Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, June 28, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sunan Muria, Sunan Kudus, Sunan Kalijaga dan Demak. Fasa perjalanan lasak pun bermula...

Assalamualaikum. Ingin saya meneruskan penceritaan perjalanan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei 2012 dengan menyambung daripada artikel Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Dari Giri ke makam Sunan Drajat dan Sunan Bonang. Tetapi setelah sejak siang tadi sibuk menyiapkan artikel-artikel sokongan diikuti himpunan gambar di sini saya sudah terasa begitu penat dan mengantuk. Biar dimaklumkan ayat ini ditulis jam 2.15 pagi Khamis. Siang nanti baru saya betul-betul bercerita ya. Sekarang biarkanlah gambar-gambar ini menjadi pembuka selera...  :]

OK. Siang 10.51 pagi. Baru terasa nak sambung cerita...

Pada penghujung artikel Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Dari Giri ke makam Sunan Drajat dan Sunan Bonang ada ditunjukkan gambar di perhentian kereta menghampiri puncak Gunung Muria. Ketika itu hampir masuk tengah malam waktu tempatan. Dari perhentian masih ada jarak yang perlu dipanjat untuk ke puncak. Maka selepas tengah malam hari Jumaat 4 Mei baru kami anak beranak sampai.


Di bahagian ini jalan berpecah dua, satu untuk ke masjid satu ke makam. Oh. Biar diberitahu. Gunung Muria ini tingginya hampir sama Genting Highlands di Malaysia. Saya diberitahu puncaknya mencapai ketinggian 2,000 meter dari paras laut. Semakan melalui gambar satelit di Google Earth pula menunjukkan puncak terletak lebih 5,000 kaki dari paras laut. Maka memang suasananya sejuk dan nyaman apa lagi pada waktu malam.


Saya memilih untuk ke masjid dahulu. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Sunan Muria di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Dalam gambar kelihatan pintu masuk laluan ke makam. Bangunan masjid dan makam sebenarnya bersambung dan sebumbung tetapi dipisahkan dinding-dinding yang membentuk laluan panjang.


Kemudian baru saya mengambi laluan ke makam. Kelihatan isteri dan anak-anak menunggu di hadapan pintu masuk ruang utama yang mengandungi makam Sunan Muria atau nama sebenarnya Raden Umar Said. Lihat Makam (Tomb of) Sunan Muria.


Untuk keluar makam pula semua orang perlu mengambil jalan lain. Rupa-rupanya apabila keluar memang perlu lalu di hadapan masjid. Kelihatan Rasyid duduk di tangga hadapan luar. Kalau tidaklah kerana kami perlu berkejar untuk tempat lain lagi harus kami menginap di sini kerana pemandangan dari Gunung Muria memang cantik. Dalam kegelapan malam pun kami boleh mendapat bayangan, apa lagi bila waktu siang...


Kami berkejar ke kota Kudus di mana terdapat Menara Kudus yang dibina oleh Sunan Kudus.


Keadaan di Masjid Kudus. Lihat Masjid (Mosque of) Kudus. Sekali lagi, kalau tidak kerana masih ada tempat yang perlu disinggahi malam/awal pagi itu tentu kami juga akan berehat di sini.


Dari masjid kami ke makam Sunan Kudus. Lihat Makam (Tomb of) Sunan Kudus.


Selepas itu pemandu pun membawa kami ke Masjid Agung Demak.


Tapi saya rasa elok dahulu singgah di makam Sunan Kalijaga di Kadilangu, kira-kira 2 km dari pusat bandar Demak dan masjid agungnya...


Tu dia. Sampai juga di makam Sunan Kalijaga, makam Wali Songo ke-8 kami ziarahi setakat ini. Lihat Makam (Tomb of) Sunan Kalijaga.


Kemudian baru kami bersedia untuk singgah di Masjid Agung Demak. Di sinilah saya, isteri dan anak-anak berpisah dengan dua orang pemuda dari pesantren di Giri Kedaton berdekatan kota Gresik, pemuda yang menolong kami mendapatkan kereta sewa lalu memandunya sambil menunjukkan tempat-tempat hingga ke Demak. Selepas ini mereka harus berkejar ke Grisek untuk memulangkan kereta yang disewa untuk tempoh 24 jam. Tetapi saya membayar lebih kerana puas hati atas perkhidmatan mereka. 

Selain itu saya harus memberi ruang dan masa untuk mereka berehat sebelum memulangkan kereta. Turun di masjid ini pun sudah hampir Subuh sedangkan kalau mengikut perjanjian kereta harus dipulangkan di Grisek jam 10 pagi. Biarlah dibayar lebih sikit agar mereka tidak terkejar-kejar untuk kembali. Ini termasuk wang tambahan agar kereta boleh dipulangkan lambat sedikit selepas tengah hari.


Kami anak beranak pun berehat di serambi masjid. Ternyata ramai juga orang yang bermalam di sini apa lagi ketika itu malam Jumaat yang berkat. Tentunya kami amat penat. Selepas meninggalkan pesantren (rujuk balik artikel Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Dari Giri ke makam Sunan Drajat dan Sunan Bonang) selepas 10 pagi, mungkin hampir jam 11 kami telah jalan terus-menerus sekitar 20 jam.

Di sini biar disenaraikan tempat-tempat yang dilawati dengan menaiki kereta sewa dari Grisek itu. 




















Nah. Tempat-tempat yang diziarahi lalu dijadikan isi artikel hingga ke tahap ini pun dah 18 buah, belum dicampur tempat-tempat yang tidak diceritakan atau cuma dilihat sepintas lalu. Dalam tempoh 20 jam itu kami setakat tidur dalam kereta. Jarak perjalanan diliputi adalah 306 km. Mahu tak penat? Lain le kalau setakat berjalan di dunia Internet copy and paste gambar dan cerita orang lepas tu olah balik kemudian cerita berdegar-degar macam dah mengembara satu dunia. Jalan sendiri mengembara bukan setakat penat apa lagi membawa isteri, anak kecil berumur dua setengah tahun dan bayi berumur dua setengah bulan. Kadangkala kita harus berdepan dengan orang yang berniat jahat. Setakat cakap besar aje memang tak lepas...


Masjid Agung Demak ketika matahari mula naik. Saya ada mengambil gambar di dalam waktu Subuh kemudian mengambil gambar di luar apabila terang untuk membentuk artikel Masjid Agung (Great mosque of) Demak.


Walaupun amat penat saya dan isteri tidak dapat betul-betul berehat kerana harus memerhatikan barang dan anak-anak. Bayangkan setelah 20 jam berjalan terus menerus, sudah waktu pagi. Biasanya tentu kita mahu buang air dan mandi bukan? Lalu kami harus mengambil giliran memerhati dan menjaga anak-anak.


Apabila berpeluang saya meninjau-ninjau di sekitar. Ternyata kami sampai ke Demak pada waktu yang  memang berkat. Bukan sekadar hari Jumaat malah malam nanti akan ada majlis haul untuk pengasas kerajaan lama Demak iatu Sultan Raden Fattah, majlis haul ke yang 500 lebih tahun! (Saya lupa berapa tahun sebenarnya sedangkan nombor pada gambar atas pula terlindung).


Ketika itulah saya dapat melihat tinggalan-tinggalan sejarah lain sekitar ini. Ada muzium kecil dengan maklumat padat yang boleh dijadikan rujukan. Lihat Muzium Masjid Agung Demak.


Hampir jam 8 (di sini jam 5.30 dah mula siang) baru anak-anak bangun tidur lalu dimandikan. Kami sekeluarga pun berjalan melihat masjid. Antara 4 tiang utama yang didirikan 4 orang Wali Songo kami memilih untuk bergambar di hadapan tiang Sunan Gunung Jati. Selalunya orang lebih suka bergambar di tiang Sunan Kalijaga kerana beliau lebih disanjungi terutama oleh masyarakat Jawa. Tetapi kami memilih tiang ini kerana satu, tinggal Sunan Gunung Jati sahaja Wali Songo yang makamnya belum kami ziarahi. Kedua, kami ada pertalian tertentu dengannya...



Bergambar di hadapan masjid.


Kemudian kami ke kawasan makam berdekatan.


Di sinilah Raden Fattah, raja keturunan pemerintah terakhir Majapahit yang mendapat restu para Wali Songo untuk menerajui kerajaan Demak disemadikan. Lihat Makam Raden Fattah dan kaum keluarganya (Tomb of Raden Fattah and his family members).


Tetapi kami tidak boleh berada lama di Demak. Menurut kira-kira saya kalau kami mahu menunaikan hajat berjalan sehingga ke Jakarta lalu mengelilingi Pulau Jawa kami harus dapat menyelesaikan ziarah ke setiap makam Wali Songo dalam tempoh 5 hari. Jumaat itu sudah masuk 4 hari kami berjalan. Kami harus memulakan langkah untuk ke makam Sunan Gunung Jati yang terletak lebih 260 km ke barat Demak.


Belanjawan kami yang amat kecil berbanding kebiasaan orang berjalan jauh begini memerlukan kami menaiki kenderaan  awam selepas ini. Kiranya 3 hari sebelum ini menaiki kereta sewa adalah proses menyesuaikan diri dengan keadaan di Pulau Jawa sebelum perjalanan menjadi lebih mencabar. Selepas mendapatkan beca ke terminal bas Demak, kami pun menaiki van ke Semarang. Terletak 30 km ke barat Demak ia merupakan kota terbesar dalam perjalanan...


Tentunya menaiki kenderaan awam tidak senyaman menaiki kereta sewa. Tetapi inilah yang perlu diharungi kalau mahu berjalan jauh dengan belanja yang kurang. Dengan kenderaan awam juga kami lebih terdedah kepada kerenah warga tempatan termasuk mereka-mereka yang suka meminta wang. Itu akan saya panjangkan kemudian. Pendek kata dengan ini bermulalah fasa perjalanan lasak... 

Kalau tadi disebut betapa penatnya 20 jam berjalan menaiki kereta untuk menziarahi banyak tempat, bayangkan keadaan menaiki beca, van, bas dengan sebagainya. Alangkan berjalan seorang diri pun sudah cukup mencabar apa lagi membawa isteri, anak kecil dan bayi. Ingat. Penat tu satu hal. Keselamatan barang, diri dan keluarga harus dijaga. Sekali lagi, kalau hidup setakat pandai cakap je memang tak lepas...


Van tamat perjalanan di terminal timur Semarang, perlu menaiki bas ke terminal barat.




Selepas itu baru kami sedikit lega kerana mendapat bas ekspress yang ada air cond...


Kami boleh sahaja terus ke Cirebon, 6-7 jam perjalanan dari Semarang tetapi memilih untuk turun di Pekalongan yang terletak di tengah. Ini kerana Pekalongan adalah tempat asal moyang saya sebelah ibu, daripada ibu kepada ibunya yang berdarah Jawa. Rujuk artikel Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".


Tapi kami  bukan tahu pun tempat mana harus dituju. Lalu apabila datang orang menawarkan perkhidmatan ojek (bonceng motosikal dengan sedikit bayaran) kami meminta agar dibawakan ke hotel murah di tengah kota. Kami pun bergerak dengan dua buah ojek...



Dalam pada itu saya ada menceritakan tujuan kami ke Pulau Jawa menziarahi makam-makam. Seorang pemandu ojek pun memberitahu tentang kewujudan makam seorang ulamak besar yang dikatakan bertaraf wali di Pekalongan. Oleh kerana makamnya tidak jauh dari kota kami pun meminta untuk ke situ. Kelihatan dalam gambar Johan berehat di serambi sebuah surau. Lihat Musholla (Small praying hall of) Al-Iman, Pekalongan. Di hadapan adalah makam ulamak yang dimaksudkan. Lihat Makam Habib Ahmad, Pekalongan.



No comments: