Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Rabu, Januari 18, 2017
Misi jejak Aceh-Langkasuka : Pembukaan malam Jumaat
Rabu, Januari 11, 2017
Wacana mengenai kewujudan Hang Tuah di UPNM
Sabtu, Januari 07, 2017
Rancangan tahun 2017 dan HIKMAH 313
Hampir 3 tahun lalu kami pernah melaksanakan acara ke-10 HIKMAH di Aceh lalu sudah sampai masanya acara diadakan lagi di sana. Lihat artikel Rancangan untuk mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Artikel tersebut itu sendiri adalah artikel kedua di blogspot itu untuk tahun 2017. Artikel pertama, Dirham cenderahati HIKMAH tahun 2017 dipersembahkan Selasa lalu 3 Januari untuk berkongsi rancangan kami menerbitkan matawang dirham sendiri, Insyaallah ia akan berada di pasaran bulan April nanti.
Artikel tersebut adalah tulisan saya yang terakhir di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) juga terakhir di mana-mana blogspot buat tahun 2016. Selasa 3 Januari 2017 baru timbul rasa untuk menulis kembali lalu artikel Dirham cenderahati HIKMAH tahun 2017 di Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) menjadi pembuka kata-kata pada mana-mana blogspot. Ini diikuti artikel Rancangan untuk mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017 Rabu 4 Jan dan Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan? Khamis 5 Jan. Dua hari selepas itu baru dibuat artikel untuk blogspots yang lain.
Maka terjadilah artikel Masjid (Mosque of) Saidina Ali, Bukit Sentosa, Rawang dan Masjid (Mosque of) Tuanku Mizan, UiTM, Shah Alam di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) selepas Zuhur tadi diikuti Reminiscing some old travels via international passports di BERPETUALANG KE ACEH. Artikel "Reminiscing" itu pula sebenarnya dibuat sebagai 'penyokong' kepada artikel yang anda sedang baca ini, artikel pertama tahun 2017 untuk blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Bukankah artikel ini dimulakan dengan cerita paspot baru? Ketika meneliti paspot itu juga paspot-paspot lama tercetuslah ilham untuk menulis artikel "Reminiscing"yang bercerita tentang perjalanan-perjalanan yang dibuat menggunakan paspot-paspot lama.
Nombor 313 turut merujuk kepada jumlah keseluruhan rasul sejak zaman Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW (yang selalu disebut 25 rasul itu adalah yang wajib kita ketahui dan hafal). Sedangkan jumlah keseluruhan nabi (semua rasul adalah nabi tapi tak semua nabi adalah rasul) mencapai 124,000 orang. Hal ini menimbulkan rasa untuk menyemak kembali apakah artikel ke-313 di blogspots saya yang lain. Ternyata di blogspot ini ia adalah Apa ada di Gunung Stong?
Nampak tak sekarang bagaimana segala ini boleh terkait? Inilah yang dimaksudkan sebagai HIKMAH 313 pada rancangan untuk tahun 2017. Cukup hal ini sebagai pembukaan cerita daripada saya awal tahun.









