Assalamu'alaikum, Apakata kalau tuan penulis ada kelapangan, set satu hari (public holiday laa) tuan pi dok di kedai Khazanah Fathaniyyah, so bolehlah kami para pembeli/pembaca berkenalan seterusnya dapat tandatangan dari tuan penulis. Biar ada ikatan ukhwah antara penulis dan pembaca. Ini perkara besar. Sejarah bangsa yang membawa panji-panji Islam.
Jawab saya begini:
Untuk Abu Zahrah, cadangan yang baik tu... Saya boleh set tapi sebelum itu, saya kena dapatkan feedback orang ramai terlebih dahulu. Hmm.... Insyaallah nanti saya open satu posting baru tentang ini sambil buat survey... Dapatkan feedback, bilakah masa yang sesuai, maka saya akan "melepak" di Khazanah Fathaniyah bertemu para pembaca sekalian...
Ketika sedang mandi malam tadi, timbul pula satu fikiran. Elok juga jika diadakan pelancaran secara tidak rasmi buku BKA II di kedai Khazanah Fathaniyah... Sambil-sambil itu, boleh juga mewar-warkan akan kewujudan kedai ini yang mengandungi banyak hasil kerja almarhum Ustaz Wan Saghir... Kebetulan pula sub-title BKA II ialah "Membela Syiar yang Asal". Rasanya kena sangat lah itu... Dan saya rasa pihak Khazanah Fathaniyah tentu bersetuju. Nak buat proper launching, memang saya takda budget tapi kita boleh buat informal launching yang tidak perlukan apa-apa kos kecuali saya perlu menghadirkan diri dan sedia melayan segala pertanyaan serta kerenah orang... Rasanya tak jadi masalah bagi saya, soalnya bila...
1.
Bagi saya, Berpetualang Ke Aceh adalah karya yang dikarang dengan hati. Pengkisahannya santai.Membacanya terasa menusuk ke lubuk hati sepanjang jalan cerita, ibarat turut sama berpetualang bersama watak utama. Wajib dibaca jika ingin memahami - Apa itu Melayu? Bagi saya juga, tersisip di dalamnya antara jawapan kepada persoalan mengapa Hang Tuah mengatakan "Takkan Melayu hilang di dunia".Buku ini amat baik untuk mengetahui dan memahami iktibar sejarah rantau ini daripada perspektif yang segar. Ianya juga amat baik sebagai iktibar, bagi insan-insan yang ingin mencari diri dan memahami erti hidup, di samping memaknakan erti kehidupan itu sendiri.Tak sabar rasanya menanti buku Berpetualang Ke Aceh yang seterusnya.
Mahadher, Melaka.
2.
Sebuah cerita yang mengisahkan kebenaran yang hampir pupus. Sumber asli yang tidak pernah saya temui selama ini. Buku ini merangkumi banyak aspek, bukan hanya sejarah dan fakta malahan mengandungi mesej tersembunyi peristiwa akhir zaman. "Mencari Diri dan Erti" - wajib di baca oleh semua umat Islam untuk merenung, mengenal dan memahami rahsia perjuangan yang di bawa Nabi Muhammad S.A.W dan siapakah penerus perjuangan ini.
"Berpetualang ke Aceh - Mencari Diri dan Erti" penuh dengan teka-teki dan persoalan yang memaksa saya berfikir. Memang tak sabar rasanya untuk membaca buku yang kedua.
Khalidzulhuddin - Melaka
3.
Buku Berpetualang ke Aceh... !
saya dah baca sekali... Alhamdulillah selepas saya baca banyak perkara yang saya sedar tentang diri saya sendiri... Bukan selama ini saya tak sedar diri tapi sedikit sebanyak, buku ini lebih menyedarkan saya tentang konsep mim dalam melayu dan apa itu melayu dan ke mana seharusnya hala tuju melayu.... Bukan nak kata selama ini semua perkara yang saya tahu sebelum membaca buku ini tidak betul tapi ada la banyak perkara yang perlu diperbetulkan, InsyaAllah.... Bacalah dengan nama Tuhanmu yang maha Mencipta....
Saya nak baca lagi buku tu... InsyaAllah.
Edy Faizal, Taiping.
4.
Saya rasa buku ini amat mengasyikkkan, jalan ceritanya perlu penelitian dari mata hati sendiri, supaya tidak ketinggalan untuk bab-bab di hadapan. Ada bab yang saya baca sampai dua kali, kerana syahdunya.. Pernah menangis sendiri kerana banyak yang saya tidak tahu dari apa yang sepatutnya saya perlu tahu... Bacaan yang tidak menekan perasaan dan amat santai pembahasaannya..Buku yang outstanding dan saya tidak sabar-sabar menunggu untuk sequel Berpetualang ke Acheh.., diharap Merahsilu teruskan penulisan yang seumpama ini'
Kak Tim, Kota Bahru, Kelantan.
5.
Berpetualang Ke Aceh, Penulisan yang kreatif dan berpandangan jauh dari penulis yang mencari erti diri dan kebenaran.
Gabungan pelbagai rujukan bertulis dan lisan serta pengalaman penulis yang sungguh menarik dan nampak penulis cuba membawa pembaca sendiri menyelami dan menghayati sejarah sepertimana dirinya. Pendekatan yang sangat berani. Bukan karya sambil lewa yang sekadar memperbanyakkan mukasurat.
Buku ini membuat saya berfikir sejenak sambil melihat masa lampau yang tidak pernah dimengerti dengan sepenuhnya tetapi sangat penting bagi mencorak langkah ke hadapan.
Selayang Pandang, Kuala Lumpur
Jadi apa lagi? Sila berikan komen dan pendapat tentang tarikh (dan masa) yang sesuai untuk membuat pelancaran tidak rasmi buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II di kedai Khazanah Fathaniyah... Atau saja bagi komen sebab nak berborak. Kalau tak tahu kat mana kedai Khazanah Fathaniyah, cuba baca artikel ini dahulu... Ustaz Wan Saghir, Khazanah Fathaniyah, perjuangan Islam dan aku. Lagi ramai lagi meriah. Saya harap ramai yang sudi untuk bertandang ke sana apabila sampai masanya, Insyaallah! Wassalam... :]
8 ulasan:
Testing, testing!
Assalamualaikum. Tadi saya sudah berbincang dengan beberapa orang, rasanya tarikh 3 Jun Ahad minggu depan siang (belum ditentukan masa, mungkin lepas Zohor) amat sesuai untuk dibuat majlis pelancaran tidak rasmi buku BKA II. Apa kata pembaca sekalian? Sila berikan komen...
Subhanallah... Baru tadi ada kawan mengingatkan 3 Jun nanti ada majlis perkahwinan seorang sahabat.
Maka dengan ini saya menundakan pelancaran tidak rasmi buku BKA II kepada 9 Jun Sabtu, insyaallah!
Alhamdulillah. Saya setuju pada tarikh 9 Jun 2007 ataupun mana-mana tarikh asalkan hari Sabtu, Ahad atau hari kelepasan am yang lain.
Dan kalau saudara radzi dah 'confirm'kan tarikhnya insyaallah saya akan iklankan berktanya di blog saya.
Assalamualaikum. Secara asasnya, saya sudah mendapatkan persetujuan pihak Khazanah Fathaniyah untuk membuat majlis pelancaran kecil buku BKA II di tempat mereka pada bila-bila masa yang sesuai. Pembantu yang muda En Azrul sedia sahaja menerima, cuma saya memerlukan persetujuan pembantu tua Ustaz Halim yang tidak dapat dihubungi sekarang.
Nanti bila dah confirm saya akan beritahu. Insyaallah jika tiada aral melintang, saya juga akan mengatur agar pihak media turut membuat liputan kerana saya nak promote Khazanah Fathaniyah sekali terutama setelah ketiadaan Ustaz Wan Saghir.
Doakan usaha ini dirahmati Allah ya saudara. Wassalam!
Mereka mungkin di Gajah Mati Kedah. Kerana menziarahi pusara Tuan Guru Hj Wan Muhammad Saghir. Hari ini adalah hari ke-40 pemergian tuanguru. InsyaAllah bila mereka pulang, saudara boleh hubungi. Paling tidak pada tarikh tersebut dapat saya ketemu saudara dan mendapatkan buku tersebut dari penulisnya sendiri.
Hmm... Tadi saya ada singgah di Khazanah Fathaniyah. Memang betul Ustaz Halim berada di Kedah, insyaallah besok baru balik KL. Talipon dia pulak ada masalah, mungkin sebab tu susah nak dihubungi.
Apapun, Insyaallah, majlis akan diadakan 9 Jun Sabtu selepas Zohor... Mula pukul 2 atau 2.30 petang.
Sebaik sahaja dapat persetujuan Ustaz Halim, saya akan atur apa yang patut. Rasanya akan jemput pihak media sekali... Kita buat 3 benda sekaligus, promosi BKA, sesi mengenangkan almarhum Ustaz Wan Saghir dan perjuangannya serta promosi Khazanah Fathaniyah dan kitab-kitabnya, Insyaallah!
Catat Ulasan