Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Oktober 07, 2025

Revolusi ilmu pengetahuan dan pembelajaran cetusan Madani Nabawi

Salam semua. Adapun baru ini iaitu pada Ahad malam Isnin 5 Oktober saya baru sahaja kembali daripada satu perjalanan 6 hari 6 malam yang memakan jarak pemanduan lebih 1,200km. Seperti biasa, banyak persinggahan dibuat. Kali ini ada mendaki Bukit Meriam di Kuala Muda, Gunung Jerai, Bukit Mertajam dan Gunung Semanggol. Saya akan berusaha untuk mengeluarkan cerita secepat mungkin. Tetapi sebelum itu biar dikongsikan dahulu cerita majlis ilmu yang berlangsung hampir seminggu lalu. Sebulan kebelakangan ini terasa berat sangat hendak menulis lalu banyak perkara menarik berlaku tidak dikongsikan cerita. Sekarang, biar dilawan rasa berat bermula dengan perkongsian ini.


Majlis ilmu yang hendak dikongsikan cerita adalah ke-6 dalam siri Syarahan Idea Madani oleh guru saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar yang telah menjadi Rektor UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) sejak setahun lalu. Saya telah berusaha untuk menghadiri setiap siri bulan ini sejak bermula awal Mei lalu tmenulis tentangnya. Lihat artikel-artikel berikut :-







Cuma kali ini berlangsung ketika perjalanan saya yang bermula pagi Selasa 30 September sudah masuk hari dan malam kedua. Pun begitu saya berazam untuk mengikuti siaran langsung melalui telefon pintar.



Tapi sampai masanya Rabu malam Khamis 1 Oktober 2025 jam 8 terlupa langsung hendak mengikuti. Ini disebabkan begitu banyak persinggahan dibuat dari siang hingga ke malam. Pagi keluar dari Pulau Pinang pergi ke Kuala Muda diikuti Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka dan Pulau Sayak. Selepas mendaki Bukit Meriam dalam hujan waktu petang (sebelum itu menunggu di surau dekat kaki bukit lebih sejam kerana hujan amat lebat), ziarah ke makam Sultan pertama Kedah, Sultan Muzaffar Syah di Lembah Bujang. Masuk waktu Maghrib berada di Lubuk Tupah selepas itu ke candi-candi di Muzium Arkeologi Merbok. Pergi ke Yan naik ke kawasan air terjun Batu Hampar diikuti Titi Hayun dan Seri Perigi. Kesemua tempat yang disinggah waktu malam terletak di lain-lain bahagian lereng Gunung Jerai.



Esoknya pagi Khamis 2 Oktober, ketika sudah naik hampir ke puncak Gunung Jerai baru teringat tentang siaran langsung. Pun begitu saya tidak dapat menemui kelapangan untuk mengikuti rakaman. Sama ada sibuk dengan aktiviti atau penat perlu berehat. Petang semalam Isnin 6 Sept, 19 jam setelah sampai kembali ke rumah baru ada kelapangan untuk mengikuti rakaman melalui Youtube dalam televisyen. Itupun harus melawan rasa mengantuk dan penat amat.

Hendak memulakan penulisan pun satu hal. Sudah disebut bahawa sebulan kebelakangan ini terasa berat betul hendak menulis.  Namun harus diusahakan lalu dilawan rasa berat. Masuk waktu Zohor petang Selasa 7 Sept, di masjid negeri Shah Alam, baru dapat dimulakan penulisan. Pergi pada majlis. 



Tidak seperti beberapa siri yang diadakan di Dewan Senat yang kerusinya terhad, siri kali ini diadakan di Pusat Kebudayaan (Cultural Centre) yang dewannnya jauh lebih besar dan dihadiri ramai pelajar yang baru mendaftar masuk ke UIAM. Ya. Semester baru hendak bermula. Osman pun memberikan sedikit latar belakang ringkas syarahan dan perkara. Kemudian baru masuk ke topik khas siri iaitu "Keilmuwan dan Pembelajaran" sebagai kesinambungan daripada topik dalam siri-siri terdahulu.



Ia dikaitkan dengan kota Madinah yang didirikan Nabi Muhammad SAW menggantikan kota sebelum itu di tempat sama yang nama lamanya adalah Yathrib. Disebut lagi bahawa perkataan Madinah itu sendiri bermakna kota dalam bahasa Arab. Namun Madinah yang ini adalah kota pertama didirikan mengikuti prinsip Nabawi atau kenabian. Nama Madani pula membawa maksud tamadun kota. Dan contoh tamadun kota terbaik adalah Madinah yang didirikan Nabi.



Dinyatakanlah bahawa agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW sangat menekankan ilmu pengetahuan dan pembelajaran. Asasnya terletak pada wahyu paling awal diterima baginda iaitu di Gua Hira' di Mekah (ketika baginda berumur 40 tahun). Ini bermula dengan ayat "Iqra'" yang bermaksud bacalah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Asas ini perlu difahami sedalam-dalamnya. Bermulalah dakwah baginda selama 13 tahun di Mekah diikuti 10 tahun di Madinah iaitu selepas peristiwa Hijrah.



Dari perintah asas Iqra' itu Osman menggariskan 6 perkara atas sebagai mesej utama.



Namun harus difahami juga bahawa perintah membaca itu bukan sekadar membaca tulisan atas kertas dan sebagainya. Harus tahu juga membaca keadaan, membaca alam dan sebagainya.




Dari perintah Iqra' itu dapat difahamkan Islam menggalakan pendidikan sepanjang hayat bagi setiap umat Islam. Hal ini ditegaskan dalam banyak ayat lain Al-Quran.







Dari perintah melalui ayat-ayat Al Quran yang dizahirkan melalui sunnah atau perbuatan Nabi membawa kepada pembangunan kota Madinah berlakulah revolusi ilmu pengetahuan dan pembelajaran.



Namun itu contoh terbaik yang berlaku 1,400 tahun dahulu. Realiti keadaan zaman sekarang terutama di negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama (juga realiti harus mendepani masalah Islamofobia serta dunia keilmuwan dan teknologi yang lebih dipacu nilai-nilai keBaratan yang menolak keTuhanan) kita memerlukan revolusi Iqra' yang baru. Ikuti sendiri majlis melalui rakaman video berikut...



Tiada ulasan: