Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Mac 29, 2021

Kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000 - Tarikan air terjun di Gunung Stong

Salam 15 Sya'aban iaitu hari Nisfu Sya'aban. Artikel ini sepatutnya sudah dipersembahkan selewatnya petang semalam. Tetapi saya telah disibukkan dengan majlis makan-makan bersama saudara mara belah ibu yang berasal dari Muar (tetapi kini menetap di Kuala Lumpur dan Selangor) sehingga lewat malam. Pagi ini hingga petang pula masih lagi terasa kepenatan akibat segala macam persiapan yang dibuat untuk menyambut saudara mara di rumah kemudian mengemas. Sementara masih ada sedikit lagi siang biar dibuat cerita perjalanan. Bersambung daripada artikel Kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000 - Terlajak lebih 370 km selepas menghantar isteri lama.


Dalam artikel sebelum itu ada disebut bahawa selepas Tasik Banding saya bergerak masuk ke negeri Kelantan kerana menurut sahaja laluan jalan berkenaan selepas menyusur Sungai Perak dari Kampung Gajah. Selepas tasik laluan tidak lagi menyusur sungai tetapi menyeberang Banjaran Titiwangsa menuju ke Pantai Timur. Pun begitu biar tajuk utama siri cerita ini dikekalkan sebagai "Kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000". Ini kerana disebabkan menyusur sungailah berlaku persinggahan-persinggahan seterusnya walaupun sudah jauh terkeluar dari laluan Sungai Perak.

Turun sahaja dari kawasan pergunungan pekan atau bandar pertama ditemui adalah Jeli di Kelantan. Ketika melihat peta untuk memikirkan ke manakah seterusnya mahu dibawa motosikal besar terlihat ada jalan menuju selatan hingga ke Gua Musang. Terus rasa tertarik untuk mengambilnya kerana ia membawa untuk menyusuri bahagian tengah Semenanjung, satu laluan yang belum pernah diambil sebelum itu.  Cuma kalau tak salah ingatan jalan berkenaan ditanda dengan garisan putus-putus membayangkan ia tidak bagus. Mungkin jalan off road untuk kenderaan lasak pacuan empat roda juga lori balak kalaupun tidak jalan rosak?

Saya pun bertanya pada orang tempatan. Kata orang jalan boleh dilalui hingga ke Dabong, 50 km ke selatan Jeli. Cuma terdapat banyak lubang. Selepas itu jalan teruk amat, tidak boleh dilalui dengan kenderaan biasa untuk ke Gua Musang. Tetapi dari Dabong boleh mengambil laluan lain hampir sekali ganda jarak asalkan boleh sampai dengan selamat.



Apapun pada hari pertama perjalanan saya sebenarnya tidak sampai lagi ke Dabong tetapi suatu tempat berdekatan. Namun saya menyebut sampai ke sana dalam artikel Kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000 - Terlajak lebih 370 km selepas menghantar isteri lama kerana ia menjadi tempat tanda dan rujukan. Beginilah kedudukan Dabong berbanding persinggahan sebenar terakhir saya pada hari pertama perjalanan. Jalan yang kelihatan berwarna kuning di kiri peta itu adalah laluan dari Jeli untuk ke Dabong. Setelah melaluinya sehingga hampir sampai simpang ke Dabong terlihat sesuatu yang sangat menarik lalu terbit rasa untuk mencari tempat bermalam berdekatan. 


Apakah tempat menarik itu? Nama "Jelawang Waterfall" dalam peta harus dapat memberikan bayangan. Dalam gambar atas yang diambil daripada artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka : Air terjun Gunung Stong dan faktor 313 sebelum masuk ke selatan Thailand tahun 2017 boleh kelihatan tempat menarik yang dimaksudkan. Ini adalah air terjun yang terletak nun tinggi di atas gunung.


Gambar zoom in daripada artikel sama. Cuma ketika perjalanan tahun 2000 saya melihatnya dari bahagian lain berdekatan. Tetapi tetap cukup menarik malah mungkin kelihatan lebih menarik pada waktu itu untuk saya berhenti lalu mencari tempat menginap berdekatan.


Lagi gambar-gambar daripada artikel sama. Ia sebetulnya menunjukkan keadaan pada awal pagi...


