Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, April 20, 2018

Syarahan "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh, Muar

Salam pagi Jumaat 4 Sya'aban. Ada perkongsian daripada aktiviti siang semalam....


Sejak lebih kurang sebulan satu syarahan tentang isi buku saya yang bernama "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" telah dirancang mahu diadakan di Politeknik Tun Syed Nasir di Pagoh, Muar.


Semalam pagi Khamis 19 Mac 2018 sampailah masa untuk menyampaikan syarahan. Saya pun berkejar ke lokasi di Bandar Universiti Pagoh...


Dikenali juga sebagai Edu Hub Pagoh, ia mengandungi kampus beberapa buah universiti.


Syarahan dibuat pada pada tarikh tersebut kerana mengambil kesempatan atas saya kembali ke kampung asal ibu di Muar untuk mengambil beliau dan bapa agar dapat dibawa menghadiri majlis pelancaran buku berkenaan bersama buku kembarnya "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia" yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pagi Sabtu 21 April.


Menariknya politeknik ini merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang berasal dari Muar setakat ini. Lain-lain pusat pengajian tinggi di Pagoh adalah cawangan atau kampus luar sedangkan kampus utama terletak di tempat lain.


\
Sebagai anak kelahiran Muar yang membesar di daerah itu sehingga usia remaja sebelum meninggalkannya untuk menyambung pelajaran di tempat lain kemudian berhijrah ke Lembah Klang apabila masuk alam pekerjaan saya merasa amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu di satu-satunya institusi pengajian tinggi yang boleh dikatakan milik orang Muar ini.


Difahamkan Politeknik Tun Syed Nasir diasaskan tahun 2014 dengan menumpang dahulu kampus politeknik lain di luar kawasan. Apabla kampus tetap di Pagoh siap sepenuhnya baru mereka berpindah ke sini sekitar setahun lalu. Ia memiliki kapasiti untuk menempatkan 3,600 pelajar. Tetapi setakat ini ia baru menerima 500 orang pelajar. 


Cuma tidak ada walau seorang pelajar pun ketika ini kerana mereka baru habis peperiksaan sekitar seminggu lalu dan kini sedang bercuti. Maka yang datang adalah sebahagian daripada sekitar 80 orang tenaga pengajar disertai sejumlah orang luar.





Majlis dimulakan jam 9.30 dengan pengenalan tentangnya, apakah tujuan diikuti latarbelakang pensyarah iaitu tentang saya.


Ini diikuti dengan bacaan doa selamat oleh seorang kakitangan...


Terpapar di hadapan slaid pertama dalam bahasa Inggeris. Ini disebabkan saya menggunakan slaid yang sama daripada syarahan saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Peradaban Islam dan Dunia Melayu) tentang perkara sama di Kuala Lumpur 3 April lalu. 


Secara rata apa yang dipersembahkan sama seperti di ISTAC, cuma di sana saya bersyarah sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris, di sini sepenuhnya dalam bahasa Melayu.



Sekarang biar dikongsikan sejumlah gambar-gambar yang diambil oleh para hadirin lalu disampaikan  kepada saya melalui WhatsApp.







































Tentang isi pembentangan boleh sahaja dirujuk pada artikel Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC. Ini kerana ulasan dalam artikel dibuat dalam bahasa Melayu walaupun syarahan di ISTAC itu dibuat dalam bahasa Inggeris...
















Rabu, April 18, 2018

Misteri 'kehilangan' Laksamana Raja Mahkota Muhammad Arshad dan makna tersirat di sebalik nombor 1918

Salam semua. Tiga minggu lalu saya ada membuat artikel bertajuk Tentang pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu akan datang serta beberapa hal berkaitan lalu memberitahu mahu menghadiri satu majlis di kaki Gunung Jerai pada hari Sabtu 14 April 2018.  Dalam tempoh beberapa hari sebelum itu pula saya sibuk mahu melepaskan cerita demi cerita di bawah siri "Jejak Wasilah Patani" (berkenaan perjalanan saya dan keluarga ke Patani 19-25 Mac) agar dapat ke Gunung Jerai dengan hati lapang, tidak ada backlog penulisan perlu diselesaikan. Rujuk artikel Jejak Wasilah Patani - The compilation. Kini majlis yang dimaksudkan sudah selamat dijayakan dengan empat cerita tentangnya telah dilepaskan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) semalam. Di sini biar dikongsikan satu cerita lain yang muncul akibat perjalanan ke lokasi majlis dan sekembali daripadanya...


Jumaat 13 April 2018 jam 1 kami bertolak meninggalkan rumah untuk ke Yan, Kedah lalu masuk ke Lebuh Raya PLUS.





Keluar di Sungkai kelihatan masjid ini lalu kami merapat dengan harapan masih ada masa untuk saya menunaikan solat Jumaat berjemaah.


Tengok-tengok orang baru sahaja keluar. Kami terlewat dalam 5 minit gitu.


Kami keluar di Sungkai kerana mahu singgah ke Teluk Intan. Dari Sungkai kami pun mengambil jalan potong ke Ladang Bikam.


Saya baru tahu tentang kewujudan jalan ini apabila meminta laluan terbaik untuk singgah ke Teluk Intan menggunakan program Google Earth.  Berbanding laluan potong dahulu ia menjimatkan perjalanan sebanyak 8 km. Lihat artikel Trying out the Ladang Bikam route to Teluk Intan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH


Sampai sahaja ke Teluk Intan kami terus menuju ke satu kedai makan di tepian Sungai Perak.





Isteri mahu mencuba hidangan mee udang galah segar Sungai Perak. Kami anak beranak pun layan.


Adapun tujuan utama kami singgah ke Teluk Intan adalah untuk menjejak makam seorang moyang saya sebelah bapa yang cerita tentangnya seperti digelapkan dalam sejarah. Dalam perjalanan keluar bandar terlihat satu bangunan lama. Kami tertarik untuk singgah melihat lebih dekat.


'
Bukan sekali dua kami pernah lalu di jalan hadapan bangunan ini tapi baru kini perasan. Menariknya ada tertera tahun 1918. Entah kenapa sejak bertahun lamanya saya merasakan tahun tersebut ada kena mengena dengan misteri 'kehilangan' moyang tersebut. Moyang yang dikenali sebagai Laksamana Raja Mahkota Muhammad Arshad itu adalah datuk kepada datuk saya. Beliau adalah anakanda kepada Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang dibuang ke Pulau Seychelles bersama Sultan Abdullah tahun 1877 akibat dituduh terlibat sama dalam pembunuhan residen Inggeris pertama ke Perak iaitu J.W.W. Biirch tahun 1875. 

Sejak beberapa lama kedudukan makam Muhammad Arshad tidak jelas walau ditanya kepada sanak saudara keturunannya sendiri di Perak. Kembali pada hal bangunan yang kelihatan isteri meletakkan gambar dalam Facebook lalu terus menerima maklum balas. Seorang kawan memberitahu inilah bangunan terawal Freemason di Teluk Intan. Lihat artikel Rumah Freemason terawal di Teluk Intan? (Earliest Freemason house in Teluk Intan?) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Sampai ke satu lokasi  meter kereta menunjukkan nombor 131 iaitu satu nombor yang saya dan isteri anggap sebagai lambang home sweet home kami. Meter kereta memang telah direset kepada kosong ketika meninggalkan rumah. Maka itu ia menunjukkan jarak yang telah dilalui sehingga sampai ke lokasi.


Lokasi yang dimaksudkan adalah masjid lama Batak Rabit, sekitar 5 km ke barat bandar Teluk Intan. Di perkarangan masjid terdapat tanah perkuburan atau kawasan pemakaman yang dikhaskan untuk kaum keluarga dan keturunan Laksamana Raja Mahkota sahaja. Ini merujuk kepada satu jawatan pembesar istana Perak yang diwarisi turun temurun dalam keluarga. Berdekatan ini juga pernah berdiri kota dan pusat pemerintahan negeri semasa Sultan Abdullah memerintah Perak 1874-1877. Turut bersemayam di sini adalah adinda baginda Raja Muda Musa. Mereka berdua dengan moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Arshad juga ayahandanya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin sebenarnya adalah satu keluarga.

Ayah saya yang lahir di Teluk Intan tahun 1942 ada menceritakan sempat bermain-main zaman kanak-kanaknya dalam istana lama yang ditinggalkan tidak terjaga setelah Sultan Abdullah dan Muhammad Amin dibuang negeri. Beliau dapat melihat singgahsana dan sebagainya masih di dalamnya. Tetapi istana berupa rumah besar itu kemudian dibuka kayu-kayannya satu persatu. Tiang-tiangnya yang besar-besar dipotong menjadi beberapa tiang untuk mendirikan rumah-rumah baru adik beradik datuk saya dan kaum keluarga.



Cerita Muhammad Amin sekurang-kurangnya ramai sudah tahu. Selepas dibuang negeri ke Pulau Seychelles beliau pernah hidup dalam tahanan British di Sarawak kemudian di Singapura sebelum meninggal dunia lalu dimakamkan di sana tahun 1908. Tahun 2006 jasad beliau dibawa kembali ke Perak lalu dimakamkan di kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan. Tetapi cerita Muhammad Arshad seperti hilang begitu sahaja. Setakat saya tahu beliau sempat memegang jawatan Laksamana Raja Mahkota. Tetapi ada yang kata beliau sekadar sempat menjadi Toh Muda iatu bakal Laksamana. Ada pula menyebut beliau dikenali sebagai Orang Kaya Besar. 

Yang pasti beberapa orang anak cucunya kemudian memegang jawatan Laksamana. Tetapi cerita tentang beliau sendiri ramai tertanya-tanya Sampaikan makam beliau di mana pun tak jelas pada anak cucunya. Apakah berada di Batak Rabit ini atau di tempat lain letaknya?

Penghujung tahun 2001 ketika saya pertama kali tergerak untuk mencari salasilah keluarga sebelah bapa, ada orang memberitahu satu tragedi menyayat hati telah menimpa seorang moyang saya. Katanya ia berlaku sekitar tahun 1920an. Tetapi beliau yang mendapat alamat daripada alam ghaib tidak mahu memberikan butiran apa yang berlaku. Setelah tahu sedikit sebanyak salasilah keluarga saya merasakan tragedi yang dimaksudkan itu menimpa Muhammad Arshad yang hilang ceritanya itu.



Sekitar 2 bulan lalu saya tergerak untuk bertanyakan hal Muhammad Arshad ini kepada seorang kenalan yang memilik kepakaran berurusan dengan alam ghaib. Daripada tilikan beliau didapati bahawa moyang saya itu dibunuh dalam satu serangan hendap. Ia melibatkan perebutan takhta kerajaan Perak pada zamannya. Muhammad Arshad sedang berjalan kaki mengikut laluan biasa untuk menunaikan solat dhuha tiba-tiba 3-4 orang menyerangnya. Seorang dapat merodok lehernya dengan senjata beracun, badik kalau tak salah. Tidak lama kemudian beliau meninggal dunia dekat tempat kejadian.

Saya pun bertanya di manakah Muhammad Arshad dimakamkan, apakah di Batak Rabit atau suatu tempat lain? Kata kenalan tersebut dalam kawasan pemakaman keluarga juga. Dalam tilikan beliau kelihatan ia tidak jauh dari sebatang pokok manggis. Saya pun mencari di sekitar itu. Dari lokasi kami menelefon menggunakan video call lalu kenalan tersebut dapat melihat persekitaran 


Berdasarkan panduan daripada tilikan kenalan juga gerak hati saya yang berat dan condong ke arah batu nesan yang kelihatan di kiri bawah ini saya merasakan boleh jadi yang inilah makam yang dicari-cari sejak beberapa lama. Cuma saya tak boleh lagi menyatakan dengan pasti. Tulisan yang terdapat pada batu nesan pun tidak dapat dibaca. Lihat Makam (Tomb of) Laksamana Raja Mahkota Muhammad Arshad?.



Apapun saya merasa agak puas hati. Dengan itu kami meneruskan perjalanan dengan menyeberangi Sungai Perak dekat Hutan Melintang menuju ke arah Changkat Lada diikuti Bota Kiri. Saya sengaja mengambil laluan ke Kampung Kota, Beruas di mana terdapat beberapa makam lama raja-raja Beruas. Menurut kajian saya kerajaan Beruas diasaskan oleh seorang moyang kami 700 tahun lalu. Baginda adalah Sultan Malikul Mansur, cucu kepada Sultan Malikus Salleh yang mengasaskan kerajaan Samudera dan Pasai di utara Pulau Sumatera, dalam Aceh sekarang.


Di Kampung Kota saya tercari-cari di manakah bukit bernama Bukit Syamsul Bahrin. Selalunya mudah dan jelas kelihatan dari masjid Kampung Kota tetapi kali ini pemandangan dilindungi pokok-pokok kelapa sawit tinggi. Adapun menurut ceritanya Syamsul Bahrin merujuk kepada nama sahabat Sultan Malikul Mansur yang menaiki takhta Beruas setelah Malikul Mansur kembali ke Samudera. Atas asbab mencari yang manakah Bukit Syamsul Bahrin kami berkenalan dengan seorang penduduk tempatan bernama Raja Rozlan. Cerita punya cerita beliau pernah menjadi Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Perak lalu pernah bersama beberapa orang kerabat menghadiri satu majlis yang dianjurkan pihak saya di Lumut, Perak. Rujuk artikel lama Acara ketiga HIKMAH di Marina Hall, Lumut 27 Jan 2013


Disebabkan membuat banyak persinggahan kemudian mengambil masa di tempat-tempat yang disinggahi lepas jam 11 malam baru kami sampai ke Yan, Kedah.


Esoknya pagi Sabtu 14 April bersiaplah kami untuk majlis berupa sambutan hol almarhum Sheikh Abdullah al-Qumairi, ulamak silam yang bertanggungjawab mengIslamkan raja dan penduduk Kedah 900 tahun lalu.


Di sini tak perlulah dipanjangkan cerita tentang majlis, Ia telah dilakukan dalam artikel-artikel berikut :-








Terus sahaja kita kepada cerita hari seterusnya. Hampir jam 1 petang Ahad 15 April 2018 baru kami meninggalkan Yan untuk kembali ke rumah.


Mula-mula ada terfikir hendak singgah ke tapak arkeologi Sungai Batu. Kali terakhir kami sampai adalah sekitar 2-3 tahun lalu. Tetapi disebabkan meninggalkan Yan lewat akibat beberapa hal kami lalu sahaja di hadapannya.



'
Kalau ikut rancangan asal kami juga mahu masuk ke Pulau Pinang dan makan nasi kandar sana. Tetapi itu pun dilupakan sambil kami terus menuju ke selatan.


Yang penting pada saya mesti sampai ke pekan kecil Terong di Perak, selatan sedikit melalui jalan kampung dari Taiping. Selepas meninggalkan Beruas lewat petang Jumaat kami ada lalu situ waktu malam lalu terlihat sebuah masjid lama tapi tak sempat singgah. Kali ini kami mahu memastikan dapat melihat keadaanya dalam terang waktu siang.


Menariknya di masjid ini juga ada tertera tahun 1918 seperti halnya di bangunan lama di Teluk Intan.  Oh, semasa meninggalkan Yan kami ada terlihat sebuah sekolah Cina turut tertera tahun yang sama. Seolah-olah ada alamat atau petunjuk mahu mengaitkan tahun tersebut dengan pencarian utama dalam perjalanan saya kali ini iaitu mencari makam dan cerita sekitar 'kehilangan' Laksamana Raja Mahkota. Lihat Masjid (Mosque of) Rahmaniah, Terong, Perak.



Telahan saya seperti mendapat pengesahan apabila keluar nama Arshad ketika mengambil gambar ini, gambar mimbar dan mihrab masjid. Tetapi dalam gambar tidak kelihatan. Saya melihat dengan mata kepala sendiri nama Arshad terkeluar pada papan maklumat elektronik atas mihrab.

Ia sebenarnya muncul sebagai sebahagian daripada nama seorang pendakwah yang akan memberikan syarahan di masjid pada sekian sekian tarikh. Paparan elektronik itu menunjukkan ayat dan huruf bergerak, ketika saya mengambil gambar boleh pula terkeluar nama Arshad sahaja sedangkan banyak lagi perkataan lain boleh muncul menurut giliran. Apapun saya percaya ini bukan kebetulan. Memang ada petunjuk. Gambar atas diambil di Kuala Terong  Saya tidak dapat keluar mengambil gambar elok kerana hujan sedang lebat mencurah-curah...


Di Terong inipun saya dapat merasakan ada suatu cerita melibatkan moyang saya yang lain. Tentang Muhammad Arshad ada kawan memberitahu bahawa setahu beliau moyang saya itu meninggal dunia sebelum ayahandanya kembali ke rahmatullah tahun 1908. Tetapi petunjuk-petunjuk yang muncul ini membawa saya cenderung untuk percaya bahawa Muhammad Arshad memang mati dibunuh pada tahun 1918. Ia ada kena mengena dengan kenaikan Sultan Perak ke-30, Sultan Iskandar (memerintah 1918-1938) dan Perang Dunia Pertama (1914-1918). 

Untuk pengetahuan perang tersebut menyaksikan Kekhalifahan Uthmaniyah yang berpusat di Turki jatuh lalu umat Islam sedunia mula hilang kepimpinan tertinggi. Zaman itu memang ada perbalahan antara puak pro-British dengan puak pro-Uthmaniyah di Tanah Melayu. Saya percaya kematian (atau pembunuhan) Muhammad Arshad ada kena mengena dengan faktor-faktor tersebut. Tahun 1918 pada bangunan lama di Teluk Intan dan sekolah Cina di Yan seperti mahu memberitahu puak Freemason dan kepentingan kafir Cina terlibat sama dalam pembunuhan beliau.


Perjalanan diteruskan ke Pengkalan Baru, 4 km ke utara Pantai Remis untuk menjejak satu makam lama berdasarkan posting seorang kenalan dalam FB dan petunjuk lokasi daripada beliau.


Kami perlu mengambil satu jambatan sempit menyeberangi Sungai Beruas.


Alhamdulillah dapat jumpa makam. Tetapi ada percanggahan tentang siapakah sebenarnya yang disemadikan. Lihat Makam (Tomb of) Panglima Syamsul Bahrin?.



Perjalanan diteruskan ke Pantai Remis. Sebelum itu sempat melihat satu lagi makam walau tanpa batu nesan dan berbual panjang lebar tentang sejarah Beruas juga kerajaan purba sebelumnya iaitu Gangganegara bersama beberapa orang penduduk tempatan. Lihat Makam raja lama (Tomb of an olden king at) Pengkalan Baru, Beruas?.


Kebetulan artikel tersebut menjadi artikel ke-1874 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Ini mengingatkan kepada Perjanjian Pangkor tahun 1874, perjanjian yang memberi ruang untuk Britih masuk campur dalam pemerintahan negeri Perak.


Susulan daripada itulah berlaku pembunuhan Birch 1875 kemudian Perang Perak-British. Kekalahan Perak menyaksikan moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dibuang negeri bersama saudaranya Sultan Abdullah ke Pulau Seychelles di perairan timur Afrika tahun 1877.


Seterusnya kami singgah di bandar Lumut...


Waktu senja itu saya melihat Pulau Pangkor (memanjang kiri ke tengah pada bahagian belakang gambar) dan perairan di mana Perjanjian Pangkor ditandatangani lalu membawa kepada peristiwa demi peristiwa yang turut membawa kepada 'kehilangan' cerita datuk kepada datuk saya Muhammad Arshad.


Malam selepas Isyak kami singgah lagi di masjid lama Batak Rabit. Dapatlah lagi sedikit cerita tentang keluarga daripada pengerusi masjid yang telah berumur 70 tahun tetapi pangkat abang saudara kerana datuknya dan datuk saya sepupu. Cuma setahu beliau makam Muhammad Arshad adalah dalam bahagian lain kawasan pemakaman keluarga. Tapi beliau pun tak tahu kedudukan tepat. Semoga perjalanan ini akan membawa kepada lebih banyak perkara terungkai tidak lama lagi.