OK. Penceritaan membawa kita ke aktiviti hujung minggu lepas. Mari... :]
Sekitar jam 2 pagi, Sabtu 10 September 2011, setelah selesai beberapa hal lain baru saya dan anak isteri meninggalkan rumah di Bandar Tasik Puteri. Ini adalah gambar di masjid Kampung Duyung, Melaka jam 4:42 pagi. Sampai di sekitar itu perut terasa memulas. Maka singgahlah sebentar...
Kami sampai di rumah ibu bapa di Kampung Temiang, Muar sejurus sebelum masuk Subuh. Selepas solat baru dapat tidur sedikit. Itupun tak lama kerana harus bersiap untuk menghadiri majlis di satu rumah suluk yang sebenarnya terletak di dalam daerah Ledang. Tapi saya tulis dalam Muar kerana daerah Ledang ini asalnya adalah bahagian utara daerah Muar yang baru dipecahkan beberapa tahun lalu.
Kami sampai selepas masuk Zuhur sedangkan majlis rupa-rupanya sudah bermula dengan tahlil dan sebagainya jam 10 pagi. Tengahari pula sudah diadakan majlis khatam suluk dan kami terlepas. Adapun saya diminta mempromosi buku dan hasil tulisan saya yang lain di sini. Saya pun membuat apa yang patut.
Dengan meja sudah disediakan elok dalam masa beberapa minit sahaja sebuah gerai kecil dapat didirikan.
Alhamdulillah sambutan agak meriah. Tak sangka, sehingga ada orang tua yang membeli DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" di situ sanggup datang kembali untuk membeli satu set buku kecil photostat hitam putih tentang Aceh selepas tsunami yang dahulu mahu dijadikan buku berwarna warni tapi tak jadi kerana kekurangan
budget. Apapun ia akan dijadikan e-book nanti. Rujuk artikel lama
Tiga buku baru untuk pesta buku....
Sambil itu majlis pernikahan anak perempuan kepada guru mursyid rumah suluk ini turut diadakan... ikut jadual asal pada 2 petang tapi saya tengok lepas 3 baru pengantin lelaki dan rombongan datang.
Lepas jam 4 petang saya dan keluarga kembali ke rumah ibu bapa untuk berehat. Ini adalah gambar Bukit Treh dari jalan belakang.
Jam 8 malam kami datang lagi ke rumah suluk untuk memenuhi tuntutan acara seterusnya.
Solat Isyaq dahulu kemudian ikut berzikir dalam dewan.
Jam 9.15 malam baru dimulakan acara utama iaitu saya diminta diberi sedikit ceramah tentang "Mencari diri dan erti"...
Alhamdulilah, walaupun hadirin tidak seramai yang diharapkan kerana pelajar sekolah pondok yang biasa memenuhi acara di sini masih lagi bercuti hari raya, sambutan tetap menggalakkan.
Saya diminta berkongsi pengalaman dan rasa sehingga 12 tengah malam. Dekat 3 jam tu... apa modal pula nak bercakap? Sehingga saya sudah
standby hendak menayangkan DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" jika tidak tahu lagi apa yang harus diucapkan. Sedar tak sedar masa yang diberikan dapat dipenuhi dengan bermacam penceritaan. Dan sedikit hasil yang diperolehi dari penjualan buku dapat menampung perbelanjaan akan datang termasuk untuk menghadiri 3 majlis besar, satu di Segamat, satu di Kluang dan satu di Lembah Kelang dalam tempoh beberapa hari akan datang. Insyaallah, alhamdulillah. :]
2 ulasan:
Alhamdulillah saya dah sampai di tempat iani.... tq Allah atas rahmat-Mu....
Boleh mintak nombor tpon rumah solok ?
Catat Ulasan