Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, November 25, 2025

Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari majlis tentang Islamofobia ke Tuan Tulis ke Tok Gubah

Salam semua. Adapun saya dan isteri sudah hampir penghujung satu perjalanan yang bermula 10 hari lalu. Esok. sebelum kembali ke rumah, hendak mengikuti 2 majlis ilmu, lusa 2 lagi majlis ilmu diikuti satu majlis sastera. Sebelum disibukkan dengan majlis-majlis ini biar mula dikongsikan cerita perjalanan.



Perjalanan secara rasminya bermula pagi Sabtu 15 November 2025 apabila bergerak ke selatan hampir 50 km ke bangunan PERKIM di Kuala Lumpur untuk mengikuti satu majlis ilmu tentang Islamfobia iaitu rasa takut dan benci terhadap segala yang melibatkan agama Islam.




Itu yang ceritanya dikongsikan dalam artikel Seminar Islamofobia Pencetus Genosid Menafikan Hak Asasi Kemanusiaan petang Selasa 18 November. Ketika itu kami sudah berada di rumah ibu bapa saya di Muar.



Memang asbab utama perjalanan kali ini dibuat adalah untuk berkhidmat kepada ibu bapa. Bukan tidak pernah berkhidmat kepada mereka sebelum ini tetapi kali ini mendapat kelapangan untuk lebih lama bersama selain mahu mengikuti jadual tertentu. Dengan itu diatur beberapa persinggahan dalam perjalanan menuju ke Muar. Selesai majlis tentang Islamfobia diikuti makan tengah hari bergerak ke rumah saya yang di Hulu Langat. Ada kerja-kerja pembersihan ingin dibuat sendiri setelah penyewa keluar penghujung bulan Oktober.




Hampir jam 5 petang pergi ke satu bahagian di Sungai Long yang baru diketahui wujud seminggu dua...




Ada tarikan pelancong di satu kawasan berbukit menghala ke arah hutan simpan Sungai Tekala.




Yang membuat saya tertarik adalah terdapat bahagian jalan yang mencapai ketinggian lebih 300 meter dari paras laut.



Ini adalah susulan daripada apa yang telah diluahkan dalam artikel  Manifestasi kemaruk senarai panjat bukit dan gunung 3 minggu lalu.



Lain kali insyaallah boleh buat hiking dan trekking di sebelah sini.







Selepas itu pergi ke rumah kawan di bahagian lain Sungai Long.




Gambar ini pula diambil sebelum lebuh raya ke Kuala Pilah hampir tengah hari Ahad 16 November. Selepas bermalam di rumah anak buah isteri di Seremban kami menuju ke rumah ibu kepada anak buah tersebut, akak kepada isteri di Felda Jelai.



Sekitar Terachi, selepas simpang ke Seri Menanti singgah di warung makan. Pekena roti canai dengan kari kambing daa...



Ketika itulah timbul rasa hendak ke makam Tuan Tulis dekat Tanjung Ipoh. Rekod penulisan saya menunjukkan kali terakhir sampai adalah pada lebih 2 tahun lalu, bersama anak-anak. Lihat artikel lama Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Faktor Negeri Sembilan sebagai penutup.




Kali ini dibuat satu video untuk siaran di Tiktok. Lihat sini.



Selepas jam 2.30 baru hendak sampai ke rumah kakak ipar di Felda Jelai.




Lewat petang menyambung perjalanan. Menghampiri sempadan Melaka dekat Nyalas hampir waktu Maghrib.


Dalam kegelapan malam terlihat papan-papan tanda menunjukkan arah ke makam seorang tokoh tempatan lalu singgah. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Gubah  di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Inilah kali pertama kami sampai.


Sebelum masuk ke negeri Johor singgah di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Ehsan, Kampung Chohong, Melaka.


Selasa, November 18, 2025

Seminar Islamofobia Pencetus Genosid Menafikan Hak Asasi Kemanusiaan

Salam. Perkongsian majlis ilmu.



Seminggu lalu terlihat poster atas di media sosial tentang satu majlis menarik berserta teks berikut :-

Pembentang dan Panelis:

- SS Mufti Wilayah Persekutuan (TBC)

- Professor Dr. Mohd Mizan bin Mohammad Aslam - UPNM 

- Prof Madya Dr. Danial Mohd Yusof - IIUM

- Mr Jason Leong - Advisor ANCOM

- Prof Khadijah Hambali (CCDUM)

- Prof Dr Jatswan Singh - Taylor’s University 


🎯 Objektif

✅Menjelaskan dan menegaskan kedudukan Islam dalam isu-isu hak asasi kemanusiaan.

✅Merungkai asal usul Islamophobia, siapa di belakang mereka dan bahaya kepada umat Islam.

✅Mengemukakan syor-syor menangani isu–isu hak asasi dan Islamophobia kepada pihak berwajib.

✅Menyediakan analisa kritis perbandingan hak asasi manusia dalam bentuk buku ilmiah yang telah di terbitkan oleh ACCIN – HAK dalam Tradisi Islam dan resolusi penyelesaian untuk rujukan umum.