Terdapat beberapa lagi gambar air terjun daripada artikel-artikel lain kerana sudah beberapa kali pergi. Cuma tidaklah naik sampai ke atas seperti halnya pada lawatan pertama tahun 2000. Sayang tidak mengambil gambar waktu itu, kamera pun tidak dimiliki (lewat tahun 2006 baru ada). Tetapi cukuplah sedikit gambar-gambar untuk menunjukkan bagaimana menariknya air terjun. 

Oleh kerana sudah hampir waktu Maghrib saya pun mencari tempat penginapan lalu terjumpa sebuah resort di kaki gunung di mana terletaknya air terjun iaitu Gunung Stong. Didapati  paling murah adalah sewa katil dalam bilik asrama yang terdapat lebih 10 buah katil bujang gitu, kalau tak salah katil dua tingkat. Tengok-tengok saya seorang sahaja tetamu malam itu, bukan sekadar di bilik malah di seluruh resort! Berlaku pula blackout, sudah lupa berapa lama dalam kegelapan. 

Alhamdulillah nasib baik dapat bertahan walaupun ada juga sedikit rasa takut. Maklumlah ia terletak di kawasan paling hujung resort menaiki lereng gunung dikelilingi hutan tebal. Hmm. Bila difikirkan balik macam ada terbau wangi entah datang dari mana. Sudah lupa juga bagaimana dapat makan malam. Apakah dengan menempah pada penjaga resort atau keluar sebentar mencari di kampung atau pekan berdekatan? Rasanya seperti menempah dari penjaga lalu tak perlulah keluar 1 km ke jalan besar.

Pagi-pagi bangun pula sudah bersemangat hendak ke air terjun. Sebetulnya di sebelah resort pun dah ada air terjun tetapi saya nak pergi ke bahagian paling tinggi yang dapat dilihat ketika pertama kali sampai. Dengan penuh keyakinan saya keluar berseluar pendek tanpa memakai baju, cuma membawa tuala  (dan berus gigi juga rasanya) untuk mencari jalan lalu mendaki gunung. Panjat punya panjat kenapa lama sangat nak sampai-sampai?. Rupa-rupanya air terjun yang dilihat dari bawah sehingga begitu menarik perhatian itu sangat tinggi. Gigi airnya terletak sekitar 1,530 kaki tinggi dari paras laut. Resort pula terletak pada paras sekitar 350 kaki bermakna saya telah mendaki ketinggian hampir  1,200 kaki ke atas.


Hal ini boleh disemak menggunakan perisian Google Earth. Ini snapshot berkenaan ditambah tanda tempat-tempat. Yang ditanda sebagai gigi air itu adalah tempat saya naik lalu mandi iaitu di atas bahagian air terjun besar. Bandingkan dengan ketinggian bangunan berkembar Menara Berkembar Petronas di KLCC (Kuala Lumpur City Centre) iaitu 1,483 kaki. Itupun ketinggian bangunan adalah termasuk tiang telekomunikasi yang mengunjur tinggi selepas lantai teratas. 


Adapun lantai teratas Menara Berkembar iaitu bahagian paling tinggi boleh digunakan sebagai pejabat terletak pada ketinggian 1,230 kaki dari paras tanah. Maka itu perjalanan mendaki hampir 1,200 kaki untuk sampai ke gigi air terjun di Gunung Stong boleh diibaratkan seperti naik tangga dari tingkat bawah menara sehingga hampir ke tingkat paling atas. Namun saya sedar ketinggian tersebut bukanlah apa-apa bagi seorang pendaki gunung tegar. Tapi saya bukan pendaki tegar, cuma pernahlah mendaki beberapa buah gunung termasuk Gunung Kinabalu yang tingginya lebih 13,000 kaki dari paras laut. 

Dilihat dalam konteks perjalanan tahun 2000 ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini kerana ia dibuat tanpa dirancang dan dalam konteks perjalanan lebih jauh yang bermula akibat menyusur Sungai Perak. Dan lagi saya naik itu untuk mandi di gigi air sahaja, bukan untuk mendaki gunung. Bayangkan naik sebegitu tinggi dengan cuma memakai seluar pendek tanpa baju sambil memegang tuala. Lainlah kalau berpakaian lengkap untuk memanjat gunung.

