Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Julai 07, 2020

Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Akhirnya. Apa ada di persekitaran KM305.5 tempat kereta mati?

Salam petang Selasa 15 Zulkaedah 1441 Hijriah. Setelah beberapa lama sampailah masanya untuk menutup siri "Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019"   yang ceritanya  bermula  pertengahan tahun lalu. Bersambung daripada artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Memulakan proses menutup cerita setelah 6 bulan tertangguh.


Pagi Isnin 15 Jun 2020. Setelah bermalam di rumah seorang kawan di Kampung Padang Changkat, kami bersedia untuk menyambung perjalanan.


Kampung tersebut terletak di belakang Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Bersebelahan istana utama kerajaan Perak itu terdapat istana lama ini yang telah dijadikan muzium. Namun ia sudah bertahun ditutup atas alasan renovasi. Sampai la ni masih tak buka-buka lagi...


Kami merentas bandar diraja Kuala Kangsar untuk ke destinasi seterusnya.


Sudah menjadi kebiasaan setiap kali ke Kuala Kangsar kami akan singgah ke makam Tok Temong.


Tentang siapakah Tok Temong ini telah banyak kali diceritakan dalam blogspot ini. Jadi tak perlulah diulang.


Bila ke makam yang terletak 11 km ke utara bandar Kuala Kangsar ini saya juga suka mengambil masa melihat dan merehat sebentar di bahagian Sungai Perak bersebelahan kompleks makam...








Selesai ziarah kami ke jambatan lama kereta api yang dikenali sebagai Victoria Bridge sekitar 4 km ke selatan makam. Lihat artikel Bringing the family to Victoria Bridge di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Oh. Sepanjang perjalanan ke makam dan jambatan kawan kami dari Padang Changkat dan suaminya ada ikut sama. Selepas itu baru kami berpisah lalu kami meneruskan perjalanan ke arah Ipoh melalui jalan lama.






Hmm. Lupa sudah apakah gambar ini diambil di bandar Sungai Siput atau pekan Chemor. Harus dicatatkan bahawa kami ada singgah di Chemor untuk ke bengkel di mana kereta kami pernah ditinggalkan selama 6 bulan selepas mengalami kerosakan teruk dalam perjalanan ke selatan Thailand (rujuk Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Memulakan proses menutup cerita setelah 6 bulan tertangguh). Kali ini didapati ada sedikit masalah dengan hos radiator ke enjin. Masalah ini baru disedari apabila kami membawa kereta ke Kuala Kangsar petang Ahad 14 Jun. Alhamdulillah saya dapat mengenal pasti masalah tersebut ketika sampai ke Padang Changkat. Ia pun dapat diperbaiki dalam masa yang singkat.


Seterusnya kami berhenti untuk makan tengah hari dengan menghabiskan nasi lemak yang dibekalkan oleh kawan dari Padang Changkat.


Kami makan di hadapan masjid jamek Tanjung Rambutan, pinggir bandar raya Ipoh.


Di sini juga kami anak beranak menjamakkan solat Zohor dan Asar.


Perjalanan diteruskan masuk ke bandar raya.


Tapi tak jadi pula hendak masuk ke pusat bandar raya. Sebaliknya kami meneruskan dengan masuk ke jalan lama utama ke arah Kuala Lumpur dan selatan.


Selepas Gopeng kami membelok ke arah bukit batu kapur yang membentuk Gua Tempurung.


Sudah disebut dalam artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Memulakan proses menutup cerita setelah 6 bulan tertangguh bahawa dekat bukit inilah kereta kami mati akibat kerosakan. Ingat nak masuk jenguk Gua Tempurung, nak tengok apakah ada apa-apa kaitan. Tapi ia sedang ditutup.


Tak mengapa. Dengan menggunakan Google Map saya cuba pula mencari jalan luar lebuh raya yang terdekat ke tempat kereta kami mati iaitu di kilometer 305.5 Lebuh Raya PLUS.


Melihat pada kedudukan dalam peta saya menjangkakan lorong ini membawa pada kedudukan terdekat itu.


Saya memanjat naik tepian lorong yang membawa pada tepian lebuh raya...





Nah. Letaknya pada kilometer 306 Lebuh Raya PLUS. Ertinya tempat tepat kereta saya mati itu adalah cuma 500 meter ke hadapan.






Beginilah kedudukan tepat kereta dalam paparan satelit apabila dilihat menggunakan program Google Earth. Kelihatan berwarna putih di tengah peta lorong tempat saya berhenti untuk meninjau kedudukan terdekat di lebuh raya. Nampak bagaimana ia memintas melalui bawah lebuh raya yang ditanda dengan dua baris berwarna jingga? Lorong dan kedudukan boleh dicapai melalui jalan yang ditanda warna kuning. Kedudukannya keluar beberapa kilometer dari jalan utama.


Ketepatan kedudukan dapat dipastikan menggunakan satu kemudahan yang dipanggil Street View dalam Google Earth. Apabila lokasi yang sudah dikenal pasti dilihat pada paras jalan memang boleh kelihatan papan tanda kilometer 305.5.


Beginilah kedudukan keseluruhan kawasan apabila dilihat menggunakan Google Map pada skala yang lebih besar. Tempat kereta mati itu berada dekat dengan tanda "AH2". Jalan yang digunakan untuk mencapai kedudukan dari luar Lebuh Raya PLUS pula kelihatan jelas mengelilingi satu kawasan bukit dan hutan yang ditanda sebagai Hutan Lipur Sungai Salu. Ia sebenarnya adalah sebuah gunung kerana saya dapat mengesan puncaknya mencapai ketinggian lebih 4,000 kaki dari paras laut. 


Dengan itu dapat dikenal pasti kawasan dataran antara celah bukit/gunung (antara Gua Tempurung dan Hutan Lipur Sungai Salu) yang dilihat daripada tempat kereta mati. Rujuk balik artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Memulakan proses menutup cerita setelah 6 bulan tertangguh.



Apakah signifikannya kawasan tersebut? Biar disimpan untuk diri sendiri. Yang pasti melalui  jalan berkenaan boleh sampai ke pekan Chenderiang yang setahu saya terdapat ramai keturunan Sayyid bercampur keturunan raja Perak. Dari situ juga boleh sampai ke air terjun Lata Kinjang yang boleh kelihatan tinggi atas bukit daripada tepian Lebuh Raya PLUS lalu kami pun singgah. Sekian. Tamatlah siri "Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 ".


Isnin, Jun 29, 2020

Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Memulakan proses menutup cerita setelah 6 bulan tertangguh

Salam petang Isnin 7 Zulkaedah. Merujuk pada posting bertajuk Artikel-artikel lama warna-warni kehidupan daripada BERPETUALANG KE ACEH yang dipersembahkan 4 hari lalu juga artikel-artikel berkaitan dalam tempoh 3 bulan kebelakangan. Umumnya rakyat Malaysia tahu bagaimana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang mula dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu demi menangani penularan wabak virus COVID-19 telah menghadkan pergerakan semua orang. Pada 10 Jun baru orang ramai dibenarkan bergerak merentas negeri lalu boleh balik kampung beraya dan sebagainya. Disebabkan itu setelah beberapa lama baru saya dan keluarga dapat berjalan-jalan seperti kebiasaan. Menariknya cerita kali ini sebenarnya bersambung daripada cerita suatu perjalanan jauh yang secara fizikalnya telah selesai lebih 6 bulan lalu. Tetapi secara semangat atau batinnya ia belum lagi selesai sampailah baru-baru ini. Kenapa dikatakan begitu? Hah. Baca betul-betul.


Merujuk pada artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Menutup gerak di Terengganu yang dipersembahkan pada 31 Januari 2020. Adapun ia merujuk pada perjalanan saya dan keluarga di Terengganu 25 Disember 2019 setelah beberapa hari berjalan di selatan Thailand sebelum masuk kembali ke Malaysia daripada arah Takbai kemudian Pengkalan Kubor di Kelantan. Walaupun pada malam itu kami kembali ke rumah di Selangor tetapi disebut pada penghujung artikel bahawa pada saya cerita belum betul-betul selesai. Kenapa dikatakan begitu? Lihat kereta Proton lama dalam gambar.



Gambar ini diambil pada jam 2.30 petang Ahad 14 Jun iaitu setengah bulan lalu. Ketika itu saya, isteri dan dua anak kecil kami sedang bersedia untuk membuat satu perjalanan rentas negeri mengambil kesempatan atas kelonggaran PKP yang bermula Rabu 10 Jun.


Walaupun masuk sahaja hari Rabu selepas jam 12 tengah malam dah boleh keluar berjalan jauh kami harus menunggu hujung minggu kerana isteri bekerja setiap hari minggu. Sebagai seorang kakitangan teknikal TM (Telekom Malaysia) isteri saya termasuk salah seorang frontliner atau pekerja barisan hadapan dalam menghadapi wabak COVID-19 ini. Ketika ramai orang bercuti atau bekerja dari rumah dia terus ke tempat kerja setiap hari minggu kerana khidmatnya diperlukan untuk memastikan kelancaran sistem telekomunikasi sekurang-kurangnya dalam kawasan liputan dari Rawang. Kalau tiada orang seperti beliau meneruskan kerja bagaimana orang lain dapat melakukan kerja dari rumah kerana ini semua memerlukan sistem telekomunikasi yang lancar?


Saya pula memang selalu berada di rumah bersama dua orang anak yang tidak dapat pergi ke sekolah sejak PKP mula dikuatkuasakan 18 Mac. Kalau kami nak keluar berjalan jauh 10 Jun itu boleh sahaja tapi tak seronoklah kalau isteri tak ikut sama. Sebetulnya kami anak beranak dah bergerak jauh Jumaat malam Sabtu 12 Jun untuk kembali ke kampung ibu saya di Muar. Sempatlah beraya 21 Syawal sebelum bergerak kembali ke rumah Sabtu malam Ahad.


Kami harus kembali ke rumah untuk membuat perjalanan jauh seterusnya melawan arah. Jika sebelumnya kami bergerak 240 km ke selatan untuk sampai ke Muar kali ini kami harus bergerak kurang sedikit jarak menghala ke arah utara pula. Kelihatan kereta buruk yang dinaiki ketika singgah di tempat rehat atau RnR Tapah jam 4 petang Ahad. Untuk makluman ia adalah kereta pinjam pomen.


Kenapa naik kereta pinjam pomen? Haaa. Inilah ceritanya... kenapa artikel ini termasuk dalam siri cerita "Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019". Kenapa penceritaannya dikira bersambung daripada artikel  Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Menutup gerak di Terengganu yang dipersembahkan 31 Januari.


Adapun artikel  Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Menutup gerak di Terengganu merupakan yang ke-11 dalam siri. Ia merujuk pada hari ke-10 pengembaraan pusing selatan Thailand (dan utara Semenanjung Malaysia sekali) yang memakan jarak keseluruhan sekitar 2,000 km. Namun pada awal perjalanan lagi kami menghadapi dugaan apabila kereta sendiri yang dibawa menghadapi masalah. Walhal ia baru sahaja diselenggara dan ditukar timing belt kurang seminggu sebelum itu.




Hal ini ada diceritakan panjang lebar dalam artikel ke-2 siri, Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Manusia merancang Allah SWT jua menentukan hampir 6 bulan lalu. Kami memulakan perjalanan dengan bertolak dari rumah di Sungai Buaya, Rawang sekitar jam 9.16 Isnin malam Selasa 16 Disember 2019 lalu masuk ke Lebuh Raya PLUS . Masalah mula terasa sebelum sampai ke RnR Tapah. Sampai ke lokasi yang kelihatan enjin kereta mati. Nasib baik sempat mengalihkan kereta ke tepi.



Artikel tersebut telah memperincikan apa yang berlaku malam itu hingga hampir waktu Subuh. Kelihatan adalah lokasi tepat tempat kereta mati. Saya ingat kerana ada mengambil gambar papan tanda kilometer 305.5 ini pada jam 12.35 awal pagi Selasa 17 Disember. Sejak itu saya berazam akan singgah lagi lalu mengambil gambar pada waktu siang hari. 

Pada waktu itu saya telah mengenal pasti bahawa kereta rosak sebelum sampai ke kawasan  bukit batu kapur yang membentuk Gua Tempurung di Ipoh. Itulah bukit yang kelihatan dalam gambar ini. Fikir saya ketika itu hal kereta rosak lalu mati di lokasi ini mungkin ada kaitan dengan cerita-cerita pelik bersifat mistik tentang Gua Tempurung dan hutan di sekitarnya. Untuk pengetahun beberapa bulan sebelum itu negara kecoh dengan kehilangan seorang anak muda di situ, dipercayai telah dibawa masuk ke alam bunian. Biar dikongsikan laporan berkenaan daripada Berita Harian On-line 6 April 2019...


-------------


Operasi mencari Acap tertumpu sekitar Gua Tempurung


Oleh Shaarani Ismail



GOPENG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Muhammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap, yang hilang sejak 23 Mac lalu, kini tertumpu semula di kawasan sekitar Gua Tempurung.

Operasi yang memasuki hari ke-14 hari ini, membabitkan 22 anggota termasuk empat pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak.

Ketua Zon 1, JPBM Perak yang juga Komander Operasi JPBM bagi pencarian itu, Mohd Khairul Jamil, berkata operasi ditumpukan di kawasan berkenaan kerana pihaknya mendapat makluman ada ramai sukarelawan mengambil inisiatif sendiri melakukan pencarian di kawasan berkenaan meskipun tidak dibenarkan.

Katanya, kawasan pencarian tertumpu di bahagian belakang dan keseluruhan kawasan gua berkenaan dan pencarian itu adalah yang kelima dijalankan di kawasan Gua Tempurung berdasarkan beberapa maklumat baharu yang diterima.

“Penumpuan diberikan di kawasan Gua Tempurung pada hari ini dan kita akan terus berusaha untuk melakukan pencarian serta berharap mangsa dapat ditemui.

“Kami juga mendapat bantuan daripada polis, APM (Angkatan Pertahanan Awam) dan Jabatan Hutan. Bagaimanapun, apa yang merunsingkan kami sehingga kini belum ada petunjuk tepat lagi,” katanya.

Mohd Khairul turut menasihatkan sukarelawan yang mendapatkan kebenaran polis untuk membantu melakukan pencarian supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.

Katanya, selepas mendapat kebenaran polis, semua sukarelawan perlu mengutamakan keselamatan kerana di dalam hutan terutama di pinggir hutan ada pelbagai binatang berbisa seperti ular.

“Anggota bomba pernah menemui haiwan berbisa itu dan mengingatkan sukarelawan supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di hutan,” katanya.

Mohammad Ashraf, 29, dari Muar, Johor bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer pada pagi 23 Mac lalu dan sepatutnya berakhir pada hari berkenaan di lokasi sama.

Kehilangan mangsa disedari kawannya, Mohd Farid Md Kamal, 32, apabila mendapati Mohammad Ashraf masih tidak sampai selepas selesai perlumbaan sebelum membuat laporan polis kira-kira 1 pagi, hari berikutnya.





Lihat artikel asal di sini.



Ini pula gambar apabila memandang ke sisi terus ke arah kaki langit sana. Sejak berlaku kerosakan kereta lebih 6 bulan lalu itu saya telah menyimpan hajat mahu menyiasat apakah yang ada di sekitar ini.



Namun kena selesaikan dahulu hal berkenaan kereta. Dengan itu artikel-artikel berikut pun dirujuk :-






Di sini tidaklah perlu diulang lagi apa yang sudah diceritakan panjang lebar dalam artikel-artikel tersebut. Cukuplah disebut kerosakan didapati agak teruk lalu kereta perlu ditinggalkan di sebuah bengkel di utara Ipoh. Sambil itu kami anak beranak meneruskan perjalanan ke selatan Thailand dengan naik pengangkutan awam. Apa yang tidak diceritakan atau belum dikongsikan selepas itu adalah  kami telah membuat keputusan untuk mengikut nasihat pomen agar menukar terus enjin kereta. Kata beliau insyaallah siap sekembalinya kami dari selatan Thailand sekitar hari Krismas 25 Disember. 

Tapi tu le. Manusia boleh berjanji dan/atau merancang, Allah jua menentukan. Ketika kami masuk kembali ke Malaysia dari arah Pengkalan Kubor, Kelantan petang 23 Disember jangankan kata pasang enjin nak siap, mula pun belum. Tapi ketika itu kami boleh fahamlah sebab baru bagi RM300 tunai sebagai wang pendahuluan bagi keseluruhan kos tukar enjin RM4,000. Nak bagi lebih-lebih kami tak cukup tunai kerana banyak belanja diperlukan untuk meneruskan perjalanan. Rujuk balik artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Patah sayap bertongkat paruh tetap kami melangkah ke sasaran.



Kami ada berjanji mahu memasukkan lagi RM1,700 secara atas talian dalam perjalanan ke selatan Thailand sebagai mencukupkan separuh kos, harus boleh cover harga beli enjin. Tetapi disebabkan talian Internet tidak lancar ketika menaiki pengangkutan awam kami tidak dapat melakukannya. Bila dah sampai Thailand baru dapat talian lancar menggunakan nombor telefon sana. Tapi tak dapat juga melengkapkan transaksi perbankan kerana nombor TAC yang diperlukan cuma boleh sampai pada nombor telefon Malaysia.

Apapun kami selesaikan juga bayaran tersebut sebaik sahaja sampai kembali ke Malaysia petang 23 Disember. Dengan itu kami mengharapkan agar proses pemasangan enjin dapat selesai sebelum masuk tahun baru 2020. Tengok-tengok tak selesai selesai juga. Rupa-rupanya enjin tukar cadangan yang ada pada tangan pomen tak kena tempat dengan kedudukan alatan-alatan lain dalam kereta. Terpaksalah mencari enjin lain yang lebih sesuai dan kena. Ini sendiri mengambil masa kerana pomen bertempat di Chemor, utara Ipoh sedangkan enjin perlu didapati daripada pembekal di Lembah Klang...

Masuk 4 Januari saya dimaklumkan enjin akan sampai. Tiga hari kemudian saya diberitahu ia dah 50% siap pasang. Sambil itu saya diberitahu ada 2-3 benda lain perlu dibaiki atau digantikan dengan kos lain. Masuk 14 Januari saya masukkan lagi RM1,000 secara atas talian.

Masuk 26 Januari saya diberitahu semua sudah siap dipasang termasuk alatan-alatan lain yang berkenaan. Tapi enjin pula backfire apabila dihidupkan. Nak hubungi tokeh yang jual enjin di Lembah Klang pula tak dapat kerana sedang bercuti Tahun Baru Cina. Motosikal besar saya pula asyik bermasalah sedangkan saya memerlukan pengangkutan untuk menghantar anak-anak ke sekolah sementara kereta satu lagi digunakan oleh isteri untuk ke tempat kerja. 

Maka diaturlah satu pertemuan di Tanjung Malim pada 1 Februari supaya saya boleh meminjam kereta pomen sementara menunggu kereta sendiri betul-betul siap. Ini ada diceritakan dalam artikel Small trip to Tanjung Malim with the youngest son di blogspot BERPETUALANG KE ACEH lebih 4 bulan lalu. Itulah kereta Proton buruk yang ditunjukkan pada awal artikel ini. Ia memang kereta lasak pomen. Cukuplah untuk memenuhi keperluan pengangkutan saya walaupun didapati ia kemudian beberapa kali menimbulkan masalah juga. 

Masuk 9 April baru saya diberitahu bahawa kereta sudah betul-betul siap.  Masuk 18 April saya membayar lagi RM1,000 lalu menjadikan jumlah sudah dibayar adalah RM4,000. Kira cukup untuk meliputi kos penuh tukar enjin seperti telah dijanjikan awal. Tapi ketika itu sudah berlangsung PKP yang menghadkan pergerakan semua orang. Selain itu kereta perlu melalui pemeriksaan dan pengesahan PUSPAKOM. Nak masuk PUSPAKOM mesti pula tukar cermin hadapan kereta yang ada retak sepanjang lebih 2 inci. Dan kena ada surat kastam impot enjin dari luar. Yang ni pun kata pomen belum dapat.

Pada 6 Jun saya mendapat berita bahawa surat kastam dah sampai. Tinggal nak tukar cermin sahaja kemudian hantar masuk PUSPAKOM.  Petang itu juga saya masukkan lagi RM1,000 jadi RM5,000 ke semuanya. Malam itu atau malam seterusnya terus keluar berita bahawa PKP akan dilonggarkan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri. Terus saya merancang mahu ke Ipoh hujung minggu menghantar kereta pomen lalu mengambil balik kereta sendiri. Tetapi apabila dapat tahu adik bongsu saya yang susah hendak mendapat cuti kerana bertugas sebagai doktor di Johor Bahru mahu balik kampung beraya di Muar saya dahulukan balik kampung. Itu yang baru petang Ahad 14 Jun bertolak ke Ipoh.


Dipendekkan cerita bertemulah kami dengan pomen di utara Ipoh lalu bertukar kereta. Kami pun diberitahu jumlah keseluruhan kos termasuk tukar cermin, bayar runner bawa kereta ke PUSPAKOM dan memperbaiki/menukar beberapa alatan adalah RM5,455. Daripada itu RM5,000 sudah dibayar. Bakinya boleh kontra dengan RM70 beli bateri 2nd hand dan sedikit kos memperbaiki masalah kereta Proton buruk.

Sebetulnya ada sedikit drama sebelum mengambil kereta. Bayangkan. Kata kena ambil di Chemor tapi Google Map yang diberikan membawa ke lokasi lain di Tasek, 14 km jauh daripada tempat yang sepatutnya. Apapun yang penting kereta pomen sudah selamat dipulangkan dan kereta milik kami diambil setelah lebih 6 bulan terpisah akibat kerosakan ketika hendak bertolak ke selatan Thailand. Dengan itu kami pun menyambung perjalanan lebih jauh ke utara. Isi minyak sat kat Chemor.



Kami ikut jalan lama melalui Sungai Siput. Asalnya nak singgah rumah kawan di sekitar sini. Tetapi disebabkan drama tadi lebih sejam sudah terbuang begitu sahaja. Ketika gambar ini diambil sudah jam 6.41 petang.


Ketika itu fokus utama kami adalah dapat sampai ke kedai laksa kegemaran di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar sebelum ia dijangka tutup jam 7-7.30 gitu. Alhamdulillah sampai juga hajat setelah hampir setahun kami anak beranak tidak merasakannya.


Kami juga sempat menunaikan solat berjemaah di Masjid Kota Lama Kanan. Seingat saya inilah masjid pertama saya dapat menunaikan solat berjemaah semenjak PKP dilaksanakan 18 Mac.


Di masjid inilah terletak sebatang batu nesan sebagai tanda tempat Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Syah didapati ghaib setelah menunaikan solat Jumaat hampir 500 tahun lalu.


Kami juga singgah di Masjid Ubudiyah, Bukit Chandan selepas menziarahi makam saudara mara di kawasan pemakaman diraja bersebelahan.


Khamis, Jun 25, 2020

Artikel-artikel lama warna-warni kehidupan daripada BERPETUALANG KE ACEH



Salam petang Khamis 3 Zulkaedah 1441 Hijriah. Sepanjang dua bulan setengah kebelakangan saya telah mempersembahkan beberapa kategori baru bagi artikel-artikel lama daripada blogspot berbahasa Inggeris  BERPETUALANG KE ACEH memaparkan warna-warni kehidupan berdasarkan pengalaman sebenar sendiri menurut tema-tema tertentu. Hari ini biar pautan bagi setiap kategori itu dikumpulkan bagi kemudahan pembaca.





Jumaat, Jun 19, 2020

Menggamit kenangan dan ingatan

Salam petang Jumaat 27 Syawal 1441 Hijriah. Setelah beberapa lama memperkenalkan kategori-kategori baru bagi artikel-artikel daripada blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH sampai masanya untuk mempersembahkan kategori terakhir lalu menutup gerak penulisan berkenaan.



Walaupun sukakan pengembaraan dan aktiviti lasak saya sebenarnya seorang yang berjiwa sentimental atau kata sesetengah orang, dalam hati ada taman. Oleh itu saya cenderung untuk mengingati peristiwa-peristiwa lepas sekurang-kurangnya sekali sekala lalu menulis tentangnya. Berikut adalah sejumlah artikel berkenaan yang telah ditulis dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sesungguhnya telah berlaku begitu banyak peristiwa yang membentuk peribadi saya. Dan sebenarnya tidak semua saya tulis walaupun kelihatan seperti sudah begitu banyak dikongsikan kepada orang ramai.


Lamenting a lost

A visit to my old haunt at The New Straits Times

Nostalgic memory of Muar's "Kopi 434"

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 1

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 2

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 3 and last...

The computers which have shaped my life!

Tribute to a dear "friend", my old and cheap digital camera!

The number 191 and what's next...

The full moon and the end of a chapter

My brief take on Kajang... And some thoughts including that of my bike which suddenly came out!

Revisiting the memories of my old school SMSJ...

Melaka old city centre at night and the nostalgia around it...

My latest views of Muar and some thoughts...

Of orchids and old college memories...

 The birds at Bandar Tasik Puteri

Dream of a lil' Luke Skywalker...

Remembering the "A" level college days some 20 years ago! Just to get the juices flowing...

Remembering the "A" Level college days. How I got the nickname Fly!

Remembering the "A" Level college days. Damansara Utama where the cool days started!

Remembering the "A" Level college days. Start of the disco fun and girls...

Remembering the "A" Level college days. The disco circuit of those days... and the girls

Remembering the "A" Level college days. My lecture class, group J

Remembering the "A" Level college days. Drama night - Enter Johnderella!

Remembering the "A" Level college days. The radio station at 51C

Remembering the "A" Level college days. My dear sweet Ann...

Remembering the "A" Level college days. The "scandal" with Ann, my dear sweet Ann...

Remembering the "A" Level college days. The 'ghosts' that haunt 51C...

Remembering the "A" Level college days. A 'get along' session with the BTU juniors...

Remembering the "A" Level college days. The seventh and last trial for a rebel... the one that could have changed it all!

My old alma mater, Sekolah Menengah Sains Johor (Johor Science Secondary School) 


From Nilai to Kajang : Reminiscing on how life has changed and such

The 3-12 May Bugis-Makassar trip stories compiled

Second attempt at auction

First time at Heathrow - Arrival in London

Marble Arch and Malaysia Hall

Frolicking down Oxford Street

From UCL to the LSE

Some favourite places in London

Reminiscing some old travels via international passports



Jumaat, Jun 12, 2020

Kejadian, peristiwa dan sebagainya

Salam malam Jumaat 20 Syawal 1441 Hijriah. Kita sambung pengenalan kategori-kategori baru bagi artikel-artikel daripada blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH.



Kategori ini biar dipanggil sebagai "Kejadian, peristiwa dan sebagainya". Ia adalah untuk artikel-artikel yang timbul akibat suatu hal atau peristiwa. Oh. Lebih seminggu kebelakangan ini saya dan isteri jadi rajin menghidupkan tanah di belakang garaj rumah kami untuk dijadikan kebun. Sambil itu saya seronok mendirikan sebuah pondok untuk berehat juga jadi tempat beramal - sudah beberapa malam saya mengaji Al-Quran di pondok belakang kebun itu. Kalau timbul gerak nanti insyaallah akan dikongsikan cerita.


Who is Datuk Matsita?

Flood in Kuala Lumpur 2007... Is there a hidden meaning behind it?

A strange accident!

Bird-watching at Fraser's Hill?

Liliputian midget in Pulau Besar, Melaka!

A long trailer passing through Gemas...

A freak 'accident' at Sri Hartamas

A bicycle race and the sacred number 313

Enjoying Aceh traditional dance by crashing a private function...

Enjoying some more Aceh traditional shows, this time as VIP guests at a political rally function...

Merdeka Day celebration in Kuala Besut!

A night event at Putrajaya

Bumping into the Thaipusam procession

Original colours of Batik

Experiencing the flood in Pagoh

Playing with the flood at Kota Buruk

Friday prayers at the Muhammadi mosque

The Batik cottage industry at village of Tok Panjang

Car Book Sale at the KL Library

Lake Banding during dry season

1Malaysia Book Festival at PWTC

National Craft Day at Jalan Conlay

The tower at Kuala Kangsar RnR

Accident on the Kota Kuala Muda bridge

Dry spell at Titi Kerawang

Queuing for a best serving of Nasi Kandar

Forest fire at Sungai Buaya

Beruas raya open house invite

Feted by Kampung Kota folks

Lunch in the middle of Johor River off Teluk Sengat

Outing and barbecue at Bukit Tinggi

Checking the condition of Sungai Lipis at Batu Malim

Checking the condition of Sungai Jelai at Kuala Medang

Close up look at where the Lipis river meets the Jelai

Checking the condition of Sungai Jelai-Sungai Tembeling meeting point

Pahang river at Teluk Ira - Remnants of the recent extreme dry season?

Temerloh signboard and the current extended sandbank...

Around the water festival at Chenor old town

Playing a gimmick at a Bentong cooking contest

A visit to Perodua's showroom in Rawang

Looking for bargain at a woodcraft workshop in Temerloh

Stopping by at Tanjung Malim for a rock consert

Songket sales booth at the ASEAN Songket exhibition in Muzium Negara

Looking at the ASEAN songket exhibits at Muzium Negara

Saloma fashion icon exhibition at the National Museum

Checking out the Expo Negaraku 2017


Rabu, Jun 03, 2020

Tentang ilmu pengetahuan dan perkara-perkara berkaitan

Salam pagi Rabu 11 Syawal. Sampai masa untuk memperkenalkan satu lagi kategori mengumpulkan artikel-artikel lama daripada blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH.



Sekadar berkongsi rasa. Tadi selepas Subuh saya akhirnya berjaya menyelesaikan pembacaan sebuah buku berbahasa Inggeris bertajuk "Evolution - The History of an Idea" oleh Peter J. Bowler. Ini adalah suatu yang sangat menggembirakan setelah lebih sebulan cuba menghadam isi buku dalam keadaan kepala terasa tepu lagi tersekat-sekat pemikiran. Pembacaan melibatkan penghadaman satu subjek yang sangat saya benci iaitu teori asal usul manusia daripada beruk menurut sains dan segala perkara yang berkaitan yang mahu menolak wujudnya Tuhan. Namun ia perlu dibuat demi melengkapkan penulisan tesis saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).

Dahlah penulisan tesis asyik tersangkut, kena hadam subjek yang saya benci tetapi perlu atas nama kajian akademik. Apapun sungguh lega rasa dapat menyelesaikan pembacaan buku hampir 450 muka surat ini lalu terasa bolehlah dikongsikan kategori seterusnya iaitu melibatkan penulisan-penulisan tentang ilmu pengetahuan dan perkara-perkara berkaitan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


A New Beginning

The Trip To Aceh

The Symbol

Kiss this!

Starry starry night

The will concerning the end-times

Why Berpetualang!

Kingdom of Perlak: The story unfolds

Achaemenid Empire (648 BCE–330 BCE)

The reason behind the fall of Melaka

Holding infinity in your hands

The Malay Annals

The tale of Keramat Kuala Bidor

The tale of Keramat Kuala Bidor 2… 

Touching a bit on the world shadow government

The return of Admiral Muhammad Amin's remains to the royal mausoleum of Perak

The Zionist Conspiracy

The Tale of Keramat Kuala Bidor 3 – And so the story goes…

A history of Aceh

Protocols of the Elders of Zion - Protocol 3

The Pangkor Treaty of 1874

Writing to let go off steam

Berpetualang ke Aceh: Membela syiar yang asal (BKA II) Coming soon! 

The book "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" (literally translated: "The trip to Aceh: Advocating the original faith")

Mathnawi I

Mathnawi II

Mathnawi III

Malfuzat - The utterances of Sheikh Abdul Qadir al-Jilani

More Malfuzat - On devoting oneself to Allah

An essay on Tok Kenali

Parliament of the birds

Sheikh Abdul Qadir al-Jilani's academic years

"Berpetualang ke Aceh" prologue 1

"Berpetualang ke Aceh" prologue 2

"Berpetualang ke Aceh" prologue 3

Some more bird-talk

Chapter 1 of "Berpetualang ke Aceh".... 

Establishing the raison d'etre

What's wrong in being different?

The whirling dervishes

A thought on the Crusade War

Gunung Semanggol... The threat from the mountains

Taiping to Kuala Kangsar... A dangerous look at Malaysian history?

In memory of Jalaluddin Rumi

The main players of the Perak-British war as depicted at the fort of Ngah Ibrahim...

In Perak's royal mausoleum to give justice to Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin

My own take on Perak man and what's available at the Lenggong archeological museum...

The ancient kingdom of Beruas and its ties with the more ancient kingdom of Gangganegara!

A short stop in Beruas. And a talk on Beruas' very own mysterious "Batu bersurat" or inscribed stone...

Muhammad Nafs al-Zakiya, the great grandson of Prophet Muhammad SAW once touted as the Mahdi more than 1,200 years ago!

The rumah Kutai and old articles regarding the happenings around the Pangkor Treaty of 1874

Respect for mothers

Slander brings destruction

Never say I? So the Satan advised...

The victory of Aidil Fitri

Isra' and mikhraj, the night journey of Prophet Muhammad SAW

E-mails to hell!

Prohibition from killing each other...

Zikir and fikir (remembrance and reflection)

Prohibition from deriding other religions...

Abolishing terrorism between races...

Injustice would destroy mankind

Prophet Muhammad SAW blessing for all the universe

A spontaenous poem from 1995... something on my innermost being I guess..

What is the relationship between Taming Sari and my family?

Islam recognises freedom of religion

Something on the Hijrah...

Hijrah and success...

Getting to know the Ahlul-Bait, family of Rasulullah SAW: Introduction

Getting to know the Ahlul-Bait, family of Rasulullah SAW: Siti Fatimah

Love and care for the Ahlul Bait...

The Ahlul Bait with regard to the Prophet... Siti Fatimah and her family

An example of Maulud the Sufi way

Siti Fatimah, the pious one

My 5th book is out! Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and the Malay Sultanates...

The Prophet's grandsons, Hassan and Hussein!

Celebrating the Prophet's birthday in Aceh : Maulidur Rasul, the Ahlul Bait Sultan and a legacy from old Perlak

The Tariqat of Ahlul Bait 1

he Tariqat of Ahlul Bait 2

The Tariqat of Ahlul Bait 3

The Tariqat of Ahlul Bait 4

A token from Brunei...

The Malay Islamic civilisation exhibition at Brunei's international convention centre

Stuffs from the "Al-'Ilm : Science and innovation in the Islamic world" exhibition

The Maulud and Hol of Sheikh Abdul Qadir al-Jilani at the Steel Mosque in Putrajaya

Remembering the heydays of the quaint town of Batu Arang

An art exhibition in Ampang

"Nuqtah" khat exhibition at Chandan art gallery, Damansara Heights

The seals conference and children's book festival in UM

Keris competition in Shah Alam

Taman Nurani, Garden of the Heart

Taman Nurani selected works

Maulud function at Pulau Besar

A television interview on Islamic economics and finance

An evening with the eminent Professor Syed Naquib Al-Attas

A dinner talk on "Keris Tajong"

Nuqtah exhibition at Galeri Shah Alam

How the Malays' economic dominance was usurped by the non-Malays

Global Economics and Monetary Crisis - What needs to be done?

Bitten by the Big Bad Wolf...

Bringing the Aceh guys to Pengkalan Kempas

The Aceh tombstones at Bukit Beruang

Pulau Pinang HIKMAH mission

Hol at the 'Steel Mosque'

HIKMAH group visit to the tomb of Sultanah Nahrisyah

On to the tomb of Tun Sri Lanang

Successful Aceh mission

The HIT Circle has really cometh

Talking about clash of civilisations - Words of wisdom from a 84-year old mathematician

Learning varieties of wearing the Sampin

An expo on Malay heritage at Matrade

Pusaka KL's function at Akademi Kenegaraan

Malay civilisation celebration at Ladang Alam Warisan

A foggy look at UM's Asian Arts Museum

Jumaat prayers at Baitur Rahman early 2015

Visiting the Tsunami Museum

Erecting fallen Aceh tombstones to preserve history

Maulidur Rasul celebration at tomb of Syiah Kuala

Boatmaking in progress at Pulau Duyong

What fate awaits the old mosque at Teluk Memali?

Finally. Birch and minions got what they deserve

Group visit to Beruas museum

Visit to site of Beruas ancient harbour

Convoy to Pulau Meranti

Tombs of the kings of Beruas

Converging at Johor Lama in traditional Malay attire

Group visit to Johor Lama museum

Traditional archery tournament at Kota Tinggi

Going to the Aceh booth at MATTA Fair

Convoy to Pulau Meranti

Boatmaking in progress at Pulau Duyong

Daulah Melayu" shoot at a dry village in Pasuruan

Commemorating the deeds of Wali Songo

Maulana Malik Ibrahim gallery

Silat shooting under sunset in front of Pulau Besar

Exciting discovery of old Muslim Gravestones at Kuala Lumpur's Masjed Jamek

Ebru art exhibition at UTM

The Malays : Their Origins, Migration and Travels

Architectural exhibition on 5 selected mosques at IIUM

Hol (remembrance) ceremony of Tokku Tuan Besar

Lecture and recital of the Dalail Khairat

Melaka Sultanate theme wedding at mid KL

Exhibition on Langkasuka heritage at UPM

Exhibition at UPM's Rumah Terengganu

Visit to the house of Sultan Taufik, the person said to hold the title of Daulat Pagaruyung

First actual visit to the new Istana Negara