Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, November 29, 2024

Aku adalah aku cuma kerana engkau adalah engkau - Apa cerita ni?




Pagi Jumaat 29 November 2024. Bergerak meninggalkan rumah yang diinapi malam itu di Ulu Langat.




Ambil Lebuh Raya SUKE (Sungai Besi–Ulu Klang Elevated Expressway) menuju ke arah Cheras. Pemandangan dari lebuh raya sangat menarik kerana terletak tinggi menurut paras lereng bukit bukau.




Ambil anak yang sedang belajar di tahfiz keluar untuk satu urusan.




Selepas itu pergi menikmati hidangan kegemaran nasi beringin di medan selera berdekatan pejabat lama saya, The New Straits Times.




Selesai makan baru ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Letak kereta di luar kerana tahu susah hendak mendapatkan tempat dalam halaman kerana ramai datang ke masjid situ untuk bersolat Jumaat, saya  lambat sampai.




Kali terakhir bersolat Jumaat di ISTAC adalah pada 11 Oktober. Asbabnya sama, untuk  mengikut majlis ilmu pada petangnya. Lihat Falsafah analitikal dan cerita mengarut : Kaedah saintifik memperkecilkan apa yang kita boleh tahu.




Gambar dalam dewan utama masjid selepas solat,  selepas ramai sudah meninggalkan dewan. Sebelum itu solat di bahagian bangunan utama kampus yang bersambung dengan masjid.




Dalam dewan itulah ditulis lalu dipersembahkan artikel Epistemologi tauhid dan cabaran universiti Islam abad ke-21 - Cabaran dan implikasi. Selepas itu baru mengikuti majlis ilmu, syarahan terbaru dalam siri "Wacana Falsafah Kursi Al-Ghazali". Bahagian pertama tajuk yang boleh diterjemahkan sebagai "Aku Adalah Aku Cuma Kerana Engkau Adalah Engkau" menimbulkan tanda tanya. Bahagian kedua tajuk yang boleh diterjemahkan sebagai "Integrasi Etika Levinas Ke Dalam Sfera Awam Habermas" kelihatan seperti mahu menerangkan namun tetap menimbulkan persoalan.




Kenapa aku adalah aku cuma kerana engkau adalah engkau? Apa kebendanya etika Levinasian? Apa pula sfera awam Habermas? Sampai masa untuk pembentang, Arief Subhan Arman menerangkan.




Kalau sebut etika sahaja harus semua orang faham. Ia merujuk pada prinsip-prinsip moral yang menentukan perangai atau pembawakan seseorang. Levinasian pula harus suatu perkara yang bersandar atau bersifat pada satu badan bernama Levinas, Levinasi, mungkin Levinasia. Ini sama seperti Indonesian merujuk pada sesuatu yang bersifat Indonesia, Malaysian bersifat Malaysia. Misalnya rakyat Indonesia disebut Indonesian, rakyat Malaysia Malaysian. Tetapi itu menurut kaedah bahasa Inggeris yang mana kalau merujuk pada budaya, jadi Malaysian culture, makanan jadi Malaysian food. Dalam kaedah bahasa Melayu tidak ada penambahan "n" pada hujung suatu nama dipakai sebegitu rupa.

Perkataan "sfera awam" yang merupakan terjemahan terus saya bagi perkataan berbahasa Inggeris "public sphere" pula boleh merujuk pada suatu medan awam - medan untuk awam berbicara, berdiskusi dan sebagainya. Tapi kenapa pula ada Habermas? Apa itu Habermas? Itu pun memerlukan penerangan...




Maka tersebutlah ahli falsafah Perancis berbangsa Yahudi yang berasal dari Lithunia bernama Emanuel Levinas. Hidup 1906-1095 beliau menyatakan etika adalah perkara pertama dan paling utama dalam falsafah. Habermas pula merujuk ahli falsafah Jerman, Juren Habermas yang lahir tahun 1929. Beliau yang masih hidup mengenengahkan konsep "public sphere" yang saya terjemahkan sebagai "sfera awam" itu.




OK. Saya cuma mengambil lalu berkongsikan gambar sejumlah slaid sahaja. Pergi terus pada etika Levinas. Dinyatakan bahawa beliau membesar pada zaman parti Nazi sedang naik menguasai negara Jerman. Mereka membawa ideologi orang asal Jerman sebagai berbangsa Arya, bangsa terpilih. Dengan itu mereka berhak menguasai dunia. 

Dikatakan atas ideologi itulah Nazi yang dipimpin watak terkenal Adolf Hitler menindas dan membunuh orang Yahudi. Levinas sebenarnya belajar dari ahli falsafah Jerman termasuk Heidegger. Tetapi Heidegger menjadi penyokong Nazi lalu Levinas 'bermufakarah' daripadanya. Levinas dikatakan membawa pemikiran keagamaan Yahudi yang berdiri atas kitab Torah (Taurat Nabi Musa A.S. yang pada kita orang Islam telah diselewengkan) dan Talmud ( koleksi ulasan para pendeta terhadap Torah). Ada pemikiran baik berupa rasa hormat dan menghargai setiap manusia kerana ajaran kitab menyatakan manusia dicipta berdasarkan imej Tuhan.

Oh. Sebagai peringatan. Ada etika yang berdiri tanpa kepercayaan terhadap Tuhan. Etika sebegini dibina di atas prinsip kemanusiaan sahaja, bahawa manusia seharusnya saling menghormati dan menghargai. Etika Levinas adalah berdasarkan kitab membawa ajaran Tuhan. Ia lebih mendalam kerana melihat 'wajah Tuhan' dalam setiap manusia.




Dengan itu beliau melihat etika sebagai mengatasi lain-lain aspek falsafah (dalam pengajian formal falsafah terdapat beberapa cabang termasuk epistemologi, logik dan metafizik). Etika dilihat sebagai yang pertama dalam falsafah kerana lebih relevan dengan keperluan umum manusia. Tidak perlu terlalu intelektual seperti halnya dalam bidang logik dan epistemologi mahupun terlalu kerohanian yang juga memerlukan pemahaman tinggi seperti dalam metafizik. 

Dalam keadaan zaman di mana Nazi menekan orang bukan berbangsa Jerman asal terutama Yahudi ia membawa makna dan nilai tinggi kemanusiaan berdasarkan hubungan dengan Tuhan. Namun cukup 'rendah' untuk dihayati semua kerana berdasarkan prinsip moral yang seharusnya wujud dalam setiap manusia. Ini dilihat boleh mengatasi perbezaan dan perbalahan akibat berlainan bangsa.




Masuk pula pada hal 'sfera awam'. Seperti disebut lebih awal tadi ia adalah medan bagi semua orang menyatakan pendapat dan rasa. Namun hakikatnya cuma suara golongan tertentu sahaja mendapat tempat disebabkan capaian melalu pengaruh kuasa, ramai pengikut dan sebenarnya. Antaranya disebabkan apa yang Habermas gelar "translation proviso" (peruntukan terjemahan?) yang mana untuk satu kumpulan bercakap dengan kumpulan lain yang berlainan pemikiran/fikrah harus menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami sehingga 'mencairkan' makna perkara yang ingin disampaikan.




Maka itu Levinas melihat etika sebagai jalan terbaik bagi semua pihak mencapai kefahaman demi kebaikan bersama dalam sfera awam. "Aku adalah aku cuma kerana engkau adalah engkau" adalah pengakuan bahawa kita masing-masing ada ciri-ciri yang menentukan diri sendiri. Kalau diubah ciri dah jadi orang lain. 

Melalui etika sepertimana difahami Levinas kerana berdasarkan agama lalu ada sifat-sfat umum yang turut dikongsi dalam agama lain seperti Kristian dan Islam kita boleh berdiskusi menggunakan 'bahasa sama' dalam sfera awam tanpa mana-mana pihak perlu mengubah diri demi untuk difahami. Lebih kurang begitulah faham saya daripada pembentangan ini. 


Tiada ulasan: