Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, November 08, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Membawa harapan mulia ke Sukadana, Tanjung Pura dan Ketapang

Salam semua. Masuk pada hari ke-8 perjalanan di Kalimantan. Sebanyak 18 artikel sokongan di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan 4 di BERPETUALANG KE ACEH telah disediakan untuk menyokong penceritaan..  Sukacita dimaklumkan ini adalah artikel ke-2,898 di CATATAN SI MERAH SILU. Bersambung daripada artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Mula bermotosikal jauh, kerajaan Kubu dan naik Kapal Klotok.



Kami sampai dengan Kapal Blotok ke Teluk Batang masuk waktu Subuh pagi Jumaat 16 Oktober 2026.



Semakan melalui Google Earth menunjukkan jarak pelayaran sejauh 101km dari Kubu. Terus menuju ke masjid besar berdekatan untuk bersolat. Lihat Masjid besar (Big mosque of) Babul Mu'minin, Teluk Batang.



Selepas matahari naik menyambung perjalanan dengan motosikal melalui jalan yang rosak di banyak tempat.



Sesekali berhenti untuk melegakan punggung dan/atau mengambil gambar.



Ada bahagian-bahagian jalan tanah merah.



Sampai ke Teluk Melano berhenti untuk sarapan.



Di sekitar ini singgah di sebuah makam diikuti masjid.



Tempat-tempat ini ada kepentingan tertentu dalam sejarah tempatan. Lihat Makam (Tomb of) Panembahan Gusti Mahmud diikuti  Masjid besar (Big mosque of) Baiturrahman, Teluk Melano.




Selepas itu masih ada lagi bahagian-bahagian jalan yang rosak. Cuma tidak seteruk sebelumnya.



Selepas beberapa lama singgah lagi di masjid. Asbabnya hendak mencari bilik air. Tengok-tengok ada pintu kayu berukir yang sangat menarik.



Berehatlah melepaskan kepenatan seraya mendapatkan kelegaan daripada hentakan demi hentakan atas jalan rosak.



Menariknya nama masjid serupa dengan yang di Teluk Melano. Nama kawasan iaitu Desa Harapan Mulia pula seperti menggambarkan harapan dalam perjalanan. Nama-nama orang yang terlibat dalam pentadbiran seperti memberikan isyarat semuanya ada kena mengena dengan perjalanan dakwah para Habaib keturunan Nabi Muhammad SAW. Lihat Masjid jami' (Main mosque of) Baiturrahman, Desa Harapan Mulia. 



Terasa ada makna tertentu dilorongkan sampai.




Sebelum masuk ke kota Sukadana ziarah dua makam di lereng bukit. Lihat artikel-artikel berikut :-






Kedua-duanya melibatkan sejarah kerajaan Sukadana abad ke-16 hingga ke-17 Masihi. Satu melibatkan Sarawak dan Sambas. Yang melibatkan Sarawak turut melibatkan kerabat diraja Brunei.



Ketika hendak menuju ke masjid besar yang kelihatan terlihat satu makam terserlah. Lihat Makam (Tomb of) Yusuf Gandar. Ini melibatkan kerabat diraja Bugis Riau.



Masjid besar itu mengunjur luar ke laut lalu memberikan pemandangan  cantik. Lihat Masjid Agung (Grand mosque of) Oesman al-Khair, Sukadana diikuti Views from the Masjid Agung Oesman.



Singgah juga di masjid berdekatan yang nampaknya pernah menjadi masjid utama lebih awal. Lihat Masjid lama (Old mosque of) Sukadana.



Berehat minum dan kudapan di kedai menghadap masjid. Selepas beberapa lama keluar seorang diri untuk ke sebuah makam lalu singgah sebentar di masjid lain. Lihat Makam (Tomb of) Tengku Akil diikuti Masjid jami' (Main mosque of) Qudsy, Sukadana. Makam adalah milik seorang kerabat diraja Siak abad ke-19 yang dibantu Belanda untuk merajai Sukadana.



Solat Jumaat di masjid besar sementara isteri meneruskan rehat di kedai makan.



Selepas solat baru isteri ikut sama meninggalkan kota. Keluar sedikit kelihatan makam ini lalu singgah. Lihat Makam (Tomb of) Tengku Abdul Hamid. Beliau keturunan Siak yang merajai Sukadana.




Kami meninggalkan Sukadana dalam keadaan meter minyak motosikal tinggal satu takuk. Satu-satunya stesyen minyak yang ada pula tutup. Tiada yang menjual di tepi jalan. Orang tempatan memberitahu sudah seminggu tiada minyak. Nasib baik cukup untuk bergerak 20km ke tempat yang ada orang menjual minyak iaitu hampir ke Siduk. Isi penuh walaupun pada harga 2 kali ganda berbanding di stesyen minyak.



Makan tengah hari lewat di Siduk. Ketika gambar diambil sudah jam 1.19. Sejam setengah lagi nak masuk Asar. Maka ibarat jam 3 di Lembah Klang.



Sambil makan dapat berehat juga melegakan badan daripada perjalanan jauh motosikal. Nasib baik jalan dari Sukadana ke Siduk agak elok. Tidak seperti dari Teluk Batang ke Teluk Melano yang banyak rosak.



Rupa-rupanya ada laluan lebih teruk dan mencabar. Ini adalah selepas mengambil simpang ke Tanjung Pura.



Laluan sepanjang 25km menggabungkan jalan tanah merah dengan jalan batu kerikil berlubang juga jalan simen menunjukkan banyak kawasan sudah habis terbakar dan berjerebu.




Walau kepenatan, walau sakit-sakit badan digagahkan hingga hujung lalu sampai ke tepian sungai besar. Lihat River at Tanjung Pura.



Singgah di surau berdekatan berehat dan melihat persekitaran. Singgah juga ke masjid kampung berkenaan. Lihat artikel-artikel berikut :-








Selepas itu baru dilaksanakan tujuan utama sanggup bersusah payah iaitu menziarahi makam raja-raja. Persekitaran ini pernah menjadi pusat kerajaan lama Tanjung Pura, setelah ibu kota kerajaan dipindahkan dari Sukadana lebih 3 abad lalu. :-










Kembali ke jalan utama sudah masuk waktu Maghrib. Masih perlu ke Ketapang sekitar 14km perjalanan.



Ketapang pernah menjadi pusat awal kerajaan lama Tanjung Pura yang dikatakan wujud seawal abad ke-8 Masihi. Ibukota berpindah ke Sukadana penghujung abad ke-15 kemudian ke desa Tanjung Pura yang ditunjukkan tadi dua abad kemudian. Di situ ia lebih dikenali sebagai kerajaan Matan. Nama ini dibawa apabila ibukota berpindah kembali ke Ketapang tetapi di bahagian lain penghujung abad ke-19.

Sabtu, November 07, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Mula bermotosikal jauh, kerajaan Kubu dan naik Kapal Klotok

OK. Masuk pada hari ke-7 perjalanan di Kalimantan. Untuk penceritaan kali ini 5 artikel sokongan harus disediakan terlebih dahulu di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART, 8 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Menyahut panggilan Kalimantan - Dari Mempawah ke Sambas membawa gema diraja Bugis.




Pagi Khamis 15 Oktober 2026. Saya dan isteri bersedia untuk memulakan perjalanan jauh berdua dengan menaiki motosikal.




Ambil gambar meter sebelum bergerak. Supaya dapat memantau jarak.



Hal ini, laluan-laluan yang boleh dipakai, tempat-tempat yang ingin disinggahi sudah difikirkan hampir setiap hari sejak sampai ke Kalimantan.



Sekarang bukan lagi berteori on paper atau atas kertas. Kami mahu bergerak jauh ke arah selatan kemudian ke timur Kalimantan Barat.



Asalnya mahu menyewa kereta. Itu harus lebih selesa dan selamat apalagi perlu meredah jerebu. Tetapi perjalanan jauh pertama dengan kereta hari sebelumnya seperti diceritakan dalam Menyahut panggilan Kalimantan - Dari Mempawah ke Sambas membawa gema diraja Bugis menunjukkan lebih mudah  naik motosikal. Walaupun lebih mencabar dan memenatkan lebih mudah memotong. Dapat pula masuk tempat-tempat yang tidak boleh dicapai dengan kereta.




Laluan yang mahu diambil memerlukan kami merentas sistem delta Sungai Kapuas yang sangat luas. Perlu naik kapal lalu ditinjau jadual di pelabuhan berkenaan, sekitar 35km ke selatan kota Pontianak.



Ada feri yang boleh membawa kereta menghampiri arah tujuan tetapi tidak pada hari itu. Sebagai ganti boleh naik kapal  besar kayu yang dikenali sebagai Kapal Klotok. Boleh bawa naik motosikal. Lihat The port of Rasau.




Memandangkan kapal cuma akan bergerak jam 5 petang sedangkan kami sampai jam 11.30 pergilah berjalan dahulu untuk ke satu tempat. Ia memang termasuk dalam rancangan keseluruhan saya di Kalimantan. Cuma belum jelas bilakah masa paling sesuai untuk bergerak.



Untuk ini pun perlu naik kapal menyeberangi Sungai Kapuas. Dari jeti sekitar 13km ke hulu dari Rasau.




Kapalnya kecil tetapi cukup untuk memuatkan beberapa motosikal. 




Ini memberikan satu pengalaman menarik. Lihat Kapuas river by boat at Penyeberangan Jangkang.



Sambung perjalanan dengan motosikal.



Setelah beberapa lama sampailah ke tempat yang dimaksudkan.



Ia adalah pusat sebuah kerajaan Melayu yang seperti Pontianak pernah diterajui para Habaib keturunan Nabi Muhammad SAW. Cukuplah dengan gambaran yang boleh diberikan melalui artikel-artikel berikut :-










Meter motosikal berbanding ketika memulakan perjalanan menunjukkan ia sudah dipandu hampir 80km.



Di hadapan masjid mendapat tahu kapal dari Rasau singgah dalam perjalanan ke selatan lalu tak perlulah berpatah balik. Dapatlah bersantai lama di Kubu sambil menunggu kapal sampai. Lihat :-








Malah kami diajak berehat, mandi dan solat di rumah warga tempatan. Selepas jam 7 baru ke jeti utama untuk menunggu kapal.



Tiket naik Kapal Klotok. Motosikal dikira sama harga dengan seorang penumpang dewasa.

Gambar ini diambil jam 8.07 ketika kapal menghampiri jeti.


Motosikal pun ditolak dan angkat naik ke tingkat terbawah kapal.


Bergerak meninggal jeti. Menginaplah kami malam Jumaat dalam kapal. Ternyata ia pengalaman paling seronok sekurang-kurangnya pada tahap ini. Lihat Taking the Kapal Klotok.