Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mac 21, 2025

Pantai Timur Ramadan 2025

Salam petang Jumaat 20 Ramadan. Kita sekarang sudah memasuki 10 hari terakhir bulan puasa. Semoga dapat meningkatkan ibadat dan menggapai malam Lailatul Qadar. Bermula malam ini 21 Ramadan insyaallah saya akan beriktikaf bermalam di masjid sekurang-kurangnya pada setiap malam ganjil. Petang ini kebetulan ada majlis di tempat saya sedang belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Malam pun ada. Jadi niatnya hendak beriktikaf di masjid sana. 

Sebelum bergerak biar dilepaskan dahulu artikel kompilasi bagi perjalanan Pantai Timur. Perjalanan itu sendiri sudah menyaksikan saya dan isteri bermalam di masjid-masjid selain beriktikaf pada masa-masa lain. Jadi bermalam pada 10 hari terakhir adalah kesinambungan semulajadi.


Perjalanan secara rasminya bermula pagi Khamis 13 Mac 2025 bersamaan 12 Ramadan 1446 Hijriah apabila menghantar isteri ke pejabat di Shah Alam. Selepas mengambil beliau pada petangnya terus bergerak ke Pantai Timur lalu berbuka di Cherating, Pahang. Selepas menunaikan solat Tarawikh di masjid bandar Chukai, Kemaman, Terengganu bertolak ke Kuala Berang lalu beriktikaf dan bermalam di masjid belah sana. Siangnya Jumaat 14 Mac bersamaan 13 Ramadan pergi menziarahi tempat-tempat dan makam yang ada kena mengena dengan jejak satu watak bernama Sharif Muhammad Baghdadi dan keturunan. 

Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu kemudian Kuala Besut sebelum bermalam di rumah kawan di Kandis, Bachok, Kelantan. Esoknya Sabtu 15 Mac bersamaan 14 Ramadan mendaki Bukit Marak yang dikatakan tempat persemayaman Puteri Saadong kemudian bermalam di rumah saudara di Perol. Ahad 16 Mac bersamaan 15 Ramadan menziarahi makam dan masjid Tok Kenali sebelum masuk ke bandar raya Kota Bahru. Selepas ke Masjid Kampung Laut yang telah dialih ke lokasi berdekatan tapak asal yang sudah terhakis ke dalam Sungai Kelantan pergi ke makam dan tempat suluk Tok Selehor seterusnya Masjid Brunei di Danau Tok Uban.

Masuk ke Perak melalui jalan Jeli-Gerik lalu bermalam di Masjid Raja, Kampung Chepor, Lenggong. Pagi Isnin 17 bersamaan 16 Ramadan mendapat tahu abang kepada isteri sedang nazak lalu mahu berkejar melihat di hospital Banting. Pun begitu dibuat persinggahan ke beberapa tempat bersejarah terutama makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Bukit Chandan dan masjid warisan keluarga di Batak Rabit. Dipendekkan cerita, akhirnya kembali ke rumah setelah 7 hari 7 malam berada di perantauan lalu telah memandu sejauh lebih 1,712 km.

Ini adalah perjalanan paling jauh kami sejak lebih 2 tahun kebelakangan. Sebelum itu ada dibuat perjalanan lebih 2,000 km membawa sekali anak-anak. Lihat Kompilasi cerita perjalanan selatan Thailand penghujung 2022. Artikel kompilasi perjalanan Ramadan 2025 ini adalah artikel ke-2,636 di CATATAN SI MERAH SILU. Berikut adalah artikel siri bersama artikel sokongan :-


1. Masjid (Mosque of) Cherating

2. Pantai Timur Ramadan 2025 - Sasaran yang sedikit lari

3. Lawatan baru (New visit to) Memorial Batu Bersurat, Kuala Berang

4. Rupa baru makam (New look of the tomb of) Tok Raja Ri

5. Rupa baru makam (New look of the tomb of) Tok Gajah

6. A visit to the terrapin preservation centre of Kuala Berang

7. Rupa baru makam-makam di (New look of the tombs at) Bukit Paloh

8. Terengganu river from bridge Kampung Pueh bridge



12. Rupa baru makam (New look of the tomb of) Tok Pauh

13. Kota Temir waterfront

































Tiada ulasan: