Pagi Sabtu 3 September 2011, kami keluar sarapan nasi beringin bersama ibu dan bapa.
Rasanya inilah kali pertama dalam tempoh berpuluh tahun saya makan bersama mereka di kedai makan stesyen bas tepian Sungai Muar ini. Semasa kecil dahulu bapa selalu juga membawa ke kedai nasi beringin berdekatan yang dimiliki arwah bapa kepada peniaga sekarang.
Ini pula di hadapan stesyen bas antara bandar. Kami membawa ibu bapa minum kopi di kedai 434 yang cukup terkenal di Muar.
Tengahari kami meninggalkan Muar.
Selain tidak mahu bersesak-sesak dengan trafik pulang balik dari kampung yang dijangkakan mula keluar hari Ahad kami mahu melawat Gunung Ledang.
Asalnya saya cuma mahu melihat dan mendapatkan gambar-gambar elok gunung. Kemudian teringat bagaimana saya pernah menaiki motosikal besar hingga ke puncak kira-kira 13 tahun lalu. Timbul rasa untuk membawa anak dan isteri naik. Saya pun mencari jalan masuk...
Jalan ini melalui estet kelapa sawit.
Kemudian sampai ke bahagian yang sudah pecah dan rosak.
Tetap juga kami redah dengan kereta kecil. Sampailah ke satu bahagian mendaki di mana batu-batu dan lubangnya terasa tidak selamat untuk kereta lalu. Takut terperangkap terus. Terpaksalah keluar balik.
Tak mengapa. Kembali ke rancangan asal menghala ke Bekoh.
Perjalanan membawa kami menyeberangi sempadan masuk ke negeri Melaka.
Kelihatan Sungai Kesang yang menjadi sempadan semula jadinya dengan negeri Johor. Ini adalah pemandangan ke hilir iaitu ke laut.
Pemandangan ke hulu menunjukkan aliran berpunca dari Gunung Ledang.
Maka ada bahagian gunung yang terletak di dalam negeri Melaka iaitu di tempat yang dipanggil Asahan.
Kami pun menuju ke sana.
Perjalanan diteruskan menghala ke Selandar.
Singgah di Nyalas untuk makan.
Sampai di Selandar kami harus mengambil jalan ke Alor Gajah.
Tempat yang ingin dituju seterusnya terletak di Machap.
Dari hadapan pekan barunya boleh kelihatan pinggir sebuah tasik yang agak luas.
Kami pun mencari jalan masuk ke dalam. Lihat
Durian Tunggal lake from Machap.
Namun untuk tempat yang dituju kami harus mengambil lorong atau jalan lain di hadapan.
7 ulasan:
Salam saudara Radzi,
Saya pernah ke sana 2tahun 2010.
Sempat berpeluang solat Asar di situ.
Air wuduk dgn air tasik menuruni tangga dipinggirnya.
Tuan ada terasa DejaVu melihat dasar tasik yang dipenuhi teratai itu? Sebagaimana apa yang saya rasa..
Wassalam. Saya tak ingat jika ada rasa deja vu. Yang saya rasa adalah nyaman dan tenang serupa seperti ketika berada di Masjid Brunei di tepian Danau Tok Uban, Kelantan sehingga berazam satu hari akan bermalam di sini...
Alhamdulillah..jika tuan bermalam didalam masjid tersebut bolehlah diserikan lagi dengan bacaan ayat2 al-quran.
Makam keturunan ku sebelah Datuk sebelah mak. Mak saya pernah melihat macam mana khurafat yang dilakukan oleh orang cina memuja makam tok machap. Kesempatan dalam menjual kain kuning. Inilah yang diajar dan dibenarkan semasa penjajahan British. Yang menyuburkan khurafat adalah British dgn menggunakan agen mereka
Sy juga penah gunakan laluan asal ketika musim kering..saya darjah 1 masa tu..masih igt pengalaman guna laluan itu..skrg sudah laluan baru..kg sy di seberang jalan situ..masih ada rumah arwah nenek..saya dilahirkan di Machap Baru ��
Saya adalah keturunan dari Jailani mendik mesab . Saya adalah cicit cicit . Kampung saya di sana . Terima kasih menziarah dn sedekah Al-fatihah . Semoga dapat lagi encik kesana
Catat Ulasan