Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 22, 2008

Tamat cerita kembara terbaru Pantai Timur @ tamat juga kembara post-BKA... Masa untuk kembali ke kehidupan biasa seperti orang lain...

Pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol di Negeri Sembilan...



Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah, akhirnya tamat juga proses penceritaan tentang pengembaraan terbaru saya ke Pantai Timur yang sudah selesai lebih sebulan lalu, satu pengembaraan yang mengambil masa 3 minggu singgah di tempat-tempat terpilih di negeri-negeri Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan dengan menaiki kenderaan awam, banyak berjalan kaki atau hitchike menumpang kereta dan lori...

Adapun perjalanan ini dimulakan dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan, sebuah jalan purba yang pernah menghubungkan Pantai Barat Semenanjung dengan Pantai Timur melalui Sungai Muar seterusnya Sungai Jempol lalu dari situ boleh pula masuk ke Sungai Pahang. Dipercayai jalan ini mula diterokai oleh sekumpulan manusia yang berpindah daripada Pasai (sekarang dalam Aceh) untuk mencari kehidupan baru di Semenanjung sekitar 700 tahun lalu iaitu sebelum muncul kerajaan Melayu Melaka seperti yang dikenali ramai.

Alhamdulillah, walau pun banyak cabaran dihadapi dalam perjalanan malah cabaran dalam penulisan juga dialami apabila ada gangguan-gangguan tertentu yang mengganggu rentak jujur cara saya menulis tanpa berselindung menurut luahan rasa yang muncul pada suatu ketika, segalanya dapat juga dikongsi di sini... Walaupun proses penceritaan jadi sedikit cacat sejak sekitar 2 minggu kebelakangan akibat mood saya terganggu, segalanya ternyata ada hikmahnya jua... Selain menguji kesabaran saya sendiri, sekurang-kurangnya pembaca dapat melihat sendiri akan beza komen-komen yang jujur dengan komen yang mendakwa ingin memperbaiki keadaan tetapi sebenarnya berbau dengki dan irihati, sengaja mahu membuat kacau di sini.

Apapun, tamat proses penceritaan pengembaraan terbaru ke Pantai Timur ini menandakan tamat juga segala kembara serta cerita-cerita untuk pengembaraan seluruh Semenanjung selepas siap menyajikan ketiga-tiga buku dalam siri trilogi "Berpetualang ke Aceh", satu siri pengembaraan yang saya panggil kembara post-BKA... Penyajian siri buku itu menandakan saya sudah selamat menunaikan amanah penyampaian ilmu yang patut bagi peringkat hidup saya buat masa ini iaitu peringkat sebelum masuk umur 40 tahun... Kerana sebaik sahaja masuk umur 40 tahun akan muncul satu fasa baru dalam kehidupan yang mesti diambil kira...

Seperti disebut Nabi Muhammad SAW kalau tak salah ingatan, jika masuk umur 40 tahun pun kamu belum berubah jadi baik maka kemungkinan besar kamu tidak akan jadi baik sampai bila-bila. Umur 40 tahun juga disebut sebagai umur setiap manusia di syurga (manusia di syurga diberi rupa keadaan umur 40 dan terus kekal dalam keadaan itu) sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri mendapat wahyu untuk menjadi Rasul ketika berumur 40... Dan umur 40 juga ditakrifkan sebagai had umur belia. Pendek kata, memang banyak maknanya bagi setiap manusia...

Mengikut kalender tahun Hijriah, umur saya kini adalah 39 dan penghujung tahun nanti akan mula memasuki umur 40. Maka hasrat saya adalah apabila sampai ketika itu, saya sudah kembali berumahtangga dan menjalankan kehidupan lebih teratur seperti kebanyakan manusia biasa...

Salah satu implikasinya, saya tidak mahu lagi berjalan jauh lama-lama seperti dahulu... Kalau berjalan pun dalam keadaan lebih normal, bukan tidur bersepah di sana-sini atau menumpang kenderaan orang untuk berjalan. Maka tamatnya kembara Pantai Timur dan post-BKA berserta tamat proses penceritaannya ini bermakna mulai sekarang, saya bolehlah menumpukan fikiran untuk mencapai kehidupan yang lebih normal dan stabil.