Adapun asalnya artikel ini mahu disertakan sekali dengan cerita perjalanan mencabar dari Dabong ke Gua Musang (ya, saya ada pergi Dabong untuk makan tengah hari selepas turun dari bahagian tinggi air terjun kemudian check out dari resort). Tetapi biarlah itu disimpan untuk artikel kemudian.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum kekanda merah silu, boleh saudara berikan input tentang Meurah Johan.

Saya difahamkan bahawa rupanya Kesultanan Aceh terbahagi kepada dua yakni Aceh lama dan Aceh baru. Aceh lama inilah yang dikatakan diperintah oleh Meurah Johan.

Di sini biar saya paparkan satu petikan yang dijumpai:

Sekitar tahun 450-460 Hijrah (1059-1069 M), tentera Cina yang telah menduduki Kerajaan Indra Jaya (daerah Leupung sekarang) menyerang Kerajaan Indra Purba yang beribu kota di Lamuri, yang pada masa itu sedang diperintah oleh Maharaja Indra Sakti.

Dalam keadaan sedang berkecamuknya peperangan antara dua pasukan itu, tibalah ke Lamuri pasukan yang dikirim oleh Kesultanan Peureulak sebanyak 300 orang di bawah pimpinan seorang ulama Syekh Abdullah Kan'an yang bergelar Syiah Hudan (turunan Arab dari Kan'an). Mereka datang dari pusat kegiatan ilmu dan militer, yaitu dari Dayah Cot Kala di Bayeuen. Di antara mereka termasuk Meurah Johan, putera dari Adi Genali atau Teungku Kawe Teupat, yang dirajakan di negeri Lingga.

Mereka mendapat izin untuk menetap dalam Kerajaan Indra Purba dengan mengambil tempat di Mamprai (dekat Sibreh) dan membuka kebun lada. Kemudian pasukan ini di bawah pimpinan Meurah Johan bersama-sama dengan pasukan Kerajaan Indra Purba menghadapi pasukan Cina, di mana akhirnya mereka kalah dan Lamuri menang yang membawa akibat Maharaja Indra Sakti dan seluruh rakyat Kerajaan Indra Purba masuk agama Islam. Untuk membalas jasa, Maharaja Indra Sakti yang telah masuk Islam, mengawinkan puterinya yang bernama Puteri Blieng Indra Keusuma dengan Meurah Johan.

Menurut catatan M. Yunus Jamil, bahwa tentera Cina yang menyerang Lamuri dipimpin oleh panglima perempuan yang bernama Nian Nio Lian Khi yang setelah dikalahkan oleh Meurah Johan, dia masuk Islam. Puteri Nian Nio Lian Khi menyukai Meurah Johan, dan akhirnya dengan persetujuan isterinya Puteri Indra KeĆ¼suma dan Syekh Abdullah Kan'an, Meurah Johan mengawini Nian Nio yang kemudian namanya terkenal dengan sebutan Putroe Neng. Masuknya Putroe Neng kedalam Islam menyebabkan pasukan Cina yang bersamanya juga masuk Islam.

Dua puluh lima tahun kemudian, Maharaja Indra Sakti meninggal dunia, dan diangkatlah menantunya Meurah Johan menjadi raja Indra Purba dengan gelar Sulthan Alaiddin Johan Syah, dimana Kerajaan Indra Purba dijadikan kerajaan Islam dengan nama Kerajaan Darussalam dan ibu kota negara dibuat yang baru ditepi sungai Kuala Naga (Krueng Aceh sekarang) dan dinamai Bandar Darussalam. Proklamasi ini berlangsung pada hari Jumat bulan Ramadhan 601 H (1205 M). Di samping membangun ibu kota negara yang baru Banda Darussalam, juga Sulthan Alaiddin Johan Syah mendirikan sebuah tempat peristirahatan (kota istirahat) di daerah pegunungan, pada suatu dataran tinggi yang bernama Gle Weueng, dibagian atas kampung Mamprai.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Betullah cerita tu. Cuma maksud angkatan Cina menyerang ke Aceh itu bukanlah rasmi kerajaan Cina itu sendiri menyerang tapi satu angkatan entah daripada belah mana Cina, entah daripada kerajaan bawahan yang mana (bukan yang terbesar bawah maharaja).