Salam. Pada ketika saya masih belum selesai makan malam di hotel mewah St. Regis di KL Sentral. Masih dalam dewan bersama sejumlah hadirin yang mundar mandir, berbual dan macam-macam, selepas mereka semua sudah selesai makan. Ia adalah sebahagian daripada atur cara satu majlis ilmu pagi hingga malam, hari ini 3 hingga esok 4 Disember. Insyaallah akan dikongsikan cerita. Sebelum itu biar dipersembahkan artikel kompilasi tentang perjalanan hingga ke Muar baru ini.
Perjalanan ke Muar baru ini berlaku atas asbab mahu menghantar dan menemani ibu bapa saya yang masing-masing berumur 83 tahun untuk pemeriksaan di klinik kesihatan dalam kawasan hospital Muar pagi Isnin 17 November 2024. Kemudian mahu menghantar dan menemani mengambil keputusan pada Isnin berikutnya 24 November. Kebetulan ada majlis ilmu mahu dihadiri di Kuala Lumpur pagi Sabtu 15 November. Maka diaturlah perjalanan supaya dapat ke majlis kemudian ke beberapa tempat sebelum sampai ke Muar Ahad malam Isnin 16 November.
Di celah-celah tarikh 17 November membawa ke 24 November tolonglah apa yang patut terutama membersihkan halaman rumah yang sudah lama kurang terjaga kerana keuzuran orang tua. Kebetulan ada majlis ilmu lagi mahu dihadiri pagi Rabu26 November, hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-55 di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Maka selepas mendapat keputusan pemeriksaan kesihatan kemudian membawa ibu bapa bersiar-siar diaturlah perjalanan seterusnya dapat singgah ke beberapa tempat termasuk kampung isteri di Tanjung Sepat kemudian ke majlis di ISTAC sebelum kembali ke rumah. Lalu didapati saya sudah memandu hampir 1,000 km.
Esoknya Khamis 27 November keluar lagi untuk ke majlis ilmu di Kuala Lumpur kemudian satu majlis sastera. Ini disambung dengan beberapa urusan membawa ke Pesta Buku Selangor Jumaat 28 November di mana kami suami isteri berkesempatan bertemu dengan Sultan Selangor lalu menghadiahkan senaskah buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad...". Perjalanan ini sendiri memakan jarak pemanduan hampir 200 km. Ia ada kesinambungan dengan perjalanan ke Muar lalu dikongsikan cerita dalam siri sama.
1. Seminar Islamofobia Pencetus Genosid Menafikan Hak Asasi Kemanusiaan
3. Masjid (Mosque of) Al-Ehsan, Kampung Chohong, Melaka
4. Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari majlis tentang Islamofobia ke Tuan Tulis ke Tok Gubah
5. Asbab khidmat kepada ibu bapa - Lebih seminggu di Muar
6. Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari kapal purba di Melaka membawa ke Merah Silu Live di Jenjarom
7. Asbab khidmat kepada ibu bapa - Menyambut hari lahir ke-55 dengan 2 majlis ilmu di ISTAC
9. Masjid (Mosque of) Setia Alam
10. Masjid (Mosque of) Seksyen 7, Shah Alam
11. Asbab khidmat kepada ibu bapa - Bertemu Sultan di Pesta Buku Selangor
Oh. Perjalanan ke Muar dan kembali telah menyaksikan kami melaksanakan Merah Silu Live edisi 13 dan 14 di luar kawasan. Selasa malam Rabu iaitu semalam 2 November baru dapat melaksanakan edisi seterusnya iaitu yang ke-15 di rumah. Ini video rakamannya...





Tiada ulasan:
Catat Ulasan