Di sini biar dikumpulkan balik link-link untuk proses penceritaan pengembaraan terbaru ke Pantai Timur, daripada blogspot ini juga blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Adapun ada sebahagian isi yang diletakkan untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) terutama yang melibatkan gambar-gambar masjid dan makam... Tetapi untuk link-linknya, elok lihat sendiri di sana atau ikuti sahaja link-link yang ada diberi dalam artikel-artikel yang telah dikumpulkan di sini ya... Sekian! :]



Negeri Sembilan


Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!

Where Muar river meets Jempol in Negeri Sembilan...

Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam?




Pahang

Dan perjalanan diteruskan ke Pekan...

A look at the Pahang river estuary and what's around... The southern part that is...

Berjalan ke Makam Chondong... Satu ulang-tayang filem di alam arwah?

From Pekan to Kuantan... The East Coast journey continues...

Salam daripada Kuantan, Pahang! Membuat "ulang-tayang" preview di alam arwah?

Sudah ke Kuantan tapi kembali lagi ke Pekan kerana ada tempat-tempat yang tertinggal...

Now, a look at the northern parts of the Pahang river estuary...




Terengganu

Salam daripada Kemaman, Terengganu! Malam ini kita mula berkongsi cerita bergambar perjalanan terbaru...

A look around Kemaman, Terengganu...

Menyertai persidangan para wali di Terengganu? Hehe! :]

Salam daripada Dungun! Singgah sebentar sebelum ke Kuala Terengganu?

Semalam di Dungung, makang ikang atas pinggang, heh!

Salam daripada Kuala Terengganu... Selesai sudah apa yang patut dibuat di negeri ini!

Makam Tok Pelam di Kuala Terengganu...

Kuala Terengganu dan makam-makam lamanya... Tapak untuk cerita ke Kuala Berang...

Up on Bukit Puteri in Kuala Terengganu

Walking along the Terengganu river to Kampung Cina...

View of Kuala Terengganu from 14 floors up... Or is it 15 or 13? Never mind, just enjoy the view...

Salam dari Kuala Berang... Menyusuri sejarah lama kedatangan Islam...

Visiting old tombs in Kuala Berang...

Masuk ke markas sebuah kumpulan "perjuangan akhir zaman"... Apa yang ingin dibuat di sana?

From Kuala Berang to Pulau Manis...

Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17...

Keluarga besar Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 Masihi...

Kembali ke Kuala Terengganu... Daripada makam keluarga Tokku Paloh ke "warisan Zionis" di Pulau Wan Man?

Taman Tamadun Islam (The Islamic civilisation park) of Terengganu...

Masjid Kristal (The Crystal Mosque)... Built for genuine worship or just to impress?
A quick visit to the Terengganu state museum...

Semalam di Kuala Besut sebelum masuk ke Kelantan...

Views from the bridge at Kuala Besut




Kelantan

Apa ada di Tok Bali, Kelantan?

Views around the high bridge of Tok Bali, Kelantan

Around Pasir Puteh, Kelantan...

Pusing-pusing kerana Raja Abdullah, suami Puteri Saadong! Atas permintaan Nur kedua...

Menyusuri jejak Raja-raja Jembal...

Around the mythical Bukit Marak in Kelantan...

"Mematikan diri" di makam Tok Selehor...

Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali?

The Brunei mosque at Danau Tok Uban, again...

Kelantan river around Kok Majid... Part 2 that is...

Menuruti jejak para wali juga raja-raja di Kota Bahru dan sekitarnya...

Latest pictures of the famous Masjid (mosque) of Kampung Laut in Kelantan...

Apa ada di Gunung Stong?

1 ulasan:

Mohd Shahrizal berkata...

Pernah juga terdengar mengenai kisah umur 40 tu,
tapi apapun, Rasulullah sendiri tak pernah letih berdakwah walaupun mula menerima wahyu pada usia 40thn. Rasulullah sendiri masih mengembara dan mencari diri sambil menyampaikan ajaran islam selepas usia 40...
Kata-kata Saidina Ali boleh diambil kira :
" Berusahalah seperti engkau akan hidup seribu tahun lagi, dan beramallah seperti engkau akan mati esok hari..."

Wallahua'lam