Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Februari 08, 2008

Segar yang amat sangat di Segamat... Ya ke?

Best tak peta Johor yang aku cilok ni, hehe! :]



Subhanallah! Kalau boleh saya mahu menyelesaikan bab cerita-cerita Johor ini secepat mungkin... Susah juga kalau proses penceritaan yang sepatutnya telah lama selesai banyak tertinggal kebelakang kemudian belum sempat diluahkan, sudah muncul pula pengembaraan baru seperti perkelanaan ke Kedah kemudian Perak yang baru sahaja tamat beberapa hari lalu.
Kalau ikutkan memang terasa malas pun hendak bercerita apa-apa tetapi kalau saya malas, takut jadi tersangkut pula sedangkan saya buat masa ini telah ditakdirkan perlu bercerita walau sekadar untuk menghilangkan apa-apa sekatan dalaman yang mungkin mengganggu gerakan penerbitan ilham untuk masa hadapan. Hmm... Kalau faham, fahamlah maksud saya. Kadang-kadang, sesuatu cerita yang paling bernas itu cuma akan terbit setelah segala lendir dan kahak keluar. Maka kalau sesuatu cerita itu kurang menarik atau teratur, anggaplah ia sebagai sisa-sisa yang perlu dibuang sebelum isi sebenar dapat keluarkan.
OK... Sekadar menelusuri kesinambungan, cerita-cerita Johor yang telah diluahkan setakat ini (campur dalam blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tanpa menurut urutan kronologi bila cerita dibuat sebaliknya urutan tempat pengembaraan) ialah... Biar diatur mengikut daerah ya :-

Tentang Muar...

Tempat jatuh lagi dikenang...
The legendary Kota Buruk (ruined fort) of Muar...
The hill I saw in a recent dream?
Medan Ikan Bakar (Grilled fish food-court in) Sabak Awor, Muar...

Tentang Batu Pahat...

Cerita Batu Pahat...
The origin of Batu Pahat...
Gunung (mount) Banang in Batu Pahat, Johor...
Masjid (mosque of) Datuk Bentara Luar, Batu Pahat....

Tentang Pontian...

Mencari Muzium Bugis di Pontian...
Salam daripada Pontian...
A quaint look at the town of Pontian

Tentang Johor Bahru...

And now, a quaint look at Johor Bahru!
Nostalgia di tengah bandaraya Johor Bahru

Tentang Kota Tinggi...

Berbalik ke Kota Tinggi...
Historic Kota Tinggi, once the seat of the Johor Empire...
Makam (tomb) of Laksamana Bentan
Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang
Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab

Tentang Mersing...

Salam daripada Mersing pula!
Smelling the sea in Mersing...
Pemandangan di Masjid Jamek Mersing (views at the main mosque of Mersing)...


Tentang Kluang...

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 1
Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 2
Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor...



Saya juga telah menulis sebuah artikel bertajuk salam-daripada-tangkak-ledang sekitar sebulan lalu tetapi ini berlaku dalam perjalanan kembali ke Kuala Lumpur daripada Muar, boleh dikira sebagai berada di luar lingkungan cerita-cerita Johor.

Apapun, untuk melengkapkan cerita-cerita Johor ini, tadi saya telah membuat artikel bertajuk Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 3 and last... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH lalu memulakan langkah memasuki daerah seterusnya iaitu Segamat dengan cerita Makam-makam lama di (The old tombs at) Lubok Batu, Segamat... di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Sekarang bolehlah saya bercerita tentang apa yang berlaku di Segamat. Pada hari lain pula, Insyaallah siri-siri Johor ini akan ditamatkan tentang penceritaan pengalaman dan tempat-tempat yang dilawati dalam perjalanan daripada Segamat kembali ke Muar. Sila! Oh... Lupa pula, Gong Xi Fa Chai... Selamat Tahun Baru Cina. Tapi jangan jadi penakut macam tikus ya, heh! :]

OK... Pada penghujung cerita Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 3 and last... , ada diletakkan gambar ketika menunggu di stesyen keretapi Kluang... Saya menaiki keretapi menghala ke Kuala Lumpur untuk ke Segamat sekitar jam 8.30 pagi. Sejam kemudian sampailah ke Labis...

Kebetulan pula semasa itu negara jadi riuh akibat kes Menteri Kesihatan (sekarang bekas) Chua Soi Lek terlibat dalam skandal seks. Kalau tak salah ingatan, dia adalah wakil rakyat Labis.

Hmm... Semasa ini 2 Jan 08... Rasanya masa tu si Chua ni mengaku memang dia orang yang dilihat dalam video seks itu tetapi tidak mahu melepaskan jawatannya. Keesokannya baru dia mengalah dan melepaskan segala jawatan kot?


Apapun, setengah jam kemudian sampailah saya ke Segamat...


Kali terakhir di sini adalah pada tahun 2005. Dan kini saya ingin menuju ke destinasi yang sama seperti kali terakhir sampai...


Tapi perlu pergi ke stesyen bas dahulu...

Ini dia destinasi pertama saya, Masjid Makam Lubok Batu. Setelah selesai Solat Dhuha, sampailah masanya untuk pergi ke makam-makam di seberang jalan menghadap masjid...


Makam-makam siapakah ini? Cukuplah diberitahu, antaranya adalah makam Bendahara terakhir Melaka. Ceritanya baru dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi dengan tajuk Makam-makam lama di (The old tombs at) Lubok Batu, Segamat...

Oh... Semasa di kawasan makam inilah saya bertemu dengan seorang kenalan baru iaitu Khairul. Adapun Khairul adalah seorang pembaca siri buku "Berpetualang ke Aceh" yang mendapat tahu saya sedang berjalan-jalan di Johor setelah membaca berita terbaru di blogspot ini...

Lebih seminggu sebelum itu iaitu ketika dalam perjalanan daripada Batu Pahat ke Pontian, beliau telah menghubungi saya lalu mengajak saya ke bertandang ke Segamat. Semasa itu saya tidak pasti akan ke sana lalu tidak dapat menjanjikan apa-apa.

Semasa saya berada di Mersing (ataupun Kluang? Kurang pasti), Khairul telah menghubungi saya lagi. Ketika itu, saya sudah merancang akan ke Segamat, salah satunya akibat melihat peta Johor seperti yang diceritakan dalam Nostalgia di tengah bandaraya Johor Bahru, cuma tak pasti bila... Biar saya copy and paste sedikit cerita berkaitan...

Saya singgah di MPH City Square untuk melihat peta Johor. Ternyata kedai itu adalah menjual BKA III, alhamdulillah!Sebenarnya saya kurang pasti ke mana saya harus mengembara lagi selepas itu. Yang saya tahu, apapun saya perlu ke Kluang kerana satu... Saya telah menyatakan mahu berjumpa kawan tertentu di sana jika tidak ada halangan... Kedua, kerana saya sudah lama tidak ke sana sedangkan di situlah saya membesar memasuki alam remaja lebih 20 tahun lalu!

Saya pun membelek-membelek peta Johor yang terdapat di kedai buku MPH... Sambil mengkaji perjalanan yang telah dibuat beberapa hari kebelakangan, saya cuba meneliti jalan-jalan lain dengan harapan gerak hati ini akan memberi petunjuk seterusnya.

