Salam semua. Satu perkongsian menarik lagi bermakna daripada satu majlis petang semalam.
Petang Sabtu 26 Januari 2019 saya bergegas ke kelab golf TPC Kuala Lumpur di Bukit Kiara untuk menghadiri majlis "A Level 7 Reunion".
"A Level 7" merujuk kepada batch atau kumpulan ke-7 pelajar yang masuk program pengajian A Level (sijil pelajaran tinggi sekolah menurut sistem United Kingdom). Ia dikendalikan atas nama kolej PPP/ITM, Pusat Persediaan Pelajar/Institut Teknologi Mara (belum lagi bergelar universiti ketika itu) sebagai program persediaan untuk mereka yang dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke UK.
Kami masuk sebagai pelajar terpilih lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun 1987 berdasarkan keputusan cemerlang peperiksaan lalu mengikuti program untuk tahun 1988 hingga 1990. Kami datang daripada pelbagai latar belakang persekolahan seluruh negara. Antaranya daripada sekolah-sekolah berasrama penuh terkemuka seperti MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar), TKC (Kolej Tunku Kurshiah), sekolah-sekolah sains dan Maktab Sains MARA. Ada juga daripada sekolah-sekolah harian biasa, antara yang terkemuka adalah VI (Victoria Institution) dan St. John.
Kebanyakan kami termasuk saya sendiri adalah pelajar tajaan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Ada sejumlah ditaja oleh badan-badan korporat berkaitan kerajaan seperti Petronas, Telekom dan TNB (Tenaga Nasional Berhad).
Ramai antara kami berjaya mengikuti program sepenuhnya seperti dijadualkan lalu masuk tahun pertama universiti pada sesi 1990-1991. Daripada itu kebanyakannya mengaji setahun dalam negara di bawah program NCUK (Northern Consortium United Kingdom) sebelum menyambung tahun kedua dan seterusnya di UK. Ada pula terus ke sana bergantung pada keputusan peperiksaan A Level pada pertengahan tahun 1990 dan tawaran yang wujud ketika itu.
Namun atas sebab tertentu ada yang keluar daripada program setelah beberapa lama. Antaranya saya sendiri disebabkan nakal selalu masuk mahkamah pelajar kerana melanggar disiplin.
Nasib baik saya termasuk dalam kalangan pelajar pintar walaupun selalu 'tuang' kelas. Saya dibuang daripada program cuma 4-5 bulan sebelum peperiksaan A Level lalu dilarang mendudukinya. Punyalah degil dan keras kepala ketika itu. Sebenarnya saya diberikan peluang boleh lagi mengikuti program setelah 7 kali masuk mahkamah pelajar, satu perkara yang difahamkan tidak pernah berlaku dalam sejarah kolej dan program kerana pelajar bermasalah biasanya akan tercicir dan gagal dalam peperiksaan-peperiksaan awal lalu terkeluar sendiri daripada program.
Perkataan yang digunakan oleh kakitangan kolej dan ahli jawatankuasa adalah "die a natural death" - "mati secara semulajadi". Itulah yang diharapkan berlaku kepada pelajar bermasalah seperti saya. Tetapi sebaliknya saya masih mampu mendapat markah yang tinggi, biasanya 90-100 dalam setiap ujian dan peperiksaan matematik walau jarang masuk kelas. Cuma walaupun bermasalah saya memegang kata-kata. Pada kali ke-6 masuk mahkamah pelajar saya ada menyebut kalau masuk lagi selepas ini kolej boleh membuang saya keluar daripada program.
Tapi tu le, saya memang bermasalah dan seorang rebel, pemberontak yang anti-establishment, melawan pentadbiran dan institusi-institusi awam. Namun masalah sebenar saya bukanlah itu tetapi tidur - apabila masuk tidur terasa berat sangat nak bangun. Dah petang baru terjaga. Mungkin orang boleh berkata ini disebabkan malam-malam suka berpeleseran pergi ke disko dengan kawan-kawan terutama perempuan. Tapi kalau datang masalah tidur tu dah janji dating dengan perempuan secantik mana pun boleh terlupa atau mengabaikan lalu terbongkang seorang diri dalam dorm atau bilik asrama.
Apapun 4-5 bulan sebelum dijadualkan mengambil peperiksaan A Level saya masuk mahkamah pelajar buat kali ke-7. Kali ini tanpa diingatkan saya sendiri menyebut bersedia untuk dibuang kolej kerana mahu berpegang kepada janji yang dibuat semasa masuk mahkamah kali ke-6...
Sebetulnya pihak kolej cuba memujuk untuk menarik kata-kata memandangkan saya seorang pelajar pintar yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi begitulah saya degil dan keras kepala. Kalau sudah menyebut sesuatu mesti memegang kata-kata. Masa membuat janji itu memang mahu mengotakannya. Tapi dah memang pelajar bermasalah - masa tu saya rasa bab-bab buat kerja nakal dah tak sangat... yang betul-betul mengacau adalah masalah tidur sehingga selalu sangat ponteng kelas.
Apa yang dialami itu sebenarnya adalah satu masalah gangguan spiritual yang melanda sehingga beberapa tahun akan datang. Nasib baiklah tahun berikutnya 1991 dapat menduduki peperiksaan A Level melalui kolej lain. Sudah aturan Allah SWT. Keputusan saya buruk - dapat E untuk Physics, D untuk Applied Maths. Ketika itu sudah hilang satu kelebihan yang menyebabkan ramai menggelar saya genius sejak sekolah rendah lagi - mampu melihat gerak kerja matematik, nombor-nombor, formula juga objek-objek timbul lalu boleh dimanipulasikan dalam kepala sehingga kelihatan seperti terpancar ke luar kepala bagaikan grafik program AutoCAD di hadapan mata.
Saya cuma ada satu A sahaja iaitu untuk kertas Pure Mathematics yang diambil lebih awal, dipanggil January Paper kalau tak salah ingatan pada awal tahun 1990. Dengan keputusan serendah itu pun alhamdulillah dapat masuk terus tahun pertama pengajian matematik di UCL, University College of London atas tanggungan keluarga. Selepas itu sambung kembali dengan JPA tetapi ditukar daripada biasiswa menjadi pinjaman boleh ubah.
Mungkin tawaran diberikan kerana ada menulis karangan atau essay yang dikira 'luar kotak' ketika membuat permohonan sebelum menduduki peperiksaan biasa A Level pada pertengahan tahun 1991. UCL sudah awal-awal memberikan syarat dapat A, D dan E pun sudah cukup untuk masuk. Sehingga seorang bapa saudara mendakwa itu disebabkan universiti mahukan duit kita sahaja, sebab itu sanggup bagi syarat begitu rendah. Walhal UCL tersenarai oleh QS World University Ranking sebagai antara 10 universiti terbaik di dunia.
Ah. Cukuplah luahan tentang hal tersebut. Biasa le, menulis jujur daripada hati. Itulah saya. Nak tahu lebih lanjut sila baca artikel-artikel berikut yang ditulis dalam bahasa Inggeris di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH tahun 2008-2009...
Kembali pada hal majlis. Saya datang dengan berpakaian busana penuh Melayu tradisional bersampin, bertanjak, berkeris. Kawan-kawan lama tidak terperanjat kerana ramai sudah tahu tentang perubahan yang melanda diri ini daripada seorang rebel, degil, keras kepala yang agak keBaratan (sebetulnya saya tak anggap diri sebagai keBaratan ketika itu tetapi liberal, berfikiran terbuka lagi antarabangsa konon) menjadi seorang lelaki yang menjunjung tinggi jati diri Melayu. Ada sejumlah daripada kawan-kawan lama rajin berhubung sejak saya kembali dari UK hampir penghujung tahun 1995 (ramai rupanya kembali lebih awal tahun 1993). Kadangkala kami bertemu untuk minum teh tarik. Tetapi selepas beberapa lama baru mengadakan majlis-majlis kecil yang boleh disebut sebagai reunion kerana mengumpulkan kembali beberapa orang rakan yang sudah lama tidak bersua muka sejak meninggalkan kolej tahun 1990. Rujuk artikel-artikel berikut :-
7.
'Ngeteh' session at Viccudha Damansara Utama... (Khamis 5 November 2009)
Adapun gambar-gambar tadi semuanya saya ambil sendiri. Sekarang biar cerita diteruskan menggunakan gambar-gambar yang diambil daripada Facebook kawan-kawan juga WhatsApp
group atau kumpulan. Membaca kembali artikel-artikel lama tadi baru tersedar satu perkara. Adapun artikel
3rd A Level Batch 7 reunion / Hari Raya festive do in Bangi... dipersembahkan pada jam 3.08 pagi Ahad 11 Oktober 2009 beberapa jam setelah kembali daripada majlis tersebut. Ketika itu isteri sedang sarat mengandung malah dah
overdue beberapa hari. Namun disebabkan saya hendak sangat berjumpa kawan-kawan lama beliau sanggup keluar menemani ke lokasi majlis dekat Bangi 70-80 km perjalanan dari rumah kami.
.
OK. Saya sudah banyak meluahkan berkenaan diri dan perjalanan hidup yang tercetus apabila melihat gambar-gambar sekitar majlis reunion ini. Adapun pada tajuk artikel ini ia disebut sebagai proper reunion kerana inilah kali pertama batch kami mengadakan majlis untuk semua. Majlis-majlis yang pernah saya hadiri sebelum ini lebih merupakan ad hoc, dalam kumpulan-kumpulan kecil paling ramai pun belasan orang. Ia lebih tertumpu kepada kumpulan-kumpulan tertentu kawan-kawan yang rapat zaman kolej diikuti zaman universiti.
Kali ini undangan adalah terbuka kepada semua pelajar dalam batch kami. Untuk makluman kami berjumlah sekitar 200 orang kesemuanya laki-laki dan perempuan. Ada 62 orang menyatakan mahu datang secara individu, 13 dengan pasangan (ada pasangan sama belajar di kolej). Ini menjadikan jumlah kesemuanya 88 orang. Mereka membayar jumlah yang dipersetujui bagi setiap kepala untuk menampung kos majlis. Harganya boleh tahan sesuailah dengan kenyataan bahawa ramai telah menjadi orang yang berpangkat, berduit dan berkedudukan.
Pun begitu tiada langsung rasa janggal untuk berbual mesra walaupun sudah lama tidak bertemu dan ramai sudah menjadi VIP. Saya sendiri merasa seperti kembali menjadi remaja 18 tahun, jalan pun macam hendak melompat-lompat sentiasa sambil menegur ala-ala manja kawan-kawan perempuan (dengan kawan laki-laki kena tegur macho le... :]). Malah memang saya ada melompat pun... lompat katak selepas menurunkan badan dan kepala lalu bercangkung untuk keluar daripada jangkauan frame seorang rakan lain yang sedang mengambil gambar.
Sambil makan minum di dewan ada yang mengambil peluang untuk bergambar bersama mengikut grup atau kelas. Kami dibahagikan mengikut jurusan pengajian seperti Law (undang-undang), Engineering (kejuruteraan) Accountancy (Akaun), Ekonomi dan lain-lain bidang. Pelajar-pelajar jurusan yang hampir sama diletakkan dalam kelas sama, dipanggil sebagai grup. Ada grup A hingga M.
Di atas adalah wakil Grup H. Di kiri adalah Elain diikuti Mu. Saya sebut nama yang biasa panggil...
Ada pula berkongsi gambar setelah diambil dengan mesin foto khas. Ini Grup I. Merujuk pada gambar paling bawah, dari kiri adalah Matul diikuti Anuar dan Bib. Oh, semasa majlis ini baru saya tahu Matul adalah doktor pakar bedah. Anuar pun doktor tapi dah lama tahu. Cuma kemudian baru teringat masa kolej dahulu tiada jurusan perubatan ditawarkan. Macamana pula dua orang ini boleh jadi doktor perubatan (ada kawan-kawan lain jadi doktor PhD)? Rupa-rupanya selepas dapat keputusan A Levels baru dapat tawaran. Kalau tak salah kedua-dua mereka berasal daripada bidang kejuruteraan.
Ini dari Grup J. Dari kiri adalah Pa'ad, Utoi, Rodzlan dan Bad.
Kemudian baru masuk sekali wakil perempuan, Anum. Tak perlu le beritahu nombor berapa dari kiri ya...
Saya juga berada dalam grup ini. Saya adalah satu-satunya pelajar jurusan matematik, yang lain dalam bidang kejuruteraan sama ada elektrikal atau mekanikal. Tapi saya sedang berada entah di mana ketika gambar diambil.
Ini Grup M. Maaf saya cuma ingat nama Din di tengah itu. Mungkin sebab kami dulu kamching selalu keluar malam. Din belajar aeronautical engineering atau kejuruteraan kapal terbang di London.
Ini katanya dari Grup M. Dari kiri belakang (gambar bawah sekali) adalah Fazlur, Zuhairi dan John. Di hadapan dari kiri adalah Mat Dag, Ihsan diikuti Marfin. Cuma saya agak confuse bagaimana komposisi jurusan grup ini sebab saya tahu Mat Dag buat actuarial science, Marfin buat architecture... beza langsung bidang.
Yang ni tak ingat dari grup mana Diaorang letak caption gambar sebagai budak-budak arkitek je. Rasanya campur dua grup yang ada pelajar jurusan sama sebab Zuhairi (dua dari kiri) dan Marfin (hujung kanan) dah sebut dalam gambar grup M. Yang lain (dari kiri) adalah Bra, Sacha, Rudy dan Kemp.
Ni budak-budak Law. Berdiri dari kiri adalah Atoque, Adik, Zue, Sweet dan Che Na. Duduk adalah Fa, Lin K, Aida dan Anis.
Muka-muka tadi ada masuk dalam gambar ini. Diaorang ni saya tahu memang berada dalam grup atau kelas sama. Tapi dah tak ingat apakah grup E ke atau F atau G?
Ni pun ingat ingat-ingat lupa grup mana. Grup D ke? Dari kiri adalah Kawi, Wan Huriyah, Fifi dan Nik Hilmi.
Selain grup ada yang bergambar mengikut bilik asrama. Ini katanya daripada bilik 55C. Dari kiri adalah Mu, Matul, Bad, John dan Pa'ad. Kalau tak salah kami dibahagikan kepada sepuluh bilik laki-laki dan sepuluh bilik perempuan. Asrama perempuan terletak lebih 100 meter gitu dari asrama laki-laki...
Ini daripada bilik 65C. Dari kiri adalah Mat Ron, Anuar, Nik Hilmi dan Kawi. Untuk makluman nombor-nombor bilik adalah mengikut nombor lot pejabat tempat kami belajar di Damansara Utama pertengahan tahun 1988 hingga awal 1990. Selepas itu kami berpindah ke Seksyen 18 di Shah Alam. C merujuk pada tingkat paling atas. Kolej dan asrama ketika itu terdiri daripada bangunan pejabat sewa setinggi 4 lantai - satu lantai bawah campur 3 tingkat atas, A, B dan C.
Yang ni sama seperti atas. Cuma tukar posisi dan lokasi. Teringat bahawa pada awalnya saya diberitahu ada yang takut perlu menjaga protokol kerana terdapat beberapa orang berpangkat tinggi dalam kalangan kami. Namun ada pula menjawab tak de le... jangankan nak suruh panggil Dato', kalau dipanggil Dato' silap-silap dimakinya kita. "Kepala bana le nak panggil aku Dato', Macam tak kenal kawan-kawan lama".
Bilik 69C. Dari kiri adalah Manok, Mat Dag, Zuhairi, Sacha dan Maizarul (bersama anak). Maizarul ni saya respect. Umur dah dekat 50 masih aktif berlari jarak jauh. Bukan setakat marathon (42 km) malah ultra-marathon (100 km). Dia dah ikut pelbagai acara lari dalam dan luar negara sehingga keluar dalam artikel surat khabar tahun lalu.
Yang ni Mat Ron diapit Faizah (kami panggil Toreng). Maaf baju merah saya tak ingat nama. Malu pula rasa. Kami ada duduk semeja ketika makan. Dia ingat orang panggil saya Fly. Dia asyik bertanya tentang pakaian saya dan silat. Dia nak tahu pernah ke saya merasa kesurupan dalam bersilat. Jawab saya pernah tengok orang bersilat dalam kesurupan tapi saya sendiri tidak mengambil ilmu sebegitu rupa. Cukuplah sedikit pakaian diri supaya dapat melangkah yakin melakukan perkara-perkara yang dirasakan perlu dalam kehidupan...
Apapun saya sangat gembira berada bersama kawan-kawan lama apalagi ramai yang baru kini bersua muka sejak meninggalkan kolej hampir 30 tahun lalu.
Punyalah seronok rasa macam jadi budak-budak balik. Sampai ada terbetik dalam fikiran nak lompat dari tingkat atas di mana terletaknya dewan terus ke bahagian tengah tangga turun untuk mengambil tempat bagi sesi bergambar beramai-ramai.
Kalau ikutkan pada kekuatan dan kelincahan umur belasan dan 20an insyallah memang boleh. Dulu sekolah menengah selamba aja saya melompat daripada tingkat 3 asrama ke bawah kemudian berlari naik ke atas untuk lompat lagi. Maklumlah budak tegejal,
hyper-active... sekolah tadika pun kerja saya asyik melompat daripada tingkap sekolah 7-8 kaki ke tanah lepas tu panjat pokok kelapa. Tapi kini harus akur pada faktor umur dah nak masuk 49 tahun ini lebih-lebih lagi saya sudah kena patah kaki 6 tahun lalu. Lihat artikel
Car Book Sale, Hari buku sedunia dan kaki terpele'ot diikuti
Antara Janda Baik, Bukit Tinggi dan Hospital Sungai Buloh.
Bergambar beramai-ramai di tangga kelab golf supaya dapat memuatkan seramai mungkin dalam satu frame gambar. Yang terbetik dalam fikiran seperti disebut tadi adalah melompat daripada railing tingkat atas ke bahagian tengah tangga. Walaupun ramai tidak dapat hadir akibat pelbagai hal yang muncul saat-saat akhir dapatlah juga dalam 50 orang. Kiranya sesuku daripada jumlah keseluruhan batch kami iaitu sekitar 200 orang.
Semoga majlis akan datang lebih meriah. Mungkin reunion cukup 30 tahun selepas keluar kolej iaitu pada tahun 2020. Saya ada terfikir cantik juga kalau dibuat di pusat peranginan tepian sungai di Janda Baik. Boleh bawa anak-anak berendam... :]
Nota tambahan jam 9.40 malam : OK baru dapat. Yang bergambar bertiga dengan Din tapi saya tak tahu nama tadi adalah Zuliana (kiri) dan Masitah. Baru perasan kat FB tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan