Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, September 17, 2024

Sekitar 16 September dan hari Maulidur Rasul -Menurut aturan Qada dan Qadar...

Salam. Berkongsi cerita aktiviti-aktiviti beberapa hari kebelakangan terutama sekitar Hari Malaysia 16 September yang tahun ini kebetulan bersamaan tarikh Hijriah 12 Rabiul Awal, hari Maulidur Rasul.



Pagi Sabtu 14 September. Saya membawa isteri dan anak-anak ke Masjid Ara Damansara.







Ada majlis pernikahan anak buah kepada isteri, pengantin lelaki.




Selesai majlis diikuti makan-makan kembalilah ke rumah di Bandar Sungai Buaya.



Saudara mara belah isteri yang hadir majlis pernikahan tadi ikut sama.



Maka makan-makan di rumah kami pula...







Selain itu boleh berehat sebelum ke majlis susulan pada malamnya.







Kami ke majlis resepsi perkahwinan yang diadakan oleh keluarga pengantin perempuan di Bukit Beruntung, tidak jauh dari Bandar Sungai Buaya.




Petang Ahad 15 September saya, isteri dan anak-anak keluar lagi, Kali ini hendak menuju ke Batu 14 Hulu Langat untuk satu urusan bersama seorang bapa saudara saya. 




Selepas itu cadangnya hendak ke majlis Maulid Nabi seperti tertera dalam poster atas. Ini kerana lokasinya di Batu 15 Hulu Langat sudah cukup dekat dengan tempat berurusan. Kemudian bolehlah menginap di mana-mana sebelum ke satu majlis perkahwinan lain di Bangi pada tengah hari Isnin 16 September. Selepas itu mahu balik bercuti ke rumah ibu bapa saya di Muar.




Hendak dijadikan cerita kereta yang kami naiki ada masalah suhu naik. Ini semakin menjadi-jadi apabila hendak menghampir Tol Duta di Kuala Lumpur. Hal ini membuatkan terasa elok kembali ke rumah untuk bertukar kereta. Tetapi bagaimana pula janji hendak berurusan dengan bapa saudara di Batu 14 Hulu Langat pada sekian waktu?




Selepas keluar di Tol Duta kami memberhentikan kereta di bahu jalan lalu menghubungi bapa saudara. Tengok-tengok beliau sedang berada di rumah anaknya di Sentul, belum bergerak ke Hulu Langat lalu kami bertemu di situ. Kereta saya yang ada masalah suhu enjin naik itu pun ditinggalkan dekat rumah anaknya. Sementara isteri dan anak-anak berehat bersama anak bapa saudara, bapa saudara membawa saya dengan keretanya ke Hulu Langat untuk menyelesaikan urusan kami. Selepas itu menunaikan solat Asar di Pandan Indah. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Azim, Pandan Indah di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Disebabkan hal kereta kami menukar keputusan tidak jadi mengikut majlis Maulid Nabi di Hulu Langat. Sebaliknya ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur di mana ada satu majlis Maulud lain. Bapa saudara tolong hantar kerana dalam perjalanan ke rumahnya di Pandan Indah. Kereta saya sendiri  ditinggalkan dekat rumah anak bapa saudara.







Sudah aturan Allah SWT nampaknya. Kami mengikuti majlis yang dipanggil Bukit Bintang Berselawat 2.0.




Peserta berarak sambil berselawat juga mengalunkan Qasidah sebelum berhenti di persimpangan utama Bukit Bintang...



Memang meriah dan luar biasa aturan majlis...





 

 Sila tonton sendiri melalui rakaman video atas...



Alhamdulillah lewat malam itu kami dapat kembali ke rumah tanpa kereta menunjukkan apa-apa lagi masalah suhu enjin naik. Apapun disebabkan harus kembali untuk bertukar kereta itu juga seorang  anak buah isteri dapat bertandang ke rumah bersama keluarganya pagi Isnin 16 September. Selepaas itu baru kami ke majlis perkahwinan di Bangi.







Selepas majlis singgah di rumah seorang kenalan akademik di Kajang kemudian baru bergerak ke arah kampung ibu bapa di Muar. Singgah di satu tempat di Rembau disebabkan anak ingin mandi sungai. Lihat  Recreational area of Sungai Talan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Oh. Tentang balik kampung ini asalnya saya sebenarnya bercadang untuk kembali seorang diri pada malam Jumaat 19 September, selepas menghantar seorang anak kembali ke tahfiz di Cheras sebelum jam 8 malam. Ini kerana asalnya pada 16 September harus secara rasmi mendaftar masuk untuk program PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) secara atas talian. Malamnya pula harus membuat pembentangan tentang buku ke-15 saya "Adam (a.s.) and the Origin of Man" secara atas talian dalam forum anjuran satu persatuan pelajar antarabangsa. 

Tengok-tengok apa yang dilakukan pada hari Jumaat 13 September sudah dikira cukup untuk pendaftaran rasmi. Lihat cerita berkenaan dalam Dari online ISTAC ke fizikal ke Bukit Besi - Masuk sedikit hal rambut panjang.... Pembentangan bagi malam 16 September pula ditunda ke selepas seminggu kemudian. Itu yang memberikan kelapangan untuk kembali ke Muar selepas majlis di Bangi. Alhamdulillah isteri pun mendapat kelapangan untuk ikut lalu dibawa bersama 2 orang anak.



Pagi tadi, Selasa 17 September. Fikirnya hendak membawa ibu bapa bersama isteri dan anak-anak makan nasi beringin di tempat kegemaran di bandar Muar. Namun apabila isteri menghubungi melalui telefon dapat tahu nasi dan habis. Maka tukar menghala ke pekan Panchor. Sampai dekat tengah hari jadi kira sarapan campur makan tengah harilah ini.




Tengok-tengok ada Pesta Tanglung sedang berlangsung. Lihat artikel-artikel berikut :-





Ketika menulis ayat ini jam 10.25 malam kami masih berada di rumah ibu bapa di Muar. Sebentar lagi baru bergerak untuk kembali ke Bandar Sungai Buaya. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,555 di CATATAN SI MERAH SILU.


Tiada ulasan: