Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Julai 05, 2025

Jejak Langkasuka 2025 - Ke Batu Kaoseng dan Hatyai sebelum kembali ke Malaysia

Adapun ketika hendak memulakan cerita hari ke-5 perjalanan ini (termasuk hari pertama bergerak dari rumah ke Seberang Perai, esoknya hari ke-2 baru masuk Thailand melalui Padang Besar) baru teringat. Dalam artikel pertama aitu Jejak Langkasuka 2025 - Bagaimana ia bermula ada dinyatakan bahawa kami boleh berada di selatan Thailand 3 hari 2 malam sahaja. Ini disebabkan salah seorang peserta sangat terhad masa. Maka itu diaturlah agar dapat memulakan perjalanan dari Padang Besar, Perlis pagi Rabu dan keluar petang Jumaat.

Terlupa hendak menyatakan bahawa malam sebelum masuk Thailand telah diputuskan ditambah tempoh menjadi 4 hari 3 malam. Ini kerana apabila disenaraikan betul-betul tempat-tempat yang mahu disinggahi baru disedari sangat terkejar-kejar jika sekadar 3 hari 2 malam. Selain itu peserta yang masanya terhad itu tidak jadi ikut disebabkan muncul hal tertentu. Yang lain tidak begitu terikat. Sekarang biar disambung cerita daripada Jejak Langkasuka 2025 - Ma'al Hijrah di Singgora.


Kalau mengikut rancangan asal 3 hari 2 malam sahaja berada di Thailand petang Jumaat 27 Jun 2025 bersamaan 1 Muharram 1447 Hijriah harus sudah berada di Padang Besar, Thailand untuk masuk kembali ke Malaysia. Sebaliknya kami masih berada di bandar raya Songkhla pagi Sabtu 28 Jun bersamaan 2 Muharram, selepas bermalam di penginapan yang namanya kelihatan.


Saya memilih tempat itu untuk bermalam setelah puas menjejak tempat-tempat bersejarah melibatkan kerajaan Melayu Singgora pada hari Jumaat supaya pagi Sabtu boleh membawa ke satu tempat menarik berdekatan.



Tidak jauh dari tempat penginapan ada apa yang dipanggil Kaoseng Rock atau Batu Kaoseng.




Pemandangan menarik dari batu ini dan sekitar boleh dicapai melalui artikel Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Dari Kao Seng ke makam Sheikh Abdussamad ke Patani yang dibuat selepas lawatan pertama kurang 3 bulan lalu.




Selepas bersarapan di kawasan Melayu berdekatan bergeraklah kembali ke bandar raya Hatyai.




Memang untuk ke Padang Besar dari Songkhla perlu lalu Hatyai. Pergi membeli belah di kawasan pasar Kim Yong...










Makan tengah di satu tempat keluar sedikit dari Hatyai menghala ke Padang Besar.




Sebetulnya sepanjang perjalanan 4 hari 3 malam banyak tempat makan dengan makanan sedap disinggahi termasuk pada malam sebelumnya di Songkhla. Namun cukuplah ditunjukkan sedikit sahaja gambar sekadar untuk kesinambungan cerita.




Tadi tu di sebuah kedai kopi di Padang Besar, Thailand di mana sempat menghabiskan beberapa muka surat juzuk ke-3 untuk proses pengkhataman Al Quran bagi bulan Muharram. Sampai ke sempadan alhamdulillah tak perlu tunggu lama untuk dapat masuk kembali ke Malaysia.



Kembali ke tempat kereta kawan diparkir baru masuk melihat masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Ahmad, Padang Besar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN.




Pergi ke Alor Setar, Kedah singgah di rumah pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah, Dr Ibrahim Langkawi untuk berbincang hal-hal sejarah.




Beliau dan isteri menyambut dengan baik. Kalau tidak kerana ada urusan lain tak mustahil hingga tengah malam masih rancak berbincang.



Saudara dua pupu saya yang menetap di Alor Setar, daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak, mahu membelanja makan.



Layan sekali makan durian...


Tiada ulasan: