Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, January 11, 2016

HIKMAH Janda Baik di rumah Pak Habib 30-31 Januari 2016

Ini adalah daripada blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Ia harus dikongsikan juga di sini...


------------------


Merujuk pada artikel HIKMAH reunion di Bukit Tinggi yang dibuat 3 hari lalu. Artikel sudah menceritakan bagaimana saya telah bertukar fikiran, daripada tidak mahu mengadakan apa-apa acara HIKMAH pada tahun 2016 boleh pula mengubah keputusan lalu mengadakannya 30-31 Januari di rumah Pak Habib di Janda Baik. Sekarang akan diceritakan kenapa tarikh dipilih dan hal-hal lain berkaitan. 




Sebaik sahaja kembali daripada rumah Pak Habib petang Ahad 3 Januari 2016 fikiran saya mula ligat memikirkan penganjuran acara. Pak Habib mahu ia diadakan selewatnya sebulan selepas pertemuan. Sebetulnya beliau turut mencadangkan agar kami mengambil kesempatan cuti panjang sempena Hari Raya Cina yang akan bermula Sabtu 6 Februari dan berlanjutan sehingga Selasa 9 Feb. Tapi kami takut kalau acara diadakan pada Sabtu itu, mereka yang datang akan terperangkap dalam kesesakan trafik yang biasa melanda lebuh raya dan jalan-jalan utama pada cuti umum sebegitu.

Kalau nak buat selepas itu pula, saya dijangka akan mula disibukkan dengan penggambaran dokumentari Daulah Melayu di luar negara. Nak buat terlalu awal belum cukup persediaan. Setelah difikirkan panjang lebar mengambil kira maklum balas beberapa orang kawan, tarikh 30-31 Januari, Sabtu hingga Ahad penghujung bulan dirasakan paling sesuai. Kebetulan 1 Februari adalah Hari Wilayah. Walaupun ia juga cuti umum, tetapi ia untuk Wilayah Persekutuan sahaja. Rasanya trafik orang balik kampung tidak begitu sesak seperti halnya pada cuti Hari Raya Cina.

Memandangkan cuma ada tempoh kurang sebulan untuk menjayakannya saya pun membuka event page acara keesokannya siang Isnin 4 Jan di Facebook. Dalam tempoh sehari dua itu saya juga mula mengatur tajuk-tajuk pembentangan. Ketika itu, dibantu maklum balas kawan-kawan saya telah diilhamkan dengan 8 tajuk yang sesuai untuk mengisi tema acara kali ini iaitu "Menangani Cabaran Akhir Zaman". Barisan pembentangan yang berpengetahuan pun mula diatur berdasarkan tajuk. Klik sini untuk melihat perkembangan dalam page.



Untuk sesiapa yang tak tahu di manakah kedudukan Janda Baik boleh lihat peta ini. Ia adalah sebuah kawasan perkampungan tradisional Melayu di atas pergunungan Banjaran Titiwangsa dan terletak pada ketinggian sekitar 1,500 kaki dari paras laut. Kini ia memiliki banyak rumah moden mewah disebabkan banyak tanah dibeli oleh orang-orang ternama, berkedudukan dan berharta yang mendirikan rumah rehat/peranginan. Kita boleh masuk ke Janda Baik melalui Lebuh Raya Karak atau jalan lama Kuala Lumpur ke Pahang. Kalau melalui lebuh raya dari arah KL kita boleh keluar di Genting Sampah lalu masuk jalan lama. Kalau dari arah Pahang keluar lebuh raya di Bukit Tinggi kemudian masuk jalan lama. Daripada jalan lama boleh jumpa simpang masuk ke Janda Baik.



Dalam Janda Baik itu sendiri ada 3 kelompok perkampungan. Daripada simpang di jalan lama masuk sekitar 2 km mengikuti likuan jalan gunung dan kita akan sampai ke Kampung Sum Sum. Terus lagi dalam 2 km sampai ke Kampung Cheringin. Terus lagi 2 km sampai ke Chemperoh. Untuk pengetahuan ini adalah nama-nama sungai utama di Janda Baik. Lokasi acara HIKMAH di Janda Baik terletak di rumah Pak Habib (beliau memanggilnya sebagai Wadi Hussien, juga University of Life), dalam Kampung Chemperoh, sebelah loji air. Senang cerita, masuk aje Janda Baik dan tanya pada mana-mana penduduk yang sudah menetap cukup lama di manakah rumah Pak Habib @ S. H. Alattas, penulis buku politk terkenal, insyaallah mereka dapat menunjukkan arah.  Kalau nak ikut koordinat peta, lokasinya adalah 3º18'57'' N (Utara) dan 101º52'17'' E (timur).




Sudah disebut dalam artikel HIKMAH reunion di Bukit Tinggi bahawa rumah Pak Habib terletak di dalam kawasan taman seluas 8 ekar dengan sungai berjeram mengalir di tepi. Dalam kawasan itu ada 7-8 buah rumah juga beberapa pondok rehat, dewan dan surau. Sungai yang mengalir itu adalah Sungai Chemperoh. Lihat artikel-artikel lama berikut daripada blogspot BERPETUALANG KE ACEH untuk mendapatkan gambaran. Sekarang, sudah ada lebih banyak bangunan ditambah...


Janda Baik, again!

My latest trip to Janda Baik and the number 22222!

Janda Baik revisited again...

Janda Baik my resting place

Al-Rasyid going around Pak Habib's place





Secara rata apa yang diberitahu tadi sudah dikongsikan lebih awal di FB. Cuma peta ke tempat kedudukan acara sahaja yang baru. Sekarang biar dikongsikan satu lagi perkembangan yang belum disebut di FB iaitu tentang perkembangan terkini pembentangan. Sudah disebut di atas bahawa dalam tempoh sehari dua selepas event page dibuka 4 Jan, saya telah diilhamkan dengan 8 tajuk pembentangan. Sejak itu 3 lagi tajuk muncul sambil tajuk-tajuk sebelumnya mendapat senarai pembentang. Jadilah ia begini :-



1. Daripada Demokrasi ke Pemerintahan Beraja : Peralihan Rahman ke Rahim - oleh Radzi Sapiee @ Merah Silu, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis siri novel "Berpetualang ke Aceh"

2. Ahlul Bait keluarga Nabi sebagai Saranan Keselamatan Ummah - Tun Suzana Tun Hj Othman, pemimpin NGO Kemudi, penulis buku Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu

3. Dinar Dirham dan lain-lain Instrumen Sejati Ekonomi Islam : Membuang debu Riba’ yang Menghalang Kebangkitan Sebenar Ummah - Amirul Haji Mohamad, aktivis dan konsultan kewangan Islam

4. Menghidupkan Peranan Raja Zilullah Filalam melalui Kuasa Tersirat dalam Perlembagaan – Dr Mad Akbal bin Abdullah, Felo Kanan IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia)

5. Alam Terkembang Jadikan Guru : Mengambil Pelajaran Daripada Persekitaran - Syed Hussien Alattas @ Pak Habib, penulis buku politik terkenal dan pemilik University of Life, Janda Baik

6. Islam Agama Persekutuan : Menangani Cabaran Liberalisma dan anti-Islam – Dato’ Prof Mahamad Naser Disa, IKSIM

7. Memahami Tipu Daya Penjajah yang Melemahkan : Merintis Jalan Kebangkitan Ummah – Prof Madya Mat Rofa Ismail, pensyarah kanan Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia

8. Alam Melayu Nusantara sebagai Medan Laga : Gajah sama gajah Bergaduh, Pelanduk Terhimpit di tengah - dicadangkan untuk saudara Wan Ahmad Fayhsal. aktivis muda dan felo Putra Business School 

9. Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang – Tuan Kamaluddin Endol (FB Pelita Di Dalam Kaca), mantan pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, penulis buku “Hinduisme Agama Tauhid Terawal?”

10. 'Dikaburkan' atau 'Mengaburkan': Pembinaan Korpus Sejarah Teknologi Senjata Api Melayu – Tuan Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

11. Survival Umat Melayu Akhir Zaman : Sudahkah Kita Bersedia? – Tuan Mohd. Ramalan Yunus, penceramah bebas



Untuk pengetahuan setiap pembentang diberikan masa sehingga maksimum satu jam untuk berkongsi ilmu. Cuma tajuk 8 sahaja belum mendapat pembentang kerana orang yang dicadangkan ada komitmen lain pada waktu acara sementara kami belum menemukan pengganti yang sesuai dan sudi untuk mengambil-alih. Kalau pengganti yang sesuai tidak dapat ditemui setelah beberapa lama satu tajuk baru akan diperkenalkan atau slot dibiarkan kosong. Apapun, secara rata 11 tajuk ini dijangka sudah cukup sarat untuk mengisi atur cara ringkas seperti berikut. Atur cara yang lebih terperinci akan diumumkan insyaallah paling lewat seminggu sebelum acara berlangsung...



Atur cara ringkas


Sabtu 30 Januari 


8 - 9 : Kedatangan tetamu dan peserta

9 - 10 : Maulidur Rasul

10 - 10.45 - Pembukaan – Ucapan-ucapan aluan dan sebagainya

10.45-11: Rehat

11 - 1 - Sesi pembentangan tengah hari

1-2.30 - Rehat makan tengah hari/Zohor

2.30 - 4.30 : Sesi pembentangan petang

4.30-5 : Rehat minum petang/Asar

5  : Taklimat penutup hari



Ahad  31 Januari

9 – 11 : Sesi pembentangan pagi

11 – 11.15 : Rehat

11.15 – 1.15 : Sesi pembentangan tengah hari

1.15 – 2.30 : Rehat makan tengah hari/Zohor

2.30 -4.30 : Sesi pembentangan petang

4.30-5 : Rehat minum petang/Asar

5 : Sesi perbincangan berkumpulan diikuti penutup



Nota tambahan : Baru disedari jam 9 malam. Setelah disemak balik atur cara ringkas seperti yang terpapar di atas ternyata masa yang dapat diperuntukkan untuk pembentangan ilmu adalah 10 jam kesemuanya, bukan 11 seperti disangkakan sebelum ini. Oleh kerana setiap tajuk diberikan masa sehingga maksimum 1 jam maka kita cuma ada ruang untuk 10 buah pembentangan. 'Nasib baik' tajuk 8 iaitu Alam Melayu Nusantara sebagai Medan Laga : Gajah sama gajah Bergaduh, Pelanduk Terhimpit di tengah masih belum mendapat pembentang. Dengan ini eloklah ia digugurkan, tinggal 10 tajuk yang sudah ada pembentang untuk dipersembahkan.

No comments: