Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, November 18, 2021

Pulau Pinang milik siapa? Dari pendudukan Light 1786 sehingga merdeka 1957

 OK. Daripada cerita perjalanan beralih kita ke majlis ilmu...



Sekitar 3-4 hari lepas saya mendapati poster atas timbul di salah satu grup WhatsApp juga ada keluar di Facebook. Melihat pada tajuk yang sangat menarik disertai barisan panelis yang amat berwibawa saya berazam mahu mengikut majlis apabila sampai masanya nanti petang Khamis. Namun sejak pagi tadi saya disibukkan dengan hal-hal lain termasuk mahu menyiapkan artikel Panggilan Musuh Bisik : Membawa aura perjuangan sehingga ke Beting Beras Basah untuk dipaparkan sebelum waktu Zohor. Kemudian disediakan dahulu isi artikel pelengkap gerak iaitu Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah bagi paparan malam Jumaat. Sedar tak sedar dalam keadaan diri juga kurang sihat masuk jam 3.15 petang baru teringat tentang majlis. Itupun selepas ternampak poster dipaparkan lagi di FB.

Saya pun cepat-cepat mencari FB page berkenaan untuk mengikuti majlis. Kelihatan Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali yang disebut dalam poster sebagai ahli panel pertama sedang berkongsi ilmu. Namun saya mengikuti majlis dalam keadaan sudah penat dan mengantuk amat. Lalu ada masanya tertidur ada masa terbangun. Maka biar diberikan semacam ringkasan isi berdasarkan apa yang saya dapat tangkap dan ingat.

Ketika saya masuk mengikut majlis Abdullah Zakaria sedang menyatakan bahawa memang benar sebenarnya tidak ada perjanjian tahun 1786 seperti sering disebut orang. Ini merujuk kepada apa yang sering disebut orang sebagai perjanjian yang memulakan pajakan British atau lebih tepat, Syarikat Hindia Timur Inggeris terhadap Pulau Pinang. Dikatakan Kedah telah bersetuju untuk memajak lalu Pulau Pinang secara efektifnya menjadi milik British sejak itu.

Disebabkan 'perjanjian' itulah maka bendera Union Jack mula dinaikkan di Pulau Pinang lalu pegawai SHTI (hampir sama ejaan dengan shit) Francis Light disebut sebagai orang yang 'menemukan' pulau tersebut. Sebetulnya tiada perjanjian 1786 kata Abdullah. Yang ada cuma surat kerajaan Kedah menawarkan perjanjian dengan syarat-syarat tertentu, syarat yang tidak pun dipenuhi Inggeris.

Namun kemudian berlaku perjanjian tahun 1791 yang menurut Abdullah memang bersifat perjanjian diikuti perjanjian tahun 1800 yang mana wilayah Seberang Perai pun turut dimasukkan ke dalam penguasaan SHTI. Seterusnya berlaku Perjanjian Burney tahun 1826  yang mana antara kesannya adalah pembentukan apa yang dipanggil sebagai Negeri-negeri Selat (Straits Settlements). Pulau Pinang pun termasuk di dalamnya selain Melaka yang diperolehi Inggeris melalu perjanjian dengan Belanda tahun 1824 dan Singapura melalui perjanjian dengan Sultan dan pembesar Melayu di sana tahun 1819. Negeri-negeri Selat ini kemudian dipegang oleh Colonial Office di London. Ini menandakan statusnya jelas menjadi jajahan takluk Raja Inggeris.

Tahun 1946 Negara-negara Selat disekalikan dalam pembentukan Malay Union. Tetapi Malay Union yang bakal menghilangkan kuasa raja-raja Melayu ditentang oleh rakyat lalu sebagai gantinya terbentuklah Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 tetapi tanpa Singapura. Dalam pembentukan ini Pulau Pinang dan Melaka mendapat status yang sama dengan negeri-negeri lain. Seterusnya berlaku kemerdekaan negara Malaysia atau lebih tepat kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 lalu status Pulau Pinang sebagai negeri yang boleh berdiri sendiri diteruskan hingga kini.

Profesor Dato' Dr Ahmad Merican yang disebut poster sebagai ahli panel kedua pula lebih menekankan apa yang berlaku pada tahun 1786. Kata beliau status 'perjanjian' yang sebenarnya tidak menjadi perjanjian menentukan segala sesuatu selepas itu. Dr Ahmad Jelani Halimi yang disebut sebagai ahli panel ketiga memberikan latar belakang lebih besar yang membawa kepada Pulau Pinang dijajah Inggeris. Diceritakan tentang bagaimana serangan Burma terhadap kerajaan lama Siam Ayuthia (tahun 1767) sehingga hancur kota Ayuthia menyaksikan kemunculan dinasti baru yang lebih aggresif berpusat di Bangkok. 

Dalam keadaan dinasti baru (yang disebut ramai pengkaji sebagai berbangsa Sukothai dari selatan China, bukan Siam asal) sering mengancam negeri-negeri Melayu yang terletak ke selatan Segenting Kra inilah kehadiran Inggeris dialu-alukan oleh Sultan Kedah supaya dapat membantu menghilangkan ancaman. Namun kemudian berlaku Perang Musuh Bisik tahun 1821 menyaksikan Bangkok menjajah Kedah secara terus buat suatu waktu. 

Lalu Pulau Pinang milik siapakah sebenarnya? Kalau dahulu jelas ia milik Kedah. Namun kemudian menjadi jajahan Inggeris kemudian merdeka sebagai negeri sendiri. Hendak tahu lebih lanjut sila ikuti rakaman video di sini. Pergi terus ke minit 31 agar tidak tertunggu-tunggu lama. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,200 di blogspot ini.


Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah

Salam malam Jumaat 14 Rabiul Akhir 1443 Hijriah. Melengkapkan gerak rasa tentang apa yang  berlaku dalam tempoh 2 minggu kebelakangan. Dipersembahkan artikel kompilasi tentang perjalanan berkenaan yang menerbitkan banyak maklumat 'gempak'. 


Perjalanan ini meliputi dua bahagian. Satu adalah perjalanan ke/di Perak 3-6 November 2021. Satu lagi perjalanan di/ke Kedah 12-14 November 2021. Di sini biar dikumpulkan pautan bagi cerita-cerita berkenaan dalam satu artikel kerana ia saling berkait. Perjalanan ke Perak berlaku atas asbab mahu menghadiri majlis suai kenal dan temu bual (temu duga sebenarnya) bagi pemilihan pemegang gelaran Laksamana Raja Mahkota, Orang Besar Lapan paling kanan di Perak. Perjalanan ke Kedah pun berlaku setengah hari selepas berjaya menyiapkan artikel terakhir tentang perjalanan Perak. Atas asbab mahu menghadiri majlis hol dan maulidur rasul diikuti majlis ilmu sempena 200 tahun berlaku Perang Musuh Bisik di sana. 

Tetapi yang mendorong kuat walaupun penat perjalanan Perak belum cukup surut adalah panggilan kerohanian disebabkan hubungan darah. Ini kerana terdapat hubungan kekerabatan yang kuat antara Laksamana Perak dan Kedah. Moyang saya sebelah bapa Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang dibuang ke Pulau Seychelles bersama Sultan Abdullah tahun 1877 akibat dikatakan terlibat dalam pembunuhan residen pertama Inggeris ke Perak iaitu J.W.W. Birch tahun 1875 memiliki beberapa orang isteri. Paling utama adalah Wan Long Sa'adiah, puteri kepada Perdana Menteri Kedah iaitu Wan Mat Saman. Wan Mat Saman pula adalah anakanda kepada Laksamana Paduka Raja Wan Ismail iaitu Laksamana Kedah. Laksamana ini dan bapanya Laksamana Wan Muhammad Long terlibat dalam Perang Musuh Bisik (1821-1842).

Daripada perkahwinan Muhammad Amin dengan Wan Long Sa'adiah muncul datuk kepada datuk saya Muhammad Arshad serta beberapa orang anak. Maka perjalanan di/ke Perak yang meliputi jarak sekitar 600 km dalam tempoh 4 hari 3 malam sangat terkait dengan perjalanan di/ke Kedah yang meliputi jarak hampir 1,200 km dalam tempoh 3 hari 3 malam. Bolehlah dijumlahkan kedua perjalanan berkait itu sebagai meliputi jarak hampir 1,800 km dalam masa 7 hari 6 malam. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-2,199 di blogspot ini. 


1. Laksamana pulang ke Perak? Membuka langkah diiringi doa orang ramai

2. Galeri (Gallery of) Panglima Kinta

3. Makam (Tomb of) Alang Iddin

4. Lawatan terbaru ke makam Long Jaafar (New visit to tomb of Long Jaafar)

5. Laksamana pulang ke Perak? Temu bual yang dipermudahkan

6. Muzium Diraja (Royal museum of) Perak

7. Perak river from the new bridge at Manong

8.  Perak river from Kampung Semat

9. Revisiting tombs of the kings of Beruas

10. Perak river from the new bridge at Lambor

11. Wading to the tomb of Keramat Kuala Bidor

12. Laksamana pulang ke Perak? Menjejak leluhur dari hulu ke hilir

13. Flood at Batak Rabit

14. Perak river from Batak Rabit during extraordinary high tide

15. Views from tower of Batak Rabit mosque.

16. Laksamana pulang ke Perak? Madad ya Rasulullah!

17. Panggilan Musuh Bisik : Berkejar ke Kedah untuk majlis hol dan maulidur rasul

18. Panggilan Musuh Bisik : Jangan jadi Wahabi sejarah

19. Looking around Kuala Kedah fort

20. Looking at the aftermath of the river disaster at Titi Hayun in Yan

21. Panggilan Musuh Bisik : Menjejak laluan saudara tanpa dirancang

22. Surau (Praying house of) Kampung Dalam Terus, Perak

23. Victoria Bridge with friends

24. Beting Beras Basah at night

25. Panggilan Musuh Bisik : Membawa aura perjuangan sehingga ke Beting Beras Basah


Panggilan Musuh Bisik : Membawa aura perjuangan sehingga ke Beting Beras Basah

Salam semua. Sampai masanya untuk menutup cerita-cerita perjalanan ke Kedah 12-14 November baru ini. Bersambung daripada artikel Panggilan Musuh Bisik : Menjejak laluan saudara tanpa dirancang.


Di Temong kami telah berehat di surau yang terletak tidak jauh dari makam Tok Temong. Puas berehat kami pun pergi menziarahi makam.


Oh. Hari itu Ahad 14 November 2021 kami semua memakai t-shirt Perang Musuh Bisik yang baru dibeli di majlis di Kuala Kedah pada hari sebelumnya. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Panggilan Musuh Bisik : Jangan jadi Wahabi sejarah. Kiranya kami mahu membawa aura perjuangan sepanjang perjalanan berikutnya...



Seperti biasa apabila sampai ke makam Tok Temong saya suka menjengok Sungai Perak di sebelah.



Kali ini jeti kecil di tepian sungai dipenuhi air pasang tinggi.



Nak pijak lantai jeti mahu basah pakaian hingga ke paras peha. Cukuplah mencecahkan kaki sebentar sebagai syarat.



Dari kawasan makam kami ke jambatan kereta api lama Victoria Bridge melalui Kampung Seberang Karai. Lihat artikel Victoria Bridge with friends di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Layan le sat naik atas jambatan buat macam-macam perangai. Kejap rasa macam Transformer boleh bertukar jadi kereta api, kejap rasa macam ada genetik darah keturunan kereta api. Lihat video berkenaan di sini.



Destinasi seterusnya adalah Masjid Kota Lama Kanan.



Ketika itu bukan waktu solat berjemaah lalu masjid berkunci. Cukuplah dapat melihat batu nesan tanda tempat ghaibnya Sultan Perak kedua, Sultan Mansur Syah dari luar.



Ini pula gambar di halaman masjid. Semangat tu macam dah bersedia untuk berperang melawan musuh hehe...




Kami kemudian masuk ke bandar diraja Kuala Kangsar untuk mengeluarkan duit bagi belanja. Sejak perjalanan dimulakan pagi Jumaat 12 November tak dapat jumpa mesin pengeluaran wang. Nasib baik saya ada membawa wang tunai...



Ini pula di pekan Manong dalam 26 km ke selatan bandar Kuala Kangsar. Kami makan tengah hari mee kari enak jam 12.45.



Layan sampai menghirup licin mangkuk woo.



Boleh tolong promote ni...




Puas makan kami masuk ke Kampung Semat lalu menghadap pulau di mana dimakamkan Sultan keempat Perak, Sultan Tajul Ariffin.



Posing perang sat.



Lepas tu layan main air. Sini pun air naik tapi tak setinggi di Temong.



Perjalanan diteruskan ke Kampung Kota, Beruas untuk menziarahi makam raja-raja Beruas.






Selesai ziarah kami menjamakkan solat Zohor dan Asar seraya berehat di masjid Kampung Kota.



Cukup berehat kami bergerak ke Kampung Pasir Panjang Ulu di selatan Kampung Gajah bagi menunaikan hajat seorang kawan iaitu tuan punya kereta dan pemandu.



Beliau mahu menziarahi makam datuknya yang boleh pernah sampai sebelum ini. Nasib baik ada saudara dapat menunjukkan tempat.



Dekat situ ada sebuah surau tinggal yang menarik perhatian. Siap ada papan maklumat menyatakan ia sebagai suatu tempat bersejarah. Sayangnya tulisan hampir semua pudar. Lihat artikel Surau (Praying house of) Kampung Dalam Terus, Perak di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Adapun Kampung Pasir Panjang Hulu ini sangat dekat dengan makam Raja Ahmad, moyang kepada Sultan-sultan yang bertakhta di Perak sejak penghujung abad ke-19 Masihi. Kami pun pergi menziarahi...



Saja tayang baju Perang Musuh Bisik.



Seterusnya kami mengambil jalan pintas melalui ladang kelapa sawit ke Kampung Tersusun Air Kuning.



Ziarah pula makam ayah kepada kawan.



Selepas itu kami berkejar lebih 80 km ke bahagian paling hilir Perak.




Ini adalah satu perjalanan yang tiada dalam rancangan saya tetapi berlaku atas kehendak kawan yang memiliki kereta. Ini kerana beliau belum pernah sampai ke tempat yang dimaksudkan. Saya cuma tolong menunjukkan jalan.



Selamat datang ke Beting Beras Basah. Walaupun lawatan berlaku atas kehendak kawan sebenarnya ia adalah bahagian saya. Dalam kegelapan malam berlakulah perbualan panjang lebar dengan seorang pengunjung lain yang sampai lewat petang... tentang susun atur Kesultanan Perak, para pembesar, peranan dan keadaan sekarang realiti kehidupan rakyat serta suasana sosio-politik mutakhir. Bukan selalu dapat berbual dengan orang yang begitu berpengetahuan tentang hal. Lihat Beting Beras Basah at night.

Untuk mengakhiri artikel ini biar dipanjangkan sedikit tentang Laksamana Wan Ismail di Kedah. Untuk memahami konteks boleh semak balik cerita berkenaan terlebih dahulu dalam artikel Panggilan Musuh Bisik : Jangan jadi Wahabi sejarah. Sekarang biar dikongsikan beberapa posting berkenaan yang saya buat di Facebook berserta teks...



