Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, November 13, 2025

Antara Bugis dan Rumi - Dua majlis ilmu menarik di Universiti Malaya

Pada awal pagi Isnin saya telah menulis lalu memaparkan artikel Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) bagi menunjukkan aktiviti hari Ahad sebelumnya. Beberapa jam kemudian pergi ke Universiti Malaya untuk menghadiri dua majlis ilmu. Ini ceritanya.



Paling hendak dituju adalah majlis tentang orang Bugis di Jabatan Sejarah. Saya mendapat tahu petang Jumaat beberapa hari lebih awal lalu sudah bertekad untuk menghadiri.




Tengah hari Ahad, ketika berada di majlis persilatan di Muzium Negara pula mendapat tahu ada majlis tentang wali Allah dan pujangga terkenal Rumi di Akademi Pengajian Melayu akan diadakan pada hari sama. Letaknya sekitar 1 km sahaja dari Jabatan Sejarah. Bolehlah pergi selepas majlis tentang Bugis nanti.



Itupun hampir tak jadi sebenarnya kerana sekembalinya dari Muzium Negara petang Ahad, batuk-batuk dan demam saya menjadi-jadi. Namun apabila difikirkan rugi kalau tak pergi digagahkan juga bergerak ke UM pagi Isnin 10 Oktober 2025.



Apabila melihat kembali poster - majlis Bugis bermula jam 10 tanpa dinyatakan bilakah habis, harus sebelum jam 12, sedangkan majlis Rumi bermula jam 9 dan dinyatakan habis jam 1 - terfikir juga boleh ke majlis Rumi terlebih dahulu kemudian bergegas ke majlis Bugis kemudian kembali ke majlis Rumi.



Namun masuk ke kawasan kampus UM pun sudah jam 9.40 gitu maka teruslah ke Jabatan Sejarah. Setelah beberapa lama melilau mencari parkir, sampai ke luar dewan syarahan berkenaan jam 9.56.



Tengok-tengok Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah pun ada. Baginda adalah Canselor UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), badan yang menaungi Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) tempat saya membuat ijazah sarjana 2018-2023, sekarang menyambung PhD. Tunku Azizah pula menyambung ijazah sarjana dalam bidang melibatkan Alam Melayu di ISTAC tahun lalu. Jadi sudah beberapa kali terserempak sebagai pelajar di kampusnya di Bukit Tunku. Pun begitu, saya baru dapat tahu baginda telah dianugerahkan PhD kehormat dalam bidang Seni Kreatif oleh UiTM (Universiti Teknologi MARA) pada 13 November 2024 iaitu tepat setahun lalu. Tunku Azizah memulakan pengajian di ISTAC sekitar sebulan sebelum itu.




Pergi pada pengisian majlis. Syarahan yang tajuknya boleh diterjemahkan sebagai "Bugis Dalam Sejarah Malaysia" disampaikan oleh sejarawan terkenal, Profesor Leonard Andaya dari Jabatan Sejarah, University of Hawaii, Honolulu.



Dinyatakanlah tujuan utama syarahan adalah :-


1. Untuk menjelaskan siapakah "Bugis" dalam sejarah Melayu dan membezakan dengan Bugis di tempat asal mereka.

2. Untuk menunjukkan persamaan antara orang Bugis dengan orang Melayu sebagai masyarakat pelayar dan kelautan lalu menerangkan kejayaan Bugis dalam dunia Melayu

3.  Menegaskan kemunculan identiti Bugis-Melayu sebagai masyarakat campuran yang tersendiri sejak pertengahan abad ke-18.



Ditunjukkan tempat asal orang Bugis iaitu di selatan Sulawesi.



Disorot penglibatan Bugis dalam politik dunia Melayu, bermula selepas peristiwa Sultan Mahmud mangkat dijulang di Johor tahun 1699.



Dinyatakan bagaimana institusi pemerintahahan Melayu dan Bugis bergabung selepas itu.



Namun dinyatakan apa yang kita di belah sini biasa sebut sebagai "Bugis" itu sebenarnya berbeza dengan di tempat asal mereka. Di sana ada orang suku Bugis, suku Makasar, suku Mandar dan sebagainya. Tetapi di sini semuanya diserkap jarang sebagai orang "Bugis".



Di sini tidak perlulah ditunjukkan semua slaid apa lagi hendak diulas segalanya...



Cukuplah ditambah ada persamaan bagaimana orang Melayu dan orang Bugis melihat dunia mereka yang kebanyakannya adalah tanah/pulau yang dikelilingi air laut.



Dengan itu masing-masing adalah pelayar dan pelaut yang hebat. Pun begitu selepas beberapa lama orang Bugis dapat mengungguli...









Harus dinyatakan bahawa "Bugis" yang datang ke kerajaan-kerajaan Melayu itu sebenarnya ada pelbagai pihak yang bersaing antara sesama mereka. Namun kemudian berkahwin campur dan sebagainya membentuk identiti Melayu-Bugis yang tersendiri.
 


Antara yang terkenal adalah pejangga abad ke-19, Raja Ali Haji.





Syarahan yang selesai jam 11 lebih diikuti sesi soal jawab yang agak meriah di mana saya berpeluang berdialog dengan Andaya juga Tunku Azizah di hadapan semua. Sebaiknya sahaja selesai hampir jam 12 terus bergegak ke APM untuk mengikuti majlis Rumi.






Tengok-tengok ia sudah selesai. Yang sedang berlaku adalah memberi penghargaan kepada para pembentang, termasuk Professor Dato' Dr. Ahmad Murad Merican dari ISTAC, orang yang memberitahu tentang majlis kepada saya melalui WhatsApp.


Saya telah menjawab dengan memberitahu mahu ke majlis tentang Bugis di Jabatan Sejarah terlebih dahulu lalu menghantar poster berkenaan. Apabila diberitahu Tengku Ampuan Pahang ada, beliau menjawab dia yang memberitahu agar Tuanku ke situ. Untuk pengetahuan, Ahmad Murad adalah penyelia tesis sarjana Tunku Azizah di ISTAC. Walau terlepas pengisian ilmu tentang Rumi cukuplah dapat berbual tentangnya bersama hadirin sambil makan tengah hari.


Tiada ulasan: