Adapun cerita perjalanan umrah telah dikongsikan kesemuanya meliputi keseluruhan perjalanan, dari pergi dan balik, dalam tempoh 15 hari atau setengah bulan. Namun ia dibuat berdasarkan gambar-gambar yang diambil secara ad hoc menunjukkan detik-detik perjalanan menurut susunan waktu dan hari. Atas sebab itu jarang diketengahkan gambar khas untuk menunjukkan keluarga. Begitulah cara saya bercerita.
Pun begitu siri ini diberi nama "Umrah sekeluarga 2026". Maka biarlah dibuat satu artikel khas untuk menunjukkan gambar-gambar keluarga. Kiranya bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Kembali ke Malaysia mengelak zon perang.
Gambar ini diambil pada Isnin malam Selasa 9 Februari 2026. Ketika menunggu hendak menaiki penerbangan ke Istanbul dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) di Sepang.
Dalam kapal terbang, sebelum berlepas jam 11.45 malam.
Di perkarangan restoran atas bukit di Istanbul pagi Selasa 10 Februari.
Di hadapan Spice Bazaar, Istanbul.
Ketika itu hampir jam 4 petang.
Seberang jalan ke timur tu Selat Bosphorus masuk ke Laut Marmara.
Menunggu penerbangan ke Jeddah jam 9.10 malam.
Dalam Masjidil Haram di Mekah, selepas selesai menunaikan umrah pertama awal pagi Rabu 11 Februari...
Di kawasan tanah seluar hampir setengah ekar milik moyang kami Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang telah diambil alih untuk projek pembesaran Masjidil Haram bermula tahun 2008.
Makan malam nasi Arab dengan kari unta di kedai belakang hotel.
Dekat kaki Jabal Thur pagi Khamis 12 Februari.
Di Jabal Rahmah sekitar Padang Arafah.
Malam itu malam Jumaat mendaki Jabal Nur untuk ke Gua Hira', tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama berupa lima ayat Al-Quran bermula dengan Iqra'.
Makcik berumur 76 tahun ikut mendaki sama.
Depan mulut gua.
Muka-muka puas selepas selesai mendaki ke puncak kemudian turun sedikit ke gua.
Selepas tawaf sunat pagi Jumaat 13 Februari...
Makan tengah hari lewat selepas solat Jumaat, di medan selera dalam menara jam Mekah. Seorang anak buah isteri yang sampai ke tanah suci sehari selepas kami ada sekali dalam gambar.
Di ladang unta di Hudaibiyah pagi Sabtu 14 Februari.
Selepas masuk ihram dari Hudaibiyah buat umrah kedua...
Selesai umrah melepak lama di puncak bukit Marwah, penghujung tempat sa'ie.
Di halaman dalam Masjidil Haram, Ahad malam Selasa 15 Februari. Ketika itu kami anak beranak baru lepas menyentuh Ka'abah.
Di satu tempat bunga mawar di Ta'if, Isnin 16 Februari.
Kawasan ini terletak di atas pergunungan sekitar 1,870 meter tinggi dari paras laut.
Di Masjid Abdullah ibnu Abbas di Ta'if.
Ini harus selepas menunaikan umrah ke-3. Masuk ihram di Qarnul Manazil, dalam perjalanan turun dari Ta'if.
Ini pula ketika umrah pada malam 1 Ramadhan, Selasa malam Rabu 17 Februari. Ia adalah umrah ke-4 buat isteri dan anak-anak, ke-5 buat saya kerana petang sebelumnya ada buat selepas masuk ihram dari Jiranah. Mereka tak masuk walau ikut naik bas ke tempat miqat itu.
Menunggu untuk naik kereta api laju dari Mekah ke Madinah petang Rabu 18 Februari.
Berjalan-jalan ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah hari Khamis 19 Februari.
Di atas bukit pemanah di Jabal Uhud...
Menunggu untuk berbuasa puasa di perkarangan Masjid Nabawi.
Di hadapan masjid-masjid bersejarah di perkarangan selatan iaitu di hadapan Masjid Nabawi Jumaat malam Sabtu 20 Februari...
Di Masjid Quba selepas itu.
Bersama isteri selepas Zuhur di perkarangan Masjid Nabawi petang Sabtu 21 Februari. Selepas itu bersedia untuk meninggalkan Madinah dan Tanah Arab.
Berbuka puasa di lapangan terbang Madinah sementara menunggu naik pesawat ke Istanbul jam 7.20 petang. Ya. Kami akan ke Turki sekali lagi.
Dalam Masjid Eyup Sultan (panggilan untuk sahabat Nabi, Abu Ayub al-Ansari) di Istanbul, Ahad 22 Februari.
Di hadapan Masjid Sultan Muhammad Al-Fatih diikuti makam...
Oh. Artikel ini sepatutnya dipersembahkan siang tadi, sempena tarikh Barat adalah 17 Mac, tarikh Islam pula 27 Ramadhan. Ini kerana sudah genap usia saya 57 tahun Hijriah. Tapi tak sempat kerana hal-hal lain. Cukuplah perkongsian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan