Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Julai 06, 2025

Jejak Langkasuka 2025 - Menutup di Batu Bersurat Cherok Tok Kun sebelum ke Perak

Salam petang Ahad 10 Muharram, Hari Asyura. Setelah beberapa lama sampai kita pada cerita hari ke-6 merangkap hari terakhir perjalanan baru selatan Thailand. Bersambung daripada Jejak Langkasuka 2025 - Ke Batu Kaoseng dan Hatyai sebelum kembali ke Malaysia.



Pagi Ahad 29 Jun 2025 bersamaan 3 Muharram 1447 Hijriah. Setelah bermalam di rumah kawan di Seberang Perai, atau lebih tepat di Kubang Semang keluar ke masjid berdekatan.




Saya telah berjanji untuk bertemu dengan seorang bapa saudara, sepupu ayah saya daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak, di masjid jam 9.30. Beliau menetap di bahagian lain Seberang Perai tidak berapa jauh dari situ. Kemudian mengajak beliau keluar bersama, singgah di pasaraya Ayam Ory tidak jauh dari masjid.



Kawan yang disebut-sebut membawa untuk perjalanan (rujuk artikel pertama siri, Jejak Langkasuka 2025 - Bagaimana ia bermula) sebenarnya adalah pengurus besar Ayam Ory. Beliau mahu menunjukkan bagaimana pasaraya yang memiliki beberapa cawangan termasuk di selatan Thailand beroperasi.



Sesungguhnya tajaan yang datang dari beliau sebahagian besar sebenarnya adalah dari syarikat, sebahagian daripada beliau sendiri. Ini kerana sambil mahu memenuhi pencarian dan kajian peribadi tentang penggunaan matawang emas, perak dan timah di Alam Melayu perjalanan juga digunakan untuk meninjau pasaran tempatan.



Seterusnya kami membawa bapa saudara ke satu tempat lain di Seberang Perai.



Tempat yang dituju ada batu bersurat dengan tulisan Pallava bahasa Sanskrit berusia lebih 1,500 tahun. Lihat artikel Lawatan baru ke (New visit to) batu bersurat (inscribed stone of) Cherok Tok Kun   di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN. Rupa-rupanya kawan dan bapa saudara tak pernah sampai walau sudah lama duduk berdekatan. Malah isteri kawan memberitahu kampungnya terletak di kawasan itu, pun tak pernah sampai.



Pada saya wujudnya batu bersurat dalam kawasan yang sejak beberapa lama menjadi perkarangan kompleks gereja yang sangat besar menandakan kepentingan kawasan pada masa lampau. Tulisan pada batu dikatakan membawa makna berikut :-


“Saya mengakui kewujudan musuh Raja Ramaunibha. Ini dikatakan oleh Manikatha, pelindung kesemua Buddha-Buddha. Dalam setiap bentuk kehidupan pengetahuan bermanifestasi di semua tempat dan semua cara. Karma merupakan punca kepada kelahiran semula”


Saya melihat ia terkait dengan keberadaan kerajaan Kedah Tua yang saya percaya ketika itu sudah termasuk dalam persekutuan empayar Srivijaya. Ia juga terkait dengan empayar Langkasuka yang beberapa abad kemudian menjadi kerajaan Melayu Patani.




Di atas batu bersurat itu dibincangkan keberadaannya dengan jejak perjalanan lalu dibuat sedikit rumusan dengan kawan. Ia adalah tentang kehebatan tamadun Melayu juga kepentingan Kedah dan susur galur raja-rajanya dalam pensejarahan awal.




Selepas itu berpisah arah. Kawan yang membawa isteri menumpangkan bapa saudara ke masjid sementara saya dan isteri bergerak menuju ke arah rumah di selatan melalui lebuh raya.




Keluar di tol Kuala Kangsar singgah menziarahi makam Tok Temong.




Keris tajong yang dibeli di Muzium Al-Quran di Narathiwat (lihat kembali Jejak Langkasuka 2025 - Dari Padang Besar ke Narathiwat, Saiburi dan Pattani) menjadi teman sepanjang perjalanan termasuk ketika menziarahi batu nesan tempat tempat Sultan kedua Perak dikatakan ghaib ketika menunaikan solat Jumaat di masjid Kota Lama Kanan hampir 500 tahun lalu.




Menikmati laksa sarang di warung berdekatan masjid.




Ziarah makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di kawasan perkuburan diraja Perak di Bukit Chandan.




Ziarah juga makam Daeng Selili, Maharajalela Pancung Tak Bertanya pertama Perak di Kampung Padang Changkat, belakang Istana Iskandariah dan Bukit Chandan.




Makam terletak dekat rumah seorang kawan yang ada darah keturunan Maharajalela. Beliau ada mengundang datang ke majlis perkahwinan anaknya hari Sabtu tapi tak sempat kerana masih berada di Thailand. Kami datang petang Ahad sebagai ganti sambil menumpang rehat melelapkan mata. Tengok-tengok terlajak lelap. Selepas jam 6 baru hendak bergerak meninggalkan Kuala Kangsar.




Tak sempat dan tak jadilah nak ziarah makam beberapa orang Sultan Perak antara Bota Kanan ke Kampung Gajah. Sebaliknya menuju terus ke masjid warisan keluarga Laksamana di Batak Rabit.




Menunaikan solat Maghrib dan Isyak, menyambung bacaan Al Quran bagi bulan Muharram juga beriktikaf. Selepas itu singgah ke rumah ibu saudara yang terletak berdekatan. Seperti kawan di Kuala Kangsar yang juga sebenarnya ada hubungan persaudaraan, ibu saudara ada mengundang ke majlis perkahwinan anak hari Sabtu, di Teluk Intan.




Apabila sampai kembali ke rumah selepas tengah malam didapati saya telah memandu sejauh 754 km. Tapi itu setakat jarak menuju ke rumah kawan di Seberang Perai kemudian kembali ke rumah. Campur jarak naik kereta kawan ke Padang Besar (173 km menurut Google Map), berjalan di selatan Thailand (tak kurang 677 km) dan kembali ke rumah kawan termasuk pusing-pusing di Alor Setar (lebih 192 km) perjalanan kami suami isteri kali ini mencapai jarak tidak kurang 1,796 km. Ini adalah perjalanan paling jauh sejak memandu lebih 2,000 km lebih 2 tahun lalu meliputi lebih banyak tempat di Thailand. Lihat artikel lama Kompilasi cerita perjalanan selatan Thailand penghujung 2022. Dengan ini selesailah penceritaan. Selepas ini akan dikongsikan artikel khas untuk perkongsian melalui Tiktok.


Tiada ulasan: