Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, September 24, 2025

Ringkasan aktiviti setengah bulan kebelakangan September

Allah. Rasa berat badan dan kepala masih melanda. Peha dan sekitarnya pula asyik sakit urat sahaja. Nampaknya sejak membuat pendakian ke sebuah bukit tinggi di Lembah Klang awal bulan Pun begitu tetap dilakukan pelbagai lagi aktiviti termasuk mendaki bukit. Cuma lebih rendah dan dekat dengan rumah. Sudah sampai masa menulis bagi melepaskan rasa. Kali ini perlu menyediakan terlebih dahulu 3 artikel sokongan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN dan 8 di blogspot BERPETUALANG KE ACEHMenariknya ini membawa kepada kedua-kedua blogspot mencapai jumlah 2,702 artikel setiap satu. CATATAN SI MERAH SILU sendiri sudah memiliki 2,722 artikel. Kini bertambah lagi satu. Layan... :]


Kita mulakan dari hari Selasa 9 September 2025, tarikh yang kebetulan adalah tepat 19 tahun selepas jasad moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang meninggal dunia dalam buangan di Singapura tahun 1904 lalu dimakamkan di sana dibawa kembali ke Perak tahun 2006 lalu disemadikan di kawasan pemakaman diraja di Bukit Chandan. Isteri mahu menyertai majlis Maulidur Rasul di rumah kawan di Sungai Long. Lalu diambil peluang untuk mencuba lebuh raya EKVE (East Klang Valley Expressway) yang baru dibuka awal bulan. Lihat Checking out the EKVE.


Sejurus sebelum meninggalkan isteri di rumah kawan (majlis adalah untuk orang perempuan sahaja) singgah bersolat di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Taman Rakan, Sungai Long, Kuala Lumpur.


Esoknya pagi Rabu 10 September menghantar isteri ke pejabat di Shah Alam. Petang itu pergi ke  rumah makcik di Petaling Jaya. Singgah di masjid ini pula. Lihat Masjid (Mosque of) Dato' Haji Kamaruddin, Petaling Jaya.


Petang Ahad 14 September pergi majlis kahwin anak kawan isteri di Bukit Beruntung. Berziarahlah ke rumah kenalan, seorang pelukis terkenal yang menetap berdekatan. Lihat Attending wedding function at Bukit Beruntung Golf Club.


Oh. Sebelum itu petang Sabtu 13 September ada mengambil anak-anak yang belajar lalu duduk asrama tahfiz di Cheras keluar bercuti hingga Selasa 16 September sempena Hari Malaysia. Sebelum menghantar kembali ke asrama layan mandi sungai sat. Lihat Checking out Templer Park with the kids.


Petang Rabu 17 September tiba-tiba timbul rasa untuk mendaki satu bukit agak tinggi berdekatan rumah melalui kawasan projek keretapi laju. 


Walaupun benar boleh dicapai dari kawasan projek namun perlu meredah semak samun paku pakis pokok berduri bagai menjadikannya sangat mencabar. Sampai puncak selepas masuk Maghrib, turun dalam kegelapan malam mengikut laluan lain. Lihat artikel-artikel berikut :-


Climbing a certain hill near Sungai Buaya via ECRL project route 

Climbing a certain hill near Sungai Buaya via ECRL project route - Part II


Petang Jumaat 19 September pula mengajak isteri naik motosikal ke tapak projek. 


Asalnya sekadar hendak membawa masuk melepasi dua terowong bawah tanah yang membelah bukit bukau di sekitar, termasuk bukit yang didaki petang Rabu.


Ternyata isteri merasa seronok lau mengajak terus berjalan lebih jauh mengikut laluan yang dibina untuk landasan kereta api akan datang. Lihat Taking ECRL route from Sungai Buaya to Batu Arang.


Pagi Sabtu 20 September 2025 keluar bersarapan membawa anak lelaki bujang di Tanjung Malim. Tergerak untuk masuk ke kampus UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) lalu ke bangunan lama yang sudah dijadikam  muzium. Lihat Muzium Pendidikan Nasional (National Education Museum), UPSI


Petang Ahad 21 September 2025 pergi menziarahi ibu dan bapa saudara di Bukit Damansara. Terlihat pencawang atas bukit terasa hendak ke sana. 


Alang-alang dah berjalan pergi ke beberapa puncak bukit berdekatan. Lihat Three peaks in Bukit Damansara and one at Bukit Bandaraya.


Selasa petang semalam 23 September tergerak melihat projek jalan baru yang nampaknya akan memudahkan laluan ke stesyen ECRL akan datang di Serendah. Lihat Checking out a new road being built near Perodua. Sebetulnya tadi pagi Rabu 24 September ada mendaki bukit paling dekat dengan rumah. Namun tak perlulah dipanjangkan tentang itu. Sebaliknya merujuk pada artikel terakhir di CATATAN SI MERAH SILU, Mengimbau perjalanan/pengembaraan lama melalui Merah Silu live di Tiktok setiap Selasa malam Rabu yang dipersembahkan awal malam 16 September. Ada dinyatakan bahawa sejak lebih sebulan kebelakangan ada dibuat program berkenaan lalu dipautkan rakaman-rakaman sesi yang telah dimuatnaik ke Youtube. Selepas itu berlangsung 2 lagi sesi. Berikut adalah rakaman...

.


Episod 5 - 16 September 2025


Cerita-cerita pengembaraan lama yang sempat dikongsikan :-


11. Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000 - dalam 2,155 km. Lihat Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000.

12. Liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - lebih 2,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000.

13. Meliputi acara X Games di Phuket tahun 2000 - lebih 300 km. Meliputi Asian X-Games di Phuket tahun 2000.




Episod 6 - 23 September 2025


Cerita-cerita pengembaraan lama yang sempat dikongsikan :-


14. Kali pertama ziarah makam tahun 2001 - sekitar 780 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001.