✅ACCIN telahpun mengeluarkan satu buku bertajuk “ HAK dalam Tradisi Islam” bagi menjelaskan secara ilmiah peranan Islam menegakkan HAK.



Sampai waktunya pagi Sabtu 15 November 2025 saya pun pergi ke lokasi majlis iaitu bangunan PERKIM di Kuala Lumpur bersama isteri.



Tengok-tengok ramai kaum wanita mengikuti.



Cuma kami sampai lewat sedikit. Ketika itu Profesor Madya Dr. Danial Mohd Yusof dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.  Singkatan dalam bahasa Inggeris adalah IIUM) sedang membentang.



Dinyatakan kesan Islamfobia (rasa takut terhadap Islam) terhadap dunia Islam...










Usaha-usaha untuk memahami lalu menangani perkara...












Rupa-rupanya Danial adalah pembentang kedua iaitu selepas pembentangan oleh Professor Dr. Mohd Mizan bin Mohammad Aslam dari UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia). Selepas itu bermula sesi forum.



Ada sedikit perbezaan berbanding senarai awal. Bagi forum, anak muda bernama Salahuddin Ismail nampaknya menggantikan Profesor Khadijah Hambali dari CCDUM (Pusat Dialog Peradaban di Universiti Malaya). Mufti wilayah yang sama ada akan memberikan ucaptama atau membentang tidak kelihatan.



Panelis pertama Profesor Dr Jatswan Singh dari Taylor’s University berkongsi dapatan dengan bantuan slaid. Oh. Penganjur iaitu ACCIN adalah satu persatuan gabungan NGO Islam.



Mengambil pendekatan sejarah, dinyatakan bahawa Islamfobia telah bermula seawal zaman agama Islam bermula abad ke-7 Masihi. Perkembangannya yang sangat cepat menyebabkan ketegangan dengan kerajaan-kerajaan dan penganut Kristian di Eropah.



Kemudian masuk zaman Perang Salib abad ke-11 hingga 13 Masihi. Sambil itu bermula usaha untuk menawan kembali Semenanjung Iberia (yang mengandungi negara Sepanyol dan Portugis sekarang) yang dikuasai Islam tahun 711-1492 Masihi oleh tentera Kristian.



Seterusnya berlaku usaha untuk menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyah diikuti oleh penjajahan kuasa-kuasa Eropah terhadap belahan bumi yang lain.



Tak perlu diulas lagi ya. Boleh lihat sendiri slaid.






























Panelis kedua, saudara Jason Leong dari satu persatuan Kristian bercakap tanpa slaid. Beliau menyatakan ajaran sebenar Kristian oleh Nabi Isa a.s. sangat menegaskan kasih sayang lalu penganut Kristian yang betul-betul mengamatinya tidak akan bencikan orang Islam. Malah kalau Nabi Isa a.s. ada tentu sudah bersama penduduk Islam Gaza yang sedang teruk dizalimi sekarang.



Panelis ketiga, Salahuddin juga bercakap tanpa slaid. Seperti Jaswant beliau mengambil pendekatan sejarah tetapi memulakan dengan zaman penjajahan di Tanah Melayu. Perjanjian Pangkor tahun 1874 dijadikan titik tolak penjajah mula melaksanakan rancangan mengekang pengaruh Islam.



Isnin, November 17, 2025

Antara santai outdoor bersama isteri, majlis Maulud dan melaksanakan Merah Silu Live di Tiktok

Salam. Sekadar melepaskan gerak.



Gambar ini diambil pada pagi Selasa 11 November 2025.



Saya membawa isteri beriadah sambil memanjat bukit di satu kawasan di Kampung Sungai Buaya.




Ada juga lebih 5 km berjalan kaki turun naik bukit.




Pagi Rabu 12 Nov pergi ke Tasik Widuri di Bukit Beruntung.




Berjalan kaki turun naik bukit keliling tasik masuk hutan dan ladang getah...










Ini pun lebih 5 km...

 

Pagi Khamis 13 Nov berehat di rumah kerana saya berpuasa sunat hari Khamis. Selepas berbuka dan solat Maghrib ditulis dan dipersembahkan artikel Antara Bugis dan Rumi - Dua majlis ilmu menarik di Universiti Malaya diikuti  diikuti artikel Dah 13 tahun HIKMAH rupanya di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Selepas masuk Isyak bergerak ke Sungai Penchala untuk satu majlis Maulud.






Begini saya berpakaian ke majlis.




Pagi Jumaat 14 November baru keluar lagi beriadah bersama isteri memanjat bukit.




Kali ini mengambil jalan potong dari Kampung Sungai Buaya ke Prima Beruntung. Pergi balik dalam 2 km lebih.



Kembali pada Selasa 11 November. Pada malam itu diadakan edisi ke-12 Merah Silu Live melalui Tiktok. Sepatutnya edisi tersebut diadakan seminggu sebelumnya 4 Nov. Tapi tapi terlupa langsung, mungkin kerana ketika itu isteri demam agak teruk sementara saya sendiri dilanda sakit tekak. Apapun, perjalanan lama saya yang diketengahkan adalah seperti berikut :-


21. Singapura Okt 2006 - sekitar 850 km. Lihat Mengenang lawatan spontan ke Singapura tahun 2006....