Oh... Sebenarnya saya ada terfikir untuk pergi ke Kota Tinggi untuk menziarahi makam-makam kerabat diraja lama terutama yang berkaitan dengan kerajaan Melaka lama di sana. Selama ini saya lebih berat kepada jurai keSultanan Melaka di Perak. Mungkin sudah sampai masanya saya menyambung wasilah kepada pecahan di Johor pula...

Kemudian saya membalikkan peta yang dipegang... Terserlahlah peta 8 bandar-bandar utama yang mewakili 8 daerah utama di Johor... Dengan peta bandar Muar di sudut atas kiri.

Apabila dilihat melawan arah jam, ternyata terdapat satu aturan dengan Muar di ikuti Batu Pahat, Pontian seterusnya Johor Bahru... Masyaallah! Ini sama gilirannya dengan bandar-bandar yang telah saya singgah dan tidur di Johor dalam perjalanan jauh kali ini! Dan Johor Bahru adalah bandar ke 4 dalam perjalanan ini... Ada lagi 4 bandar kalau mengikut peta ini... 4 dan 4? Apakah ini makna 44 yang tersirat di sebalik nombor bilik hotel saya di Johor Bahru?

Apapun kami akhirnya berjumpa juga... Kebetulan Khairul sampai selepas saya selesai bersolat di masjid lalu masuk ke makam. Rupa-rupanya, hamba Allah ini pun rajin ziarah makam...


Kemudian Khairul membawa saya berjalan-jalan di kampung berdekatan... Berjumpa dengan keluarga seorang waris Raja Temenggung Muar... Lalu waris ini menunjukkan sebuah barang perhiasan lama turun-temurun keluarga. Saya lupa namanya tapi kalau di Perak, barang ini dipanggil aguk (entah betul entah tak spelling nya tapi begitu le bunyinya)...

Menurut cerita waris ini, barang tersebut ialah barang hantaran (atau maskahwin? Rasanya maskahwin) pemberian seorang nenek-moyangnya kepada wanita yang dikahwininya... Katanya umur barang ini tidak kurang 300 tahun!

Teringat cerita Sayid Zainal Abidin, anak seorang Sayid keluarga Al-Idrus di Kampung Pasir, Aceh... Ibunya adalah puteri kepada seorang Sultan Aceh. Sayid Zainal Abidin telah mendapat alamat dalam mimpi mencari jodohnya, tunangan orang di Muar. Apakah ini barangan yang diberinya? Waris ini tidak dapat memberi kepastian kerana tidak ingat cerita...

Apapun, daripada perkahwinan Sayid Zainal Abidin ini, muncul anak-anak (atau cucu? yang pasti memang dari keturunan ini) bernama Sayid Jaafar, Tun Habab atau Tun Habab Abdul Majid dan seorang puteri dikenali sebagai Puteri Bakal. Puteri Bakal berkahwin dengan Sultan Johor ketika itu, kalau tak salah ingatan, Sultan Mahmud Mangkat DiJulang. Lalu tanah jajahan Muar diberikan sebagai hadiah kepada Sayid Jaafar sebagai abang yang tua.

Tun Habab menjadi Bendahara Johor sementara Sayid Jaafar memegang Muar. Apabila Sultan Mahmud mati dibunuh Laksamana Bentan, anak cucu Tun Habab naik menjadi Sultan-sultan Johor dan Terengganu. Keturunannya yang lain pula muncul kemudian menjadi Sultan-sultan Johor moden dan Pahang sementara anak cucu Sayid Jaafar terus memegang Muar dengan memakai gelaran Temenggung atau Raja Temenggung Muar.

Sila baca Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab , Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang dan Makam (tomb) of Laksamana Bentan untuk cerita-cerita berkaitan...

Dalam bercerita dengan Khairul tentang sejarah lama Muar dan Segamat (ingat, Segamat dahulu terletak di dalam Muar, sebab itu ada makam Raja Temenggung Muar di Segamat), terkeluar juga cerita tentang Hikayat Malim Deman. Dalam cerita ini, tersebutlah nama seorang puteri bunian bernama Puteri Santan Bertapis. Menurut Khairul, tempat puteri ini ialah di suatu bukit (lupa namanya) tidak jauh daripada bandar. Kami pun pergi ke sana...


Ada sesuatu yang pelik tentang suasana di bukit itu. Yang pasti, saya deja vu lagi, ada le dekat 15 minit deja vu tentang tempat ini...


Di puncak bukit ini terletak sebuah kawasan tangki air yng berpagar. Sayang, tak boleh masuk ke dalam...


Seterusnya kami pergi makan kemudian berjalan-jalan jumpa kawan-kawan lain. Singgah sebentar di sebuah masjid kecil di tengah bandar. Deja vu lagi... Aduh, memang banyak sangat deja vu dalam perjalanan Johor ini... Dalam tempoh 2 minggu perjalanan, semenjak di Muar lagi untuk perayaan Aidil Adha, beberapa kali berlaku deja vu paling panjang dan paling banyak sepanjang ingatan saya yang dah berumur 38 tahun ini...


Petang itu singgah sebentar di rumah Khairul lalu berkenalan dengan keluarganya. Ibu Khairul begitu mesra... Rupanya ibunya itu daripada keturunan Sultan Ali, Sultan Johor terakhir (daripada keturunan Bendahara) yang pernah bertakhta di Singapura. Kisahnya Sultan ini ada dinukilkan dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Makam (tomb of) Baginda Ali ...

Menurut Khairul, bapanya pula daripada keturunan Bendahara Pahang yang berasal daripada keturunan Tun Habib Abdul Majid. Maka terkaitlah keturunan kedua ibu-bapanya dengan salasilah Sayid Zainal Abidin seperti yang disebut tadi. Patutlah mamat ni suka menziarahi makam di Lubuk Batu juga di Kota Tinggi.

Khairul teringin hendak berposing dengan saya. Saya pun dah lama tak posing... Siap pakai rencong Aceh pulak tu... Entah betul entah tak cara aku pegang. Lagak aje lebih, hehe... Hmm... Bila tengok muka mamat ni kat sini, teringat kawan lama saya yang dah lost contact... Namanya Alex Zulkarnain. Last sekali kerja kat Petronas bahagian apa entah kat Bintulu, Sarawak. Entah apa cerita agaknya...

Apapun, kira settle le cerita bab Segamat ni. Besok lusa, minggu depan ke atau bila-bila saya ada mood, nanti kita complete kan cerita jalan-jalan Johor dengan perjalanan dan persinggahan dari Segamat ke Muar ya... Ada banyak lagi yang boleh diceritakan. Banyak juga yang kena cover. Hehe! Selamats! :]

p/s: Le... Baru saya perasan. Tajuk cerita ni "Segar yang amat sangat di Segamat... Ya ke?" sedangkan dalam cerita setakat ini takda satu pun yang kena mengena dengan tajuk. Sepatutnya saya beritahu lebih awal, mengikut ceritanya, Segamat mendapat nama apabila Bendahara terakhir Melaka yang dikenali sebagai Bendahara Lubok Batu (gambar batu nesannya ada diletakkan di atas tadi) sampai di sekitar Lubok Batu lalu mandi di sungai berdekatan. Sungai itu letaknya di belakang Masjid Makam Lubok Batu, tempat itu dipanggil Lubok Batu kerana ia memang berlubuk dan berbatu.

Agaknya mungkin kerana setelah lama kepenatan akibat berjalan, sang Bendahara mandi lalu terasa sangat perbezaannya... Itu yang dia sebut "Segar amat!"... Maka timbullah nama Segamat! Soalnya, kalau orang sekarang mandi, agak-agak segar amat ke tidak? Yang pasti airnya tidak sejernih dan sebersih dahulu. Rasanya cukuplah explanation ini ya... OK, chow...

Ahad, Februari 03, 2008

Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor...

OK... Kita kembali semula kepada cerita-cerita mengenai perjalanan di Johor. Kali ini, cerita yang boleh dikira paling istimewa, satu cerita bergambar tentang tempat saya membesar lebih 20 tahun lalu, sebuah sekolah berasrama penuh kerajaan bernama Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) di Kluang, Johor...

Cerita ini sudah lama ingin dinukilkan di sini... Kalau tidak disebabkan kerana masalah komputer laptop yang rosak selepas perjalanan Mersing ke Kluang dahulu, mungkin ia sudah dipaparkan sebulan lalu di Muar, sebaik sahaja tamat perjalanan meliputi 8 daerah utama di Johor selama 2 minggu itu malah mungkin lebih awal semasa di Kluang lagi!

Tiga hari lepas, sebaik sahaja sampai ke Teluk Intan dalam pengembaraan terbaru saya meliputi lokasi-lokasi tertentu di Kedah kemudian Perak, timbul rasa kuat untuk membuat nukilan ini tetapi entah kenapa, tak terkeluar juga... Semalam semasa di Kuala Kubu Baru, hampir sahaja artikel ini dibuat kalau tidak kerana Internet Cafe sana ditutup awal. Kini di Rawang, 30km sahaja sebelum kembali ke Kuala Lumpur, baru tekad itu dapat dizahirkan... Maka terimalah persembahan ini seadanya... Wassalam! :]



Sudah lebih 20 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke sekolah lama saya ini... Malah boleh dikatakan perjalanan keliling Johor yang tamat sebulan lalu sebenarnya terjadi semata-mata kerana timbul niat untuk ke Kluang demi menjejak balik kenangan suka-duka membesar di SMSJ. Begitu besarnya makna kenangan itu sehingga saya sanggup berjalan kaki hampir 2km daripada pusat bandar untuk ke sekolah dengan menyusuri jalan serupa yang dilalui ketika zaman bersekolah dahulu. Maka sebaik sahaja nampak papan-tanda di kaki bukit membawa ke sekolah ini terus timbul debaran dada yang kuat akibat rasa teruja yang amat sangat...


Saya pun menyusuri jalan yang ditunjukkan oleh papan-tanda... Sudah lain daripada jalan ketika saya membesar dahulu. Rupa-rupanya pintu masuk sekolah juga telah dialih, tak pasti sejak bila... Kali ini lebih dekat dengan kaki bukit...

Niat awal saya, kalau dapat sampai ke pintu masuk sekolah pun sudah cukup baik. Tetapi biarlah saya cuba untuk masuk ke dalam demi menelusuri nostalgia lama pahit manis membesar mengenal erti kehidupan yang penuh ranjau durinya.

Tentang masuk ke dalam kawasan sekolah ini, saya mempunyai satu pengalaman yang agak pahit. Terus terang saya cakap, di SMSJ inilah berlaku perubahan besar dalam hidup yang membawa saya memberontak lalu menjadi budak nakal. Sedikit sebanyak yang berlaku telah dinukilkan dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I... Lalu semasa di Kluang lagi saya bercadang ingin membuat posting mengenai SMSJ dengan menyertakan sedutan cerita berkenaan. Sayangnya ia tidak dapat ditunaikan kerana isi buku adalah di dalam komputer laptop sedangkan laptop itu telah mengalami kerosakan.

Apapun, yang tertera di dalam BKA I adalah pengalaman pahit yang menyebabkan saya mula jadi nakal. Pengalaman pahit masuk ke sekolah yang ingin diceritakan di sini pula adalah yang berlaku kemudian iaitu selepas hampir penghujung tahun 1986, selepas saya dibuang sekolah atas masalah disiplin...

Beberapa bulan kemudian iaitu dalam tahun 1987, saya tergerak untuk melawat SMSJ. Ketika itu saya sudah kembali ke kampung di Muar dan bersekolah di Sekolah Tinggi Muar. Saya telah masuk ke kawasan sekolah dan asrama untuk bertemu kawan-kawan lama. Akibat rindukan suasana lama, juga atas saranan kawan-kawan, saya pun terus melepak lama dengan niat untuk bermalam di asrama.

Hampir tengah malam, beberapa orang tertentu telah mencari saya termasuk pengawas, guru sekolah atau warden yang menjaga asrama dan pengawal keselamatan. Lalu saya ditegur dan disuruh keluar. Kata seorang warden, jika saya memberitahu lebih awal, mungkin saya dibenarkan bermalam di dalam. Betulkah ini atau ia cuma alasan? Maklumlah, walaupun saya dikenali sebagai seorang pelajar pintar, saya juga dikenali sebagai seorang yang banyak masalah disiplin dan suka melawan.

Pun begitu, saya bukan mahu membuat kacau, cuma mahu menghirup udara segar bermalam bersama kawan-kawan seperti dulu-dulu. Tetapi apa boleh buat, saya dilayan seperti seorang budak yang akan membuat kekacauan besar... Tengah malam itu juga saya melangkah keluar dan berjalan kaki menuruni bukit lalu ke pusat bandar sejauh 2 km untuk mencari hotel murah buat menginap. Ketika itu bukan macam sekarang... Jalan ketika itu sentiasa sunyi dan memang orang kata "berhantu"...

Untuk pengetahuan, itulah kali terakhir saya menjejakkan kaki di sekolah lama saya ini, tahun 1987 lebih 20 tahun lalu. Dalam keadaan memori ini masih sedikit terngiang-ngiang di kepala, bayangkan bagaimana perasaan insan ini ketika ingin melangkah kembali ke pintu masuk sekolah lebih sebulan lalu... Bayangkan...




Alhamdulillah, dengan berkat doa dan harapan yang dipanjatkan kepada Allah Subhanahuwataala, pengawal yang menjaga ketika itu iaitu seorang wanita berumur membenarkan saya masuk ke dalam. Saya berterus-terang memberitahu yang saya seorang bekas pelajar yang ingin kembali menggamit memori lama. Ketika itu pula cuti sekolah, maka sekolah itu kosong kecuali guru dan kakitangan yang datang bermesyuarat serta beberapa orang pekerja kontrak yang membuat kerja-kerja membaik-pulih... Mungkin sebab itu saya dibenarkan masuk? Apapun, syukur Alhamdulillah!


Sampai di sini, baru saya dapat melihat bangunan lama kelas dengan tangki air sekolah...


Sedikit ke hadapan adalah bangunan yang pernah (atau masih lagi?) menjadi tempat kelas Seni Perusahaan. Di belakang ini juga pernah terletak bilik gerakan Pengakap... Dahulu sebelum saya bertukar menjadi budak nakal, saya pernah menjadi seorang ketua Pengakap yang boleh dikatakan sangat rajin dan berdisiplin...



Semasa saya masih bersekolah dahulu, bangunan yang menjadi bengkel Seni Perusahaan ini terletak di satu hujung sempadan kawasan sekolah. Sekarang sudah ada tempat letak kereta dengan bumbung warna biru seperti yang kelihatan dalam gambar ini serta sebuah surau (atau masjid?) yang agak besar dan selesa di dalam kawasan sekolah sedangkan dahulu, kawasan ini merupakan hutan belukar tempat jin bertendang!


