini diambil daripada wall seorang pesilat muda yang memakai nama Pangiran Nur Satria Aduka. Beliau dan beberapa orang rakan seperjuangan telah lebih awal bertandang ke ruang berkenaan. Saya copy paste sekali kata-kata beliau tentang buku dengan sedikit suntingan...


Alhamdulilah, Bertemu dengan pewaris cucu Tun Laksamana Tuah, keturunan Ke-12. Untuk mempromosikan kitab Riwayat Laksamana Hang Tuah edisi khas daripada versi Tun Kolah Dirasmikan Menteri Penerangan  Mana-mana rakan boleh mendapatkan kitab ini dengan nilai RM65 sahaja. Jutaan terima kasih juga kepada beliau kerana telah menghadiahkan sekeping PENDING khas untuk saya hari ini.  Tun Laksamana Tuah sememangnya wujud dan BUKAN MITOS.


Di sini timbul rasa untuk memberitahu bahawa orang yang sama, saudara Ismail Yaakob telah menghadiahkan kepada saya sekeping pending serupa ketika bertemu dalam satu majlis ilmu di Perpustakaan Negara lebih sebulan lalu. Perkara ini baru sekarang saya sebut dalam mana-mana tulisan kepada umum baik melalui blogspot mahupun Facebook dan sebagainya. Dalam artikel Hang Tuah dan Ekspo Buku di PWTC di mana saya pertama kali bersua muka dengan beliau tahun lepas saya menyebut Ismail sebagai orang Melaka. Sebenarnya beliau warga Singapura yang keluarganya berasal dari Melaka. Tentang majlis di mana beliau menghadiahkan pending itu pula memang ada sesuatu yang istimewa tentang majlis itu sendiri. Sila sorot cerita melalui artikel-artikel berikut :-


Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu - Dari DNA Sundaland ke raja-raja Melayu

Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu - Dari hati budi Melayu ke kepakaran sains dan matematik

Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu - Warkah lama Melayu dan uruf dalam kitab feqah klasik



Tentang pending yang diterima itu beliau menempah khas dari Jawa untuk dihadiahkan kepada orang-orang tertentu. Kata Ismail lambang pada tengah pending merupakan simbol asal keluarga laksamana Melaka. Waallahualam. Sejak menerimanya saya sering memakai pending tersebut ke majlis-majlis. Beginilah rupanya, dipotong (crop) daripada satu gambar yang diambil oleh jurugambar akhbar Kosmo untuk mengenengahkan pakaian dan gaya jenama Bona Fida milik isteri saya. Cerita-cerita berkenaan telah dikongsikan di blogspot Bona Fida. Lihat artikel-artikel berikut :-


Photoshoot dan wawancara bersama akhbar Kosmo




Rabu, Disember 14, 2016

Sambutan Maulud Agung di Riyadh Restu

Bersambung daripada artikel Ke MAHA di Serdang penghujung 2016.



Keesokannya petang Ahad 11 Disember 2016 saya dan keluarga pergi ke suatu tempat bernama Riyadh Restu di Kuang, Selangor untuk satu acara lain.


Terletak di sebalik Bukit Tadun, sebuah bukit sederhana besar dengan beberapa menara telekomuniasi di atasnya, berdekatan pertemuan lebuh-lebuh raya PLUS, Guthrie dan LATAR ia memiliki beberapa bangunan kayu yang menarik.





Acara iaitu sambutan Maulud Agung telah bermula dengan sesi pembentangan ilmu sejak selepas Asar lagi. Tapi pada saya kemeriahan cuma mula terasa apabila masuk waktu Maghrib.


Suasana ketika solat berjemaah di balai utama yang menjadi tempat pusat acara.





Selepas solat ada semacam bacaan puisi bercerita tentang proses penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah diselang-selikan dengan puji-pujian dan selawat ke atas baginda.





Melaungkan pujian dan selawat adalah penyanyi yang dikenali dengan nama Daqmie.


Hampir waktu Isyak jumlah hadirin kelihatan sudah bertambah 2-3 kali ganda.





Selepas solat berjemaah Isyak baru dimulakan sesi utama acara iaitu sambutan Maulidur Rasul, Untuk makluman, masuk sahaja Maghrib tadi maka masuklah juga tarikh Hijriah 12 Rabiul Awal, hari Maulidur Rasul.


Saya telah diminta agar mengambil tempar duduk VIP lalu menghadap hadirin.


Ketika itu saya adalah tetamu khas pertama mengambil tempat di hadapan. Dua tetamu khas yang lain muncul kemudian.


Posisi saya dah mula terasa terkekang akibat diminta mengambil tempat di hadapan. Maklumlah suka dan sudah biasa bergerak bebas tanpa perlu memerhatikan sangat protokol. Pun begitu saya tetap juga mengambil gambar kumpulan yang membuat persembahan Maulud di belakang saya. Biasanya orang bila dah duduk sebagai VIP jarang hendak mengambil gambar. Orang lain yang tolong ambilkan...


Oh, ketika mengambil tempat, saudara Zahamri Nizar sedang melaungkan satu sajak tentang Melayu.


Selepas itu baru dimulakan bacaan Maulud lalu saya membuat keputusan untuk menikmati sahaja suasana, tidak lagi mengambil gambar. 



Nasib baik ada gambar-gambar yang diambil orang lain juga rakaman-rakaman video yang dikongsikan mereka di Facebook. Saya dapat melihat ia dikongsikan ramai orang pada hari Isnin 12 Disember 2016. Cuma la ni kalau nak cari balik semuanya dah satu kerja pulak. Di sini biar diletakkan satu gambar yang diambil daripada satu video. Untuk menonton video tersebut sila masuk sini...