Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, September 28, 2026

Renungan seorang pelajar PhD berumur yang suka mengembara

Salam. Sudah lewat malam ini. Sebelum tarikh bertukar menjadi 29 September biar dilepaskan ini.


Gambar daripada artikel Bersama Sultan, Tengku Ampuan dan Tengku Mahkota Pahang di ISTAC...


Hari ini 28 September 2026 secara rasmi bermulalah semester baru di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Oleh kerana tempat saya menyambung PhD iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) berada di bawah naungan UIAM maka secara rasminya semester baru kami pun turut bermula siang tadi. Walaupun secara praktikalnya kami tidak mengikut sangat kalendar UIAM kerana merupakan institusi untuk pengajian pasca-siswazah sahaja, dari segi administratif atau pentadbiran kami harus ambil tahu. Ada yang mengambil kelas lalu mengikut jadual itu. Tetapi secara rataa kami menumpukan pada menyiapkan tesis sahaja lalu tidak terikat dengan jadual rasmi universiti.

Bagi saya, hari ini adalah masuk tahun ke-3 dan semester 5 pengajian PhD. Tidak seperti ketika masuk untuk Sarjana atau Masters di institusi sama hampir penghujung tahun 2018 di mana saya masuk mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa, saya telah memulakan PhD hampir penghujung 2024 sebagai pelajar separuh masa atau part-time sahaja. Ini memberikan masa 6 tahun bersamaan 12 semester untuk menyelesaikan pengajian. Kalau mendaftar sepenuh masa harus menyiapkan dalam tempoh 3 tahun bersamaan 6 semester.

Saya memilih pengajian separuh masa supaya tidak begitu tertekan hendak mengejar kemajuan dalam penulisan tesis seperti pernah berlaku ketika Sarjana dahulu. Kalau ikut jadual asal harus siap dalam masa 2 tahun bersamaan 4 semester iaitu sebelum tamat tahun 2020. Tetapi pelbagai hal yang muncul termasuk sekatan perjalanan akibat wabak virus Covid-19 sehingga beberapa lama tidak boleh datang ke kampus di Bukit Tunku sangat mengganggu.  Hasilnya, penghujung 2023 baru selesai pengajian Sarjana itu. 

Dan lagi saya bukan setakat belajar sahaja. Sebagai seorang yang sudah berumur, memulakan Sarjana ketika hendak mencapai umur 48 tahun, kini sudah hampir 56 tahun saya harus membahagikan masa sebagai suami, dan bapa kepada beberapa orang anak selain membuat penulisan dan menghasilkan buku. Itu belum campur masa untuk keluar mengembara kemudian menulis tentangnya. 

Saya telah menyenaraikan sejumlah perjalanan lama dalam artikel Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Itupun sekadar mengambil sejumlah perjalanan yang terpilih sahaja, banyak lagi yang langsung sudah lupa. Selepas itu ada lagi perjalanan seperti berikut :-


1. Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah (Nov 2021)

2. Kali ke-3 ke Beruas dalam tempoh 3 minggu - Apakah petandanya (Nov 2021)

3. Kompilasi cerita perjalanan Pantai Timur penghujung 2021 (Dis 2021)

4. Al-kisah pedang dan perjalanan menyusuri Sungai Langat (Jan 2022)

5. Perjalanan kecil ke Raub awal 2022 - Melepaskan rindu pada arwah Nenek (Feb 2022)

6. Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah part II (Feb 2022)

7. Perjalanan pertama ke Muar tahun 2022 (Mac 2022)

8. Antara 'keemasan', 'keperakan' dan kehampaan (Mac-Apr 2022)

9. Kompilasi cerita beraya tahun 2022 (Mei 2022)

10. Kompilasi cerita "Misi keluarga Laksamana"(Jun 2022)

11. Misi Keluarga Laksamana part II (Jul 2022)

12. Misi Keluarga Laksamana part III (Ogos 2022)

13. Misi keluarga Laksamana part IV (Ogos 2022)

14. Dari tempat gajah ke tempat Tok Gajah - Kompilasi cerita perjalanan kecil pusing Pahang (Sept 2022)

15. Misi keluarga Laksamana part V (Sept 2022)

16. Menyahut panggilan Gunung Ulu Kali (Okt 2022)

17. Kompilasi cerita perjalanan Terengganu 2022 (Okt 2022)

18. Misi keluarga Laksamana part VI (Nov 2022)

19. Dari Serendah ke Cameron Highlands - Baru selesai satu bab ...(Nov 2022)

20. Misi keluarga Laksamana part VII (Nov-Dis 2022)

21. Kompilasi cerita perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 (Dis 2022)

22. Perjalanan pertama restu ibu bapa ke Perak tahun 2023 (Feb 2023)

23. Misi kedaulatan Singgora (Mac 2023)

24. Asbab kursus di Bagan Lalang (Mac 2023)

25. Kali pertama balik Muar tahun 2023 (Apr 2023)

26. Iktikaf hujung Ramadhan 2023 dan selamat hari raya (Apr 2023)

27. Kompilasi cerita perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 (Apr 2023)

28. Dari Ipoh ke Teluk Intan ke pendalaman Sungkai - Satu misi berkenaan keluarga Laksamana Perak (Mei 2023)

29. Pulau Besar tahun 2023 atas asbab jengok ibu bapa di Muar (Mei 2023)

30. Membawa buku Laksamana Raja Mahkota pusing Perak (Jun 2023)

31. Ringkasan aktiviti dan perjalanan Jun-Julai 2023

32. Kompilasi cerita "Antara perpustakaan dan mahkamah" (Ogos 2023)

33. Antara Perak 6-9 ke Muar 26 Ogos (2023)

34. Asbab pertanyaan ibu (Ogos 2023)

35. Perak selepas 9 September (2023)

36. Misi hartanah dan wacana Laksamana (Okt 2023)

37. Dari Muar 2 minggu lalu ke acara ke-23 HIKMAH di Tanjung Malim 2 hari lalu (Okt 2023)

38. Daripada bicara bab harta Laksamana ke bicara Pi Mai Tang Tu (Nov 2023)

39. Kompilasi "Dari Selangor ke Perak" (Dis 2023)

40. Ke Pulau Besar bersama keluarga selepas 5 tahun (Dis 2023)

41. Ke Ipoh tanpa dirancang - Perjalanan jauh pertama bagi tahun baru 2024 (Jan 2024)

42. Masuk Perak siang Nisfu Sya'aban (Feb 2024)

43. Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah (Mac-Apr 2024)

44. Dugaan perjalanan raya 1445 Hijriah (Apr 2024)

45. Musafir ilmu dan buku (Mei-Jun 2024)

46. Ringkasan cerita sekitar Aidil Adha 1445 Hijriah (Jun 2024)

47. Demi Muhammad Al-Aminul Rasyid - The compilation (Jul 2024)

48. Asbab mesyuarat agung persatuan (Okt 2024)

49. Ke Perak atas asbab mesyuarat keluarga pula (Nov 2024)

50. Kompilasi perjalanan selatan penghujung 2024 (Dis)

51. Dari Tanjung Sepat ke Lenggeng ke Hulu Langat ke UIA (Jan 2025)

52. 'Berbulan madu' dengan motosikal besar ke Cameron Highlands (Jan 2025)

53. Pengaruh masjid jamek Muar dalam perjalanan pertama balik kampung ibu tahun 2025

54. Balik kampung Ramadan 2025 (Mac)

55. Pantai Timur Ramadan 2025 (Mac)

56. Ramadan paling 'meriah' sejak sekian lama (Mac 2025)

57. Raya Aidilfitri 2025 di Tanjung Sepat

58. Raya Aidilfitri 2025 di Muar (Mac-Apr)

59. Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand (Apr)

60. Asbab ke Muar awal Zulkaedah (Apr-Mei 2025)

61. Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar (Mei-Jun 2025)

62. Ringkasan balik Raya Haji ke Muar 1446 Hijriah (Jun 2025)

63. Asbab majlis di Jelai - Dapat mendaki 3 bukit merangkumi 12 puncak setelah lama menyimpan hajat (Jun 2025)

64. Jejak Langkasuka 2025 - The compilation (Jun) 

65. Kompilasi asbab mesyuarat keluarga di Taiping (Jul 2025)

66. Kompilasi asbab isteri ke Redang (Jul-Ogos 2025)

67. Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - The compilation (Sept-Okt 2025)

68. 'Beraya' ke selatan penghujung 2025 (Okt 2025)

69. Asbab khidmat kepada ibu bapa - The compilation (Nov 2025)

70. Bersama anak-anak ke Tanjung Sepat dan Muar (Dis 2025)

71. Asbab Perjanjian Pangkor membawa ke Muar dan hhal-hal berkaitan... (Dis 2025-Jan 2026)

72. Dari Batu Belah ke Ampang ke Kuala Kubu (Jan 2026)

73. Umrah sekeluarga 2026 - The complete set (Feb 2026)

74. Ringkasan raya 1447 Hijriah (Mac 2026)

75. Kompilasi cerita Asbab Tokku Paloh (Jul 2026)

76. Mencari tapak sejarah Kota Buruk yang tersorok, kini dipencilkan pula oleh pembangunan (Ogos 2026)

77. Kompilasi Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu (Ogos 2026)


Apapun setiap sesuatu ada hikmahnya. Saya sangat percaya dan berpegang pada itu. Disebabkan tempoh pengajian Sarjana yang harus ditambah masa (extended), saya dapat menerima ijazah pada tarikh yang sangat cantik. Lihat Menerima ijazah Sarjana ISTAC pada hari lahir ke-53. 

Oh, beberapa hari selepas secara rasmi memulakan pengajian PhD di ISTAC tahun 2024 saya ada menulis dan mempersembahkan artikel bertajuk Majlis-majlis ISTAC sejak mula terlibat tahun 2016. Sekarang biar ditambah senarai berikut untuk majlis-majlis ilmu yang diikuti di ISTAC selepas itu sehingga ke hari ini...


2024

1. Muda mudi dan pendidikan persekitaran : Mengasuh penetapan minda yang dipandu nilai

2. Falsafah analitikal dan cerita mengarut : Kaedah saintifik memperkecilkan apa yang kita boleh tahu

3. Hari Ta'aruf ISTAC dan 'kelas' pertama juga tentang mendaki bukit

4. Epistemologi tauhid dan universiti Islam abad ke-21 - Cabaran dan implikasi

5. Aku adalah aku cuma kerana engkau adalah engkau - Apa cerita ni?

6. Tentang hubungan empayar Uthmaniyah dengan Asia Tenggara

7. Antara ilmu wahyu dan sains di ISTAC dengan orientalisma di IIIT

2025

1. Islamisasi ilmu pengetahuan, kecerdasan buatan dan robot - Apakah usaha dan peranan ilmuwan Islam?

2. Kolokium Sejarah Maritim Alam Melayu Dalam Peta Dunia - Hari 1

3. Kolokium Sejarah Maritim Alam Melayu Dalam Peta Dunia - Hari 2

4. Mendalami makna mengIslamkan diri di ISTAC pada Jumaat terakhir Syawal

5. Al-Jawa'ib (1861-1885) : Apa yang ia beritahu tentang hubungan antara dunia Melayu dengan kerajaan Uthmaniyah

6. Menghidupkan semangat perjuangan Palestin dan Al-Aqsa melalui seni dan tinggalan aluminium Kubah As Sakhrah

7. Forum tentang semangat ketamadunan Palestin dan Al-Aqsa - Apa yang kita boleh buat?

8. Mengenai Ibnu Khaldun dan kitab agungnya Muqaddimah

9. Asas struktur perlembagaan - Isu dan implikasi

10. Mendekati pemikiran Ibnu Khaldun dalam penulisan sejarah

11. Membina peranan bagi memperkuatkan ASEAN dan hubungan dengan masyarakat antarabangsa

12. Akhirnya - "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun" dilaksanakan di ISTAC

2026

1. Barat dan 'selebihnya' - Satu kritikan ketamadunan

2. Tulisan Jawi tertua pada Batu Bersurat Terengganu (1303M)

3. Tentang kemahiran menafsir

4. Mengingati Ahmat Adam : Sejarawan dan ahli mengkaji Indonesia

5. Tentangan Iran terhadap usaha penjajahan Amerika-Israel

6. Hamzah Fansuri menurut sarjana Iran

7. Tentang kemahiran membuat telahan bijak

8. Kitab Shahnameh dalam koleksi ISTAC

9. Rekonstruksi pemikiran Islam menurut Iqbal

10. Tentang kemahiran membuat penerangan

11. Pembinaan Fiqh Al-Watan dalam mengangkat undang-undang Islam di Malaysia

12. Pembacaan ilmu jiwa dari Ihya Ulumiddin

13. Wanita Johor sebagai ejen perubahan dan kesedaran

14. Penyusunan kembali di Timur Tengah - Kesan perang Iran-AS-Israel

15.Syed Naquib al-Attas dan ISTAC menurut graduan pertama institusi

16. Tentang kuasa-kuasa Eropah mula mengembangkan sayap

17. Tentang kemahiran mengatur diri sendiri

18. Membaca Al-Quran bersama Kant dalam zaman AI

19. Menyahpenjajahan Masa Depan Muslim - Pemahaman daripada teologi Islam dan sejarah

20. Ilmu pengetahuan, kepengarangan dan seni kesusasteraan menurut Ibnu Khaldun

21. Antara Islam dan Buddha untuk keamanan dan harmoni

22. Tuanku Luckman Sinar : Satu panduan untuk masyarakat Melayu

23. Membaca Melayu dalam Andaya dan Milner - Dinamika kesedaran bangsa

24. Daripada ilmu pengetahuan kepada hikmah - Falsafah Islam dan pembuatan keseluruhan manusia

25. Pelajaran jiwa daripada cerita-cerita Rumi

26. Dalam bengkel tukang tembikar : Hidup, takdir dan keabadian menurut Omar Khayyam

27. Bicara tentang Rumi dan tanah air : Bunyi-bunyi spiritual dan interaksi ketamadunan

28. Nik Rashiddin dan falsafah kayu : Satu contoh penghasilan pengetahuan tempatan


Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,878 di CATATAN SI MERAH SILU. Nampaknya ada kena mengena dengan tarikh 28 September sebagai permulaan rasmi semester baru di ISTAC. Satu perkara menarik,  Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memulakan pengajian PhD di sini, setelah selesai Sarjana Muda di ISTAC sebulan dua lalu (walaupun baginda adalah Canselor UIAM dan sudah ada ijazah PhD kehormat). Difahamkan ahli politik Nurul Izzah Anwar, puteri kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pun menjadi pelajar baru PhD kami. Cukup perkongsian.