Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Julai 30, 2022

Hari Peradaban Bangsa Melayu dan misi keluarga Laksamana



Salam Ma'al Hijrah. Selamat tahun baru yang sebenar-benarnya tahun baru bagi umat Islam kesemuanya, terutama semua yang berbangsa Melayu di tanah air tercinta ini. Pagi ini bermula jam 9 akan diadakan buat julungkalinya Hari Peradaban Bangsa Melayu di suatu lokasi bandar raya Kuala Lumpur. Pada awalnya ia dicadangkan mahu diadakan di Dataran Merdeka. Kemudian dapat Padang Merbok. Tetapi difahamkan berlaku 'gangguan demi gangguan' yang akhirnya membawa pada lokasi terkini di Taman Melati. 

Pun begitu semoga ia dapat diadakan dengan jayanya demi kemaslahatan anak Melayu dalam menghadapi cabaran demi kebangkitan umat Islam akhir zaman yang mana ramai sekarang percaya ia akan bermula dari bumi sebelah sini iaitu di Alam Melayu. Antara sebab kenapa boleh berlaku begitu adalah di sinilah terletaknya paling ramai umat Islam dalam satu kawasan iaitu lebih 300 juta (campur penduduk di Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand, selatan Filipina dan sebagainya). Selain itu ialah sejarah panjang pergolakan di Timur Tengah telah menyaksikan ramai pihak teraniaya membawa diri ke rantau ini. Atas asbab tersebut maka di sini juga terdapat paling ramai Ahlul Bait iaitu keturunan Nabi Muhammad SAW.



Sebagai seorang penulis juga aktivis kedaulatan Melayu yang cukup dikenali ramai saya dan isteri telah diminta oleh pihak penganjur untuk hadir bagi menzahirkan sokongan terhadap majlis dan misinya. Insyaallah kami akan datang untuk perasmian pada jam 2.30 dan akan terus bersama sehinggga majlis selesai jam 6 petang. Untuk hadir lebih awal memang tak dapat kerana kami berdua ada hal. Selain itu saya sebenarnya harus berehat lagi. 

Kerja-kerja membuat penyelidikan untuk mencari jejak sejarah seorang moyang (sebenarnya datuk kepada datuk saya, kiranya ayah kepada moyang) telah menyebabkan saya seringkali tidur lambat tiga minggu kebelakangan ini. Seringkali selepas jam 4 pagi baru dapat masuk tidur. Rujuk hal berkenaan dalam artikel Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British diikuti Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British part II. Malam tadi pula dekat jam 2 baru masuk bilik. Sedangkan azam saya untuk tahun baru Hijriah adalah mula tidur setiap malam selewatnya jam 10.




Merujuk pula pada artikel Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah part II - Menjiwai perjuangan orang Melayu menentang kesan buruk penjajahan yang ditulis pada 1 Mac 2022. Dinyatakan bahawa pada 23 Februari, dalam perjalanan kembali daripada urusan berkenaan di Kedah, saya dan isteri telah singgah di Teluk Intan lalu bertemu dengan pemegang terbaru gelaran Laksamana Raja Mahkota Perak, Dato' Meor Redzwan. Ketika itu beliau baru menerima gelaran, setelah hampir setahun kedudukan dibiarkan kosong akibat kematian Laksamana terdahulu. Maka disebutlah ayat-ayat berikut dalam artikel. Biar disalin bulat-bulat dengan gambar-gambarnya sekali seperti disuakan di situ...


----------------


Kami datang tanpa dirancang mahupun membuat apa-apa temu janji kerana mahu mengucapkan tahniah atas penganugerahan gelaran yang baru diterimanya daripada Istana Perak sekitar 3 minggu sebelum itu. Cuma difahamkan beliau menerima makluman secara tidak rasmi. Belum keluar apa-apa surat mahupun diadakan majlis berkenaan untuk memasyhurkan beliau sebagai Laksamana baru.

Walaupun belum mengenali beliau tiada masalah menerima kedatangan kami setelah diberitahu ada waris dari Batak Rabit, daripada keturunan Orang Kaya Muhammad Arshad mahu bertemu. Beliau pula menyatakan tertarik dengan tanjak saya. Sebetulnya kami pernah bertemu dan bertegur sapa dalam satu majlis ilmu di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Kemudian bertemu ketika majlis suai kenal dan temu bual untuk gelaran Laksamana pada awal November tahun lalu. Rujuk artikel-artikel berikut :-




Selain itu saya mahu memberitahu secara berhadapan mata bahawa saya tidak pernah memohon gelaran Laksamana. Yang dimohon adalah gelaran Toh Muda Laksamana iaitu bakal Laksamana. Tiada niat saya untuk melangkah kedudukan beliau sebagai Toh Muda ketika itu. Fikir saya apabila Laksamana terdahulu meninggal dunia pada penghujung bulan Februari tahun lepas beliau secara automatik akan naik sebagai Laksamana tidak lama lagi kerana begitulah adat dan kebiasaan sejak hampir 300 tahun lalu. Dengan itu jawatan Toh Muda akan menjadi kosong lalu mana-mana waris yang berkelayakan boleh memohon. Itulah yang saya lakukan iaitu memohon gelaran Toh Muda. Lihat kembali penerangan dalam artikel Laksamana pulang ke Perak? Membuka langkah diiringi doa orang ramai.

Siapa sangka kemudian dipanggil untuk temu duga bagi gelaran Laksamana? Namun diakui kalau berpeluang untuk naik terus sebagai Laksamana tanpa menjadi Toh Muda saya akan ambil. Saya ada tujuan dan matlamat perjuangan tersendiri. Gelaran tinggi dalam hieraki kepimpinan tradisional Kesultanan Perak ini boleh memberikan kuasa, cara dan alat perkakas bagi melaksanakan banyak perkara yang pernah dibincangkan dalam majlis-majlis ilmu anjuran pihak saya. Rujuk perkara-perkara berkenaan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)





Niat saya boleh dipendekkan sebegini...


Aku mahu menterbalikkan segala kesan negatif Perjanjian Pangkor tahun 1874 yang menyebabkan bangsaku Melayu dan agamaku Islam jadi seperti terabai dalam arus kemodenan zaman yang seperti melebihkan puak liberal serta bangsa dan penganut agama lain.


Adapun moyang saya Laksamana Muhammad Amin itu merupakan salah seorang yang menandatangani Perjanjian Pangkor. Rentetan panjang daripada perjanjian ini terbitlah keadaan sosio politik negara Malaysia sekarang yang antaranya menyebabkan mahkamah sivil berasaskan undang-undang ciptaan Barat dapat mengatasi mahkamah syariah dan undang-undang Islam. Raja-raja Melayu dijadikan seperti rubber stamp atau alat rasmi pengesahan sahaja sambil ahli-ahli politik bermaharajalela. Hal ini adalah warisan tersurat dan tersirat daripada isi perjanjian yang menyatakan raja mesti menerima pakai nasihat Residen British kecuali dalam hal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Ahli politik yang mudah terpalit dengan kegilaan harta dunia lalu mudah dibeli para kapitalis kaya terutama towkay-towkay Cina seperti mewarisi peranan residen menegakkan kepentingan-kepentingan sekular sambil memperkecilkan peranan raja dan pembesar tradisional Melayu.

Realitinya hal agama dan adat juga kini dilanggar akibat renteten peristiwa demi peristiwa yang berkaitan. Sesuatu harus dilakukan untuk memperbetulkan keadaan. Ini adalah tanggungjawab para raja dan pembesar yang bertakwa, sedar akan amanah yang wujud dalam darah keturunan lantaran kedudukan yang diberikan, bukan untuk bermewah dan bermegah lalu jadi terikut dengan rentak ahli politik dan kapitalis keduniaan. 




Merujuk pula pada artikel Prospek masa hadapan institusi beraja di Malaysia yang dipersembahkan petang semalam. Gambar atas diambil daripada rakaman video melalui Live Facebook yang dibuat oleh penganjur majlis iaitu Muzium Diraja Kuala Lumpur. Masuk sesi soal jawab saya telah membawa persoalan siapakah atau bagaimanakah sebenarnya seorang ulamak? Ini kerana ada ahli panel menyatakan bahawa baiknya orang ramai adalah bergantung kepada pemimpin sedangkan baiknya pemimpin bergantung kepada ulamak. 

Saya bertanya kerana melihat takrif ulamak telah disempit menjadi orang yang tahu fekah, bab-bab ibadah, soal jawab halal haram dan sebagainya, mungkin (tidak semestinya sekarang) bersama bab tasawuf sekali. Sedangkan bagi ulamak silam Islam terutama pada zaman kegemilangan di sekitar Baghdad dan Andalusia abad ke-8 sehingga ke-11 Masihi perkara-perkara tersebut cuma asas sahaja bagi seorang ulamak. Dahulu boleh dikatakan semua yang dipanggil sebagai ulamak iaitu orang yang banyak ilmu itu pakar pelbagai bidang. Mereka ada sekali ilmu matematik, ekonomi, siasah, sejarah malah ilmu bela diri seperti bermain pedang dan memanah pun pandai. Barulah boleh dijadikan rujukan untuk memajukan pelbagai aspek kehidupan umat Islam. Itu belum lagi cerita bab karamah dan kewalian.

Adapun sebelum menyatakan soalan saya telah memperkenalkan diri lalu memberikan sedikit latar belakang yang membentuk arah fikiran iaitu sebagai graduan matematik dari universiti di London yang kemudian menjadi wartawan akhbar The New Straits Times tahun 1996-2001. Itu kira dah biasa apabila memperkenalkan diri dalam majlis-majlis sebegini. Yang jarang, mungkin julungkali dibuat adalah menyatakan diri sebagai keturunan Laksamana Perak yang menandatangani Perjanjian Pangkor tahun 1874.

Ini dinyatakan kerana sangat relevan dengan konteks perbincangan ilmu dalam majlis. Ini kerana Perjanjian yang mana menyebabkan seorang Sultan Melayu pertama kali harus meminta nasihat seorang Residen British lalu mengguna pakainya dalam semua hal kecuali agama Islam dan adat Melayu inilah yang menjadi asas pembentukan undang-undang dan perlembagaan negara yang mengikat institusi beraja kini. Lalu diisytiharkan bahawa saya sebagai anak cucu Laksamana mahu menterbalikkan (saya sebut reverse dalam majlis) kesan-kesan buruk Perjanjian Pangkor terhadap agama, bangsa dan tanah air. Saya sebut kesan buruk kerana ada kesan baik yang boleh dikekalkan. Misalnya cara British menerbitkan perkhidmatan awam dan segala macam badan berkenaan disertai sistem dokumentasi dan rekod yang kemas bagi mentadbir negara. 




Sebagai anak cucu Laksamana saya merasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan dan memperbaiki keadaan lalu akan mencuba sedaya upaya mengikut kemampuan yang ada pada sesuatu masa. Sesungguhnya inilah misi sebenar saya sebagai seorang ahli keluarga Laksamana. Saya percaya misi ini juga patut dilanjutkan oleh setiap ahli keluarga kerana memiliki darah kepimpinan dan perjuangan itu. Dengan ini biar dikumpulkan pautan bagi artikel-artikel yang telah dibuat atas nama "Misi Keluarga Laksamana" juga artikel-artikel 'celah' yang terlibat dengan misi...








7. Lawatan baru ke Galeri Panglima Kinta (New visit to the Gallery of Panglima Kinta)

8. Misi keluarga Laksamana - Mendalami lagi talian persaudaraan lama diikuti kaitan dengan Panglima Kinta

9.  Clear views from the Teluk Intan floating restaurant

10. Misi keluarga Laksamana - Solidariti keturunan Orang Kaya Arshad dan adik seibu sebapanya Aminah


Artikel 'celah' :-

1. Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British


Daripada Misi Keluarga Laksamana part II :-

1. The lake garden of Slim River

2. Misi Keluarga Laksamana part II - Antara Slim River, Teluk Intan dan Ipoh

3. Masjid (Mosque of) Ghufran, Kampung Manjoi, Ipoh

4. Masjid (Mosque of) Ijtihadiah, Kampung Simpang Suak Pelang













Artikel 'celah' :-



Sesungguh artikel-artikel awal atas nama "Misi Keluarga Laksamana" itu terbit akibat perlu menghadiri perbicaraan berkenaan di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh. Ada lagi sesi-sesi perbicaraan yang perlu dihadiri. Lalu seperti biasa apabila keluar cukup jauh sebegitu saya akan membuat beberapa perkara lain yang sama ada dirancang atau timbul gerak rasa pada saat akhir akan mengisi naratif keseluruhan suatu perjalanan. Seringkali pula saya mendapat ilham atau maklumat baru dalam perjalanan. Di celah-celah itu harus membuat bacaan dan kajian berkenaan apa lagi saya bercadang untuk menjadikan kisah Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dan anaknya Orang Kaya Arshad sebagai buku. 

Maka selagi hayat dikandung badan insyaallah banyak lagi artikel berkenaan akan terbit nanti. Sampai waktunya kesemuanya akan dikumpulkan dalam satu artikel induk nanti. Kiranya ini termasuk azam saya bagi tahun baru 1444 Hijriah. Tunggu.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah SWT oelihara laksamana

Radzi Sapiee berkata...

Amin.