Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Sunday, May 06, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sneak preview

Di hadapan pintu ke makam Sunan Gunung Jati malam semalam...




Assalamualaikum para pembaca yang dihormati sekalian. Pada bahagian akhir artikel Mari ke Pesta Buku KL 2012 di PWTC yang dibuat 9 hari lalu ada disebut saya cuma dapat menghadiri pesta buku buat 2-3 hari terawal kerana mahu membuat satu perjalanan jauh yang mencabar selepas itu. Sekarang pesta buku telah pun tamat iaitu jam 9 malam 6 Mei tadi sedangkan perjalanan yang dimaksudkan telah berjaya dilaksanakan sekurang-kurangnya untuk satu peringkat. Maka itu sukacita dimaklumkan, saya dan isteri dan anak-anak telah menziarahi makam kesemua Wali Songo yang sangat terkenal di Pulau Jawa itu. Kami juga dapat menziarahi sejumlah makam para wali lain juga makam beberapa orang raja/ahli keraton/kerabat diraja di situ juga di Pulau Madura.

Perjalanan dimulakan pada Hari Buruh iaitu Selasa 1 Mei apabila kami mengambil pesawat ke Surabaya lalu bermalam di Ampel, berdekatan makam Sunan Ampel. Esoknya kami masuk ke Pulau Madura sebelum pergi ke Gresik lalu menziarahi makam Sunan Gresik @ Maulana Malik Ibrahim dan Sunan Giri sebelum bermalam di sebuah pesantren yang diketuai seorang keturunan Sunan Giri, dalam kawasan yang pernah menjadi pusat pemerintahan Giri atau lebih dikenali sebagai Giri Kedaton. Khamis kami mengorak langkah menghala ke Tuban untuk menziarahi makam Sunan Drajat diikuti Sunan Bonang. Lewat malam Jumaat kami naik ke puncak Gunung Muria yang katanya terletak pada ketinggian 2,000 meter dari paras laut iaitu menyamai ketinggian Genting Highlands... untuk menziarahi makam Sunan Muria sebelum ke Kudus tempat Sunan Kudus. Kemudian baru ke Demak menziarahi makam Sunan Kalijogo lalu berehat di Masjid Agung Demak yang didirikan para Wali Songo di mana terdapat makam Raden Fatah, Sultan pertama Demak dan kaum kerabatnya.

Siang Jumaat kami ke Semarang sebelum berehat di Pekalongan, kota pusat batik bagi seluruh Indonesia. Adapun Pekalongan adalah tempat asal moyang saya sebelah Jawa, ayah kepada ibu kepada ibu saya. Itulah orangnya yang ceritanya dijadikan asas kepada buku terbaru saya. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Di situ kami anak beranak dapat menziarahi makam seorang ulamak besar Ahlul Bait yang dikenali sebagai Habib Ahmad.

Oh, biar diberitahu antara nama-nama besar hamba Allah yang makamnya sempat kami ziarah adalah Ibrahim Asmoro, bapa kepada Sunan Ampel, Dewi Sekardadu iaitu ibu kepada Sunan Giri dan Fatimah binti Maimun yang makamnya bertarikh bersamaan 1080an Masihi diakui sejarawan sebagai bukti terawal kedatangan Islam ke Pulau Jawa iaitu 400 tahun lebih awal daripada kemunculan Wali Songo. Dari Pekalongan baru kami ke Cirebon lalu menziarahi makam Sunan Gunung Jati malam semalam. Dengan itu selesailah proses menziarahi makam setiap Wali Songo. Kami pun berkejar ke Jakarta untuk berehat sebelum memulakan fasa baru perjalanan.

Adapun kami sampai ke Jakarta sebelum 2.30 pagi waktu tempatan lalu berehat di stesyen kereta api,  siang tadi baru mencari penginapan yang lebih selesa. Bayangkan kami anak beranak berjalan sendiri, bukan mengikut apa-apa kumpulan perjalanan atau pun jemaah, tiada tour guide untuk menunjukkan arah, tiada rombongan untuk kami tumpang berlindung. Dengan kuasa dan penjagaan Allah jua, saya dan isteri bersama anak-anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid yang berumur 2 setengah tahun serta adiknya Muhammad Alauddin Johan yang baru sahaja berumur 2 bulan setengah dapat mencapai tujuan. Bayangkan kami berjalan lasak membawa 2 haversack besar dan satu kecil berjalan sudah hampir separuh pulau, boleh pula tidur di stesyen kereta api di Jakarta sedangkan inilah kali pertama kami semua sampai ke Jawa. Lihat sendiri di peta bagaimana jauhnya Surabaya ke Jakarta. Bayangkan...

Alhamdulillah, pagi tadi saya dapat menyelesaikan hajat utama saya membawa anak-anak dan isteri ke Jakarta iaitu untuk menziarahi makam Sultan terakhir Aceh, Sultan Muhammad Daud yang dipaksa turun dari takhta oleh penjajah celaka Belanda 1904 sebelum mangkat dalam buangan/tahanan di sini 1939. Oh, saya menulis artikel ini disebuah Warnet (warung Internet) di tengah kota Jakarta. Adat saya menulis, jarang sekali mahu menyebut perancangan perjalanan akan datang. Sebaliknya saya menjadikan amalan agar hanya bercerita setelah sesuatu perkara itu selesai.

Kalau nak tau itulah petua besar agar kita dapat melaksanakan banyak perkara walaupun dipandang berat di mata orang. Biasakan bercakap hanya setelah sesuatu perkara itu terlaksana, tahu rasa malu dan sedia menutup mulut kalau kata-kata belum dikota. Kalau kita selalu bercakap tentang rancangan masa hadapan ditakuti kita akan bercakap dan terus seronok bercakap sahaja. Tetapi perkara yang dicakap itu terus tidak terlaksana walau beberapa tahun sudah berlalu seperti saya lihat sering berlaku di kalangan generasi muda yang suka sangat berbincang hal-hal yang kelihatan hebat di Internet. Cukup! :]


p/s: Kalau ada sesiapa terfikir kami dapat jalan ni sebab poket 'lebat', ketahuilah bahawa anda silap. Dari Surabaya hingga ke Demak sahaja kami ada menyewa kereta, selebihnya kami menaiki berbagai-bagai pengangkutan awam termasuk, bas, van dan beca. Kalau banyak duit mengapa kami anak beranak sanggup bermalam di stesyen kereta api sehingga siang tadi?



10 comments:

~~budak jahel said...

satu hari nnt sy nak jadi mcm saudara Radzi la...jalan2 tgok tmpat orang...ini tidak,asik2 jalan sekitar selangor jer...hehe

~~budak jahel said...

lupa pulak,aslmkum tuan rumah...hihi

abang Uda said...

Assalamualaikum saudara,

Saya pernah sampai ke makam Sunan Muria di Gunung Muria tu.

Harap saudara dapat muatkan gambar2 perjalanan di Pulau Jawa, terutamanya gambar mesjid Demak dan makam wali yang lain.

Terima kasih.

fairul said...

Salam ... semoga segala usaha murni saudara diberkati dan dipermudahkan. Di dalam kesusahan, pahit manis yang saudara lalui, saudara menemui jati diri sendiri.

mama ju, said...

Salam sejahtera anakanda,

Alhamdulillah akhirnya saya ketemu blog yg saya harapkan. Dah baca seimbas lalu N3 di sini, memang sgt menarik!Byk yg saya suka khas mengenai sejarh2 tu. Nanti saya baca lagi. SAYA link blog ni.

Bapa saya ada ke Surabaya mencari susur galur asal tapi tak jumpa.

Boleh tayang sikit gambar di surabaya?

Terus menulis. Anda memang hebat!

anak beringin said...

Assalamualaikum Tuan MS,

Alhamdulillah.. syukur kerana Allah taala kurniakan tawakal dan azam yg kuat buat tuan sekeluarga. Mudah2an turut sama diberikan kepada semua pembaca yg mengikuti catatan tuan.

Alhamdulillah ambo telah pun diberi peluang ziarah wali songo pada tahun lepas, June 2011.. namun belum lengkap ke semuanya.. Sunan Gunung Jati masih belum diziarahi lagi.. InsyaAllah akan disambung di lain masa nanti.

Dengan berkat ikutkan catatan tuan MS, alhamdulillah ambo pun baru saja dapat menziarahi makam tok pulau manis dan tok ku paloh di trengganu. Makam Tuan Tabal & Tok Kenali di Kelantan sabtu lepas...

Terima kasih

hamba Allah said...

assalamualaikum. header image bro mmg ok, tp lengan wife n anak rambut nampak. eloklah diganti dgn gmbr lain. handsock dan serkup elok sgt dipakai

pekan said...

salam bro. good luck fr pekan@purnama

Anonymous said...

terima kasih di atas ceita saudara radzi. juga kata2 akhir saudara benar2 menyedarkan saya.. alhamdulillah... terima kasih sekali lagi. semoga Allah sentiasa bersama saudara.

ctmy

Radzi Sapiee said...

Salam dan wassalam semua. Alhamdulillah kami anak beranak baru kembali ke rumah dari Pulau Jawa jam 1 pagi tadi.

Untuk saudara Budak Jahel rasanya tak susah sangat untuk sesiapa mengembar luar dari Selangor. Insyaallah saudara boleh mengembara jauh juga.

Abang Uda dan Mama Ju, gambar2 akan ditunjukkan seiring dengan penceritaan nanti.

Fairul dan Pekan, terima kasih atas kata2 perangsang.

Anak Beringin, memang blogspot ini dibuat untuk berkongsi cerita dan pengalaman agar dapat memudahkan orang lain pula mencari jalan.

Hamba Allah, tajam sungguh mata saudara dapat melihat lengan yang sedikit tersingkap akibat seorang wanita memeluk anak juga anak rambut yang terkeluar dari celah tudung, perkara2 yang mungkin kami tidak sedar apabila penat berjalan. Tajam sungguh dapat melihat ini walaupun gambar sudah diberi unsur grafik seperti lukisan. Semoga Allah menajamkan lagi pandangan saudara agar dapat melihat hikmah sesuatu perkara, bukan sekadar melihat kelemahan dan kesilapan sahaja.

Ctmy - apa yang saya kata itu asas sahaja... kotakan kata2. Sesungguhnya salah satu ciri orang munafik adalah apabila perbuatan dan perkataannya tidak selari. Apa yang dikata tidak dibuatnya. Kekuatan yang Allah pinjamkan kepada kami sekeluarga sehingga dapat mengembara ke sana ke mari dan terus mengembara adalah disebabkan kami cuba mengotakan setiap kata2. Biar sedikit asal istiqomah mengotakan setiap yang dikata. Biar jadi seperti kata2 orang putih - my word is my bond. Biar kata2 kita menjadi ikatan dan jaminan kerana ia boleh dipegang lantaran selalu dilaksanakan.