Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
3 ulasan:
Alhamdulillah ...ingatkan lama menyepi pasal sibuk shooting film....memang hubungan Patani Besar dengan kita adalah sangat rapat....teori saya,Patani Besar memang sengaja dirancang agar dipisahkan dari Semenanjung Melayu agar usaha untuk melemahkan Bangsa Melayu di kedua-dua belah bahagian mudah dilakukan...amat menyedihkan..
Cerita pasal Tok Raja Bukit Betong, Tuan admin tahukan sejarah Tok Raja tu? Dia adalah Rajo Adat ditanah Rao(Rawa) yg kaya raya, beliau telah membeli Jelai(Lipis) dari Raja di Hilir Pahang dengan nilai 7 gantang baghdad wang emas dan 1 tandan kolang-kaling(bentuk buah kabong)Emas dan Raja dihilir pahang memjualnya dgn perjanjian dimana Tok Raja dihulu tetap patuh dan bernaung dibawah kerajaan pahang. Selepas kedatangan Tok Raja, beliau menjemput semua kaum Bangsawan Rao(rawa) untuk turut tinggal dan membuka tanah baharu dan beliau mentakbir Jelai(Lipis) kawasan nya meliputi sempadan Kole Semantan(Temerloh). Dari itu dtg lah segala org bangsawan Rao(Rawa) membuka tanah dihulu pahang, salah seorg nya adalah Tok Linggi yg membuka Sungai Sia, Relong, Gua Bama sehingga ke Bapong. Ikut salah silah Ibu saya adalah cucu cicit Tok Linggi dikeranakan jalur keturunan Arwah tok(perempuan) saya berhubung terus dengan Tok Linggi(makam tok linggi ada di Ulu Terikh di kawasan Kg. Relong. Jd semua org Relong, Gua Bama dan kawasan sekitar itu adalah Rao(Rawa). Datang pula seorg Raja Rao(Rawa) yg beliau membuka Temau, Dong, Smpai ke lembah budu yaitu Rajo Ibadah Rao(Rawa)dan salah seorg keturunan terus Rajo Ibadah adalah Tengku Ali(tok shahrom) jd hampir semua org Raub tu org rawa..disebalah Atok(lelaki) adalah cicit kepada Wan Halijah anak Tengku Ali(tok shahrom), Tengku Ali sblm menukar nama kepda Tok Shahrom adalah mengusahakan lombong2 emas di hulu pahang dan menjualnya kepada Tok Raja Bukit Betong. Apa hubung kait 2 Rajo Rao(rawa). Diranah Rao mereka mempunyai struktur 3 Rajo yg mane 3 rajo itu adik beradik. Jadi ia dipanggil Lareh Nan Batigo *Rajo Alam *Rajo Adet *Rajo Ibadah tiap2 Lareh punya kuaso yg sendiri tetapi Rajo Alam adalah raja yg bersemayam tetapi tidak bertahta. Maksudnya 3 lareh (Rajo) akan bermasyarat utk membuat keputusan atau hukuman. Akan tetapi apabila Rao diserang org Koto Sapuloh..Rajo Alam mula mendominasi dan menyebab kan Rajo Adet lari ke Jelai dan Rajo Ibadah dijemput sama membangun Hulu pahang yg telah dibeli. Semua ni adalah sumber dari kajian sy ke tanah Rao untuk membuktikan kisah turun temurun dari Atok sy. Ada hubung kait pulak bila knpa Atok sy Mengahwini Tok sy kern memang dari Tanah Rao(Rawa) keturunang bangsawan berkahwin dgn bangsawan sahaja.bnyk peninggalan kepada kami keturunannya antaranya Cindai 3 beradik, Keris Raja Alang Kuning(dulu seingat sy masa kecil keris ini stabil buatannya smpai blh berdiri dan disepoh emas) sy yg bertanggungjwb menjaga Keris tersebut dan 1 helai Cindai Betina, mak sy meyimpan Cindai Temu Benang dan Pakcik sy Cindai jundai..dari keturunan Rajo Ibadah. Krn dia menjaga hal agama diranah rao jadi semua keturunan seterusnya bergelar Tengku/Imam/Khatib(lelaki) Wan/Raden(perempuan) tetapi sejarah Imam Khatib Rasul Abdul Salam telah membuatkan mereka tidak lagi memakai gelaran kecuali segelintirnya. Begitulah yg saya ingt utk kongsikan pd admin. Dan admin ada sebut knpa keris Tok Raja Bukit Betong ada emas...krn memang 2 saudara tersebut Rajo Adet & Rajo Ibadah telah lama mewarisi kekayaan Rao(rawa) emas adalah tanda kebesaran mereka. Sehingga gigi juga dipakaikan emas..Atok & Tok sy memakai gigi Emas...sblm ke tanah suci dan meninggal mereka mencabutnya..
Keturunan orang kaya haji ke?
Catat Ulasan