Ini adalah tempat saya melepak di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Lihat artikel Buku-buku saya di pesta buku antarabangsa . Siap ada gitar lagi...
Al-Rasyid menjadi 'maskot'. Alhamdulillah anak saya yang kini berumur 5 bulan setengah ini tidak banyak kerenah. Dia seronok 'berkenalan' dengan orang ramai. Dia kan 'hero' buku "Berpetualang ke Aceh"...
Ahad siang ini adalah hari terakhir pesta buku. Disebabkan saya pula baru kembali dari Janda Baik jam 3 malam tadi maka saya kini bermalam di rumah seorang rakan di Jalan Ipoh. Dari situ hendak ke PWTC untuk Pesta Buku cuma sekitar 3-4 km sahaja. Insyaallah saya akan sampai lebih cepat... saya usahakan paling lambat pun jam 3 petang.
Pada sesiapa yang ingin berjumpa atau menyokong usaha saya menulis cerita-cerita berkaitan sejarah Islam dan kerajaan-kerajaan Melayu, silalah datang ke gerai kami seperti ditunjukkan dalam artikel Buku-buku saya di pesta buku antarabangsa . Merujuk kepada artikel Tiga buku baru untuk pesta buku... , saya ada membuat beberapa naskah buku baru. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya di tempat lepak saya. Mari le meriahkan hari terakhir pesta buku!
5 ulasan:
Salam,
Aku pusing2 kat situ dekat 13 kali .... takde rezki jumpa. Nak mintak autograp masa tu ... sudah tangkap 1 set BKA untuk pakcik.
Pusing2 nampak aina emir, aina emir lagik .... pun aina emir gak. Kalau tak, dapat gak gendong si Al Rasyid.
Wassalam.
Ya ke? Aku datang lambat le, lepas kul 5 petang. Sejak ada baby ni memang time banyak lari. Aku bukan ada pembantu rumah, pengasuh masa hari biasa ada le. Jadi tiap kali aku dan wife perlu keluar sampai malam mesti adjust ngan time Rasyid dah OK dan cukup rehat. Kalau kita tengah travel dalam kereta kira lain sebab baby boleh menetek dalam kereta. Ini pergi Pesta Buku, in public... memang kena adjust...
p/s: Ahad je aku datang awal sikit, lebih kurang kul 4. Tapi masa tu meja tengah penuh ngan writers lain. Aku merayap dulu, lepas kul 5.30 baru aku set-up bebarang aku. Maklumlah tumpang gerai orang. Sewa satu booth kecik je dah RM4,000 wooo. Karnadya bayar RM20,000 tu... 5 booth...
tak, kau tak lewat, dari lepas jumaat sampai kul 7pm aku berlegar, nak tercabut lutut ... balik tu naik lrt, ujan selebat2nya. hehehe ... nak tepon, no kau dah hilang bersama tepon lama aku.
buku rumah azan tu .... ada "class" beb.
Saudara,
Saya tidak kesempatan ke Pesta buku. Laman ini saya temui secara kebetulan. Saya amat tertarik dengan kajian dan juga penyelidikan yang saudara laksanakan. Buku saudara bertajuk 'Berpetualang ke Aceh' Membela Syiar Yang Asal amat saya kagumi.
Buku ini berpotensi pergi lebih jauh dan bertahan lebih lama (melangkaui zaman) andai saudara melakukan sedikit pembaikan seperti berikut:
1). Saya sarankan saudara gunakan bahasa Melayu Tinggi sepenuhnya (jangan guna bahasa pasar ataupun bahasa 'rock', atau bahasa bercampur-campur).Bahasa Melayu Tinggi bukan bahasa sastera atau klasik, ia adalah bahasa Melayu yang mudah, betul nahu dan tatabahasanya, ejaan, enak dibaca, sesuai sepanjang zaman dan bagi semua peringkat umur.
2). Saya sarankan supaya jalan ceritanya diubah sedikit supaya tidak terlalu 'peribadi', contohnya memaparkan cerita tentang 'Nur' saudara. Cuba paparkan persembahan buku agar ia dapat dibaca oleh semua lapisan umur bermula daripada 10 tahun ke atas contohnya seperti suatu pengembaraan sejarah. Anak saya teruja dengan tajuk buku tetapi saya amati ada beberapa perkara yang kurang sesuai dengan umurnya iaitu 10 tahun. Cuba contohi beberapa buku Inggeris terbitan Oxford semasa zaman kolonial yang ditulis oleh para pegawai Inggeris tentang pengalaman mereka di Malaya yang ditulis dalam bahasa Inggeris tinggi, dan buku ini bertahan hampir seratus tahun dan sesuai dibaca oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.
3). Saya sarankan susunan perenggan dan juga 'font' lebih menarik dan mudah dibaca.
4). Saya sarankan lebih banyak gambar dan peta biarpun peta-peta ini lahir daripada firasat dan teori saudara. Ia dapat mengurangkan kebosanan menghadam maklumat dan juga dapat menyemarakkan imaginasi para pembaca.
5) Buku saudara adalah novel bercampur fakta sejarah. Mungkin nota pengenalan pada awalan buku atau pada penutup buku dapat membantu pembaca.
6). Cuba senaraikan bahan rujukan penyelidikan dan nota kembara saudara supaya buku ini nampak lebih 'credible' dan kuat.
Harap komen saya tidak menyinggung perasaan saudara. Sesungguhnya penyelidikan dan pengembaraan saudara mempunyai nilai yang tinggi, dan saya berharap ianya dapat digarap, dirakam dan disimpan dengan baik untuk generasi akan datang. Ia juga bakal mengisi perpustakaan peribadi saya.
Sekian,
Nor
Terima kasih saudari. Insyaallah akan saya perbaiki...
Catat Ulasan