Ah... Daripada kawasan bukit di belakang bangunan Seni Perusahaan yang dahulu terletak di luar kawasan sekolah (sebenarnya di sinilah letaknya puncak kepada bukit yang menampung sekolah ini!) saya dapat melihat dengan lebih terang bangunan-bangunan lama sekolah yang menggamit begitu banyak kenangan...


Oh... Ini kawasan puncak bukit tempat saya berdiri mengambil gambar tadi, dilihat daripada tepi bangunan Seni Perusahaan. Dahulu, kawasan di belakang ini merupakan jalan utama saya untuk keluar malam-malam meloloskan diri daripada sekatan disiplin hidup berasrama penuh. Sebabnya, ada banyak pokok-pokok hutan belukar yang boleh digunakan untuk menyorok dan menyelinap demi mengelakkan diri daripada dikesan pihak berkuasa...

Semasa itu, jalan bertar yang kelihatan dalam gambar ini belum lagi wujud. Sebaliknya terdapat pagar sebelum letak jalan itu, pagar dawai yang selalu terpaksa saya bersusah-payah panjat untuk melepaskan diri...

Hmm... Kalau difikirkan, memang itulah perangai saya... Bukan soal panjat pagar atau soal melanggar disiplin tapi soal suka keluar seorang diri, solo membawa diri mencari ketenangan di dalam pengembaraan.

Bayangkan ketika berumur 15 tahun sudah mula keluar seorang diri meredah hutan belukar walau pada jam 3 pagi semata-mata untuk menghirup udara segar di luar. Rupa-rupanya saya masih begini... Sekarang sudah berumur 38 tahun pun sanggup masuk ke tempat-tempat yang dikira menyeramkan termasuk kawasan kubur purba seorang diri walau dalam gelap-gelita pagi buta kerana rimas dengan hiruk-pikuk sesak dunia sekarang yang penuh dengan fitnah Dajjal!

Oh... Sebagai satu peringatan... Kepada para pembaca terutama jika ada adik-adik muda (bagi saya boleh dipanggil anak kalau berumur 18 tahun ke bawah!) terbaca cerita ini, jangan ikut perangai saya ini. Susah... Takut tak tertanggung beban dan akibatnya... Yang elok dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bab berani tu elok juga diikut. Takut hanya pada Allah, bukan pada hantu, jin dan manusia. Tapi berani bukan bermakna jadi kurang ajar... Jangan suka melawan guru macam saya masa zaman nakal dulu. Dan jangan sampai melilau ke merata tempat sehingga tak dapat lagi mengatur hidup normal macam orang lain. Nak buat kerja biasa pun tak dapat... Macamana nak buat kalau nak duduk diam pun susah? Jangan jadi seperti saya... Takut menyusahkan masyarakat... Itu sahaja ya peringatan...


Oh... Berbalik pada puncak bukit tadi. Dahulu hutan belukar, sekarang sudah ada gelanggang bola keranjang dan gelanggang tenis!


Dari puncak itu juga kelihatan bangunan dewan tempat perhimpunan setiap pagi Ahad. Ketika zaman saya bersekolah dahulu, kami ada kelas setiap Ahad hingga Khamis kerana menurut waktu kerja di Negeri-negeri Tidak Bersekutu...


Lorong jalan kaki di sebelah bangunan Seni Perusahaan menuju ke kelas...


Oh... Terlupa hendak beritahu. Di dalam bangunan itu juga terletak kantin sekolah... Tiba-tiba teringat Mak Pah yang berniaga kantin dengan anak-anak perempuannya yang putih melepak cun-melecun tapi sedikit berisi... Hehe! :]


Salah satu blok bangunan kelas. Di tempat letak kereta inilah, pada tahun 1985, saya kali pertama melihat sebuah Proton Saga, kereta pertama buatan Malaysia setelah ia dikeluarkan tahun itu juga... Tak ingat milik siapa...


Bangunan dewan perhimpunan... Teringat sesi-sesi kelas muzik yang WAJIB dihadiri tetapi saya selalu "tuang" kerana tak suka. Hasilnya, saya termasuk salah seorang yang "didenda", kena mewakili sekolah dalam pertandingan koir (perkataan English nya choir, ala yang kena nyanyi beramai-ramai tu...) peringkat daerah.

Allah! Dah lah kena paksa, bila pertandingan, kena pakai bedak, dibedakkan orang malah di make up dan digincukan lagi! Aduh... Geli! Tapi dipaksa gak...

Yang lagi tak tahan, ingatkan dah buat "sehabis baik" nak selamatkan diri, tengok-tengok menang. Dah kena wakil daerah pulak lawan peringkat negeri Johor. Waduh!!! Pecah kepala dong!


Saya mula melangkah menelusuri padang utama sekolah. Saya sebut padang utama kerana sejak beberapa tahun lalu, mungkin juga beberapa tahun setelah meninggalkan SMSJ 1986, sebuah padang baru telah didirikan di sebelah bangunan asrama puteri.

Apapun, saya pasti padang ini tetap padang utama. Sebenarnya saya ada banyak gambar lagi untuk menyatakan kedudukan padang ini berbanding lokasi-lokasi lain di kawasan sekolah juga sebuah padang kecil yang pernah menjadi tempat para pelajar membuat latihan lompat tinggi dan bersilat. Tetapi kalau diletakkan, jadi banyak sangat pula gambar. Biar diletakkan beberapa yang terpilih sahaja ya...





Hmm... Sudah ada binaan seperti panggung utama stadium di lereng bukit tepi padang... Binaan ini belum wujud semasa saya bersekolah dahulu. Inilah kali pertama saya melihatnya. Tetapi binaan ini segar dalam ingatan sebagai salah satu senario dalam mimpi yang pernah dilihat secara terang beberapa tahun lalu. Untuk makluman, dalam perjalanan ke Johor ini, boleh kata tiap-tiap hari saya deja vu... Malah ada deja vu yang panjangnya melebihi setengah jam... Apa yang berlaku, sudut yang diambil, orang yang ditemui semuanya sama seperti dalam bayangan atau mimpi yang pernah berlaku entah berapa tahun lalu!


Dari panggung ini boleh kelihatan tulisan SMSJ serta KLG iaitu singkatan untuk Kluang dengan terang. Suatu masa dahulu, seseorang itu hanya perlu menyebut SMSJ untuk Sekolah Menengah Sains Johor dan tahu yang dimaksudkan adalah sekolah ini tanpa perlu menyebut duduk letaknya di Kluang. Ketika itu, SMSJ merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh sains di negeri Johor.

Pada tahun 1985 (kalau tak salah ingatan), muncul pula Sekolah Menengah Sains Muar, dan kemudian beberapa buah lagi sekolah menengah sains di Johor. Maka itu perlu disebut SMSJ Kluang supaya lebih terang sekolah mana yang dimaksudkan.


Ini adalah bangunan asrama putera atau asrama laki-laki. Jantung saya semakin berdebar kencang melalui kawasan ini...


Di tingkat 3 bangunan inilah terletak bilik-bilik tempat saya pernah bermastautin daripada tahun 1983-1986. Warga asrama, lelaki dan perempuan dibahagikan kepada 4 rumah sukan iaitu Segara (kalau tak salah, bahasa Sanskrit untuk lautan), Buana (hutan dan tumbuhan), Purnama (bulan) dan Suria (matahari). Lalu setiap rumah diberi warna yang sesuai dengan nama, Segara warna biru lautan, Buana hijau tumbuh-tumbuhan, Purnama merah (walaupun saya tidak pernah melihat bulan berwarna merah) dan Suria (kuning).

Dan setiap rumah diberi satu tingkat tempat menginap. Maka Segara yang mewakili lautan seharusnya di bawah diikuti Buana, Purnama seterusnya Suria di tingkat empat iaitu yang paling atas. Saya diberi rumah Purnama... Hmm... Seolah-olah memang saya ditakdirkan ada kaitan kuat dengan warna merah... Fikirkan... Lebih 20 kemudian, saya mula memakai nama Merah Silu di Internet, nama yang muncul sempena nama syarikat penerbitan saya Wasilah Merah Silu Enterprise. Hmm...

Tiba-tiba teringat. Adapun sejak kecil lagi saya mempunyai perangai lasak suka memanjat pokok dan bangunan, juga melompat atau terjun ke bawah setelah sampai ke atas. Dahulu, saya selalu juga melompat ke bawah daripada tingkat 2 atau rumah Buana. Kalau tak salah ingatan, daripada tingkat Purnama pun pernah. Tapi daripada tingkat Suria saya tak berani. Terlalu tinggi...

Sekarang kalau disuruh buat kerja macam ni, terus terang saya cakap, saya surrender walaupun tinggi setakat 5 kaki... Badan dah tak larat, kecuali terpaksa... Dulu dah banyak sangat lasak, dengan lompat-lompat, main ragbi, macam-macam... La ni macam-macam pulak dapat bisa-bisa badan. Hmm...


Ini pula dewan makan. Di sebelahnya adalah asrama puteri. Banyak juga kenangan macam-macam... Kalau nak cerita semuanya memang tak larat. Sekarang menulis ini pun dah terasa penat... Saya masih berada di Rawang, belum kembali lagi ke Kuala Lumpur setelah lebih 2 minggu mengembara dan badan pula tengah tak sedap... Tapi saya tetap menulis juga untuk meluahkan apa yang terbuku. Lagipun cerita ini sudah lama tergendala...






Blok bangunan kelas yang terletak betul-betul berhadapan dewan makanan ini mempunyai fungsi penting semasa zaman saya bersekolah. Dahulu, setiap Jumaat malam Sabtu (atau malam keesokannya? Saya pun terlupa tetapi memang malam hujung minggu), jika tidak ada apa-apa gangguan teknikal, akan datang sebuah van daripada luar membawa alat projektor serta segulung filem wayang... Filem itu akan dipancarkan pada dinding tingkat 2 bangunan ini... Lalu warga sekolah pun berhimpun di bawah samada bersila atas tikar atau membawa kerusi yang diambil daripada dewan makan untuk menonton cerita.

Mereka yang malas turun pula sekadar melihat daripada tingkap di bilik-bilik tingkat atas. Mereka yang lebih berani (dan selalunya juga lebih nakal) akan mencabut kepingan tingkap bilik lalu keluar untuk berbaring dan duduk di "kaki lima" luar bangunan yang tidak ada pagar keselamatan. Yalah, tempat tu bukan untuk orang keluar apa lagi bersantai. Maka kalau jatuh ke bawah, nasiblah, siapa suruh keluar! Tetapi setakat yang saya ingat, belum ada pelajar pernah jatuh ke bawah tu...

Apapun, yang menjadi keseronokan kami ketika itu adalah menunggu wayang cerita apa yang keluar. Tapi kalau buruk pun, bukannya kami ada pilihan... Selain daripada itu, apalagi bentuk hiburan yang kami pelajar sekolah berasrama penuh boleh dapat?


Ini pula binaan di hadapan asrama puteri. Adapun bangunan yang kelihatan di kiri ini pernah menjadi pondok pengawal keselamatan zaman saya masih bersekolah dahulu. Di situlah, di hadapan ratusan pelajar perempuan yang memandang, saya dan 2 orang rakan pernah dipaksa berdiri tanpa baju selama lebih sejam setelah ditangkap malam hari cuba menyeludup keluar daripada kawasan sekolah!

Bayangkan perasaan malu kami ketika itu! Nasib baik masa tu badan saya memang tough... Banyak muscle berketul. Bukan angkat diri tapi itulah kenyataannya sekadar menunjukkan keadaan ketika itu. Tapi malu tetap malu. Dan itulah kali terakhir saya dihukum disiplin kerana sebelum itu saya pernah beberapa kali dihukum atas kesalahan lain. Dan esoknya saya terus dibuang dari sekolah!

Oh... Itulah juga kali pertama saya tertangkap ketika menyeludup keluar sekolah! Sebelum itu saya telah keluar beberapa kali terutama ketika malam buta tetapi tidak pernah tertangkap atau disedari, mungkin kerana keluar seorang diri.

Apa yang berlaku ketika itu, saya dipujuk 2 orang rakan untuk menunjukkan jalan kerana mereka ingin membeli rokok di luar selain ingin merasa keluar malam hari seperti saya. Sedangkan ketika itu, bermula sekitar sebulan sebelum itu, saya telah berikrar kepada diri sendiri dan keluarga tidak akan melanggar disiplin lagi setelah pernah sekali dibuang atas satu kesalahan kemudian diterima masuk kembali...

Apapun biarlah apa yang berlalu terus berlalu, Saya setakat bercerita apa yang terbit dalam proses penceritaan secara spontan yang mungkin berguna untuk merungkai masalah diri saya sendiri. Lagi satu nak beritahu, kawasan pejalan kaki berbumbung di sebelah bangunan kecil yang pernah menjadi pondok pengawal itu dahulu adalah pintu masuk utama ke sekolah...


Bila dilihat kembali kedudukan-kedudukan bangunan lama ini, baru saya sedar masjid yang sekarang berada di kawasan sekolah ini, masjid yang belum wujud ketika saya bersekolah ini terletak di kawasan utama luar sekolah tempat ibubapa menziarahi anak-anak sambil "berkelah" makan-minum bertanyakan khabar...

Allah! Teringat bagaimana perasaan anak-anak kecil yang ibu-bapanya tidak berpeluang menziarahi, mungkin akibat sibuk bekerja, mungkin kerana duduk jauh... Kalau datang pun bukan boleh selalu berbanding mereka yang lebih beruntung duduk dekat dan selalu diziarah saudara-mara.

Bayangkan perasaan anak-anak kecil yang baru membesar mengenali erti kehidupan duduk jauh di asrama, jauh daripada lingkungan kasih-sayang keluarga... Duduk terkongkong penuh disiplin dalam kawasan sekolah dan asrama yang terkecil di Malaysia, seminggu sekali sahaja dapat keluar sementara untuk bersolat Jumaat, 2 minggu sekali baru dapat outing sehingga jam 6 petang sebelum pulang ke dalam. Bayangkan... Belajar erti kehidupan, kena ragging dan macam-macam, teringin mengadu kepada keluarga tetapi keluarga tidak dapat datang. Bayangkan keadaan anda jika sifat semulajadi anda dan cara pemikiran ada sedikit lain daripada yang lain tetapi dipaksa menuruti cara kebiasaan ramai demi untuk terus hidup dalam lingkungan anak-anak lain yang sekadar bertindak seperti kelaziman orang kebanyakan. Bayangkan menyimpan segala perasaan dan tekanan jiwa seorang diri di kala melihat rakan-rakan yang lebih beruntung ketawa bergembira bersama sanak saudara yang datang membawa berbagai juadah dan buah tangan.

Bukan ibu-bapa saya tidak datang... Cuma tak boleh selalu. Maklumlah ayah bekerja di Kuala Lumpur, seminggu sekali kembali ke Muar di mana ibu duduk dan bekerja. Tentu penat perlu berkejar pula ke Kluang. KL ke Muar hampir 200km... Mahu ke Kluang lagi 90km begitu... Dan zaman itu belum ada Lebuhraya Utara-Selatan untuk memendekkan perjalanan... Dan adakalanya, saya lebih suka ibu-bapa tidak datang walaupun rindu. Sebabnya, ayah saya sangat garang dan saya selalu dimarahi sedang saya sedang menghadapi banyak masalah di asrama...

Ah cukuplah! Cukuplah diberitahu jalan yang kelihatan dalam gambar di atas ini juga menandakan jalan yang perlu diambil untuk keluar masuk sekolah. Lebih jauh dan berliku berbanding jalan masuk sekarang yang lebih dekat dengan kaki bukit...


Nah... Inilah jalannya. Kembali kita ke sini...


Maka sampailah masanya untuk meninggalkan SMSJ dan segala kenangannya. Oh... Cerita ini boleh dianggap sebagai kesinambungan 2 buah cerita mengenai Kluang yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Untuk membacanya, sila klik...

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 1

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 2

Selamat jalan! :]


Rabu, Januari 30, 2008

Salam daripada Lumut, Perak... Salam Perak Man, hehe!

Gambar yang diambil di Muzium Arkeologi di Lenggong, Perak ini menunjukkan gambaran Perak Man, orang purba Perak yang tulangnya ditemui di sekitar kawasan itu. Tulang itu dipercayai berumur berpuluh ribu tahun lalu diambil sebagai bukti Perak sudah lama didiami manusia. Biodata Perak Man yang dapat digapai melalui kajian saintis pun dipaparkan dalam bentuk kad pengenalan My Kad. Mungkin juga ini boleh dijadikan bukti bahawa penyelewengan daftar pilihanraya telah berlaku lama sejak zaman-berzaman?
Bayangkan, jika Perak Man yang sudah mati berpuluh ribu tahun pun ada My Kad yang boleh digunakan untuk mengundi, bagaimana pula mereka-mereka yang diketahui telah mati cuma beberapa tahun lalu... Bagaimana pula tentang warga-warga asing yang menurut ceritanya senang-senang diberi MyKad supaya menyokong pihak tertentu? Hehe! :]

Assalamualaikum semua... Saya kini berada di Lumut, menulis daripada sebuah Internet Cafe yang baru didirikan di tengah pekan... Kalau tidak, seseorang itu perlu berjalan hampir 1km ke Blue Bay (betul ke nama ini? Ingat-ingat lupa) untuk ke Internet Cafe terdekat dan itulah yang saya lalui kali terakhir berada di Lumut setahun lalu.
Oh... Sengaja saya gunakan gambar di atas sebagai hiasan kerana satu, saya tidak dapat memaparkan apa-apa gambar tentang Lumut. Sebabnya kerana saya belum dapat mengalih gambar-gambar terbaru yang diambil dengan kamera digital (dalam SD memory card) kepada thumb-drive. Sebab kedua, timbul rasa hendak mengarut sedikit apabila melihat gambar MyKad Perak Man itu yang termasuk dalam gambar-gambar yang sempat dialihkan melalui laptop di rumah seorang rakan di Sungai Siput 2 hari lepas.
Selalunya, saya akan terus mengalihkan gambar daripada kamera masuk ke komputer seterusnya thumb-drive pada setiap malam sesuatu perjalanan tetapi semenjak hampir sebulan ini saya tidak dapat berbuat begitu akibat kerosakan yang berlaku pada laptop milik saya, laptop yang terpaksa ditinggalkan di sebuah kedai di Kuala Lumpur sejak seminggu lalu untuk diperbaik-pulihkan.
Hmm... Bercakap tentang laptop ini, saya rasa pernah menyebut bahawa ia mula menghadapi masalah tidak dapat dihidupkan setelah sampai ke Kluang. Kemungkinan besar ini disebabkan beg besar tempat laptop ini disimpan jatuh beberapa kali dalam perjalanan bas buruk yang sering tersenggut-senggut daripada Mersing ke Kluang terutama apabila melalui jalan berliku-liku.
Bila sebut tentang Mersing ini, rasanya elok juga diletakkan sedikit gambar berkaitan kerana saya baru sahaja menyiapkan satu artikel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , satu lagi di
SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Ini gambar-gambarnya...


Pembaca juga boleh masuk balik ke artikel Salam daripada Mersing pula! yang dibuat sebulan lepas. Adapun di masjid inilah saya mengalami "kemalangan bodoh" yang menyebabkan muka saya berdarah lalu dinukilkan sedikit ceritanya dalam Salam daripada Mersing pula! Biar saya copy and paste di sini ya...



Oh... Sahaja nak mengadu agaknya... Bibir depan atas saya sedang bengkak dengan sedikit darah juga di gusi dan bahagian hidung yang tercalar. Inilah bahana tadi saya memanjat pagar batu masjid untuk mengambil gambar-gambar yang dirasakan menarik terutama gambar-gambar pulau-pulau di perairan Mersing. Dalam seronok berjalan, saya terlupa yang badan saya yang sedikit demam-demam sebenarnya agak kepenatan sehingga langkah saya mula sumbang.
Selesai mengambil gambar, saya melompat ke bawah. Ketika itu, beg sandang kecil yang mengandungi komputer laptop (beg besar dan sebuah beg lain telah ditinggalkan di hotel awal sebelumnya) pun bergoncang lalu saya menggunakan kedua-dua tangan yang ditarik ke belakang untuk mengstabilkan beg itu kembali...
Sambil itu kaki saya melangkah untuk melompat naik ke satu aras bahagian jalan dan tempat letak kereta bertar di hadapan masjid. Ketika itulah saya tergelincir dan buat pertama kali seumur hidup, berdebuk saya jatuh dengan muka di bahagian hidung dan mulut menyentuh tar terlebih dahulu sebelum bahagian lain jatuh! Allah! Sakit sungguh... Langsung tak sempat bertongkatkan tangan mahupun siku. Selalunya kalau terjatuh, saya sempat mengalih tubuh badan supaya mana-mana bahagian yang sensitif terlindung dan selamat. Kali ini langsung tidak!
Tetapi dalam kesakitan sehingga saya terduduk lama di tepi jalan berhadapan serambi masjid memikirkan apa yang berlaku, saya cuma berzikir subhanallah dan alhamdulillah sahaja! Alhamdulillah, ini bermakna sudah ada peningkatan dalam perjalanan musyahadah saya di mana saya bersyukur dengan kesakitan ini... Bersyukur kerana mungkin ia adalah satu kesakitan kecil berbanding dengan bala-bala yang lebih besar yang mungkin sahaja boleh berlaku bila-bila masa sahaja pada saya tetapi telah dijauhi Allah. Maklumlah, saya dah jauh berjalan dan dilindungi Allah. Tentu kurang sopan kalau timbul walau sedikit pun rasa kesal oleh kerana diberi sedikit kesakitan sedangkan selama ini Allah telah menjaga saya dalam banyak keadaan yang lebih mencabar. Dan syukur juga kerana saya dapat mengingati Allah, bukan keluar maki hamun atau marah-marah.
Mungkin juga saya kena menerima kesakitan ini akibat tidak mempedulikan keadaan.... Terus sahaja berjalan-jalan mengambil gambar di atas tembok masjid ketika imam sedang membaca khutbah kemudian melompat ke bawah dan terus bergerak melangkah tanpa berhenti untuk memerhatikan keadaan sekeliling sehingga timbul sedikit riak akibat langkah saya yang dirasakan selalunya mantap... Siapa tahu, bila-bila masa sahaja Allah boleh membuat langkah kita jadi sumbang sehingga jatuh berdebab tanpa sebab?


OK... Berbalik pada cerita "Salam daripada Lumut, Perak"... Sebelum itu, saya minta maaf kerana gambar Perak Man tadi tidak cukup terang akibat pantulan cahaya lampu. Apapun anggaplah ia sekadar nukilan main-main walaupun apa yang disebut itu mungkin benar-benar berlaku, hehe! Terus-terang saya cakap saya benci dunia politik... Saya kenal ramai orang berkedudukan VVIP dalam dunia politik tetapi tak ingin lagi ambil tahu kerana sudah menyampah... Lebih baik bercakap tentang perkara-perkara melibatkan hati daripada buang current bercerita tentang dunia bohong... Malah lebih elok berceloteh begini bercerita tentang perjalanan dan pengembaraan. Semoga ada yang dapat menangkap mesej tersirat terutama yang melibatkan hal-hal keTuhanan di sebalik penceritaan santai ini...

Hmm... Saya sebenarnya membuat posting ini sekadar untuk menerangkan secara ringkas akan perjalanan yang dilalui baru-baru ini... Dalam Sekali lagi, salam daripada Sungai Siput! saya sekadar dapat membuat update perjalanan sehingga satu round-trip lebih 260km yang dibuat hari Jumaat meliputi banyak makam-makam lama termasuk 10 orang Sultan Perak. Maka biar diberitahu, esoknya hari Sabtu saya telah pergi ke Lenggong untuk bermalam di kampung seorang rakan di Kampung Cha'in. Dalam perjalanan ke sana sempat menziarahi sebuah makam misteri di tepi Tasik Raban.


Oh... Gambarnya telah selamat dialih ke thumb-drive. Rasanya boleh letak di sini... Ini dia...



Hari seterusnya Ahad, saya dan rakan itu, Asri pun memulakan perjalanan mencari dan menziarahi makam-makam lama di sekitar Lenggong... Bermula dengan Makam Tok Sendalu dan Mak Tok Lalang di Luat, singgah sebentar di Muzium Arkeologi Lenggong di mana gambar Perak Man tadi diambil seterusnya ke Kampung Chegar Galah untuk menziarahi Makam Tok Jawang, Makam Tok Terosor dan Makam Menteri Syarif Shamsuddin.

Untuk menziarahi Makam Tok Terosor kami terpaksa meredah belukar yang penuh semak... Ketika hendak kembali ke kereta, kawan saya pula tercicir kunci. Nasib baik dapat juga jumpa setelah lama mencari. Kemudian baru ke Makam Tok Jawang di mana seperti di Makam Tok Terosor, kami juga terpaksa menebas dan membersihkan kawasan makam yang begitu bersemak. Setelah itu baru kami kembali ke Kampung Chain untuk menziarahi Makam Tok Busu Sega.

Sebenarnya petang Sabtu sebelumnya kami sudah pergi mencari makam ini tetapi tidak berjumpa walaupun menurut Asri dan penduduk tempat, makam itu boleh kelihatan daripada tepian jalan. Tetapi hari Ahad itu baru kami dapat menemuinya, mungkin sebagai sambungan kerja membersihkan dan menebas belukar di kawasan Makam Tok Terosor dan Tok Jawang, baru boleh "ditemui" dan membersihkan Makam Tok Busu Sega. Untuk pengetahuan, kecuali Menteri Syarif Shamsuddin, kesemua makam-makam ini adalah milik anak cucu keturunan watak legenda bernama Tun Saban yang pernah memerintah Hulu Perak lebih 400 tahun lalu!

Ah... Sekali lagi jadi panjang pula bercerita. Biar diringkaskan...

Pada Ahad malam Isnin, kembali dari Kampung Chain ke Sungai Siput rumah Asri. Esoknya Isnin ikut dia ke Ipoh kemudian baru ambil bas melalui Parit ke Beruas. Daripada Beruas dapat hitchike lori sejenak sebelum terpaksa turun akibat lori berpatah balik kerana ada pemeriksaan JPJ sedikit ke hadapan. Kalau ikutkan saya boleh ambil jalan senang terus menaiki lori kerana ia memang mahu ke Lumut walau harus menurut jalan lain tetapi saya berjanji kepada diri sendiri harus melalui Pengkalan Remis.

Setelah berjalan kaki beberapa jauh baru dapat menumpang lori ke Batu Hampar kemudian menaiki kereta ke Pengkalan Baru. Singgah di masjid sebelah Sungai Beruas mandi dan bersolat sebelum berjalan kaki melalui Pengkalan Remis dan terus lagi sampai malam sehingga menghampiri simpang ke Air Tawar berhadapan bukit-bukit Segari. Kemudian baru menumpang kereta sehingga ke masjid lalu bermalam di sana.

Selasa semalam le, saya pergi ke Baitul Hilal tempat melihat anak bulan di Pasir Panjang, melalui jalan ke logi janaeletrik Segari... Masuk sebentar ke hutan simpan di situ untuk berbaring di bawah pohon Beruas kemudian baru ke tempat penetasan telur penyu... Best woo tengok penyu hidup berenang... Ada dekat 20 ekor kat situ.

Kemudian baru keluar menumpang motor orang sampai ke Kampung Batu Tiga, berjalan kaki untuk ke Damar Laut... 1 km terakhir baru naik bas kemudian naik bot menyeberangi Sungai Dinding lalu ke Lumut.

Atas saranan seseorang yang istimewa, semalam saya bermalam di rumah seorang saudaranya. Selepas Zuhur, saudara itu menghantar saya ke bandar Lumut kerana saya memberitahu cuma akan bermalam satu malam sahaja di sini kerana mahu meneruskan perjalanan ke Teluk Intan. Tetapi apa yang terjadi, tercongok lama pula saya membuat postings di blogspots... Semasa menulis ayat ini, sudah masuk jam 6.31 petang... Rasanya sudah tertinggal bas terakhir ke Teluk Intan.

Nampaknya seperti yang berlaku di Mersing sebulan lepas, kemungkinan besar saya terpaksa bermalam satu malam lagi di sini. Hmm... Mungkin lebih senang bermalam di masjid jamek yang terletak di tengah pekan. Lagipun di situlah saya biasa bermalam apabila berada di Lumut. Sekian! :]

Berbalik ke Kota Tinggi...

Subhanallah dan assalamualaikum semua. Kalau tak salah ingatan, daripada minggu lepas lagi saya ada menyebut ingin menyambung cerita tentang perjalanan pusing Johor meliputi 8 daerah utama yang tamat sejurus sebelum masuk 1 Muharam 1429 iaitu 3 minggu lalu. Nampaknya perhatian saya sering dialihkan pada perjalanan terkini di utara yang masih berjalan lagi sehingga ke hari ini. Maka itu biar terus saya melompat ke sambungan yang sepatutnya ya...
Oh... Kali terakhir saya bercerita tentang Johor dalam blogspot ini adalah di artikel bertajuk Nostalgia di tengah bandaraya Johor Bahru . Selepas bermalam di JB, saya pun pergi ke Kota Tinggi. Maka biar kita "berbalik ke Kota Tinggi" ya...

Pemandangan di stesyen bas Kota Tinggi. Kalau tak salah ingatan, saya meninggalkan Johor Bahru sejurus selepas waktu makan tengahari. Lebih sejam kemudian sampailah ke Kota Tinggi...

Tetapi saya sebenarnya belum makan tengahari dan perut pun mula terasa lapar. Maka perkara pertama di buat di Kota Tinggi adalah mencari tempat makan yang dirasakan sesuai. Ternampak pula restoran yang kelihatan menarik ini... Menarik kerana memakai nama Batu Sawar yang merupakan nama sebuah kota lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau dahulukala.

Apabila saya masuk ke restoran, ternyata di dalamnya terpapar banyak gambar dan informasi berkaitan sejarah lama Johor. Apalagi, saya pun makan di situ seraya membelek-belek informasi dan gambar yang ada. Ceritanya telah saya nukilkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH bawah tajuk Historic Kota Tinggi, once the seat of the Johor Empire...


Selesai makan saya pun terus berjalan-jalan. Semasa di JB, saya sempat membelek-belek peta bandar Kota Tinggi lalu dapat "menghadam" kedudukan makam-makam lama milik watak-watak penting dalam sejarah Johor lama. Lalu saya dapati di antara makam-makam ini, makam milik Laksamana Bentan adalah yang paling dekat daripada pusat bandar. Lalu saya menuju ke arah itu...

Oh... Saya sengaja mengambil gambar di atas kerana tertera nama Jalan Tun Sri Lanang. Adapun, Tun Sri Lanang dikenali ramai sebagai penulis kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang banyak memperkatakan sejarah kerajaan dan Raja-raja Melayu daripada zaman sebelum kemunculan Melaka sehingga ke abad 18 Masihi... Beliau adalah seorang Bendahara Johor yang berasal daripada keturunan Bendahara-bendahara Melaka...


Perjalanan ke Makam Laksamana Bentan ini menyusuri Sungai Johor. Selepas menyeberang jambatan di dalam gambar ini menghala ke barat, saya terserempak dengan seorang penduduk tempat berumur sekitar 50an. Melihat keadaan saya yang ternyata musafir dengan beg besar di belakang (juga sebuah lagi beg di tangan mengandungi beberapa naskah siri buku "Berpetualang ke Aceh"), dia mengajak saya bermalam di rumahnya.

Hmm... Elok juga itu. Tak perlu bersusah-payah mencari hotel atau menumpang di masjid. Lagipun rumahnya terletak tidak jauh daripada Makam Laksamana Bentan. Dan bukankah pertemuan ini juga termasuk di dalam Qada' dan Qadar Allah belaka? Maka ke rumahnya lah kami tuju...


Setelah berehat sebentar di rumah abang itu kemudian mandi dan menunaikan solat, baru kami keluar dengan abang ini menunjukkan arah. Kelihatan dalam gambar ini adalah abang yang mengajak saya bermalam di rumahnya.

Oh... Sebelum keluar rumah tadi, kami terpaksa menunggu isterinya kembali kerana dia tertinggal kunci rumah. Kemudian baru kami keluar berjalan kaki. Rupa-rupanya, Makam Laksamana Bentan terletak tidak sampai setengah kilometer daripada rumahnya. Cerita bergambar makam ini telah saya letak di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) lebih 2 minggu lalu! Di bawah tajuk Makam (tomb) of Laksamana Bentan ...


Selesai ziarah ke Makam Laksamana Bentan, kami terus menuju ke Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Untuk pengetahuan, Sultan Mahmud ini adalah Sultan terakhir Johor daripada keturunan Raja-raja Melaka. Kalau tak salah ingatan, baginda dibunuh oleh Laksamana Bentan ketika sedang diusung pergi ke masjid untuk bersolat Jumaat. Sebab itu dipanggil Mangkat Dijulang...

Daripada Makam Laksamana Bentan yang terletak di Kampung Kelantan, kami berjalan lawan arah menyusuri Sungai Johor iaitu menghala ke kuala... Menghala sahaja... Kuala Sungai Johor terletak sekitar 40km daripada sini!

Daripada tepian sungai, kami belok ke utara lalu sampai ke stesyen bas tempat saya mula-mula turun tengahari tadi. Di tepi stesyen bas itu terdapat sebuah jambatan kayu menyeberangi sungai kecil. Kami pun menyeberang sebelum masuk lorong-lorong kecil di tepian rumah-rumah orang...


Tidak lama kemudian kelihatanlah kawasan permakaman yang mengandungi Makam Sultan Mahmud Mangkat DiJulang. Ceritanya telah diletakkan di dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pada Isnin, 14 Januari 2008. Tajuknya ialah Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang ...


Daripada kawasan Makam Sultan Mahmud DiJulang, kelihatan pula "Pengkalan Kota" lama di tepian Sungai Johor ini. Di seberang sana, terletak sebuah lagi makam bersejarah, milik seorang wanita bernama Siti Aminah. Tetapi beliau dikenali sebagai Siti Jalang... Nama yang sungguh tidak senonoh bunyi. Ini kerana wanita cantik ini mengahwini 100 orang laki-laki!

Menurut ceritanya, 99 orang suaminya semuanya mati selepas malam pertama kahwin. Cuma laki-laki ke 100 yang dapat bertahan terus menjadi suami. Katanya kerana beliau cukup "berisi", memiliki ilmu yang boleh membatalkan ilmu "kuncian" yang ada pada Siti Aminah sehingga menyebabkan 99 orang suami sebelumnya mati!

Apapun hari sudah semakin lewat ketika itu. Kami pula mahu menuju kawasan pemakaman yang lain...


Menurut peta bandar Kota Tinggi yang saya lihat di JB, kawasan pemakaman yang ingin dituju seterusnya juga tidak jauh daripada Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Tetapi kami pula melilau-lilau mencarinya di kawasan lain kerana kehilangan arah. Rupa-rupanya kami sudah terlajak... Semasa berjalan tadi, kami telah bertegur-sapa dengan seorang kenalan wanita abang tempat saya menumpang itu. Lalu kami tidak sedar, di belakang wanita itulah terdapat papan-tanda kawasan makam yang ingin dituju, Makam Bendara Tun Habab, seorang cucu Tun Sri Lanang...

Untuk makluman, Bendahara Tun Habab hidup sezaman dengan Laksamana Bentan dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Oleh kerana Sultan Mahmud dikatakan tidak meninggalkan zuriat, maka anak Bendahara diangkat menaiki takhta menjadi Sultan Abdul Jalil IV!

Seorang lagi anaknya menaiki takhta Terengganu sebagai Sultan Zainal Abidin I. Anak-anak lain memegang jawatan-jawatan tertinggi istana termasuk Bendahara dan Temenggung yang baru. Keturunan Bendahara memegang Pahang sementara Temenggung memegang Johor. Pada penghujung Abad ke 19 Masihi, Bendahara Wan Ahmad mengangkat dirinya menjadi Sultan Pahang sementara Temenggung Abu Bakar menjadi Maharaja seterusnya Sultan Johor...

Oh... Cerita bergambar Makam Tun Habab ini juga sudah dinukilkan di dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) lebih seminggu lalu. Tajuknya ialah Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab. Sekian ya! Fuh, lega dah settle cerita ni... Heh!