MOYANG VAN HALEN...
Katanya nama Van Smaell ni ada dalam Burney Papers. Tapi takda sebut gelaran Laksamana. Maka mustahil ini adalah Laksamana Wan Ismail. Besar kemungkinan ini adalah moyang Van Halen lalu handal bermain gitar solo. Kawannya Hadjee Mustapha tak pernah pergi haji ke Mekah. Sebab kalau pergi haji mesti British dah tulis nama dia sebagai Haji Mustapha. Mereka kemudian pergi ke Lancavi. Takkan Langkawi kot? Ejaan tak sama. Ni mesti kat Belanda. Tengok tu. Siap ada Butto Barra. Berapi bontot ke hapa?









mtu1l68S50posh4 rh2rs7dgmh 
Shared with Public
Public
'HADIS SAHIH' TENTANG LAKSAMANA WAN ISMAIL...
Salam. Sekadar berkongsi. Ada satu tesis PhD dari Australia menyatakan bagaimana kuatnya kedudukan Laksamana dalam Kesultanan Kedah. Di dalamnya ada rujukan jelas tentang Laksamana Wan Ismail walau ditulis sebagai Ishmahel Laxamana. Ke kalau ejaan tak sama maka itu bukan Wan Ismail? Tak pa. Saya bagi satu footnote menunjukkan bahkan telah berlaku satu kes mahkamah melibatkan Ishmahel Laxamana melawan Syarikat Hindia Timur Inggeris...





mtu1l68S50posh mrher7hgu 
Shared with Public
Public
LAGI 'HADIS SAHIH' TENTANG LAKSAMANA WAN ISMAIL
Tu dia. Terbuka lagi cerita Laksamana Wan Ismail Kedah dalam dokumen British. Kali ini tentang kes mahkamah di Pulau Pinang yang mana Wan Ismail mewakili Sultan menuntut ganti rugi atas 5,000 Spanish Dollars yang dimasukkan ke dalam perbendaraan Syarikat Hindia Timur British untuk satu tempoh waktu tetapi telah dipakai mereka malah tidak mahu dipulangkan langsung. Nak tanya le pada sesiapa yang tahu. 5,000 Spanish Dollars ni berapakah nilainya dalam matawang sekarang? Seterusnya ambil kira ia sebagai deposit yang boleh menerbitkan hasil/dividend. Ambil kira inflasi. Kira ini semua secara compounded sejak duit dimasukkan pada tahun 1809 iaitu 212 tahun lalu. Berapakah nilainya sekarang ya?
Baca cerita lanjutnya di sini...



Kenapa saya tunjukkan semua ini? Kerana hendak menunjukkan bahawa cerita-cerita tentang kepentingan Laksamana Wan Ismail (menjadi Laksamana Kedah sejak tahun 1821 atau 1822 sebelum memilih untuk bersara selepas berjaya menaikkan cucu beliau Sultan Abdul Hamid ke atas takhta Kedah tahun 1881) bukan sekadar desas desus cakap cakap lisan orang Melayu, bukan sekadar  bersumberkan kisah perguruan Silat Cekak, Silat Kalimah atau sebagainya. Nama beliau dan sedikit peranan tetapi tetap jelas penting ada dalam rekod British malah dipanjangkan dalam satu tesis PhD orang Australia tahun 2009. Boleh kaji sendiri di sini. Sekian, wassalam.


Wednesday, November 17, 2021

Panggilan Musuh Bisik : Menjejak laluan saudara tanpa dirancang

Meneruskan cerita perjalanan Kedah 12-14 November 2021. Bersambung daripada artikel Panggilan Musuh Bisik : Jangan jadi Wahabi sejarah.



Selepas majlis di Kota Kuala Kedah selesai sekitar jam 1 kami berjalan-jalan melihat persekitaran kota lama. Lihat artikel Looking around Kuala Kedah fort di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Sekitar jam 1.45 baru meninggalkan kawasan kota lalu mengambil jambatan menyeberang Sungai Kedah.



Kami mahu menziarahi makam seorang tokoh yang dikenali sebagai Tok Pasai.



Letaknya di kawasan letak kereta di kompleks jeti ke Pulau Langkawi.



Perjalanan diteruskan ke arah selatan menghala ke Gunung Jerai.




Ingat nak pergi air terjun Seri Perigi sat. Tengok-tengok jalan masuk ditutup akibat kerosakan. Untuk pengetahuan kawasan persekitaran sini dilanda banjir teruk akibat hujan lebat dan air sungai melimpah ruah sekitar sebulan lalu. Banyak kerosakan telah berlaku dan banyak belum dapat dipulihkan.



Antara kawasan paling terkesan adalah Titi Hayun tidak jauh dari Seri Perigi. Kami ke sana untuk berehat sebentar di rumah seorang tokoh yang memiliki hubungan baik dengan ramai ulamak besar. Lihat Looking at the aftermath of the river disaster at Titi Hayun in Yan. Tokoh tersebut yang saya panggil sebagai Ayah Hashim tidak ada di Kedah ketika itu. Beliau ada berpesan tidurlah di rumahnya, insyaallah esoknya beliau akan kembali untuk bertemu. Jawab saya tak dapat bermalam kerana banyak persinggahan perlu dibuat sedangkan kami perlu kembali ke Lembah Klang sebelum hari Isnin.




Selepas berehat sekitar sejam kami menziarahi pula seorang kenalan di bahagian lain Yan. Oh lupa nak cakap. Perjalanan kami sejak meninggalkan Kota Kuala Kedah diikuti seorang lagi kawan aktivis busana tradisional Melayu. Beliau ingin kembali ke kampungnya di Selama, Kedah tetapi mengambil kesempatan mengikut kami berjalan-jalan sambil bergerak ke arah sana...



Jam 5.30 kami singgah di Pengkalan Kakap.



Di situ terdapat masjid berusia lebih 200 tahun. Ia adalah masjid tertua di Kedah masih wujud mengekalkan bangunan asal.



Tempat seterusnya diziarahi ialah makam Sultan pertama Kedah, Sultan Muzaffar Syah I...



Kami sampai ke makam Sultan yang hidup 900 tahun lalu ini sebelum jam 6.




Dari situ bergerak ke makam Daeng Parani ni Kampung Lubuk Ekor lalu sampai selepas masuk waktu Maghrib.






Seterusnya kami mengambil jalan belakang Kulim ke Karangan melepasi Mahang. Rancangannya mahu masuk Lenggong lalu ke Temong di Kuala Kangsar. Tengok-tengok jalan ke Lenggong ditutup akibat tanah runtuh. Terpaksalah mencari jalan lain, perlu lalu Batu Kurau dan Taiping.

Tidak jauh dari simpang ke jalan yang ditutup terdapat masjid ini. Hati mengatakan mesti ada sebab kami sampai serta mengambil laluan ini. Kemudian baru dapat tahu bahawa ada seorang anak Laksamana Wan Ismail (Kedah) pernah menjadi penghulu Ijok iaitu kawasan ini. Sedar tak sedar rupa-rupanya kami telah membuat jejak perjalanan saudara mara saya yang sebelah Kedah. Rujuk penerangan berkenaan dalam artikel Panggilan Musuh Bisik : Jangan jadi Wahabi sejarah.



Ini pula di Kampung Pantai Besar ke hadapan sedikit dari Ijok, di tepian jalan menuju ke Batu Kurau. Kami singgah untuk melepaskan hajat lalu makan-makan sedikit lewat malam. Ketika gambar ini diambil sudah 12.01 malam. Kami akhirnya sampai ke Temong sekitar jam 2.30 pagi.